Ahad, 2 Januari 2011

REBAH DI BUMI KEDAH!!!!!!!!!

SOBRI SUDIN

1.1.11 pemula tahun baru. Momentum UMNO Kedah kian semerbak. Ini hakikat, fakta tidak boleh disangkal, keberanan jangan dinafikan, yang betul kita nyatakan, yang salah kita peringatkan, walaupun kita akhirnya dinista dan dicerca. Ini lumrah politik dunia, harus bersedia untuk dikata dan berkata-kata.

2. Selepas gelombang Merah di Kuala Nerang, program santai Mukhriz di Nashmir Jitra menonton final Piala AFF khabarnya dibanjiri 5 ribu anak muda dan golongan pertengahan usia. ADA juga yang datang bersama keluarga, semuanya kerana MUKHRIZ punya aura.

3. Program di Jerlun juga apa kurangnya, gandingan Bashah dan Mukhriz kian serasi. Keprihatinan BASHAH yang dengan segera melawat dan menyampaikan bantuan kepada 56 keluarga yang ditimpa musibbah kebakaran di BUKIT MALUT Langkawi juga petunjuk bahawa deyut nadi rakyat kian dirasai. MUKHRIZ tidak kurang hebatnya dengan program bersama anak muda juga di Langkawi pada hari yang sama.

3. Dan hari pertama tahun baru 2011, Bashah bergegas ke Serdang, Kulim, program bersama masyarakat India.

4. Dan inilah yang aku maksudkan dalam puluhan artikel terdahulu selain sumbang saranan rakan-rakan blogger yang lain. Bergerak sepadu, adanya program konsisten selain setiap program dibanjiri lautan manusia yang dahagakan belaian dan sentuhan pimpinan UMNO. Biar taring dan kuku UMNO Kedah yang didiamkan hampir 2 tahun dapat ditunjukkan pada PAS betapa gah dan hebatnya UMNO itu. Biar ada rasa gerun di hati lawan, selain rakyat melihat UMNO sama sekali tidak pernah berpeluk tubuh, atau berlenggang teloq berkabung sekadar di Bangunan Tunku..

5. Sesi get together ini perlu diperluaskan, buatlah atas nama apa sekalipun, aku percaya semua ada peranan, jangan ditunggu arahan ataupun menunggu peruntukkan. Jika setiap ahli, pendokong UMNO mainkan peranan, Insya-Allah pasti temui jalan kejayaan. Ketua Bahagian paling mustahak, inilah masanya jika benar ikhlas, buktikan kemampuan mereka, susun dan atur program biar membelah angkasaraya, biar gegakgempita, agar Kedah kembali jadi milik BN yang punya. (INI AYAT MOTIVASI NI BUKAN MENGAMPU... sekadar ingatan untuk pembaca yang suka buat tafsiran bercangkelewang).


6. Kenapa? TIDAK PERCAYA???? Begitu positifnya tulisan aku kali ini tentang UMNO Kedah.. Apa.. Dibayar??? OOOH tidak semudah itu sekali. Habis kenapa berubah angin???? Tidak berubah angin sama sekali, cuma UMNO Kedah yang paling kudus jangan disentuh, jangan ditegur cacat-celanya atau kekurangannya, sekadar buang masa, buang tenaga dan habiskan kreativiti intelektualisme. Mana mungkin Seorang diri nak mengubah sistem dan amalan berakar umbi yang dah jadi akar tunjang pohon rhu ratusan tahun. Oh amat susah sekali, tapi INSYA-ALLAH penangan aura Mukhriz dan generasi anak-anak aku dalam tempoh 20 tahun lagi tidak akan melihat lagi warisan dinasour, sikap hipokrit dan spesis manusia jenis musang berbulu ayam dalam UMNO Kedah dan lain-lain daerah. INSYA-ALLAH, kita terus panjatkan doa kehadrat ALLAH s.w.t mudah-mudahan perjuangan UMNO benar benar berpaksikan Alif(Agama), Ba' (Bangsa) dan Ta' (Tanahair).

7. Biarlah apa pun jua orang nak kata, UMNO Kedah kini dilandasan tepat. Gabungan BASHAH dan MUKHRIZ ibarat aur dengan tebing, MELANGKAH SEIRING aku yakin bakal semarak dan rakyat Kedah akhirnya akan mampu menanggapi dan fahami maksud sebenar GELOMBANG MERAH, BERANI BERUBAH yang semuanya untuk faedah warga KEDAH.

8. Kenapa aku lakukan reverse saikologi kali ini???? Kerana banyaknya cukong-cukong yang aku kenali selama ini rapat dengan Bashah, beroleh banyak faedah dari UMNO Kedah, dan memeras ufti dari UMNO Kedah dan selama ini cukup memusuhi aku tanpa sebab walhal aku tak pernah hutang depa seduit pun tapi mereka inilah juga yang dua tiga hari ni, bercakap yang bukan-bukan, pertikai itu dan ini. DAN Lebih malang mereka mengajak aku turut sama untuk jadi seperti mereka.

9. Inilah spesis manusia yang tiadanya ikhlas di hati, ihsan disanubari. Mereka mula pertikai macam-macam, mintak aku tulis yang bukan-bukan dengan kesanggupan untuk dibayar dengan elaun yang boleh goncangkan iman. Tapi dalam masa yang sama golongan itu juga yang aku tengok mengelilingi BASHAH kesana kemari. Memanjat bangunan UMNO Kedah setiaphari. Jika dilihat kunun merekalah pejuang, tapi rupanya lebih teruk dari pembangkang. Maklumat dan isu peribadi tentang Bashah mereka salurkan pada konco Ustaz AZIZAN. Dan kini Ustaz Azizan khabarnya menarik nafas lega kerana tugasnya mahu memadamkan pengaruh Bashah menjadi mudah. Ibarat kata seorang pegawai kananya, 'dengan lantikan Bashah, bos aku boleh tidur nyenyak".. sungguh dalam maksud kata itu.


10. Dan aku sendiri Hairan, orang UMNO spesis ini depan lain, belakang lain. Apakah Bashah atau pimpinan UMNO Negeri tidak sedari gerak-geri mereka ini. Harapnya Dato Mukhriz tidak akan dijangkiti dan dilingkungi oleh spesis HARAMJADAH INI. Persoalan dalam hati aku,  Apakah mereka ini ditaja? Siapa tokey mereka? Atau ada grand design lain yang lebih besar yang diatur skripnya oleh pemimpin UMNO sendiri.


11. Inilah kelebihan politik orang Kedah, OBAMA malah YAHUDI patut datang belajar dari orang KEDAH bagaimana mahu jatuhkan pemimpin. Tapi kurang pulak dari kalangan orang kedah YANG pakar dan mahu belajar macamana mahu naikan imej pemimpin dan membantu mendokong menjayakan misi kepimpinan.

12. Dan cukong-cukong itu yang kecewa kerana aku menolak pelawaan dan ajakan mereka ternyata hampa. AKU PEDULI APA dan aku tidak hairan selepas ini cukong-cukong ini akan pergi pulak kepada Bashah dan mengadu bahawa depa dengar ada komplot mahu jatuhkan dia, dan salah seorang ahli komplot itu adalah aku. INILAH KECEKAPAN CUKONG HANTU RAYA NI. AKU DAH MASAK dengan mainan politik puak UMNO Kedah. DAN PUAK MELAYU LAIN YANG IBARAT BABI SONDOI TANAH... (Faham-faham la puak mana).

13. Boleh hafal dah (INSYA ALLAH AKU NAK KARANG BUKU BILA MASA MENGIZINKAN). Namun ibarat kata pepatah, JIKA TAKUT DILAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI, AKU SIKIT TAK PEDULI. Nak kata apa katalah.. tak berbekas pun. Aku hanya takut pada Allah Yang Esa, dengan manusia hanya hormat boleh la.. tapi nak takut atau tunduk sorry sama sekali. Takat perangai samseng hangpa aku tak heran. Kita boleh try la nak tengok sapa lebih samseng. Aku bukan jenis bacul macam setengah orang, nak bagi komen pun pakai anoynomous. Tak berani nak ugut aku, ugut bini aku... katok cermin keta aku sampai pecah. KALAU BERANI MAI LA KATOK KEPALA AKU.. KITA TENGOK KEPALA SAPA YANG NAK PECAH!!!! Tak puas dengan cara tu... mereka cerita yang tak ketahuan hala... (sampai kadangkala aku sendiri nak tergelak). Buka akaun Facebook pakai nama samaran, gambar samaran, telefon sms maki orang pakai private number... POODAH... CIT TUIIIh.... ITU SPESIS PONDAN BUKAN ANAK JANTAN...

14. Asas aku mudah, jika mahu berkomentar atau mengkritik aku kritik tentang dasar, gaya dan method kepimpinan, soal yang lebih makro, isu pendekatan, bukannya peribadi..

15. Itulah yang bezakan politik idea dan politik berteraskan emosi dan sentimen yang banyak dianuti mahzabnya oleh orang di Kedah La Ni.

16. Buat cukong-cukong dan hantu raya dalam UMNO Kedah dan CUKONG-CUKONG YANG CARI MAKAN DENGAN USTAZ AZIZAN KA, PKR KA... BERTAUBATLAH.. Ingat la sama bekalan untuk mati... sudah-sudahla, marilah bersama bekerja menangkan dan majukan negeri ini, bukan terusan berbuat onak dan duri. Jadilah anak jantan... bukanya spesis pondan yang hanya tahu nak mencantas pimpinan yang sudahpun diputuskan oleh pucuk pimpinan.

17. Imam kita sekarang ada BASHAH dan MUKHRIZ, jika fahami tasawur ISLAM, maka wajiblah kita sebagai ahli UMNO mentaati mereka, selama mana mereka tidak mengajak kita untuk melakukan kerosakan, membuat kebinasaan ataupun mengerjakan maksiat. ITU PUN SUSAH NAK FAHAM KA..

18. Kadangkala bila difikirkan dah naik cemuih dengan gelagat segelintir MELAYU UMNO KEDAH dan MELAYU YANG BUKAN UMNO pun. Aku terlibat secara serius dalam kajian bab sosio-budaya dan tingkahlaku politik orang UMNO di Kedah sejak balik dari England tahun 1997. Apa yang boleh disimpulkan sebahagian besar perangai puak ni dalam bahasa kurang ajaq.. MACAM HARAMJADAH!!!!!!!!!! (Guna bahasa ilmiah dan akademik bukan puak menatang ni nak faham) 

Semoga tidak ada yang REBAH DIBUMI KEDAH...

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Syabas... syabas... gua caya lu lah... BN MENANG KEDAH SENANG. UMNO Kedah bankit, berselera tanpa gesaan dan desakan melampau.

BASHAH n MUKHRIZ gandingan mantap, PR/PAS sudah mula takut.

Cukup. Noktah ..

annon mata tajam.

sofie sp berkata...

sobri sudin.amboi hang punya bodek dan ampu lebih dari orang lain.kata dulang .......hang pun serupa juga macam makluk yg hang hantam dulu.baru seminggu depa jadi pengerusi dan timbalan pengerusi hang dah lambung sampai melangit.perjalanan depa masih jauh lagi.cabaran depa pun cukop keras.apa pun aku tabik kerana hang berani menyatakan sesuatu walaupun ada sikit ampu.

lilitserbanataspala berkata...

hehehe... betoi² lepas geram nampaknya Prof..

anyway tahniah sbb dalam ranking ke 53 dalam senarai Top Ranking 150...

Tuk Ya Kuala Nerang berkata...

Tahniah pejuang politik massa, Sobri Sudin : Wahana pemikiran politiknya bersesuaian dengan taraf ilmuannya. Namun apakah idealismenya senasib dengan Tun Mahathir dan Dato' Senu Abd. Rahman ?. Itulah nilai pemikiran politik orang-orang Melayu Kedah. Sejarah politik kedah telah membuktikan bahawa anak-anak Melayu kedah yang genius seperti Dr. Afifuddin, Tok Man Bedul dan Sanusi Jonit akan menjadi mangsa korban politik. Di mana silapnya ? Maka dengan itu rakyat kedah telah menolak UMNO kerana keintelektualisme dan keperibadian luhur pemimpin itu. Kepimpinan UMNO tidak harus lari dari melahirkan pemimpin berjiwa Melayu-Islam. Perjuangan Tuan Guru Hussien Doi memperjuangkan UMNO harus diingati dan idealisme beliau harus diforumkan secara akademik untuk kita bersama-sama memperkasakan UMNO.Buat BM ( Bashah dan Murkriz ) selagi elemen Melayu-Islam tidak diteraskan didalam diri maka sukar untuk UMNO bernafas semula. Kajian saya kepada 200 orang pemuda mengenai pemimpin UMNO jelas faktor sahsiah Melayu-Islam yang dibawa oleh pejuang-pejuang terdahulu menjadi idola mereka :
1. Bersifat akhlak Islam - Tak buat maksiat
2. Rendah diri- senang bergaul
3. Harta yang sederhana
4. Berjiwa rakyat- tak perlu hulu balang

Alasan mereka :
1.Jarang ada pemimpin UMNO jadi orang 10 masjid.
2. Jarang ada pemimpin UMNO jadi orang kuat pakatan kenduri.
3. Jarang ada pemimpin UMNO jadi AJK PIBG.
4. Jarang ada pemimpin UMNO jadi ketua peminangan.
5. Jarang ada pemimpin UMNO yang menjadi imam dan khalifah baca doa.
6. Jarang ada pemimpin UMNO yang menjadi pembaca talkin.

Kajian kes: Bagaimana ketokohan Allahyarham Cikgu Yahya Bakar ( AJK UMNO Padang Terap 1960 - 1986 )memimpin masyarakat pokok sena dengan menjadi:
1. AJK Masjid Bukit Pak Kiaw
2. Ketua Pakatan Kenduri - bersama orang kampung bergotong-royong.
3. Ketua peminangan
4. Menghantar anak-anak kampung melanjutkan pelajaran ke universiti.
5. Ketua Khairat kematian.

Keputusan pilihanraya : Zon Pokok Sena 80% sokong UMNO/BN.

Jika kita lihat kajian kes ini dengan pemimpin UMNO sekarang. Sila lapang hati tanya diri dimana silapnya pemimpin UMNO sekarang.

Perkara 1 hingga 4 adalah menjadi tunjang kekuatan UMNO tetapi kini dipegang oleh pemimpin PAS.Maka PAS amat signifikan dengan denyut nadi rakyat. Mana pi pemimpin UMNO cawangan dan bahagian. Sebut dada tanya selera.

Selagi isu-isu rakyat diatas tidak didominasi kembali oleh pemimpin UMNO maka PAS akan terus dominan di hati rakyat.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates