Sabtu, 22 Januari 2011

PAS DAN 'JOGET'

Adakah anda biasa dengar nama ' HASHIM GERA'? Siapa HASHIM GERA ? Dan siapa yang memecat HASHIM GERA ! Hashim Gera adalah seorang Pemimpin Parti PAS yang cukup terkenal dikalangan ahli ahli PAS dan beliau juga amat gemar berjoget. Ekoran dari kegemaranya berjoget beliau telah diPECAT oleh PAS.



Inilah kisah yang sebenarnya berlaku. Dewan Ulama Pas selaku jawatankuasa disiplin yang bersidang untuk menimbang kes Hashim Gera berjoget telah ditanya oleh Hashim Gera apakah definasi JOGET ?

Tiada seorang pun dari ahli jawatankuasa disiplin Pas yang tahu definasi JOGET.

Hashim Gera pun menjelaskan  yang JOGET itu ialah satu tarian yang pada dasarnya bersih kerana dalam tarian ini :

           Bila dia (perempuan joget) datang saya lari
           Bila saya datang, dia (perempuan joget) lari

Oleh itu rentaknya ialah:

          Dia datang saya lari
          Saya datang dia lari
          Dia datang saya lari
          Saya datang dia lari

Hashim Gera menjelaskan bahwa dalam tarian joget perempuan dan lelaki tidak bersentuhan.

Keputusan jawatankuasa disiplin PAS ialah memecat Hashim Gera kerana 'lawyer buruk' dan bukan kerana berjoget.

Setelah lebih 30 tahun kes Hashim Gera berlalu, kini PAS yang mahu menjadikan HUKUM HUDUD sebagai undang-undang wajib jika PAS memerintah satu hari nanti telah membuat 360 darjah pusingan apabila mereka bersekongkol dengan DAP dan PKR, bukan sekadar berjoget di kelab kelab malam, dalam kawasan MESJID pun PAS sanggup membenarkan Wakil Rakyat wanita DAP yang seksi berjoget bersama ahli-ahli lelaki PAS.

WOW! PAS ANDA CUKUP HEBAT !

1 Melayu

1 comments:

kelambu hijau berkata...

Kerajaan PAS pun dah tahu apa itu komisyen.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates