Isnin, 3 Januari 2011

PKR Celaru Lagi : Padang Serai Pula


PKR: Inilah sebuah parti yang dikatakan akan menguasai Putrajaya. Dengan krisis dalaman parti sentiasa berlaku pada setiap bahagian,  dengan pemimpin-pemimpin keluar parti dan letak jawatan, ada hati nak jadi pemerintah.

Adakah rakyat begitu bodoh hendak meletakkan pakatan rakyat yang tidak pernah tahu bermuafakat ini untuk memerintah negara? 

Sedangkan BN yang begitu banyak berjasa pun rakyat tolak apabila diterajui oleh pemimpin lemah seperti Pak Lah, janganlah mimpi Parti yang tidak berani mendaftar secara rasmi seperti pakatan rakyat dapat memperbodohkan rakyat untuk menjadi kerajaan persekutuan.

alt

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang sebelum ini mengkritik kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekali lagi mencetuskan kontroversi melibatkan PKR Padang Serai yang diketuainya.

Ini kerana Gobalakrishnan dan Naib Pengerusinya, Johari Ismail masing-masing mendakwa telah mengadakan satu mesyuarat dengan ahli-ahli jawatankuasa pada masa sama.

Sambil mendakwa Gobalakrishnan berbohong, Johari berkata, dia telah bermesyuarat dengan 15 ahli jawatankuasa lain bagi mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk meluluskan undi tidak percaya terhadap Gobalakrishnan.

Namun, Gobalakrishnan mendakwa Johari tidak mempunyai korum secukupnya untuk mengadakan mesyuarat memandangkan beliau sendiri mempengerusikan mesyuarat bahagian dengan 18 ahli jawatankuasa lain pada masa sama.

"Secara keseluruhannya, terdapat 15 ahli jawatankuasa yang dipilih dan lima pula dilantik selain pengerusi, timbalan pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, bendahari dan ketua penerangan," kata Gobalakrishnan.
"Bagaimana 16 ahli jawatankuasa boleh bermesyuarat di sebuah hotel di Lunas dari 5 petang hingga 6.30 petang ketika saya mengadakan mesyuarat bahagian dengan 18 ahli jawatankuasa di pejabat bahagian di Padang Serai pada masa sama," soalnya lagi.

Sementara itu, apabila diberitahu apa yang telah dikatakan Gobalakrishnan, Johari mendakwa Ahli Parlimen Padang Serai itu berbohong.

Menurut Johari, selain ahli jawatankuasa, kira-kira 150 ahli termasuk anggota Majlis Perbandaran dan pemimpin komuniti menghadiri mesyuarat tersebut di Lunas.

Katanya, ahli jawatankuasa akan memaklumkan kepada pengerusi parti negeri dan setiausaha agung mengenai meyuarat itu dan tindakan susulan untuk mengadakan EGM dalam tempoh dua minggu.
Johari menambah, pihaknya juga akan mengeluarkan satu kenyataan untuk menjelaskan seramai 4,000 ahli tidak menyokong atau bersetuju dengan tindakan Gobalakrishnan.

"Apa saja yang dilakukannya (Gobalakrishnan) kini adalah untuk agenda peribadi dan tidak melibatkan parti bahagian," katanya yang menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Johari berkata mereka yang menghadiri mesyuarat itu turut menasihati Gobalakrishnan bahawa beliau sepatutnya meletakkan jawatan daripada parti itu sekiranya beliau tidak patuh kepada polisi atau kepimpinan Anwar.

"Itu antara tindakan logik untuk dilakukan dalam mana-mana organisasi," kata Johari.
Terdahulu, Gobalakrishnan mengeluarkan satu kenyataan media memberitahu beberapa pemimpin cuba menyingkirkannya daripada parti itu.

4 comments:

melayu lunas berkata...

Laaaaaa awat padang serai jadi lagu ini.UMNO padang serai ketua balaga dengan timbalan ketua.PKR padang serai pun belaga juga pengerusi dengan timbalan pengerusi.Orang di padang serai kata itulah pemimpin gila kosa.

Tanpa Nama berkata...

ketua bahagian dan timbalan umno padang serai dok berebut projek.
sampai ada yang bini pi cari jantan lain.

beribesap berkata...

Alah hai padang serai......dari UMNO hingga ke PKR dan terlajak ke PAS...dap...PPP....PGRM...MCA...MIC...malah hingga AIMPF..semua bermasalah. Yang paling parah UMNO punya hal hingga serah kuasa kepada PKR dan PAS, hebatnya UMNO. PKR, PAS dan DAP bercakaran masih ada kuasa. Bercakaran dalam BN hilang kuasa, hilang kerusi wakil rakyat. Dalam UMNO bercakaran sesama sendiri dari Cawangan,,ke JKKP hingga ke Bahagian, Ketua Bhg dengan lagunya, Timbalan dengan cara dia....SU dengan lagak dia...Ketua Wanita dengan ego/emosinya.. kononnya dia exco wanita Malaysia sangat hebat,. Ketua Pemuda dan P3 hidup segan mati muda lagi kononnya. Ketua UMNO Bhg ada masalah dengan komponen BN. Mangsanya...pengundi. Yang untung puak/kroni Ketua UMNO Bhg yang dapat projek....pengundi melopong. UMNO rasa serenok bila dengar PKR dan PAS ada masalah, tapi umno lupa..itu hanya perang saikologi pembangkang sahaja..depa bergaduh, berkocak depa masih menjadi pilihan pengundi...yang UMNO bermasalah di benci pengundi malah ahli sendiri...kenapa...mengapa..pemimpin umno dibenci dibenci........ditolak....bayak skandal sangat...kaki rasuah...putar alam....kaki kencing....

Tanpa Nama berkata...

Payah-payah sangat PRU 13 nanti suruh je YB Zul Kulim masuk bertanding sebagai calon bebas kat situ...biar semua terlopong mulut....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates