Selasa, 18 Januari 2011

PERGI KAU MENGEMIS UNDI DISANA.. BUAT APA KAU MENGEMIS UNDI DISINI..!!!!

SOBRI SUDIN

1. Ya jasa UMNO terlalu besar, namun tingkahlaku segelintir pemimpin menyebabkan UMNO Kedah bakal ditimpa malapetaka besar

2. Ya memang benar, UMNO Kedah elok semuanya, jangan ditegur, jangan dikomen, jangan dikata.. siapalah kita.. bukankah UMNO Kedah sudah sempurna sifatnya?

3. Ya.. Ketua UMNO Bahagian, pimpinan PEMUDA, PUTERI DAN Wanita di Kedah semuanya kerja 24 jam, kreatif idea mereka, tidak menyombong, berani perjuang isu rakyat, tapi percayalah sebahagian dari mereka ibarat duri dalam daging dan percayalah.. UMNO Kedah pasti akan terus rebah selagi mereka ini bermaharajalela.

4. Ya.. percayalah didalam UMNO organisasinya cukup hebat, jenteranya mantap, tenaga ahlinya ramai.. tapi percayalah.. ramai bukan petanda kuat.. tapi masih ramai yang sekadar memperkudakan PARTI untuk kepentingan diri.. dan memeras ufti untuk kayakan sanak saudara dan kaum keluarga..

5. Ya.. memang kita lihat ramai yang kaki ampu, kaki cium tangan, kaki angguk, kaki bodek, kaki cantas, namun mereka inilah yang jadi guardian of UMNO, mereka inilah akhirnya jadi penasihat pada pemimpin, pemikir dan perencana strategi.. Justeru percayalah inilah golongan yang dalam hadis Rasullululah s.a.w disebut puak Ruwaidibiah - golongan hina, pembelot yang bukan pakar atau ahli tapi diberi amanah untuk menguruskan perihal Ummah. Maka tunggulah saat kebinasaan ummah dan bangsa itu sendiri.. Ini janji Allah, ini wasiat Rasullulah s.a.w.

 6. Ya.. memang benar apalah sangat ada pada blogger.. penulis, para pengkritik seperti Sobri Sudin, Kedah Times, Gunung Mat Chincang, Sanggul Melayu, Helang Kedah, Pelantaq Hujah, Duke of UMNO, Pak Teh dan yang sewaktu dengannya...

7. Pandangan mereka siapa yang nak pakai.. komen mereka hanya syok sendiri.. pemimpin UMNO sedikit pun tak berbekas, mereka tetap pegang jawatan, mereka tetap senang lenang, tapi percayalah.. akan sampai satu masa kebenaran mengatasi kebathilan... dan ingatlah 'mata pena, tulisan blogger lebih tajam dari mata pedang'.

7. Ya.. memang benar.. apa sangat luahan hati rakyat marhein.. UMNO Kedah boleh tepis dan katakan.. pi rah.. boleh jalan dah.. KAMI KETUA, KAMI TAU LA APA KAMI NAK BUAT.. UMNO KEDAH DAH KUAT.. JANGAN SAPA PUN DOK KACAU...

8.Tapi ingat.. rakyat marhein adalah pengundi.. tukang sapu adalah pengundi.. petani miskin adalah pengundi.. pelajar universiti adalah pengundi.. pekerja kilang adalah pengundi.. penulis jalanan adalah pengundi.. penjaja goreng pisang adalah pengundi.. sampai satu ketika.. golongan hina dina inilah akhirnya akan dijulang.. dirayu.. dan diminta undi mereka..

9. Pada masa itu marilah ramai-ramai kita sorak dan katakan pada para pengampu, penasihat, punasihat, PENCACAI, balaci bengap, tukang kempen bodoh sombong, tukang ampu dan pemimpin UMNO Kedah yang sombong... PI RAH.. BUAT APA KAU MENGEMIS UNDI DISINI.. PERGI KAU MENGEMIS UNDI DISANA!!!!!!

9 comments:

Tanpa Nama berkata...

Walaupun aku org umno, tapi aku pun dah benci ngan umno kedah niiee, asyik gaduh sesama lepa jerr.

Pakteh berkata...

Bila tiba waktunya...pak menteri sanggup cicah maggi dengan air teh sejuk....
bila tiba masanya.....tukang sapu ibarat raja....
bila tiba saatnya...engkaulah sang pemberi kuasa..aku hanya hamba melaksana kerja...

sebelum tiba waktunya...jangan kau berkata apa-apa kerana aku beraja dimata bertakhta dihati...
sebelum sampai saatnya...jangan kau berpantun seloka..kerana buruk madah helahnya...aku tetap kebal di singgahsana
sebelum hadir masanya....ahhh...pergilah kau blogger nyamuk...mampuslah kau pengatur strategi psicisan.....jangan diatur kemudi bahtera....aku pencaturnya....siapa kau?...

AnaQarbana berkata...

Adakah Semua Ketua Bahagian..pecacai depa baca tulisan dalam blog ini, Ana rasa tidak...depa dok syok sendri, depa dok kata depa kuat...depa dok kata kita buat firnah. Pasaitulah apa yang kita komen, tak beri kesan langsung pada depa.....depa lupa, yang tulis...yang komen tu sebahagian dari pengundi yang mempunyai pengaruh tersendiri...depa lupa bahawa penulis dan pengomen tu akan keluar mengundi di hari mengundi dan depa ni juga akan merengek, merayu, memujuk kita untuk mengund depa...piiiiiiiiiiiiraaaaaah...mampuihlah lu Ketua Bhg yang sombong bongkat sedandinya anda menjadi calooooooon....

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakan ketua-ketua Bahagian adalah golongan elit, malah ada yang ego penampilannya. Kebanyakan mereka yang bergelar penyelaras parlimen, biasanya mempunyai penampilan yang cukup istimewa - mempunyai pemandu peribadi dan akan hanya turun padang bila ada program dalam bahagian tersebut. Sewajarnya mereka sepatutnya turun menemui pengundi dimana saja, hatta kedai-kedai kopi dan warung-warung tepi jalan. Penampilan elit akan menyebabkan pengundi menjauhkan diri dari UMNO.

Seperkara lagi yang sering dirungutkan adalah peruntukan, sewajarnyalah ianya diagihkan tanpa mengira kroni. Kini adalah masa utk mengambil hati pengundi terutamanya warga UMNO. Kalau warga sendiri pun lari memangkah parti lain, apalah diharapkan sokongan pengundi atas pagar.

Melayu Lunas berkata...

Semua cuba renungkan;
1 U M N O K U A T.
2. K U A T U M N O .
di mana UMNO kita berada antara dua tadi.

Tanpa Nama berkata...

pak teh...
5hb ni ada kenughi ghumah sedagha aku di padang sanai.
aku pun balik jugak.mesti lalu sik dan blantik.
sedgha aku ni ketua wanita cawangan.
ghamai kot oghang2 kuat umno pi makan kenughi.
depa mesti kena jemput.
sghonok jugak kalu dapat sembang dengan depa.
sedagha aku ni memang kegheja kuat dalam parti.
tak dak apa2 pun,motong pun pawah kebun oghang.
pakai kegheta proton saga edisi pertama dan 2 bijik motor kriss,satu masih ada utang.
aku ghasa datuk sobri mesti pi.
bab tok det aku tak pasti.
sebab sejak dulu pun aku belum besa jumpa dia.
kalu ada sapa2 yang baca blog ni...aku sebagai wakil adik aku(tuan ghumah)pakat2 mai la pada 5hb feb(sabtu)di banggoi 9,padang sanai.
ghumah dekat dengan sekolah.
kalu senang2 pakteh mai la..
daghi blantik teruih guna higway baghu.sampai simpang AH NING konar kighi.
bukan pakteh saja...untuk semua yang baca la no..

Tanpa Nama berkata...

Pak Teh,
Sabelum depa nak tulis,
Awwwwat depa lari daripada pemipin UMNO?
Awwwwat depa dok sentai pemimpin UMNO saja?
Awwwwat depa dok kata kat pemimpin UMNO saja?
Awwwwat depa dok selongkaq cerita UMNO saja?
Awat, awat dan awat?
Gegham niiii.. Pak Teh!!!!!!

Depa patut, jangan bagi oghang atau ghakyat Kedah baca benda yang bukan-bukan dalam UMNO niiii... Pak Teh... Ada yang depa tulis bendah tak betoi. Yang Bahgian dok buat kerja tak beghenti-ghenti tuuuu... depa tak mau tanya oghang. Kita akui Pemuda dan Putri agak slow sikit. Tapi, pakat-pakat pebetoi laaa...

Macama mana Pak Teh?.
Nak makan kenduri di Banggoi 9 5/2 ni, Pak Teh pi lah, dia dah jemput tu. Sapa dia tu, Pak Teh kenai lah kot. Kita tak kenai. Nanti makan kenduri orang tak jemput, tak boleh oooo... Pak Teh.

Yang niiii... anak penakan Pak Teh. Dok di Belantik...nuuuhhh.

Pak Teh, jika depa kata depa kuat UMNO, bagilah PENDAPAT DAN TEGURAN secara terhormat. Niii macam bukan oghang kuat UMNO pulak, hentam sana sini.

Awat PR/PAS depa tak hentam jika depa kuat UMNO. Banyak isu Kerajaan Negeri PR/PAS yang langsung tidak membantu rakyat, pemohong ghakyat Kedah, depa tak tutuh hingga ka tulang hitam puuunnn... Sebaliknya UMNO yang jadi sasaran. UMNO bukan mahu pujian, pemimpin UMNO pun tahu, kerana kelemahan/kekhilapan dahulu adalah merupakan satu pengajaran yang harus diperbetuli sementara menghadapi PRU13. La UMNO dok pebetoi daaaahhh... Yang lemah diperkuatkan dan yang salah di perbetulkan. Bukan UMNO ghalid lagiii... Masing-masing pun dah mula sising lengan nak lawan dengan parti-parti mendurjanakan orang Melayu, Ugama dan Tanah air niiihhhh...

Terutama sekali parti PKR Pungkoq Karat Rapoh niii... Buat janji yang bukan-bukan dengan rakyat, hanya bertujuan nak tarik undi supaya berlaku lagi sekali sunami. Apa pasai sunami?, semua oghang tahu. Tu yang kalah banyak di Kedah, terutama di kawasan-kawasan Parlimen/DUN Merbok, Sungai Patani, Padang Serai dan Kulim/Bandar Baru. Kawasan ni mana pernah kalah sejak 1969 lagiiii... Cuma masa PRK Lunas jeeerr. Itu sebab yang BN kalah. Dulu pun bergaduh dalaman, tapi dikawasan tu semua menang. Jadi, apa kesimpulannya?.

La niii... kita sedang berusa untuk kita ambil kembali Kedah menjadi hak BN. Jika janji Anwar Ibrahim masih juga dipertahankan, memang kita tak boleh harap untuk menang.

Saterusnya apa langkah, mesti kutuk UMNO lagi?. Depa tak mahu datang tunjuk ajar?. Jika itu juga perinsip perjuangan parti, memang depa tiada kesetikawanan dalam perti dan perjuangannya.

JALAK LENTENG berkata...

Yang ni aku sokong tulisan hang Sobri,memang pun yang dok kasi hancur dan porak puranda dalam parti UMNO ni,Ketua Bhg,Tim,Naib, dan bekas2 YB yang dah lupus tarikh.
Mereka mereka ni memang tak sedar diri,rasa diri cukup hebat, padahal pengundi tengok depa pun bukan rasa nak muntah, malah keluar muntah hijau dah.
Depa dok rasa mcm diri depa pemimpin sepanjang zaman.Tak dak dah org lain dalam Bahagian yang hebat,depa saja yang hebat.
Di pinggang depa pemimpin yang lupus tarikh ni ,sentiasa bawa parang panjang,klu ada pemimpin tunas baru yang tumbuh,sambil jalan depa cincang,cantas.
Ada bekas2 YB yang dua tiga kali kalah pun dok geli nak jadi calun lagi.
Mulalah tonjol diri,masuk serata ceruk kampong,habis tak dak apa nak bagi,bagi kertas tisu pun tak pa dah.Janji boleh tonjol diri dan tulis nama besar2 kat plastik tisu tu nama dia.Kononnya dia pemimpin yang perihatin.
Bila kalah lagi,tak salah juga diri sendiri,buat postmortem ,yang salah pengundi juga.Diri sendiri tak salah juga.
Ini yang jadi masalah klu pemimpin yang cermin diri,tp tak mau mengaku kata diri dah rebek sana,robek sini,buruk sana ,buruk sini.
Last2 dia beri cadangan org UMNO kena hantar pi BTN.Pada hal sebenarnya pemimpin2 yang lupus tarikh ni lah yang kena hantar pi kem2 BTN.
Memang jalak lentang saja2 tulis ni ,harap2 pemimpin yang lupus tarikh ni baca dan sedar diri sikit.

Tanpa Nama berkata...

Ni la mentaliti UMNOKedah..bodoh sombong, denial syndrom..Orang kritik ka, komen hangpa kata menentang..PAS, PKR dan DAP memang rakyat dah tau teruk, jadi yang blogger dok kritik UMNO supaya jadi lebih elok dan tak la jadi lebih teruk macam PAS, PKR dan DAP..Bodoh sombong betoi puak UMNO Kedah ni, macam mana tak bodoh sombong, majoriti pemimpin dia pakat lulus SRP, SPM dan 4 Thanawi...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates