Jumaat, 21 Januari 2011

Permainan Akidah oleh Pemimpin PAS

Sewaktu tulisan ini ditulis, selang beberapa rumah majlis inai pelakon Ayu Raudhah, adik kepada Rozita Che Wan sedang berlangsung. Esok malam pula majlis kenduri kawin beliau akan berlangsung. Banyak media datang untuk menemuramah dan mengambil gambar. Pelakon dengan glamornya.

Itu pelakon drama atau filem. Ini pula pelakon politik yang memperalatkan agama untuk mencari pengaruh dan sokongan demi cita-cita untuk mendapatkan kuasa.

Lihat dan baca dengan teliti kata-kata Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat di sebelah dan fikirkan. Apakah kata-kata atau seruan beliau tersebut selari dengan ajaran Islam? Apakah hebatnya Nik Aziz sehingga hampir taraf para sahabat berempat atau Nabi sendiri?

Apakah Nik Aziz boleh memastikan syurga kepada mereka yang bersembahyang dibelakang beliau atau hanya dengan melihat wajahnya? 

Bukankah ini khurafat tahap tertinggi yang ditonjolkan oleh muslimat PAS ini.

Kedah Times mencabar penyokong-penyokong PAS supaya berfikir secara ikhlas, adakah ini ajaran ISlam yang sebenarnya. Jika ini adalah jauh menyimpang dari ajaran Islam, jauhkan diri andai dari puak-puak penyeleweng ini.

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Apa yang bermain difikiran kini apakah golongan ustaz PAS selama ini bergelomang dengan fitnah dan dosa bohongan dan mengata. Kita lihat Pemimpin PAS bergelar dan mengaku ustaz seperti Nasir Zakaria ini menjadi pembela utama perosak agama bahkan mereka yang bergelomang dengan noda dan dosa dipertahankan tanpa ada pperasaan malu terhadap sesama manusia segama dan Kholidnya.

Apakah mereka ini benar-benar berjuang kejalan Allah dan sebenar-benar kejalan menenggakkan kebenaran Allah. Hakikatnya golongan ini termasuk YB. Nasir Zakaria yang angkuh dan gah mencanagkan PAS sebuah Parti berjuangkan islam. Kita dilihat dengan bukti dan dalil bahawa PAS kini bertungkus lumus dan bergelomang dengan golongan DAP yang nyata menentang Islam melalui kata-kata Ucapan Ketua pemimpin mereka. Kita diperlihatkan bagaimana Anuar Ibrahim dalam perbicaraan amalan songsang berkalwat dan seorang kanak-kanak bernama Afifa berhubung kait Anuar dan Syamsidar?.

Lebih malang apablia panglima Perang saraf DAP bertakzirah kepada golongan yang mengaku islam Ahli PAS dalam masjid yang memutar belik ayat suci Al-Quran dan mendapat sokongan daripada Pemimpin PAS. Kita telah diberitahu melalui Al-Quran dan Sirah Nabi bahawa golongan kafir ini sentiasa mencari jalan untuk merobohkan kaum islam hingga kiamat. Bagaimana seorang yang tidak mengaku keesaan Allah dan Mentauhidkan Allah serta Tidak Mengaku Nabi Muhammad SAW Utusan Allah boleh memesongkan golongan yang mengaku dirinya islam malah bergelar ustaz turut dipesongkan.

Kita juga diperlihat bukti jelas dimana Ustaz Saidi sanggup bersumpah menjungjung Kitab Suci Al-Quran bahawa ADUN Selingsing ditangkat berkhalwat dalam koc mewah keretapi. Tetapi dipertahan oleh golongan Ustaz Nasir Zakaria. Begitu juga saudara Saiful Bahari bersumpah mengata beliau diliwat bahkan golongan Ustaz Nasir zakaria mempertahankan pelakunya.

Jelas kini golongan Ustaz ini bernafsu duniawi dan mabukkan kuasa hingga islam sanggup dicemarkan bahkan golongan teraniya dipijak-pijak dan dimalukan sehingga memuja golongan yang melakukan kerosakan. Kita dipertontonkan bahawa golongan Ustaz Nasir Zakaria kini jelas bersengkokol dengan golongan DAP setiap kali golongan DAP diterjah maka-maka ianya bersama-sama tanda setuju dan sekongkol keluar dewan bersama-sama seiring sejalan.

Rupanya amanah anak rakyat Padang terap dikinati malah didustainya dengan noda-noda sehabat sekarib DAP. Apa yang GAH sangat DAP?. Mungkin bogel Elizaberth Wong jadi taruhan dimana beliau telah mendapat pembelaan yang jitu daripada sahabat PAS mereka dan bahkan hingga titisan airmata dipertontonkan demi pertahankan saudari DAP mereka. Begitu juga mainan licik Teresa Kokok yang pertahan babi di Selangor hingga golongan ini pertahankan dengan sepenuh jiwa dan raga.

Tanpa Nama berkata...

Kita lihat Nasir zakaria sangat menyanjungi N.Aziz hingga dipuja-puja dan disanjung bahkan gambar2 N.Aziz dipampang dingding rumah, dikereta, motosikal dan sebagainya. Kita lihat sahabat daripada Pakatan PAS Kelantan mendedahkan N.Aziz lebih menitikberatkan ajaran budhha dengan sanggup mengelaurakan wang ribuan bersama-sama membina patung buddha hingga menyamai kubah masjid.

Malang insan bernama N.Aziz ini bencikan sesama islam bahkan sanggup mengeluarkan kekafiran sesama islam kerana tak sehaluan fahaman politik. Begitu juga N.Aziz menjual islam dengan harapan dapat memesongkan umat islam Malaysia dengan cogannya PANGKAH PAS MASUK ISLAM. Persoalannya apakah kunci islam itu terletak pada PAS sedangkan kunci Islam itu mudah iaitu kerjakan apa yang disuruh oleh Allah dan tinggalkan yang dilarangNYA.

Apakah pekerjaan mencaci menfitnah dan memaki hamun pekerjaan yang disuruh bahkan ianya dilarang dalam Islam. dalam islam apabila berjanji isnya hendaklah ditunaikan. Apakah semua janji Nasir Zakaria semasa kempen pilihanraya dah ditunaikan. Kita lihat terlalu banyak janji dikianati dan dimungkiri termasuk janji bagi cuti kepada golongan beragama hindu pada perayaan Thaipusam. Kita lihat kaum keluarga Nasir Zakaria banyak melakukan perkara yang dicegah seperti pulau-mulau kenduri kendara dan sembahyang 2 imam sewaktu sembahyang jumaat seketika dulu.

Mereka ini juga golongan yang menghasutkan supaya sembelihan sesama islam daripada fahaman UMNO tidak sah dan juga jurunikah Islam kalangan UMNO tak sah dan dinikahi semula. paling menyedihkan apabila mereka ini menyyokong penindasan dengan melarang kaum wanita daripada mendapat suntikan rubella suatu ketika dahulu. Amat memalukan kerana golongan yang mengaku islam sebenarnya tiada ada daya sebagai seorang yang berwibawa.

malangnya golongan ini yang menyokong kuat N.Aziz dalam kafir mengkhafir bahkan mereka lah yang kuat mempertahan seruan N.Aziz bersengkokol dengan pemusnah islam DAP. malangnya golongan ini yang melahapkan elaun IMam yang diberikan oleh Kerajaan BN yang mereka sangsikan keislaman. Amat malang golongan yang dinafikan keislam memainkan iaitu BN berperanan yang terutama menaikkan isu dan perjuangan wadah islam seperti membina masjid-masjid, surau2 kemudahan pendidikan, badan dakwah, pertahanan, kebajikan, infrastruktur serta kemudahan awam hingga golongan PAS kini gah menakluki dan menghalau golongan penyedia daripada menggunakan. Amat malang jika dahulu golongan PAS ini sentiasa cuba mengagalkan apa yang UMNo hendak laksanakan dan membangunnya. Kini mereka angkuh dan sombong menghalau pertuanan yang membina.

Amat malang kemudahan prasarana yang UMNO bina malah golongan UMNO dihalau termasuklah Tabika Kemas, Dewan orangramai. Apakah maruah manusia yang bgergelar PAS. Sedangkan sesama islam dihalau dan seangkatan pengkianat Islam disanjung dan dipuja.

Tanpa Nama berkata...

salam sdr malangnya manusia kerana tidak menggunakan akal yg telah dianugerah Allah maka samalah kita dgn haiwan islam adalah agama yg lengkap jgn dpertikaikan rajinlan jengok kuliah agama kerap2lah kesurau walaupun tak jauh jika PAS hanya sebuah parti yg berperinsip islam apakah UMNO juga demikian? sebagai islam kita tidak boleh menapikan walau satu HURUF dari ayat ALQURAN apatahlagi hukum hakam dlm AL QURAN apakah ini yg dterapkan oleh pemerintah sekarang? utk memerintah talian hayat UMNO hanyalah pada cina/india saja org melayu dah lama hijrah yg tinggal hanya tunggu masa saja..ALLAH menentu segalanya suatu masa nanti anugerah kuasa yg ALLAH anugarah di tarik balik baru meroyan gila talak mcm UMNO kedah sekarang

Tanpa Nama berkata...

Kepada Saudara Tanpa Nama 9.28 PM

Sungguh malang golongan seperti saudara. Sealiran seagama dikatakan kafir kerana UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC. Dimanakah terletaknya Akidah PAS yang bersengkolkol dengan DAP dan PKR. Apakah Ahli PAS masih Islamnya ? Sebagaimana saudara jelaskan tidak boleh menepikan satu HURUF dari ayat Quran apatah lagi hukum hakam dalam AL Quran. Ini jelas PAS telah banyak memesong dan menyalahkan prinsip dan pengangan dalam Al-Quran. Kita lihat Ulamak murahan saudara N. Aziz mengkhafirkan Islam UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC. Persoalan Utama kali kedua APAKAH PAS MASIH ISLAM BRPANDU FATWA N.AZIZ??????????????????

Mungkin saudara diatas bermimpi dan masih khayalan keseronakan akibat belaian DAP yang menghairah dan mengasyikkan. Apakah DAP itu Islam, sedangkan KARPAL pernah menyatakan langkah mayatnya dulu jika nak tubuhkan islam? dan PKR itu Islam kerana dalam PKR terdapatnya golongan Sosialis yang jelas menunjukkan mereka ini mengamalkan budaya yang bercanggah dengan islam.

Saudara terlalu menyimpang jauhdan memutar belikkan fakta dengan kata-kata muraharan sedangkan dalam islam sekalipun ketika kematian dialam kubur akan disoal oleh Malaikat SIAPA SAUDARA KAMU?. Bagaimana Saudara Ahli PAS NAK JAWAB KERANA MEREKA TAK MENGAKU SAUDARA ISLAM KERANA TIDAK SEHALUAN PARTI?

Memang jelas saudara cuba putar belik dan banyak pendustaan. Kita telah dipersaksikan kejadian berlaku di Tabika KEMAS di Alor Setar dimana PAS telah menghalau kanak-kanak yang hendak menuntut ilmu. Begitu hina pemimpin PAS yang mengaku ianya islam. Sedangkan dalam Islam menitikkan beratkan golongan FISABILLAH ini hingga zakat boleh diberi kepada golongan ini.

Justeru memang benar seperti saudara bahawa pimpinan PAS lebih keji daripada Haiwan kerana Haiwan tiada berakal sedangkan manusia diberikan kelebihan nafsu dan berakal yang sentiasa dikawal oleh AL-Quran dan Al-Hadis sebagai panduan dan sirah dizaman Khalifah Islam sebagai panduan dan pendoman. Nampaknya yang dok Gila MEROYAN KINI GOLONGAN PAS.

Kita dipertonton bahawa golongan UMNO tidak mementingkan kebesaran dimana DR. KHIR Toyo sendiri menyerahkan Anugerahnya kepada Sultan Selangor digantung buat seketika setelah selesai daripada perbicaraan akibat tohmahan dan fitnah seangkatan PAS Selangor yang ditunjangi oleh Khalid GAGAP. Bertapa hebatnya perjuangan UMNO dan bertapa indahnya Malaysia atas Pimpinan BN hinggakan di Kenali Gah serta direstui sebagai NEGARA ISLAM terhebat sedangkan PAS baru terkial-kial dan berkira2. Malangnya kini PAS yang cuba nak islam DAP, sebaliknya DAP yang menyoncsangkan PAS menurut dan mengiyakan apa yang DAP lakukan hingga mendustai islam.

Akhirkata ambil pedoman yang baik itu hak Allah yang karut marut itu Hak Umatnya.

Melayu Lunas berkata...

PAS hanyalah penumpang dalam bas Pakatan Rakyat.Drebar PKR.Komduktor DAP.Atas bangku dalam bas ialah PAS.Itulah PAS sebenar nya.

Tanpa Nama berkata...

nasir zakaria tu. saya nak minta dia buat satu benda ja. pi suruh puak-puak pas kampung belukar luas jangan dok lari masjid hari jumaat pi sembahyang kat kampung masjid lama. suruh depa patah balik sembahyang kat kampung datuk. itu saja. kalau yang tu pun tak mampu nak buat tok sahlah cakaplah pasal islam.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates