Khamis, 27 Januari 2011

Pentadbiran Islam Di Kedah

Enam minggu lagi, cukuplah tiga tahun PAS memerintah negeri Kedah. Semasa belum memerintah, berbagai janji ditaburkan kepada rakyat.

Soal tender terbuka sehingga kini tidak kedengaran sama sekali, malah tender terbuka yang telah dibuat pun dibatalkan dan lantikan terus dibuat, sehinggakan Mahfuz meletak jawatan dalam lembaga pengarah Kedah Sato. Itu bukan tender terbuka namanya, tapi tembelang yang terbuka.

Soal Islamisasi rakyat Kedah, yang kononnya dulu tidak cukup Islam tanpa pemerintahan PAS, tiada juga yang rakyat boleh lihat. Hanya pertambahan karaoke baru yang ditambahkan perkataan "Keluarga" bagi menudung kegiatan liburan yang semakin meriah di Kedah. Kalau dibawah BN ianya dinamakan hedonisma, dibawah PAS, dinamakan Hiburan dan Karaoke Keluarga.

Soal Kebajikan rakyat dapat dilihat apabila berlaku banjir besar dan kebakaran di Langkawi, dimana segalanya diserahkan kepada kerajaan pusat, cuma ditambah dengan "kalau nak buat kerja, buat cara Islam" oleh Ustaz Azizan.

Soal Air, apatah lagi, tidak cukup dengan kualiti air semakin rendah, harganya pula dinaikkan. Pakej kenaikan pula, 27 peratus kepada pengguna besar, dan hadiah kenaikan 100% kepada pengguna berpendapatan rendah. Jika ini dibuat oleh BN, namanya Firaun dan Mahazalim, tetapi jika dibuat PAS, ini namanya Kebijaksaan Pemimpin Islam.

Tetapi ada satu soal yang tidak lupa dan dibuat dengan begitu pantas oleh PAS, iaitu meletakkan kroni dalam seluruh pentadbiran termasuklah dalam GLC-GLC yang tidak membuat keuntungan waima satu sen patah pun. Tentulah kita ingat nama-nama seperti Yusrin, Che Had, dan ratusan nama lagi yang diletakkan untuk mengaut duit tanpa menyumbang apa-apa selain dari keceluparan mulut mereka yang mengherdik sana sini seolah-olah agensi kerajaan negeri adalah harta milik penuh mereka.
Dengan hanya ada beberapa bulan lagi yang tinggal, nikmat yang dirasai amat menggiurkan sehingga Ustaz Azizan berura-ura tidak mahu membubarkan DUN serentak dengan PRU 13, agar hayat kerajaan beliau dapat diperpanjangkan beberapa bulan lagi. Sependek itupun, nilainya jutaan ringgit kepada kroni-kroni beliau.

Walau sebijak manapun strategi, dan sehebat mana pun kebobrokan pemimpin dan kroni PAS dalam mengaut hasil untuk diri sendiri. Walau sehebat manapun ia dilindung atas nama Islam, ingatlah Allah maha bijaksana, dan janji Allah SWT tentang syurga neraka dosa dan pahala adalah benar.

Rakyat mungkin boleh di tipu, mungkin sejuta tahun lagi, tetapi adakah anda fikir Allah SWT tidak mengetahui kepura-puraan anda semua.....




1 comments:

Pemerhati berkata...

Melayu mudah lupa ........

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates