Selasa, 18 Januari 2011

PAS PIS PUS

Dalam kehidupan seorang hamba Allah, ada tiga proses yang dikurniakan Allah yang berlaku sebelum Manusia melakukan sesuatu atau memilih untuk melakukan sesuatu.

Pertama proses tangkap atau 'capture'. Proses ini dilakukan oleh panca indera yang dikurniakan Allah seperti mata, telinga, hidung, kulit dan sebagainya. Sesuatu maklumat di serap atau ditangkap oleh pancaindera seperti yang disebut.

Proses seterusnya ialah Proses. Ini berlaku selepas proses pertama berlaku. Maklumat atau informasi yang ditangkap oleh pancaindera akan dihantar ke otak untuk diproses. Otak yang diberi khas oleh Allah akan memproses segala maklumat sebaik mungkin.
Proses terakhir ialah membuat keputusan atau pemilihan. Proses ini yang memerlukan akal yang dipandu oleh sifat ilmu/pengetahuan.

Maka jika salah satu proses ini tiada atau tidak digunakan sepenuhnya, maka keputusan atau 'decision' mungkin menjadi tidak betul atau tidak tepat.

Selama ini kita melihat penyokong PAS/PKR hanya mendengar apa saja yang dikata atau disebut oleh pemimpin mereka. Proses monolog menjadi pilihan pemimpin PAS/PKR untuk pengikut mereka. Pengikut hanya mendengar.

Tetapi adakah maklumat yang diterima diproses dengan sebaiknya oleh otak? Jika proses ini tidak berlaku, maka keputusan bakal diambil mungkin tidak tepat.

Sebaliknya jika otak proses maklumat yang diberi, maka adakah mereka menggunakan akal dan ilmu untuk membuat keputusan yang betul dan tepat?

Tetapi selama ini pengikut-pengikut PAS /PKR samada telah 'FAIL' untuk samada menggerakkan proses kedua atau ketiga. Sebab itulah mereka hanya jadi seperti video dibawah.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Memang penyokong PAS/PKR berfikiran begitu. Memang dah terang perkara tersebut salah tetapi dipemikiran mereka parti mereka sahaja yang betul. Walaupun siseru oleh MB Kedah supaya bekerja dengan cara Islam tetapi hasilnya tetap macam tak Islam termasuk diri MB Kedah sendiri.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates