Jumaat, 14 Januari 2011

PENGURUSAN MUKA LAMA SABOTAJ GLC KEDAH

Pengerusi PKR Kedah tegas menyatakan dalam akhbar harian Sinar ujudnya perlakuan sabotaj oleh pengurusan yang terdiri dari muka-muka lama rejim Kerajaan terdahulu dalam GLC Kedah. Ketegasan ini memberi gambaran bahawa GLC Kedah sekarang berada dalam keadaan tenat, semata-mata kerana sabotaj.

Kedah Times telah membawa kenyataan Pengerusi PKR Kedah ini bulat-bulat tanpa mengubah walau sepatah perkataan dan ayatnya. Tindakan Kedah Time baik, kerana di muka akhbar banyak pihak yang tidak dapat memberi komen, melainkan jika ada akhbar seperti harian Sinar bertanya kapada pemimpin BN atau pihak pentadbir terdahulu GLC untuk mendapatkan komen mereka. Apabila Kedah Times menyiarkan melalui blognya, maka ada peluang pihak saperti kita ingin memberi komen.

Untuk mengelak daripada kelemahan pentadbiran sekarang dalam GLC Kedah, Pengerusi PKR Kedah yang salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Kedah Berhad memberi kenyataan demikian, iaitu GLC mengalami kerugian dan tidak dapat bergerak dengan lancar.

PKB tidak dapat bergerak lancar mencari bisnes sebanyak mungkin, kita ingin tanya, siapa yang menjadi CEOnya dan didalamnya siapa yang menjadi Pengurus-Pengurus kanan? Bukankah CEO sekarang dibawa balik oleh MB dari Kuala Lumpur yang mana kita tahu beliau ada bekas Pegawai Tinggi salah sebuah GLC dibawah Kementerian Kewangan?
 Mustahil, CEO yang sehebat beliau, ada Pengurus-Pengurus kanan dalam PKB yang boleh melakukan sabotaj dari dalam?

Setahu kita zaman Dato' Bakri Hj Ali Mahamad yang hanya berkelulusan MCE menjadi CEO PKB lima tahun dulu, pun tidak di sabotaj oleh Pegawai-Pegawai yang ada. Malah mereka memberi kerjasama sahingga PKB dapat berjalan dengan lancar, sehingga hari ini gaji Kakitangan PKB masih makan gaji hasil daripada kerja beliau terdahulu. Demikian halnya, apa kerja CEO sekarang. Tido ka? Apa perojek hebat PKB sekarang?.
Kenapa PKB tidak berusaha membangunkan tanah-tanah milik PKB banyak di Kedah ini? Tanah Bukit Kaci, Tanah hadapan Perwaja Gurun, Tanah Kubang Rotan, Tanah belakang Bangunan UMNO, Tanah di Gurun yang diteroka orang hingga jadi kes Mahkamah, Tanah Bukit Malut Langkawi yang diduduki orang Burma dan bukit sebelahnya, kenapa tiada usaha untuk dibangunkan?

Itulah yang patutnya difikirkan oleh CEO PKB. Tidak mungkin Kerajaan PR/PAS tidak mahu menyokongnya. Usaha-usaha itulah yang harus dibuat oleh CEO sekarang dengan fikiran-fikiran bijak Ahli Lembaga Pengarah termasuk Pengerusi PKR Kedah. Janganlah kerana kedunguan dan kebodohan pentadbir/ALP GLC sakarang menyebabkan PKB lembab, lemah dan makngot sehingga tiada sebarang projek, lepas tuuuu.... salahkan pihak lain. Ada sabotaj konon.

Itu PKB..!!! Bagaimana pulak PKNK? BDB? ASK? Yayasan Islam? Kedah Corp? MBI yang Bakar jaga? Darulaman Realty? Kelab Golf Darulaman? Bina Kuari? KHTP? Kedah Agro yang terlungkup (ada 5 ka 6 ka anak syarikat yang Mihad tubuh)? Yang kesemuanya ini dalam keadaan lemah tak bermaya. Adakah kerana ada Pengurusan dalaman orang BN dahulu yang melakukan sabotaj? Apa yang kita faham, orang lama yang sedang mengurus GLC sekarang hanya yang tediri daripada Pegawai-Pegawai Kanan KCS. Adakah mereka ini yang melakukan sabotaj sebagaimana yang dinyatakan oleh Pengerusi PKR Kedah?
Selain daripada KCS yang sedang mengurus sesetengah GLC sekarang, apabila PR/PAS mengambil alih Kerajaan Negeri lepas PRU12 tahun 2008, semua CEO yang terdiri orang-orang BN semuanya ditendang keluar oleh MB PR/PAS, termasuklah Ahli-Ahli Lembaga Pengarah. Diantara CEO-CEO GLC Kedah yang hebat yang ditendang keluar termasuk Dato' Shukri di KHTP dan Norhalim di ASK. Semuanya diganti dengan orang-orang kuat PAS, PKR dan DAP. KHTP dan ASK sekarang macam mana, apa yang kita tahu telah 'HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU'. KHTP, jika tidak di tolong oleh TS Noh Yaakub dengan membawa masuk syarikat gergasi baru2 ini, memang tak ada satu pun syarikat besar dan hebat masuk ka KHTP.

Apa yang dinyata dan di dakwakan oleh Pengerusi PKR Negeri Kedah tentang sabotaj dalam GLC Kedah ini dilakukan oleh orang-orang saki baki Kerajaan BN yang terdahulu adalah merupakan satu tuduhan bertujuan atau bermotifkan untuk menutup kelemahan pentadbiran GLC Kedah sekarang yang terdiri daripada kesemuanya orang-orang pnyokong kuat Azizan Razak MB Kedah sekarang. Mereka adalah terdiri daripada orang PAS, PKR dan DAP.

Kedah Times : Sumbangan pelawat. Terima Kasih

9 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Sebenarnya Pakatan PAS+DAP+PKR merupakan sebuah parti yang menjurumuskan kemusnahan negara. Bermuala niat awal sudah membuktikan sewaktu berkempen dalam PRU 12 dalam manifesto mereka yang kebanyakannya pembohongan dan retorik semata-mata untuk memancing pengundi. Sebenarnya mereka pun tahu semua itu hanyalah helah dan tipudaya untuk menarik dan menagihkan simpati seumpama perangan yang dilakukan oleh Bangsa Yahudi untuk menubuhkan sebuah negara Israel Raya. Justeru itu mereka terpaksa mengcengkam dan memaksa mengistiharkan negara haram yang tidak mendapat istiraf dunia.

Kerana tiada perancangan rapi dan hanya keluar dari rasa marah dan tertekan akibat segala janji itu tidak dapat ditunaikan. Mereka melakukannya kerana terpaksa dan bagi menyedapkan hati rakyat mereka ini pun berpura-pura mentadbir seperti mana rakan sahabat mereka DAP yang banyak putar belik dan pembohong semata-mata. Akhirnya amanah yang diberi mereka terpaksa kianati dan terpaksa mengadaikan maruah dan bangsa sendiri demi untuk mendapatkan habuan duniawi dan megah diri.

Bagi menutup kelemahan dan kebodohan mereka dalam mentadbir maka mereka tiada ada tujuan dan lain bukti melainkan menuduh pemimpin terdahulu dan pekerja dahulu dalam semua segi yang mengakhibatkan kerugian dan kehancuran. Sebenarnya mereka ini tiada semangat dan jati diri serta tiada ada kemahiran dalam dunia pentadbiran. Mereka mahir dalam dunia propaganda murahan dan sabotag lawan.

Puak ini penuh dengan keegoaan diri dan kesombongan diri hingga mereka terlalu tamak dan tidak suka kepada nasihat orang lain. Bagi mereka selagi nafsu tiada sampai kekemuncak sehingga kubur memangil selagi nafsu dan sahabat syaitan mereka merayu-rayu dan meronta-ronta untuk melakukan pengkiatan.

Bagi mereka kejahutan dan kehancuran merupakan titik klimaks bagi memuaskan nafsu mereka ini.

Abu Garcia berkata...

Ahli lembaga pengarah dan CEO baru semua tu hanya pandai berpolitik. Apa yang mereka tahu tentang bisnes. Kalau ya mereka hebat kenapa sebelum ini tiada pun track record kejayaan mereka`ditonjolkan. Kesemuanya hanya pandai menyalak dan berkokok tanpa ada otak untuk berfikir bagi memajukan GLC. Mereka cekap memanipulasi dan memfitnah orang yang tidak sehaluan dengan mereka. Mereka terlalu ego dan emosional dalam membuat keputusan. Jiwa yang karat dan penuh hasad dengki pastinya tidak mampu membangunkan GLC. Rakyat sedang memerhati kelakuan buruk mereka dan PRU nanti mereka akan mendapat jawapannya. Mereka sudah lupa bahawa Allah melihat apa yang sedang mereka lakukan.

Tanpa Nama berkata...

Kita tahu bahawa Pengerusi PKR Kedah niii.. adalah Ahli Parlimen Kuala Kedah yang kalahkan Dato' Hashim Jahaya dari BN dalam PRU12 yang lalu.

Ada orang memberi komen sumbangan dalam Kedah Time yang mengulas kenyataannya dalam Sinar Harian, bahawa kenyataan beliau mengatakan GLC lemah dan tidak dapat berjalan lancar adalah kerana sabotaj oleh Pengurusan terdiri dari orang-orang lama yang daripada Kerajaan terdahulu.

Kita mahu Pengerusi PKR Negeri Kedah jawan komen tersebut. Jangan pandai menuduh, sedangkan tuduhannya itu ada buta tuli sahaja bertujuan menutup kelemahan pengurusan CEO sekarang yang dilantik oleh MB PR/PAS.

Jika beliau tak jawab bererti ianya pendedahan kebodohan beliau sendiri.

Tanpa Nama berkata...

BARU DEPA TAU YANG NAK CAKAP TU SENANG TAPI NAK BUAT YANG SUSAH. TU LA ASYIK MENGATA ORANG DAN MENCARI SALAH ORANG. LA NI BILA KERJA DIBAGI KAT DEPA PUN DOK SALAH ORANG JUGA. NAK BUAT MACAM MANA DAH SPESIS MACAM TU.

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

kita lihat Nasir Zakaria Parlimen PAS Padang Terap yang mengaku dirinya gah. Kita lihat pengakuaan bahawa peristiwa berdarah di SIk yang diPimpin oleh Ibrahim Libya dikata mati syahid olehnya. Persoalannya bagaimana beliau boleh menentukan mereka itu mati syahid?. Sedangkan dalam Al-Quran dan Hadis Nabi SAW menerangkan orang yang mendapat tempat sebagai pejuang syahid kejalan yang diredhai Allah ialah berperang untuk menenjakkan Agama Allah menentang kekafiran.

Kita lihat Ibrahim Libya terlalu diangungkan bahkan didewa-dewa oleh kumpulannya. Kita banyak tangkal-tangkal terdapat dilkalangan pemberontak ini. Sedangkan amalan mempercayai tangkal-tangkal ini merupakan sesuatu yang syirik kerana tidak mempercayai kekuasaan Allah dan kehendaknya. Kita lihat pemerintah yang ditentang adalah beragama islam. Sedangkan pemerintah tidak melakukan sebarang kekasaran, peras ugut atau memaksa mereka menganut dan memerangi mereka keluar daripada Agama Islam.

Kita lihat pemerintah menyediakan kemudahan asas, pendidikan, jalan raya serta berbagai bantuan kepada rakyatnya. Apakah tuuan mereka memberontak?. Mereka ini adalah golongan PAS yang terlalu ekstrim. Malang apabila pihak berkuasa menghulurkan salam ukhwah serta perbincangan mereka terlalu angkuh serta melanggar undang-undang suoaya bersurai dan berdamai tetapi mereka memilih kearah kehancuran dan kerosakan serta memilih untuk kematian.

Apakah memberontak untuk menjatuh pemimpin Islam yang tidak melakukan kezaliman kepada mereka itu syahid?. Sedangkan islam mengajar umatnya supaya mematuhi segala arahan dan undang-undang walaupun diperintah oleh bangsa kafir selagi mereka tidak melakukan kezaliman maka diharamkan dari berperang. Ini telah dibukti oleh Mujahid Rawa bahawa ianya tidak tergolong dalam mati syahid. Akhirnya buku tersebut telah disekat diperharamkan oleh PAS.

Kesimpulannya Nasir zakaria harus bermuhasabah diri kerana dengan kebaikan pemerintah BNlah yang memberi mereka rezeki dan mendapat rahmat ruah. Ini kerana orang tuanya berkhidmat dan mendapat rezeki dariapa Jabatan Pendidikan yang diperintah oleh BN. Sepatutnya beliau membetulkan kariahnya sendiri yang penuh dengan melakukan kemusnahan hasad dengki, pecah belah dan banyak lagi.

Kita jumpa lagi salam Ukhwah daripada Padang Terap. UMNO akan memimpin Padang terap semoga Dato' Syed Sobri yang terbukti dermawan dan penuh dengan kebaikan dan kebajikan menjadi tunjang Padang Terap.

Tanpa Nama berkata...

HOI MAT, HANG JADI MP KUALA KEDAH, LEPAS TUUU... HANG TUTUH ALAUN BUTA BILA HANG JADI LEMBAGA PENGARAH PKB. PKB TUUU... GLC KERAJAAN NEGERI, HANG TAU TAK?

JADI AHLI PARLIMEN PUN HANG MAKAN KAJI BUTA, HANG BUKAN TOLONG RAKYAT PUUUUNNN... NELAYAN KA, PETANI KA DAN ORANG BERNIAGA KA DOK MACA DULU JUGAK. TAK DAK APA PUN YANG TAMBAHBAIK KEHIDUPAN DEPA. MACAM TU JUGA PETANI-PETANI SAWAH DI KUALA KEDAH DAN PENIAGA-PENIAGA KUALA KEDAH.

HANG BUAT APA YANG LEBIH BAIK DARIPADA BN BUAT DULU. YANG KAMI NAMPAK APA YANG SYED RAZAK BUAT DULU DAN DHASHIM JAHAYA BUAT DULU, YANG TU LAH SAJA YANG ADA. KERJA HANG MAIN POLITIK DAN MAKAN GAJI BUTA SAJA. HANG NIIII... BETOI2 TAK GUNA PUNYA AHLI PARLIMEN LAH. LEBIH KUGHANG MACAM MAT SABU DULU LAH. MEMANGLAH, HAMPA NIII... DALAM PILIHANRAYA NAK MENANG JEEEE... LEPAS TU TAK DAK APA YANG HAMPA BOLEH PADA GHAKYAT.

LEBIH BAIK HANG LETAK JAWATAN LAH....

putera gunung jerai berkata...

Untok kasi tmbang makhluk perosak politik PAS di kuala kedah.Bukan susah pun.Tak perlu maki sapa-sapa.Tak perlu kutuk sapa.Pertama UMNO kuala kedah kena satu hati.Setakat 1 msia tak cukop.Kalau 1 kuala kedah pun berselerak.Kedua semua pemimpin UMNO kuala Kedah kena ikhlas dalam perjuangan,Jaga kebajikan rakyat.Bukan jaga ahli umno sahaja.Orang lain pun rakyat juga.Ketiga pemimpin umno kuala kedah letakkan kepentingan parti mendahului dari segalanya.Keempat jangan dok kerja hambat projek sahaja kerana nak kaya sendiri.Kelima buat kerja betoi-betoi kerana demi umno.Kalau dok maki orang lain pun kalau hangpa tak bersatu hati bila mai pihanraya puak PAS menang juga.Dalam umno memang hebat pasai salam kaleh sesama sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Orang dok marah kat mat ya MP Kuala Kedah tu bukannya apaaa... Lepas jadi MP dia tak peduli kawasan dan rakyat. Setakat pi tunjuk muka dekat kenduri buat apaaa...

Kita mau mat ya MP Kuala Kedah, bila dah jadi Wakil Rakyat, bawa lah pembangunan. Jalan ka, pembangunan nelayan ka, pembangunan pertanian ka?. Itu yang orang dok cakap, tak gunanya mat ya niiiii...

Pasai tak sehati tak sejiwa dalam UMNO Kuala Kedah, yang tu tak tau komen lah... keh rumah tangga depa. Elok lah depa ambik perhatian. Ikut lah cara Syed Razak jaga Kuala Kedah......

Tanpa Nama berkata...

Aku dengaq kata orang PAs pun dah benci ngan Mamat ni, sebab lebeh camca dari bubur.;

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates