Isnin, 3 Januari 2011

Mesyuarat Lembaga Pengarah GLC Disembunyikan Dari Pengerusi, Kurang Ajar Kepada Rakyat

Sebelum kami dedahkan bagaimana pengarah-pengarah dan kakitangan GLC dilantik dari kroni-kroni, (malah rakan-rakan se"taman-perumahan" juga dilantik sebagai pengarah-pengarah anak syarikat) kami mendapat maklumat, sebelum perlantikan pengerusi baru, ada sebuah GLC yang mengadakan mesyuarat lembaga pengarah tanpa menjemput pengerusi yang tidak lagi sehaluan politik dengan mereka, walaupun perlantikan beliau masih berkuatkuasa.

Tujuan mereka tidak memanggil pengerusi adalah kerana si Pengerusi ini seorang yang tegas dan tetap dalam pendirian, berjuang atas apa yang dipercayainya, waima menentang mentornya sendiri iaitu Anwar Ibrahim apabila dia percaya laluan yang diambil oleh mentornya itu menyeleweng. Pengerusi malang tersebut ialah Zulkifli Noordin.

Berbalik kepada mesyuarat lembaga pengarah syarikat ini yang tidak memanggil pengerusi, dikatakan bertujuan menyembunyikan kedudukan kewangan dan tadbir urus syarikat ini dalam keadaan yang teruk, malah terdapat penyelewengan yang sudah ditegur pengerusi terdahulu sebelum Zulkifli Noordin.

Persekongkolan ini bagi melindungi seorang perasuah yang menggelapkan sehingga RM1,300,000.00 duit tunai GLC (Dibaca duit rakyat didalam ceramah Pakatan Rakyat), yang juga penyokong  tegar PKR  yang hampir-hampir tertangkap pada penghujung pemerintahan kerajaan BN dulu. Saved by the bell.

Bagi kami, sikap menyembunyikan hal-hal dalam GLC Negeri daripada pengerusi yang merupakan wakil rakyat adalah satu tindakan kurang ajar iaitu cubaan menyembunyikan penyelewengan daripada pengetahuan rakyat.

Inilah yang berlaku apabila mereka yang melaungkan suara rakyat pula lebih-lebih kurang ajar, apabila mendapat mandat dan kuasa dari rakyat. Jangankan hendak dibetulkan penyelewengan, malah disembunyikan lagi.

Kedahtimes:
Kami akan bongkarkan penyelewengan ini berserta bukti bertulis waima perincian transaksi bagi membuktikan kebenaran dan juga sebagai bukti bahawa lebai-lebai PAS dan "Pejuang-pejuang Rakyat" dalam PKR begitu rakus melarikan wang rakyat. Pembongkaran ini akan dibuat secara bersiri, jangan lupa layari Kedahtimes dari masa ke semasa.

8 comments:

HHalem berkata...

Ni syok gila ni.
Kulim HiTech memang lubuk duit.

Lubuk jin-jin, yang memang PAS suka berkawin.

Celako. Keluaq mulut rimau, masuk mulut boya.

Kita, tak ada apa juga. Rakyat rugi.

Frm HHalem

Tanpa Nama berkata...

Tetiba Zul ni jadi hero hampa pulak noo.
heheh...lawak aku baca. Kisah perompak kata orang pencuri.

hisham berkata...

kalu masuk mulut ghimau masih baguih lagi...dapat jugak kutip tulang..
yang teghok dok masuk mulut boya...bangkai pun tak jumpa kuborq pun tak dak.
ni la peghangai puak berjanggoat dalam pas...
parti anugerah setan..

Tanpa Nama berkata...

Itulah adat resam manusia. Manusia tiada pernah mensyukuri nikmat yang Tuhan beri. Nafsu yang sentiaa membuak-buak dan tidak pernah mencapai tahap kepuasan. Sepatutnya kalangan penduduk Kedah perlu bersyukur. Kerana kesungguh pemimpin BNlah Kedah berkembang maju. Tetapi nafsu manusia yang sentiasa membuak-buak dan terlalu cepat untuk menikmati kesenangan dengan sekelip mata mengakibatkan kekayaan dan kesengan yang dihidangkan hilang begitu sahaja kerana tamak haloba.

Selalunya manusia yang pandai cakap belum tentunya hasil kerja dan hatinya selari dengan perbuatannya. Kadangkala terdapat hasrat yang tersirat dan tersembunyi menyebabkan beliau melakukan kepuraan untuk merebut hak tersebut. Akhirnya bila sudah menjadi hak dan kuasanya maka beliau hilang haluan arah apabila melihatkan wang yang terlalu banyak dan gelaplah mata maka terpancarlah keimanan syaitan untuk menerokainya.

Inilah manusia yang bertopengkan dan berkawan dengan syaitan seperti seruan N.Aziz. Ingatlah kita semua BAHAWA SEJAHAT-JAHAT MANUSI ITU ADALAH SEBAIK-BAIK SYAITAN'. Ibarat kera dapat bunga. Beliau tidak membezakan nilainya dan tingginya harga bunga tersebut, disebabkan ketamakan dan haloba maka dipersalahka gunakannya.

anai-anai berkata...

Nak habak kat hangpa semua laa.Sebenarnya zaman BN dulu pun berlunggok GLC kerajaan kedah terlingkup dan punah.Sama sahaja BN dan PAS.Jangan percayalah orang politik semuanya kaki songlap.Depan rakyat cakap bela rakyat.Belakang depa sapu untok perut mereka sendiri.Sebab itu ALLah turun BALA pada orang Melayu kerana tak amanah.Marilah kita berdoa agar pemimpin yang tak amanah rasuah penoh dengan maksiat tidak diberi tempat jadi pemimpin.Tak kira la PAS ke UMNO ke PKR ke.Semua tipu rakyat.

Tanpa Nama berkata...

songklap 1.3 juta? bukti siap ngan transaksi sekali. Awat tak pi repot kat SPRM teruih! Dedah dalam blog ja buat pa?

Lepaih tu dedah la sekali menteri-menteri hampa yang rumah2 semua macam istana raja. Kat mana depa dapat duit tu semua? Setau aku gaji depa tak besaq mana pon.

Auta semua ni...

Tanpa Nama berkata...

Untuk pengetahauan Tanpa Nama 9.58pm, repot SPRM dah ada, tapi tak jalan jugak, katanya fail dah buka, tapi NFA saja (no further action), semua bukti dah dikemukakan, tapi mungkin si Mamat ni ada kang tow yang baik punya dalam SPRM atau pun pejabat AG di Putrajaya kot.

Tentang Menteri tu, kita kena bahagikan mana yang dah kaya sebelum jadi Menteri, dan mana yang mengaut keuntungan selepas jadi Menteri. Jangan saudara ambil tangkap muat semua Menteri rumah macam istana raja. Itu cara cakap dalam ceramah PAS saja. Pokoknya disini, yang cuba didedahlan oleh KedahTimes ialah orang PAS yang dulunya berceramah siang malam mengatakan BN rasuah sekarang tidak mengambil tindakan terhadap individu yang diceritakan dalam artikel ini iaitu yang melibatkan Kulim Technology Management Sdn Bhd, yang menguruskan IT Centre di Kulim Hi-Tech Park, walau pun sudah diberitahu kepadanya (orang yang dimaksudkan disini ialah Y.Bhg Tn Hj Sobri dan YB Dato Amiruddin) oleh hampir semua orang yang beliau berjumpa. Malah ada orang yang mengaku mengambil RM20,000 pun masih ada di KBio, dan telah dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke Penolong Pengurus. Tanpa Nama di atas boleh bertanya kepada mereka sendiri tentang hal ini. RM1.3 juta tu memang hampir semua orang KTPC tau ada semua tau tetapi Pengurusan sekarang telah memilih untuk bekerjasama dengan orang tersebut yang memang penyokong PKR semasa pilihanraya 1999 dulu di Kulim.

Ini bukan AUTA tapi FAKTA cuma Tuan Haji saja yang dok buat tak kesah

Tanpa Nama berkata...

Dengar kata, mamat yang songlap ni kawan baik kepada abang YB Dato' Amiruddin (pengerusi kepada syarikat tersebut). Dah kawan abang YB, takkan dia nak ambil tindakan kot kot.

Katanya, sebab perkara ni melibatkan duit kerajaan negeri dan beberapa orang penting, Dato' Amiruddin minta dibekukan sementara kononnya banyak pihak akan tercalar. Padahal, mamat ni sorang dan pecacai bawahan dia saja yang buat kerja terkutuk ni, tapi biladia gempar macam tu, terus semua geng Umno dan PAS dua-dua takut.

Bukti-bukti yang dibentangkan pula adalah dari juruaudit bertauliah Price Waterhouse Coopers.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates