Isnin, 10 Januari 2011

Sahabat Baik PAS!

Setelah bersama Khalid Samad membenarkan kalimah Allah digunakan oleh Kristian dalam buletin mereka, PAS bersekongkol pulak dengan Karpal Sink DAP dalam membuat 360 darjah putaran ke atas kes liwat Anwar. Kemudian kita lihat bagaimana mereka sanggup mati demi mempertahankan Karpal Singh yang 'Over my Dead Body' jika ingin menjadikan Malaysia sebuah Negera Islam.

Tidak lupa juga bila PAS dengan sekonyong-konyongnya membenarkan Ayat-Ayat Suci dibaca dan diterjemah sesuka hati oleh DAP dan Kafir PKR dalam ceramah-ceramah mereka; PAS sanggup mendiamkan diri dalam isu ADUN di tangkap berdua-duaan dalam gerabak, memperkosa orang dan juga mengsonglap duit PASTI.

PAS sudah menjadi benteng serangan terhadap kerakusan DAP. Apa saja tindakan DAP, PAS akan sedaya-upaya mempertahankannya. DAP semakin hari semakin berani dan bertambah gembira kerana ada satu bangsa beragama Islam yang bakal mempertahankan apa saja tindakannya.

Ini yang terbaru. Dituduh UMNO rasis sebaliknya DAP lah yang mengamalkan sifat tersebut dan PAS sanggup bersama DAP rasis. Apakah PAS masih ingat tentang Taghut?

Amat malang sangat umat Islam masakini kerana ada segelintir umat Islam yang begitu sayang dan sanggup mati demi mempertahankan tindakan kumpulan rasis yang amat anti Islam dan Melayu.

Tidak pernah terdetik kah sedikit dihati pengikut hatta pemimpin utama PAS betapa DAP ini bakal membawa mereka ke jalan kerosakkan di mukabumi ini?

Tidak pernah terfikir kah walau se saat yang DAP ini tidak sekali-kali mahu kepada sebuah negara Islam yang maju didalam segala bidang?

Tidak pernah terdentumkah di dada pengikut-pengikut PAS serta pemimpin mereka yang mempertahankan DAP dari saudara Islam UMNO adalah kesalahan yang amat besar.

Marilah kita meluangkan sedikit masa untuk memikirkan tentang ini. Mungkin sebelum tidur, fikirkan sekejap. Atau bangunlah ditengah malam dan lakukan sembahyang sunat mohon petunjuk dari Allah.

Adakah tindakan kita menyokong DAP ini benar-benar betul dan diredhai Allah? Fikirkanlah ...


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates