Isnin, 3 Januari 2011

Nak Buat Kerja, Buat Kerja Cara Islam


Ustaz Azizan kata: "Nak buat kerja, buat kerja cara Islam".

Ustaz buat kerja cara Islam ka? Orang-orang kepercayaan Ustaz buat kerja cara Islam ka? Atau wartawan saja ka kena buat kerja cara Islam?

Cara Islam ka Ustaz, bila janji masa pilihanraya kata nak buat tender terbuka, bila menang projek KUIN bagi pada syarikat yang tak masuk tender pula?

Cara Islam ka Ustaz, bila Mahfuz letak jawatan, Ustaz buat diam, bagi isu sejuk sendiri? Bukan soal nak hangatkan isu, tapi ini soal amanah. Soal penyelewengan yang Ustaz dan Parti Ustaz janji nak hapus, tapi peliknya orang Ustaz sendiri yang buat.

Buat kerja cara Islam ka namanya, bila dah lantik pengerusi Kedah Sato, orang-orang Ustaz buat kerja sampai pengerusi letak jawatan, Kerja cara Islam ka Ustaz?

Nak buat kerja, buat kerja cara Islam. Ustaz cakap macam la orang lain tak pernah baca Quran sebelum PAS jadi kerajaan, la ni mana pi "Nak Buat Kerja, Buat Kerja Cara Islam" Ustaz?

Kredibiliti kerajaan Pas Kedah dipersoal

ALOR SETAR 2 Jan. - Kredibiliti kerajaan Pas Kedah dipersoalkan kerana sehingga kini gagal menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dalam pengurusan Kedah Sato Sdn. Bhd. (Kedah Sato) sehingga menyebabkan Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar meletakkan jawatan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, peletakan jawatan Mahfuz tidak boleh ditafsirkan sebagai satu tindakan yang biasa kerana tidak mungkin Naib Presiden Pas itu sengaja berbuat demikian tanpa sebarang alasan.

Justeru, katanya, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak harus bertanggungjawab memberi penjelasan mengenai isu berkenaan kerana ia melibatkan kepentingan seluruh rakyat negeri ini.
"Peletakan jawatan Mahfuz satu perkara yang besar, tidak mungkin beliau saja-saja mahu letak jawatan. Saya amat yakin ada perkara besar di sebalik peletakan jawatan berkenaan.

"Azizan kena jawablah, kalau ada yang tidak kena dalam Kedah Sato, maka tanggungjawab Menteri Besar untuk mengambil tindakan membetulkannya kembali," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar baru-baru ini melaporkan Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mengesahkan bahawa beliau telah melepaskan jawatan Pengerusi Kedah Sato tetapi enggan mengulas lanjut mengenai tindakannya itu.

Desas-desus tentang peletakan jawatan Mahfuz tersebar sejak akhir-akhir ini apabila beliau dikatakan tidak setuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan.

Berikutan itu, UMNO negeri mendesak kerajaan Pas Kedah supaya menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dalam isu membabitkan syarikat milik kerajaan negeri itu kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

Ahmad Bashah berkata, jika benar dakwaan pihak tertentu bahawa peletakan jawatan itu disebabkan kontrak pembinaan kampus baru Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang didakwa diberi secara terus kepada sebuah syarikat, maka kerajaan Pas Kedah telah memungkiri janji untuk bersikap telus dalam pemberian kontrak.

Oleh itu, katanya, adalah amat penting bagi kerajaan negeri menjelaskan isu berkenaan supaya persoalan yang timbul di fikiran rakyat terjawab.

"Pas berjanji dalam manifesto pilihan raya yang lepas bahawa semua kontrak akan diberikan secara tender, tetapi kenapa tidak mampu penuhi janji itu sekiranya dakwaan itu benar," katanya.

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Melihatkan dokumentari ini merupakan satu drama realitik yang sangat menarik dan menghiburkan. Andainya yang dapat disimpulkan dalam hal ini mungkin Azizan lupa bahawa beliau kini memengang kuasa Eksekutif yang tertinggi di Kedah ataupun masih lamunan atau terkejut beruk bahawa beliau MB Kedah atau dalam otak masih pembangkang. Ini amat memalukan sebagai seorang mengaku ustaz dan pemerintah yang terlalu cetek ilmu agama dan kesabaran diri.

Persolannya adakah perjalanan pentadbiran beliau kini berlandaskan kehendak agama islam.

Pertama kita lihat janji manis bermadu sebelum PRU 12.

1. Permaianan paling kotor pada masa itu ialah harga barangan dimana mereka berjanji kepada rakyat akan turunkan harga barang jika perintah hari ini esok akan turun harga barang. Dengan kuasa Allah SWT PAS memerintah Kedah diumumkan dan riuh pemimpin peringkat Kampung mencang bahawa kerajaan PAS akan turunkan harga barang esok hingga kini tiada dilaksanakan.

2. Mereka juga menjanjikan wang kepada golongan emas, ibu-ibu tunggal. Tetapi hingga kini tak tertunai.

3. Riuh dicanangkan cukai pintu akan dihapuskan dan cukai tanah diminimun. Jawapannya hingga kini tak tertunai.

4. Mereka canang akan jaga harta khazanah dan sumber alam. Jawapan habis harta khazanah pokok-pokok tebang dengan rakusnya termasuklah hutan simpanan tadahan air.

5. Kita dipersembahkan prasarana yang disediakan oleh Kerajaan BN yang cantik-cantik termasuk jalanraya. Apa jadi bila PAS memerintah jalan2 ini dicantikkan oleh mereka dengan menyediakan lubanng-lubang, lopak-lopak, beralun-alun bahkan adakala hilang tar hilang kemana.

Sambung 1

Tanpa Nama berkata...

Sambung 1

Mereka janjikan kebaikan kepada rakyat.

Persoalamannya kebaikan ustas Azizan menutup kelas tabika, merampas dewan-dewan serta mengunci dan kebaikannya terlalu nyata ialah membela sahabat karib mereka DAP dalam melakukan kemaksiatan dan mencemarkan surau2 dan masjid2 serta membantu mencemarkan maruah islam serta menokok tambah firman Tuhan.

Paling nyata kita lihat pimpinan pemerintahan Islam Azizan membiarkan rakyat sengsara bila berlaku musibah seperti banjir kerana membiarkan rakyat menderita apa permintaan bekalan air bersih tak dilayan dan paling baik ialah beliau menggunakan kuasa veto supaya rumahnya dibekalkan generator sokongan dan biarkan rakyat hidup dalam kegelapan dan kepanasan asalkan beliau dan keluarganya menikmati kedinginan dan keselesaan.

Kita lihat kebaikan Ustaz ini ialah kepandaiannya menjawab soalan yang menunujukkan kehebatan kelemahan beliau apabila diajukan soalan dengan ringkas tak tau..tak tau.

Kalau nak coret terlalu banyak dan rasa cukup untuk ini saja. Itulah Negeri Islam Ala PAS.

PPRT berkata...

Hai.Jangan dok kata kat ostat azizan sahaja yang tak betul.Dalam UMNO banyak juga yang betoi hari ini.Apa jadi semua projek Kelas F yang dibolot ketua bahagian dan kroninya sahaja.Puak lain kosong sahaja.Boleh jadi jadi ostat azizan belajar dari umnoi juga kot supaya jaga kroni sahaja.Cuba hangpa turun kebawah tanya apa habak kawan-kawan kelas F yg makan kuah sahaja.Dok kira osata azizan tak betoi.UMNO dan ketua bahagian pun serupa juga.Eloklah pakat-pakat buat harta untok tujuh keturunan.

beribesaq berkata...

UMNO tok sahlah dok buat komen yang bukan-bukan pasai bab tu.....yang penting lani bagaimana UMNO untuk mengembalikan pengaruh umno di kalangan pengundi semua kaum, bukan setakat pengundi UMNO ataupun pengundi Melayu. Adakah dengan membuat komen sedemikian rupa tiba-tiba sahaja pengaruh UMNO boleh melambaung dan mendapat sokongan para pengundi 90%??????????......buang masa je....cuba Tok Basah tengok masalah dalam UMNO di semua peringkat Bahagian dan Cawangan...masalahnya lebih besar dari masalah perletakan jawatan si mahfuz bangang tu.....Rakyat ataupun pengundi tak tengok benda tu...tidak bagi kesan pada depa...depa masih yakin dengan PAS..kepimpinan Uztas Azizan berbanding dengan kepimpinan UMNO...jangan ingat masalah pentadbiran Kerajaan PAS memberi impak positif kepada UMNO....jangan mohonglah UMNO....setakat lani...rakyat/pengundi selesa dibawah kepimpinan PAS....walaupun tak ada perubahan seperti yang sering di tuduh oleh UMNO...

Tanpa Nama berkata...

Macamana UMNO nak kembalikan pengaruhnya dikalangan rakyat Kedah tak payah dipersoalkan. Yang penting, apa yang berlaku dalam kemelut projek KUIN di Baling telah mula menyalakan api pertelingkahan besar diantara geng Azizan dengan geng Mahfuz dalam PAS Kedah.

Jika Amiruddin, Fahrurrazi, Taulan dah mula bercakap dekat kedai-kedai kopi kapada orang yang depa tak kenai orang PAS ka orang pro-UMNO, semua ini adalah bunga2 pertelingkahan besar dalam PAS Kedah.

Sebab, kenapa OSATAT AZIZAN kata, banyak tokoh2 PAS yang muda2 boleh ganti beliau sebagai MB Kedah, dia sebut contoh Ghani loya ADUN Air Hitam dan Timbalan Spiker. Kenapa OSTAT AZIZAN tak sebut Amiruddin, Fakhrurrazi atau Tolan?. Sedangkan depa ni lebih senear. Ghani dan Timbalan Spiker memang budak beghinguih lagi dalam PAS Kedah.

Mahfuz sebagai Naib Presiden PAS, awat OSTAZ AZIZAN tak sebut sebagai saorang tokoh PAS yang menonjol?. Ooooo... pasai Mahfuz kelulusan LCE?, pasai Mahfuz bekaa Poter Aipot Pinang?. Saya ghasa pasai Mahfuz musuh dia kooott?.

Saya berpendapat, Amiruddin, Fakhrurrazi atau Tolan Rasul tok sah dok angan2 lah nak ganti OSTAZ AZIZAN nak jadi MB. Depa niiii... sampah jeeee... bagi OSTAT AZIZAN.

MAHFUZ LAGI LAH OSTAT AZIZAN MENYAMPAH.....

Tanpa Nama berkata...

Satu yang saya nak tanya pencacai kuat PAS tak terjawab-jawab,
Macammana akidah dan kedudukan saudara2 kini. Ini kerana mengikut ulamak murahan dan pesongan kerana beliau mendakwa tupai halal dimakan katanya ianya hanya makan buah. Bahalolnya N.Aziz.

Dulu dia keluar fatwa orang Islam termasuk UMNO (Tepat) bila berkawan dengan cina kafir(MCA) dan India Kafir (MIC) dengan angkuh dan sombong katannya kafir.

Ingat Allah SWT itu Maha Kaya maka degan kehendaknya PAS kini sekongkol yahudi (DAP) dan sosialis (Tak Percaya Agama) apakah akidah saudara2 seperti fatwa ulamak murahan saudara ???

Ingatlah saudara2 yang menyokong dan sekongkol dengannya secara tak langsung menyetujui dan merestuinya kerana sentiasa jadi pembela kepadanya.
Tapi jangan lupa bahawa pemimpin saudara yang mengaku terlalu islam tetapi tak menunaikan dan dusta janji dalam islam digelarkan munafik jika kita menipu dan kianat. Itu mengaku ustaz dan terlebih islam. Kini PAS terlalu recis dan perosak agama dan keharmonian negara serta mahkluk mencemar maruah dan harga diri umat islam dengan menodai kesucian dan keagungan masjid dan syiar islam.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates