Jumaat, 14 Januari 2011

POLITIK CERDIK DAN CERDIK BERPOLITIK

RAMLAN AL-WAJZI

1. Sama ada secara sedar atau tidak isu report Pemuda BN kepada SPRM berhubung pembinaan KUIN dah jadi hampas, jawapan balas Pengerusi BDB, Dato Mohd Saad Endut menjawab segalanya...

2. Seperti yang pernah dijelaskan dulu dalam mana-mana organisasi perniagaan apatah lagi bagi sebuah syarikat senaraian awam seperti BDB apabila segalanya diputuskan dan diconcensus oleh Ahli Lembaga Pengarah, maka prosedur berkaitan akta syarikat atau perundangan sudah dipatuhi.

3. Cuma disini saya ingin bertanya pada PENGERUSI PEMUDA BN KEDAH, merangkap KETUA PEMUDA UMNO KEDAH ada soksek soksek dari orang kementerian luar bandar dan rakan pimpinan pemuda serta puluhan AJK Pemuda beberapa UMNO Bahagian di Kedah yang dok bising dan bercakap rata tempat berhubung isu komisyen RM1.2 juta yang dia dapat hasil melobi satu projek jalan luar bandar sepanjang 10 km.

4. Betoi atau tidak? Demikian juga dikatakan peruntukkan PEMUDA UMNO MALAYSIA yang diberi kepada PEMUDA UMNO negeri tak sampai pun pada Pemuda UMNO Bahagian.

5. Diadukan lagi pada pendengaran penulis, hutang tertunggak pada budak-budak motor bagi beberapa siri program konvoi motor untuk sambut orang besaq yang diatur oleh KETUA PEMUDA UMNO Kedah masih belum langsai.

6. Termasuk duit hutang t-shirt dan banyak lagi la benda remeh temeh yang rasa jelek nak disebut. Tolong jawab sat... kalau betoi ni lagi kes rasuah dan penyelewengan yang boleh palitkan imej UMNO Kedah..

7. Kalau KETUA PEMUDA UMNO KEDAH rasa tak puas hati, upah orang tembak saja penulis.. tak payah dok rasa tergugat dengan tulisan dan komentar yang cuba kita kemukakan agar yang salah dibetulkan dan yang lemah dibaiki.

8. Kalau rasa tak puas hati lagi pi buat report kat mentor anda Tok Li Brahim. Tak puas hati juga pi la report kat Polis, SPRM, Bomba, Hospital atau mana-mana agensi yang u rasa nak report.. Jangan sampai report tentang u pula kita pi buat!!!!!!

9. Atau kalau berani lagi buat debat terbuka.. di Padang TERAP pun ok, didepan rumah u pun ok, di Tingkat 8 bangunan Tunku pun ok, dan pangillah penyokong dan pengampu kamu seramai mungkin... mari kita berbahas atas tajuk, 'MENJAYAKAN MISI GELOMBANG MERAH, BERANI BERUBAH DI KEDAH: PERSPEKTIF PENGUNDI MUDA".

10. Dari sudut lain benarkah juga ada rungutan dari Ketua Pemuda dibeberapa bahagian, bahawa KETUA PEMUDA UMNO Kedah hanya asyik pi melancong ke Cina, Itali, Spain, Taiwan, Australia sejak dua menjak ni???? Issh.. kalau betoi seperti apa yang depa kata, (bukan orang lain, kawan-kawan u jugak wahai saudara Ketua PEMUDA termasuk bekas drebar u).

11. Banyak la duit u. Kita tak kisah u nak pi mana pun, tapi pastikan duit yang u guna belanja dari sumber yang betul disamping kuatkan dulu PEMUDA UMNO Kedah sebelum p melancong satu dunia..

12. Berbalik pada soal pengurusan GLC seperti BDB atau Kedah Sato yang dikatakan ada unsur penyelewengan, samalah prinsip apabila lembaga pengarah SDTC dulu meluluskan biaya RM1.7 juta untuk program Pemimpin Bersama Rakyat di setiap UMNO Bahagian tatkala STDC dipengerusikan oleh Tok Det.

13. Maka bawalah kes tersebut ke mahkamah mana sekalipun didunia, hakikatnya tidak ada pun unsur seleweng seperti yang dikatakan.

14. Harus difahami organisasi perniagaan membawa bersama tanggungjawab CSR. Justeru memberi biaya peruntukkan sama ada kepada NGO, badan kebajikan, yayasan, political party adalah part of the corporate social responsibility.

15. Maka, sepatutnya Pemuda BN should come out dengan solid evidence yang lebih ummph untuk menterkangkangkan Jahubar Sadiq, dan Din Anak Bukit Mat Bunga, dan henjut Ustaz Azizan depan wisma baru la ada kejutan yang boleh bakar segala.

16. Menyentuh tentang isu demo 3,000 pelajar KUIN, sehari sebelum demo, budak-budak KUIN yang sempat penulis temui memberitahu mereka diarahkan oleh seseorang dari Pejabat MB untuk buat demo. Persiapan, biaya lojistik dan belanja tertentu juga disponsor oleh orang tertentu dari pejabat MB.

17. Tengok cerdik tak cerdik puak PAS ni atur strategi. Sebabnya to deviate attention, alih isu dari isu tender KUIN kepada isu ketidakselesaan KUIN. Maka AZIZAN kemudiannya tentulah dah buat justifikasi kenapa KUIN perlu disiapkan segera kampus induknya di Kuala Ketil melalui Inisiatif Kewangan Swasta (IJM La..sapa lagi..)

18. Untuk penuhi apa yang diminta pelajar dalam demo. Disebabkan alasan demo dan apa yang diminta dalam demo adalah berhubung kemudahan KUIN di kampus lama di Mergong yang tak selesa, tandas yang kotor, kemudahan pembelajaran terbatas dan bilik kuliah yang terhad.

19. Memang tepat, kesan demo, Azizan sekali lagi score markah tinggi, rujuk kenyataan dia dalam tabloid Sinar 13 Jnauari,m/s U4:

'MANA ADA NEGERI LAIN YANG BAGI PENUNTUT BUAT TUNJUK PERASAAN DALAM KAMPUS MACAM KITA (kerajaan PAS KEDAH). KITA SAJA BENARKAN, INI ADALAH SIKAP TERBUKA KITA PADA PENUNTUT"

20. Inilah yang dikatakan 'politik cerdik dan cerdik berpolitik' manipulate issue, spin the issue dan at the same time, downgrade pihak lawan... Hakikatnya demo dirancang itu juga bermaksud untuk jatuhkan kredibiliti Reaktor KUIN sekarang Profesor Dato Dr Jamil Osman, kerana Azizan sudah ada calon lain, pilihan hatinya, PAS totok untuk ambil alih tugas berkenaan.

21. Inilah yang dikatakan , baling batu sembunyi tangan, pukul anak, sindir menantu.

22. Mudah-mudahan kejutan yang dikatakan bakal dibuat UMNO Kedah akan benar-benar satu kejutan bukan saja pada PAS, tetapi bisa mengejutkan ahli dan seluruh pendokong UMNO Kedah.

23. Jangan pula kejutan hanyalah satu ungkapan retorik walhal tindakannya tidak seberapa. Jangan sampai sindrom nganga, lena terus hantui UMNO kita. Jangan la biaq Bashah dan Mukriz dok kelupuq dua orang saja. Depa pun manusia bukan boleh buat magic selesai semua benda....

24. Kalau terus tak dak apa jugak penulis nak ajak saudara SOBRI SUDIN untuk tabur bunga buat TALQINKAN UMNO KEDAH didepan Bangunan Tunku.. Mahukah begitu?????

RENUNG-RENUNGKAN.. NAK TAWAN KEDAH KA TAK MAU?????

2 comments:

subgguhka berkata...

Tahniah saudaraku RAMLAN AL-WAJZI. Satu penjelasan yg ringkas, padat dan tepat.

Sesungguhnya UMNO Kedah hingga sekarang masih lagi rasa cukup selesa. Apatah lagi bila depa dok dengar Pusat yakin dapat tawan Kedah. Kalau tak percaya boleh tanya Dato' Shahlan (SETPOL PM).

Hangpa di MT mahupun PN jangan dok angan2 la nak tawan Kedah kalau sikap Ketua2 Bahagian yg dok ada ni masih dok lena. La ni yg depa tau melobi nak jadi calon PRU13.

Aku berani cabar Presiden UMNO cuba set secara mengejut panggil semua Ketua Bahagian buat perjumpaan di Bangunan UMNO tu....... kita tengok berapa kerat yg sampai......

Awat ajak Sobri saja...... ajak la aku sama...... buat TALQINKAN UMNO KEDAH.

anak kg keladi berkata...

Kerana tak cerdik berpolitik lah untok UMNO Padang Serai bergelomang dengan najis.Rahman Ketua Bahagian bersikap double standar dalam perlantikan JKKKP dia.Salah satu yg paling panas ialah UMNO Cawangan Keladi.Ketua Bahagian begong.Itulah jadinya.Katanya satu laporan polis juga dibuat.Ketua bahagian yg tak cerdik itulah jadinya.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates