Jumaat, 21 Januari 2011

PR tonjol perangai sebenar mereka

Tulisan seorang yang menamakan diri beliau Au Shi dalam China Press seperti yang diulas oleh Minda Intelek Melayu menarik perhatian Kedah Times.

DAP sudah mula berpuak-puak. Puak Guan Eng, Puak Ronnie Liu, Puak Karpal Singh dan pelbagai puak lagi. Kenapa wujud macam ini?  Jawapan paling senang ialah kerana merebut kekayaan. Masing-masing dengan agenda sendiri. Mengkayakan kroni masing-masing dulu.

Itu DAP sepertimana yang dilondehkan oleh China Press. Bagaimana dengan PAS Kedah?

Di peringkat nasional, kita lihat PAS pun sudah berpuak-puak. Puak Nik Aziz, Puak Presiden dan Timbalan Presiden, puak Erdogan dan tidak lupa puak professional yang lebih terbuka.

Di Selangor, kita lihat Hasan Ali dengan kumpulannya, Bekas Pesuruhjaya PAS yang lalu masih ada kumpulannya, dan kita lihat ada kumpula Khalid Samad yang terang-terang perjuang Pluralisma agama.

Setelah lebih 3 tahun memerintah Kedah, kita dapati PAS Kedah sudah belajar berkumpulan. Kalau di Sik, PAS ada kumpulan Cikgu Uda, Kumpulan Cik Gu Ya dan kumpulan Sanusi Setpol; di Pendang pula PAS ada kumpulan Taulan Rasul dan Kumpulan Haji Rahim. 

PAS Kedah sudah tidak dapat berselindung lagi dengan perpecahan yang agak hebat. WUjud kumpulan Mahfuz, kumpulan MB, kumpulan Phahrolrazi, kumpulan Amirudin dan lain-lain lagi. Dalam kumpulan-kumpulan ini pula wujud kumpulan Nik Azizm kumpulan Hadi dan kumpulan Erdogan.

Kalau dilihat kesemua ini, perpecahan ini sudah amat tenat dan caca merba. Cuma ianya tidak didedahkan secara meluas oleh pendokong-pendokong PAS. 

 Kenapa terjadi begini? Satu ialah kerana kuasa. Masing-masing ingin meletakkan diri dan kroni masing-masing di jawatan-jawatan strategik. Contoh terbaik ialah Mahfuz dan MB (Kedah Sato vs BDB).

Kedua ialah perebutan harta perang atau konsesi kekayaan. Inilah masa untuk menkayakan diri dan kroni. Kerana mereka menganggap yang jika berduit, sokongan bakal meningkat. Penyokong bukan lagi berpegang kepada asas perjuangan tetapi kepada berapa aku dapat.

KIta bakal melihat penyokong-penyokong PAS yang bakal merasakan mereka tertipu dan bakal meninggalkan PAS samada secara diam atau terangan.
Maka benarlah seperti artikel Kedah Times yang lepas yang perjuangan PAS berubah-rubah, tiada konsistensi; maka tidak hairan sikap pemimpin dan penyokong berubah dari ikhlas berjuang kepada ikhlas jika ada wang sudah melanda PAS Kedah.

INsyaAllah, kita tunggu dan lihat. Inilah akibat jika memperalatkan agama dalam mendapatkan kuasa.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Apa yang nak digahkan Kerajaan PAS Kedah. Semuanya hanyalah mainan angan-angan Mat Jenin. Semuanya laungan retorik dan penuh kepuraan. Apa yang bernama Ostaz itu akan memakmurkan dan melayari bahtera mengikut arus tetapan syariat Islam?. Kita lihat bantera Kerajaan Kedah PAS terlalu bergolak dan malah terdapat kalangan Exco2 dan YB Kumpulan ini mula memainkan peranan menebuk lubang bahtera yang dilayari oleh mereka. Sebenarnya mereka ini hanya menunggu untuk dikaramkan.

Haluan tidak lagi mengikut panduan kompas Islam. Kini mereka berlumba-lumba untuk memandu bahtera mengikut haluan dan kehendak masing-masing. Exconyanya hanya tunduk ya sahaja didepan sedangkan dibelakang mereka cuba mengigit tetapi taring mereka belum panjang dan belum cukup tajam untuk menerkam Ular tedung Senduk yang kini nyawa-nyawa sempuk. Kita lihat sudah nampak calar balar dibadan ular tedung senduk.

Sebenarnya ular tedung senduk ini hanya gah kerana besar badan sahaja tetapi hakikatnya taringnya sudah bergoyang dan hampir patah tersungkur kebumi akibat gigitan nyamuk-nyamuk. Bisanya sudah hampir kekeringan dan matanya sudah rabun untuk menyembah bumi.

Mereka sudah menyonsang dari landasan sebenar kerana sudah penuh kantong mereka dengan makanan dan menyebabkan badan mereka jadi berat dan sudah malas melakukan gerakan. Hanya kini ular-ular lidi yang bermaharaja lela dan sekali sekali ular tedung besar ini menghembus bisa tetapi ianya dipatahkan dan terpalik kemukanya sendiri. Cahaya mentari sudah mula kelibatnya dan hanya menunggu saat dan ketika untuk menunjukkan cahaya lembayung untuk menyinari dan menghijau kembali bumi Kedah.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates