Selasa, 11 Januari 2011

Politik Tahap Paria - PKR DAP

Paria adalah adalah satu kelas dalam sistem kasta yang diamalkan di India, dan tidak pernah  sama sekali diamalkan di Malaysia, malah tidak pernah ada rancangan untuk melaksanakannya di sini. 

Kasta Pariah adalah kasta paling hina dan ianya adalah sesuatu yang biasa di India. Di India, kasta paling rendah ini dianggap Untouchable- Tidak boleh disentuh, bukan kerana hebatnya, tetapi kerana hinanya Kasta paria ini

Perkataan Paria itu sendiri adalah berasal dari bahasa Tamil, iaitu Parai, dan bukan berasal dari bahasa Melayu.

Pariah juga banyak digunakan dalam bahasa-bahasa di India dan Inggeris bagi mengambarkan orang atau kelompok yang dipinggirkan.

Pendek kata, Pariah berasal dari bahasa Tanah India (Tamil) dan diamalkan di Tanah India dan Budaya Bangsa India. Menyebut Pariah bukanlah sesuatu yang asing dan pelik disana.

Di Tanah Melayu ini, tidak pernah sekalipun sistem kasta yang meletak golongan Paria dibawah daripada kelas haiwan sebagaimana di India, diamalkan. Malah di Tanah Melayu ini, perkataan Pariah disebut dengan penuh berhati-hati.

Tetapi sejak "kemenangan besar" Pakatan Rakyat pada 2008, politik yang dibawa mereka semakin kotor dan memualkan.

Demi untuk meneruskan momentum sokongan yang semakin meluruh, setelah rakyat melihat prestasi cakap tidak serupa bikin Pakatan Rakyat, isu baru perlu dicipta. Larinya sokongan Kaum India daripada PKR menyebabkan PKR perlu menarik kembali kaum itu. Mengetahui bahawa perkataan Paria sangat sensitif kepada kaum India, maka apa saja tuduhan berkaitan Paria, tentunya penyokong mereka dari kaum India akan lompat dan hilang rasional.

Mangsa seterusnya  buku Interlok yang digunakan kementerian pendidikan, namun mangsa sebenarnya ialah seorang sasterawan yang banyak menyumbang bakti kepada perkembangan bahasa, yang kini sedang sudah uzur.

Sudah tidak ada isu kah pakatan, sehingga menyerang buku Interlok tanpa membaca isu kandungan buku tersebut. Walhal, buku tersebut tidak menghina masyarakat India, malah menggambarkan ketiadaan Pengkelasan Kasta di Tanah Melayu ini.

Berikut sebahagian sedutan wawancara dari utusan dengan Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain:

Apa sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi Interlok?
ABDULLAH: Ia merupakan kisah Maniam, iaitu watak utama seorang India dari India Selatan. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di sini. Dia seronok menaiki kapal bersama orang India yang lain dan seronok apabila sampai di Pulau Pinang. Dia gembira kerana tidak ada perbezaan kasta di Malaysia.

Nasihat Datuk kepada kaum India yang menolak buku ini?
ABDULLAH: Baca betul-betul (Interlok) apa maksud sebenar saya tulis. (Saya) bukan mahu menghina masyarakat India.

Kaum India sebenarnya perlu lebih rasional dan melihat kembali, siapakah yang menjadi ancaman kepada mereka? Adakah buku Interlok atau pemimpin Pakatan Rakyat yang memutarbelit apa saja untuk keuntungan politik.
Mereka perlu sedar,  bukan kaum India di Malaysia yang diPariakan, tetapi di dalam PKR dan DAP lah, Kaum India telah di pariahkan. Mereka diPariahkan tanpa perlu menyebut perkataan paria pun.

Peminggiran kaum India dalam kepimpinan PKR dan DAP inilah yang kotor dan paria sebenar-benar paria, dan bukannya Sasterawan Negara yang menyebut paria dalam konteks yang jauh berbeza.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates