Ahad, 23 Januari 2011

Mursyidul AM II? Jawatan Baru?

Sewaktu penulis memandu memasuki bulatan Teluk Wanjah pagi tadi (23-1-2011 Jam 8:20 Pagi), terserempak dengan poster-poster yang begitu banyak ditampal di sekeliling bulatan samada di tiang-tiang, pokok-pokok dan kon-kon milik kontraktor Double Track.

Poster yang bertebaran di sekitar
Bulatan Teluk Wanjah, Alor Setar
Hari ini 23-01-2011
Poster memaparkan wajah Lim Kit Siang dan Nik Aziz; tiada apa-apa tulisan melainkan hanya gambar mereka berdua. Rujuk di Sebelah.

Apakah makna semua ini? Perbuatan siapakah ini?

Banyak kemungkinan yang boleh dipertimbangkan untuk menerangkan sebenarnya apa yang berlaku.

Kemungkinan Pertama: Ianya kerja-kerja penyokong PAS sendiri yang memang sudah menerima Lim Kit Siang dan DAP sebagai sahabat seperjuangan mereka. Kedah adalah milik mereka dan mereka berhak menampal poster dimana-mana sahaja. Poster yang mereka tampal ini memberitahu semua yang Lim Kit Siang sudah diterima mereka untuk sama-sama berjuang menegakkan negara Islam dan Hukum Islam.

Kemungkinan Kedua : Ini mungkin juga kerja-kerja penyokong PAS yang tidak berpuashati terhadap pemimpin PAS yang bersekongkol dengan DAP. Jadi mereka membuat provokasi supaya pemimpin mereka sedar yang adalah tidak boleh bersekongkol dengan DAP.

Kemungkinan ketiga : Perbuatan musuh PAS seperti UMNO, MIC atau MCA. Ini adalah propaganda untuk menyedarkan penyokong PAS yang mereka sudah terpesong dari perjuangan sebenar. Lim Kit Siang dan DAP yang mereka jadikan kawan sebenarnya Zionist yang menjadikan PAS sebagai proksi untuk menawan hati orang Melayu. Dan Nik Aziz ada proksi tersebut

Kemungkinan keempat: Rakyat biasa yang sudah muak dengan tindak-tanduk PAS dan DAP yang bermain tarik tali dalam perjuangan mereka. DAP peralat PAS dan begitu juga sebaliknya.

Kemungkinan kelima: Mungkin DAP yang begitu beriya-iya menjadikan PAS sahabat mereka yang menampal poster-poster tersebut demi menunjukkan yang PAS dan DAP adalah kawan karib. APA saja DAP cakap PAS akan dengar.

Dan pelbagai lagi kemungkinan yang boleh kita berikan.

Maka renung-renungkanlah & fikirkanlah apa maksud sebenar poster yang memaparkan Nik Aziz dan Lim Kit Siang tersebut! 

Tetapi dalam pukul 1.30 tengahari, sewaktu penulis melalui kawasan tersebut, semua poster-poster tersebut telah dibuang samada oleh pihak-pihak tertentu atau majlis bandaraya. Saki-baki boleh dilihat di pokok-pokok jalan ke Stadium.

2 comments:

AnaQarbana berkata...

Lin Kit Siang ke..nampak macam muka Chin Peng je.......biar betol......

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Mungkin dengan menampalkan poster2 tersebut menzahirkan bahawa Kerajaan PAS Kedah ingin menunjukkan bahawa Kerajaan Kedah mengangkat martabat Lim Kit Siang sebagai ulamak baru mereka. Ini bukanlah mustahil begi PAS kerana mereka ini pernah menyamakan LGE sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz.

Keadaan Kedah kini terdesak akibat gelombang baru saudara Dato' Mukriz yang banyak membantu memulihkan imej UMNO dan BN khasnya di Kedah. Atas suntikan inilah menyebabkan Kerajaan PAS Kedah kepanasan dan seolah-olah sudah sampai klimak pemerintahan mereka di Kedah. Paling malang golongan India yang dijanjikan dengan Cuti Thaipusam tidak sampai hajat mereka. Kalau dahulu Kuil-kuil hindu dengan bendera PAS dan terpampang pemerintahan PAS menunjukkan pertapa sayangnya mereka pada PAS. Kesudahannya mereka telah dipermainkan dengan begitu hina sekali.

Amat malang, SADA telah menaikkan tarif air tetapi kualiti air sebenarnya sangat teruk dan berkelodak hitam apabila air paip dibuka dan ditakungkan. Janji MB kepada rakyatnya untuk memberi diskaun potongan pada bil tarif air Bulan Disember hanyalah sendiwa dan lakonan pentasan boria dan dikir barat oleh Ostaz Azizan. Mereka ini sebenarnya seperti tukang karut dalam dikir barat dan isi kendungannya dan terjemahan untuk kebaikan kepada rakyat seperti tin sardin kosong. Diluar tin dipaparkan gambar ikan tuna dan salamon tetapi kandungan dalamnya kosong dan hanya dipenuhi dengan habuk dan kekotoran sahaja.

Banyak sendiwara dan lakonan yang menjadi-jadi kini di Kedah. Cakap MB dan Exconya putar alam dan sentiasa menyalahkan orang lain bagi menutup kebodohan mereka. Lihat sahaja seorang pemimpin yang berkelulusan SRP diangkat sebagai Pengerusi sebuah Syarikat GLC. Bayangan pertama difikiran mengapa beliau dilantik atas kelayakan serta kepakaran apa yang ada padanya? Kepakaran yang ada padanya hanyalah cakap kosong dan pandai kelentong dan penuh sendiwara tetapi paling tepat jawapannya wang dan kuasa kerana itu semuanya lubuk duit.

Islam sekalipun permulaan mukadimah pertama yang dititik beratkan kepada umatnya dengan Surah Iqra iaitu ilmu. Tak dinafikan pemimpin PAS berilmu iaitu ilmu putar alam, penyebaran fitnah, penuh denga ilmu mengkhafir dan mendoakan untuk keburukan orang.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates