Jumaat, 7 Januari 2011

PENULIS BLOG... ADA APA DENGAN MEREKA????

SOBRI SUDIN

1. Sebelum dilanjut bicara biarlah aku maklum pada teman-teman secara ikhlas hati, aku menulis tanpa perlu diupah dan tidak ada maksud atau tidak perlu untuk mengampu sapa-sapa. Pendapatan bulanan aku lebih cukup untuk penuhi segala.

2. Asas penting nukilan, tulisan terzahir dari pemerhatian, pengalaman, pergaulan, pembacaan, gerak hati, penyelidikan, perbincangan, selain rujukan bahan-bahan tertentu.

3. Sebagai Penulis takkan termampu memuaskan hati semua, namun bila saja ada orang bicarakan tentang apa yang kita utarakan maknanya hasrat penulis untuk sekurangnya membuka minda pembaca sudah kesampaian.

4. Hakikatnya sepertimana yang dijelaskan oleh Imanuel Kant, "penulisan berkait rapat dengan the art of reasoning, daya taakulan dan matlamat yang ingin dicapai oleh seseorang penulis". Pandangan Kant turut didokong oleh Francis Bacon tokoh aliran rasionalisme abad ke-16.

5.Seorang Penulis ikut kataWilliam Shakespeare pula adalah "seniman yang menggabungkan kekuatan seni mengikut keindahan matanya bagi dipancarkan menjadi tatapan orang lain".

6. Barang sudah tentu apa yang ditulis banyak dipengaruhi oleh elemen idiosinkratik, pengalaman silam, pemerhatian terbuka, latarbelakang pendidikan dan persekitaran masyarakat di mana penulis itu menjalani kehidupan. Itu antara tambahan kenyataan oleh Profesor Johan Saravanamutuhu.

7. Allahyarham Dr USMAN AWANG, Sasterawan Negara pula menyatakan, "penulis, penyajak atau penyair adalah mata dan telinga masyarakat, mereka memancarkan bait-bait karangan yang kadangkala sukar dimengertikan oleh orang lain kerana ada makna di dalam makna yang hanya mereka sendiri tahu tentang ertinya".

8. Realitinya kesan tulisan baik di blog Kedah Times mahupun artikel sebelum ini di Utusan Malaysia, Berita Harian, 5 kesan utama telah penulis lalui dan berterusan menghadapinya tanpa ada rasa gusar, gundah gulana dan gentar sedikit jua pun. Antaranya:

a) DIMUSUHI PAS KEDAH
b) DIMUSUHI UMNO KEDAH sehingga diupah para pengkomen khas yang bersarang di Tingkat 6 untuk komen negatif bersifat peribadi bukan komen tentang isu yang  dibangkitkan dalam setiap artikel.
c) KAUM KELUARGA DIUGUT, ADA PULA PEMIMPIN UMNO (tak payah sebut nama buat malu ja) UPAH ORANG IKUT AKU KE SANA KE MARI
d) cermin kereta dah dua kali dipecah
e) Dicerca dan dimaki melalui SMS hampir saban hari menggunakan nombor telefon private number.

NAMUN SEMANGAT PENULIS TIDAK PERNAH LEMAH.. ALAH BISA TEGAL BIASA.. SEBAB ITU PENULIS TIDAK TAKUT UNTUK GUNAKAN NAMA SEBENAR PENULIS, AGAR SIAPA JUA YANG TIDAK PUAS HATI BOLEH AMBIL APA JUA TINDAKAN YANG MEREKA MAHUKAN.. Ini berbeza dengan sebahagian besar penulis lain yang berselindung disebalik nama samaran dan imej palsu ciptaan mereka sendiri.

Jadi apa jua isu yang diutarakan mustahil dapat memuaskan hati dan menjadi neraca yang adil untuk tatapan kelompok manusia yang berbeza. Namun sekurang-kurangnya penulis seperti aku ada landasan perjuangan tersendiri, kaedah tersendiri. Penulis turut bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana punyai pengikut tersendiri dan ramai rakan, sahabat, musuh dan taulan yang berterusan memberi semangat untuk penulis teruskan usaha di bidang ini. TERIMA KASEEEEEY!!

Mengungkap idea, menyusun kata dan menggabung semua pengalaman serta realiti sosial yang dijejaki dalam satu ruang lingkup bernama artikel yang kemudiannya disimpulkan atas tajuk tersendiri bukannya satu kerja enteng yang boleh dibuat secara mudah.

Ianya perlukan latihan, skil tersendiri, kepakaran, adunan pengalaman dan kesungguhan. Ibarat kata cerdik pandai "Semua orang boleh menulis tapi hanya sedikit yang berupaya menjadi penulis".

Ada yang mampu menanggapi apa yang ditulis hanya dari makna yang tersurat namun agak pincang dan cetek dalam mengamati makna tersirat. Barangkali sindiran sinis atau senda gurau dalam tulisan dianggap satu keseriusan yang jadi ancaman.

Ada pembaca yang hanya fahami bait-bait ayat yang ditulis secara luaran atau atas permukaan tanpa fahami makna dalaman dan isi falsafah yang hendak disampaikan.

Ini adalah lumrah, rambut sama hitam , hati dan persepsi lain-lain.

Apa pun jua untuk menjadi penulis, keberanian, keteguhan prinsip perlu ada. Pengamatan perlu tajam, daya sensitiviti harus tinggi dan apapun jua sebagai MANUSIA BIASA, penulis juga ada kekurangannya. PENULIS takan mampu menulis 100 peratus seobjektif mungkin. Jika ada penulis demikian rupa sudah pastilah dia itu bukan manusia biasa tetapi confirm dia itu 'MANUSIA LUAR BIASA'.

Menulis perilaku manusia dan gelagat politik insan penuh dengan elemen yang sukar dimengertikan SERTA cukup subjektif sifatnya. Maka terkadang elemen bias, tidak mungkin boleh dielakkan. Sama ada secara sedar ataupun tidak.

Apa pun jua terima kasih kerana dokongan para pelayar KEDAH TIMES yang terus membuka mata dan sudi menelaah isu-isu yang diungkapkan. Paling tidak kita mampu meluaskan sempadan idea dan kerangka fikir untuk menjadi insan yang lebih berlapang dada. Bersedia mengkritik, dikritik, berbahas dan menganalisis. Suatu tradisi perdebatan ilmu yang telahpun dimulakan 2,500 tahun dahulu di negara kota Athens melalui kaedah dialektik Socrates-Plato.

Biarpun apa yang mampu dicoret di KEDAH TIMES sekadar dianggap tulisan picisan khususnya dikalangan sang penguasa UMNO Kedah, tapi penulis percaya Insya-Allah apa yang ditulis sedikit sebanyak mampu meluaskan pemikiran.

Dengan dokongan andalah juga alhamdulilah KEDAH TIMES menduduki ranking ke-53, dan penulis harapkan kita jangan segan silu untuk terus berbahas demi meluas sempadan ilmu dan mengkaya serta berkongsi idea pelbagai demi manfaat semua.

12 comments:

ISAC berkata...

Salam bro,

Cara paling mudah tak payah bagi tahu identiti diri.

melayu lunas berkata...

Sdr sobri.teruskan penulisan anda.sekurangnya buka minda dan cuci otak mereka yg berkarat.Jangan ada jadi ahli umno tapi bila pilhanraya undi parti lawan.Inilah pantang tok nenek aku.

beribesaq berkata...

Inilah virus dan penyakit tradisi Melayu UMNO Kedah...hasad dengki, dendam, fitnah, melayu yang tera. Spisis Melayu UMNO hampir sama dengan spisis Melayu PAS dan PKR. Spisis Melayu PAS bergelumang dengan fitnah, spisis Melayu PKR penuh dengan pembohngan/penipuan. Melayu UMNO suka kena puji, depa saja yang betul, depa saja yang pandai, orang lain bodoh. Lebih-lebih lagi yang ada di Tingkat 6 dan 7 tu, semuanya kepala busuk, perut busuk, hati busuk, perangai busuk. Melayu UMNO sanggup bagi Melayu UMNO kalah dalam pilihanraya demi untuk kepuasan dalam PRU lalu.....contohnya seperti yang berlaku dalam Bhg Pdg Serai....semata-mata kerana Rhman tak dicalonkan sebagai calon DUN Merbau Pulas, taiko-taikonya buat hal, tolong pambangkang berkempen, akibatnya.....Rahman jadi wakil rakyat sekarang ni...

Pakteh berkata...

Bab menulis ni..pakteh ada blog. Kekadang rajin...kekadang malas.

Kalau rajin...sehari sampai 3 artikel yang pakteh tulis. tak kisah la artikel tu 10 perkataan atau 1000 perkataan. Pakteh tulis ikut apa kata hati pakteh. Lagipun pakteh dah nyatakan..apa pakteh kata mungkin betul n mungkin salah.....cuma pakteh akan cuba sedaya upaya menulis sesuatu yang tak betul.

Idea untuk menulsi bukan slallu mai...bila marah, sayang, rindu, tenang baru ada idea. Shahnon Ahmad banyak idea bila beliau marah.

pakteh suka dengan nama pakteh dan biarlah orang hanya kenai pakteh. Namun tak susah nak cari sapa pakteh kerana Insyaallah...ramai jugak yang kenal.

Gaya tulisan Sobri Sudin memang pakteh minat. Mungkin kerana maklumatnya menarik dan tepat malah berdasarkan kajian yang bersifat akademik.

Pakteh pulak suka secara santai dan sinis.

Apapaun..tahniah tuan SObri Sudin. Kehadiran anda di Kedah Times memang begitu terasa auranya.

titi panjang berkata...

Itu lah padang serai hari ini.indah habak dari rupa.

MERBOK TIMES berkata...

UMNO Kedah sekarang menghadapi dua transisi. Satu kelompok UMNO LAUTAN MERAH (UMNO Ortodox)yang kedua UMNO LAUTAN BIRU (UMNO Blue Ocean.

Kelompok ortodox tidak akan menerima kejatuhan mereka berpunca kepincangan dan kelemahan mereka.Mereka lebih menyalahi orang lain kalau mereka kalah dalamP RU.

Kalaulah biawak melintas semasa penamaan calun dan ditakdirkan calun itu kalah dalam PRU, mereka pasti menyalahi biawak itu daripada menyalahi calun yang tidak disukai rakyat.

Kelompok ortodox ini masih percaya medium jentera kempen mereka adalah yang terbaik berceramah dan gantung poster.

Kelompok UMNO Blue Ocean pula lebih pragmatik, realis serta cuba membawa pembaharuan melalui cyber war, media baru,network sosial selaras dengan open sky society.

Mereka sudah jelak dengan aktiviti-aktiviti window dressing, lakonan wayang tongkoi, mencium tangan membodek pemimpin,menyumbang 20kg beras riuh satu kampung.

Perkembangan ini adalah perkara biasa di dalam proses transisi peralihan ketamaddunan.

Sejarah transformasi intelektual ini telah menghasilkan Renaissance yang dipandang sebagai jambatan antara Zaman Pertengahan dan era moden.

Walaupun Renaissance melihat revolusi lebih banyak intelektual, serta pergolakan sosial dan politik.Ketika itu Leonardo da Vinci dan Michelangelo mengilhami dan digelar "manusia Pembaharuan.

Gerakan ini bukanlah mudah. Medium terbaik hari ini ialah blogging dan media baru.

Pakteh berkata...

Pembetulan utk komen pakteh pada "jumaat, januari 07, 2011 4:39:00 PM

Ayat ".....cuma pakteh akan cuba sedaya upaya menulis sesuatu yang tak betul." Bukan bermaksud begitu sebenarnya....

Ayat tersebut perlu ditambah dan dibaca ".....cuma pakteh akan cuba sedaya upaya untuk menulis sesuatu yang betul."

Kesilapan ayat tu membawa makna yang sangat berbeza dan menggambarkan niat yang negatif dalam berblog. Jika sekadar kesilapan ejaan dan kedudukan ayat yg tak membawa maksud berbeza...hehe..pakteh biaq jaa...

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Terlebih dahulu saya ingin jelaskan bahawa saya bukan seorang yang berjawatan dalam UMNO tetapi kerana sayangkan UMNO maka saya terpaksa coretkan retetan diatas maklumat dan maklum balas daripada orang ramai termasuk golongan tua dan muda. Saya tiada berkempentingan tetapi kini saya mendapat limpah rezeki dan nikmat kehidupan atas perjuangan UMNO dan BN.

Untuk makluman tuan/puan, kehidupan saya sekeluarga amat susah dan pernah makan nasi dengan garam. Justeru atas perjuangan daripada hasil gigih perjuangan UMNO dan BN kini saya mendapat kenikmatan hidup yang agak sederhana. Bagi saya terkilan atas kejadian yang menimpa UMNO seperti kata saudara beribesaq amatlah bertepatan. Boleh dikatakan sebulan sekali saya akan tinjau daerah Padang Terap.

Sebut sahaja Padang Terap amatlah beharga kerana tempat menaikkan nama gah 2 orang MB Kedah dan semua dari luar dari Daerah Padang Terap. Kesimpulan kegagalan mempertahankan Parlimen Padang terap adalah pengkiatan pemimpin AJK Bahagian UMNO Padang Terap. Tetapi Dato' Dir bernasib baik kerana peranan Pegawai Jasanya pada masa itu seorang yang berpendidikan tinggi yang mempunyai Ijazah Sarjana telah bertungkus lumus beserta teamnya siang malam memainkan peranan berbulan-bulan sebelumnya dan akhir kita lihat beliau membuah hasil yang tinggi kepada Dato' Dir. Tetapi kini beliau sudah berjawatan Tinggi sebagai seorang Pensyarah dan masa amat terhad untuk berpolitik dan kini seolah-olah arah jalan kejatuhan Dato' Dir tidak mendapat peranan beliau lagi.

Tetapi malang kita lihat Dato, Seri Mahathir Khalid telah lupa akan jasa-jasan ahli UMNO dan pengundi di Bahagian Pedu dan juga beliau tidak mengambil peluang atas tiketnya sebagai MB untuk mendampingi rakyat. Hakikatnya beliau seorang yang tidak berjaya mentadbir Kedah sehinggakan rakyat memberontak dan PRU 12 sebagai buktinya. Bukan itu sahaja hingga kini suara-suara sumbang masih kedengaran di Kawasan Pedu mengenainya. Bermula Kg. Kuala Tekai, Kg, KEDA Bukit Kura, Kg.Lubuk Merbau, Bukit Buluh, Kg. Musa, Seladang Rebah, padang Setoi, Tong Pelu hingga Kg. Pinang begitu juga dengan kampung lin seperti Kg. Sirih, Belukar Luas, Kg. masjid, Kg. Lebai saman Lama dan banyak lagi mempersoalkan kewibawaannya.

Kita sambung lagi

Tanpa Nama berkata...

Sambung Lagi.

Kini kita telah diperlihatkan sifat Dato' Dir ini yang tidak memperdulikan nasib penduduk dan tidak pernah meninjau rakyat di Kampung Kawasan Pedu. Jika beliau turunpun hanyalah di Naka atau tepat mereka kata Padang Kerasak. Beliau seorang yang double standard. Dimana kebanyakan kenduri kahwin dan kematian walaupun dijemput dan diberitahu di Sebelah PEDU terlalu amat berat dan terlalu memilih untuk menghadirinya.

Keadaan ini bertambah teruk kerana orang yang dipercayainya iaitu Mat Yob, Mat Kang, badrolhisam Md. Rejab, Kamil dan banyak lagi adalah golongan kecewa dan tiada berperinsip dan kumpulan yang suka menikam belakang dan kuat merobohkan UMNO dalam pru 12 TERMASUKLAKAH BEKAS MANTAN YB KUALA NERANG SAUDARA ABDUL LATIF MD SAMAN. Mat Yob seorang kontraktor yang banyak mendapat limpah rahmat dan tidak melaksanakan tangungjawab yang diamanah dan sentiasa kianat dan mempunyai PHD (Perasaan hasad Dengki) yang tinggi. Banyak kedengan sumbang bahawa Mat Yob banyak melesap dan memberi barangan seperti yang diluluskan dalam peruntukkan sentiasa tidak mencukupi dan beliau akan hilangkan diri apabila meminta wakil kampung mengambil barang. Persoalannya dimanakah hilangnya barangan tersebut sedang bayaran berpandu barang diluluskan?.

Siapa Mat Yob ? Dahulunya Mat Yob seorang yang menjawab jawatan kerani subsidi dan ditempat di Kilang Mohd Rejab Pedu. Banyak penyelewengan berlaku dan akhirnya beliau dipecat. Apakah peristiwa lampau berulang kembali?. Amat malang dalam setahun sesebuah kampung hanya mendapat 1 atau 2 peruntukan sahaja bagi di sebelah Pedu. Peragihan lembu korban banyak jadi tandatanya. Bayangkan 5 Kampung diberinya 2 ekor sahaja. Bayang sebuah kampung hanya dapat dalam 20 KG termasuk tulang. Macam mana nak buat pembahagian kepada penduduk kampung atau seorang 100 gram. Kita lihat di Kampung Mat Yob mendapat habuan 2 ekor.

Kelibat mereka ini akan kelihatan apabila berlakunya pertandingan dan mulalah jual manisan dan janji manis bermadu tetapi bila rakyat memilihnya mereka akan hilang diri dan kesulitan rakyat tiada perduli dan janji tadi tinggal hempedu dan janji tinggal janji.

Terus terang bila diadukan soalan kepada rakyat bawahan di Kawasan PADU samadan muda dan tua siapakah calon pilihan mereka, mereka jawab dengan suci hati iaitu Dato' Syed Sobri Syed Hashim. Apakah keistimewaan Dato' Syed Sobri dimata dan dihati mereka ? Mereka pun mulalah bercoloteh menerangkan bahawa Dato' Syed Sobri sentiasa mengambil berat masalah rakyat tak kira luar kawasan jagaannya. Banyak pertolongan yang beliau hulurkan kepada rakyat Pedu tak kira tenaga dan wang ringgit.

Apa yang mereka paling menghargainya ialah Dato' Syed Sobri seorang yang low profil serta tiada berbangga diri dan sentiasa menghormati golongan tua dan muda kata mereka. bagi mereka setiap kali jemputan kenduri dan kematian serta kesusahan rakyat jika diberitahu ianya pasti sampai memberi bantuan dan tenaga.

Sambung lagi nooo

Tanpa Nama berkata...

Sambung lagi Nooo

Mereka kata Dato' Syed Sobri seorang keramat hidup. Mereka jelaskan walaupun banyak pemimpin Bahagian yang cuba menjatuhkan beliau dan banyak merosakkan program yang beliau ataurkan tetapi beliau tak patah semangat dan teruskan. kata mereka lagi, sebab itulah beliau lebih senang melakukan amal dan menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat mengikut jalan beliau sendiri tanpa banyak bantuan pemimpin bahagian.

Rakyat Padang Terap baik Pedu mahukan beliau dicalonkan sebagai Ahli Parlimen pada PRU 13 nanti kerana pada masa kinipun beliau banyak memainkan peranan membantu rakyat termasuklah DUN Pedu. Rakyat kata jika beliau tidak dicalonkan oleh PM untuk BN tetapi beliau lawan atas tiket Bebas beliau akan memengangi pilihanraya dengan jayanya kerana banyak jasa dan pengorbanan beliau selama ini. Ini bukannya bohongan tetapi kebenaran dan keikhlasan pengundi kerana jasa YB Dato' Syed Sobri amat besar bagi rakyat Padang Terap. Mereka juga berkata inilah pemimpin befrjiwa rakyat dan pemimpin berkhidmat untuk rakyat dan bukannya kepentingan diri dan kroni yang suka bodek untuk kepentingan seperti Mat Yob Kampung Lebai Saman.

Mengikut merekaq sudah Dato' Dir tiada mendapat tempat di kawasan Pokok Sena, tetapi bila mendapat mandat daripada Pedu, akhirnya rakyat Pedu dikianatinya. Rata-rata penduduk berpendapat Dato' Dir akan hilang bisa dan taring kerana orang penting yang selama ini berjaya dapat mempengaruhi golongan muda iaitu Saudara Kamarul Azman tiada lagi menjadi Pegawai Jasa kepada dan kini diterajui oleh Saudara kamil akan membawa kecundang jika dicalonkan. Begitu juga soalan diajukan kepada Saudara Badrolhisham Ketua Pemuda UMNO Kedah. Mereka menjelaskan akan kalah kerana beliau hanya manis mulut tetapi terlalu kedekut seperti kata orang kuatnya yang banyak berceloteh yang hanya dikenali Bang Din.

Katanya macammana nak jadi calon jika terlalu kedekut dan hanya penting diri jika rakyat susah dan memerlukan pertolongan. Bila diajukan soalan, bagaimana beliau menang Ketua UMNO Bahagian Padang Terap. Golongan kalangan pemuda dan orang tua-tua kata beliau bolehlah menang kerana peranan Saudara Kamarul Azman yang banyak membantu dan menarik golongan muda untuk membantunya. Bila diajukan lagi solan? Sekarang macamana, kini Saudara Badrolhisham telah lupa diri dan banyak didorong seorang AJK Pemuda Bahagian seorang kontraktor yang berbulu ayam dan banyak merosakkan dan melaga-lagakan orang. Dikhabar bahawa AJK pemuda tersebut sebenarnya banyak membantu menjatuhkan UMNO dalam PRU13 dan berlakon dalam UMNO hanya untuk mendapat habuan sahaja, hakikatnya beliau yang kini megeluarkan debu racun dan jarum kepada saudara Badrolhisham agar membenci dan menjatuhkan saudara Kamarul Azman daripada AJK Pemuda UMNO bahagian padang terap. Ini akan memudahkan PAS dalan menjatuhkan UMNO jika Badrolhisham dicalonkan sebagai DUN mahupun Pedu atau Kuala Nerang.

Sendiwara mainan AJK kontraktor ini amat licik sehingga dijajanya kemerata tempat termasuk kepada pemimpin PAS dan Ahli PAS bahawa Dato' Khalid pun berhutang dengan RM 8000.00. Ini menunjukkan UMNO harus berhati-hati dengan beliau kerana akan merosakkan UMNO sendiri bagi kontrak yang berkereta Mercedes C200 ini.Dimana maruah diri dan harga diri Dato Dir dan Badrolhisam hashim apakah beliau sudah lupa jasa-jasa saudara Kamarul Azman.

Sebagai sayangkan UMNO yang telah menjamin kesejahteraan Negara dan Agama Islam haruslah waspada geng-geng tersebut supaya dipatah daripada lebih bermaharaja lela. jangan biar nasi lebih jadi bubur kerana ianya tidak akan bernilai dan akan ditempat dalam tong sampah tempatnya.

Wassalam, jumpa lagi insyallah tolong saudara perhatikan pertikan diatas demi AGMA DAN NEGARA.

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Berbicara tentang Daerah Padang Terap sewaktu banjir melanda seperti apa yang dicoretkan oleh penduduk memberitahu bahawa Kawasan Pedu yang tiada pernah ditenggelami oleh golongan tua-tua yang sudah lanjut usia melebihi 60 tahun menceritakan bahawa tidak pernah berlakunya banjir besar seperti ini.

Dalam banyak berbicara mereka menceritakan bagaimana seorang ADUN Kuala Nerang iaitu YB Dato' Syed Sobri seorang yang berwibawa dan penuh bertanggungjawab. Menceritakan bahawa beliau mendahului menghulurkagensi. Dimana salah n bantuan dari lain-lain pertubuhan dan salah seorang penduduk yang sakit dan air mula melimpah dan mentengelami jalan raya hingga tiada kenderaan berani merendah dikhabarkan kepadanya beliau memberanikan diri bersama pemandunya merendah air dengan pancuan 4 roda menyelamatkan mangsa yang sedang sakit sedangkan banyak nasihat daripada penduduk supaya beliau tidak mengharungi air tersebut kerana dalam dan deras.

Beliau banyak menghabiskan masa, tenaga dan wang membantu penduduk mangsa banjir yang tidak mengira fahaman politik. tetapi bila diajukan bagaimana dengan YB Parlimen bergelar ustaz yang kononnya sangat warak dan baik hati dari PAS. Penduduk mula tarik muka masan dan ketawa serta menjelaskan beliau hanya bawa telur dan perhabiskan makanan mangsa banjir lagi ada.

Diajukan bahawa beliau banyak menyumbang bantuan dan menghabiskan wang yang banyak kepada rakyat seperti risalah yang diedarkan oleh PAS Kedah. Mereka memberitahu itu hanyalah bohongan PAS dan Pihak yang menghulurkan bantuan adalah daripada BN iaitu YB Dat' Syed dan Dato Dir. Ini jelas menunjukkan PAS mengambil kesempatan daripada bantuan BN dan seolah-olah kata mereka YB Nasir Zakaria seperti hidung mancung pipi terserong-serong.

Salah seorang mangsa sangat memuji YB BN terutama Dato' Syed yang sanggup melupakan rumah yang ditenggelami banjir dan keluarga ditinggal mendahului kepentingan penduduk dan berjiwa rakyat serta sanggup susah senang bersama rakyat. Mereka sangat memuji kerana setiap kali beliau sanggup sumbangkan kepada dan cuba memenuhi impian rakyat yang dalam kesusahan hingga habis wang yang dibawanya diberikan kepada rakyat.

Justeru itu terdapat segelitir pihak bahagian UMNO yang sangat mencemburuinya dan cuba menjatuhkannya. Menurut salah seorang penduduk menceritakan bahawa Dato' Syed Sobri sebelum ditawar menjadi calon banyak membantu Tok Li dengan mengeluarkan sumbangan hingga puluhan ribu ringgit demi kemenangan BN untuk kemudahan dan persiapan dalam pilihanraya.

Mereka mengatakan mengapa YB Dato Syed Sobri sanggup menyiksa diri sedangkan beliau sudah bergelar ahli perniagaan terkenal dan duit sudah dapat menampung hingga nak cucu. Menurut mereka beliau hanya ingin menikmati kesenangan hidup rakyat Daerah Padang Terap terus maju dan membangun serta berjaya, Beliau sanggup membayar bil letrik, air dan sehingga sanggup menjual kenderaan miliknya demi memenuhi kehendak rakyat.

Justeru tak hairan jika rakyat sangat menyanjungi kerana kebaikan dan kemurahannya yang banyak membantu dalam hal pendidikan rakyat sehingga membantu anak-anak DUN dalam memasuki Universiti hingga kos keseluruhannya setengah semuanya ditanggung oleh beliau.

Persoalan mereka adakah orang lain sanggup berkorban seperti beliau sekiranya beliau tidak terpilih?. Kedengan suara sumbang menyata jika Dato Syed tidak terpilih mereka akan adakan rombongan ke Putrajaya menemui YAB PM untuk menyata hanya Dato Syed Sobri yang meraka mahu dan orang lain akan mereka tolak.

Apa-apapun fikirlah kerana ini hanya ikhlas dari seorang ahli UMNO yang tiada kepentingan dan dibayar upah tetapi kerana sayang UMNO maka luahan ini dicoretkan untuk renungan bersama.

Tanpa Nama berkata...

Saya dah jangka pekara ini akhirnya akan terjadi juga..kalau masa dulu..sebelum adanya blog dan fb..hanya cakap2 sahaja yg keluar dari ahli dan penyokong umno..kalau tulis surat pun,lesap begitu sahaja..pendek kata wahai kawan2..cuba lihat dan renungkan semula...kumpulan mana yang mentadbir umno kedah???..walaupun jawatan Pengerusi BPUNK bertukar tangan..TETAPI yg mentadbirnya...orang yg sama...maaf cakap yaa..dari zaman Dato' Syed Nahar jd Pengerusi lagi dok di situ..zaman typewriter lagi..sampai la ni pun nak dok ditempat tuuu..dia control semua...Depa2 ni..amat cemburu pada org lain..tambahan yg lebih cerdik sedikit..kalau org bagi ideapun bukan depa nak pakai...lebih pentingkan jawatan dan kedudukan mereka diPejabat Umno negeri dari melakukan ttansfomasi bagi umno negeri kedah kuat dan merampas kembali negeri kedah ini..samada umno menang ke tidak..mereka ini x peduli...asalkan kedudukan mereka selamat di Pejabat umno negeri..jadi..untuk kembalikan kecerian dan kemantapan umno kedah...adalah dicadangkan supaya satu perubahan secara besar-besaran dilakukan diperingkat pentadbiran umno negeri kedah..Reformasi dan transfomasiMESTI dilakukan..kalau tidak..tukar berapa banyak Pengerusi UMNO negeri pun..tidak ada maknaya selagi puak2 itu dok ada...
Mereka ini akan menjalankan jarum cucukan sekiranya ada ternampak muka baru atau mana2 pihak yg ada idea atau berwibawa nak bersemangat untuk membantu umno kedah..bukan kita tidak menghargai jasa dan pengorbanan mereka selama ini..tetapi demi parti..berundur lah..beri peluang pada orang lain pulak untuk mengyumbang idea dan gerakerja cara baru..sesuai dengan zaman sekarang..politik masa kini...dah banyak mereka dapat melalui umno..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates