Khamis, 27 Januari 2011

Sakit hati boleh dapat MC tak?

Tempoh kempen sudah melepasi beberapa hari di tenang. Pelbagain isu-isu dibangkitkan serta dipatahkan oleh pihak masing-masing .. UMNO dan PAS.

Tetapi yang paling menderita adalah pelajar-pelajar yang memerlukan ilmu dari seorang Guru. Sebaliknya guru tersebut sedang bergaya memegang tangan isteri ke merata tempat di Tenang. Si Guru sedang berangan-angan untuk bersama isteri menjadi orang besar Tenang ... YB dan suami YB!


Tetapi kenapa si suami memohon Medical Leave atau dalam bahasa Malaysia nya ialah Cuti Sakit. Cuti sakit kah beliau jika kita lihat gambar-gambar beliau memegang tangan isterinya ke merata tempat di Tenang? Jika sakit, apakah penyakit yang beliau hadapi?

Kalau tengok cara pergerakan beliau, tiada penyakit fizikal yang beliau hidapi. Hanya penyakit 'Sakit hati' atau ' Sakit jiwa' kerana terlalu membenci UMNO.

Juga tidak lupa, siapa yang menjual atau mengeluarkan MC tersebut? Mungkin pihak hospital berkenaan boleh check dan beritahu rakyat. Jangan baling batu sembunyi tangan!

Kepada anak murid Cikgu, kalau ko orang fail periksa esok, pakai punggai cikgu tu dengan teloq kemughuk. Padan muka dia kerana tak ajar kami!

8 comments:

C L J berkata...

Sakit hati atau SAKIT JUWA atau tiada sakit semua boleh dapat sijil cuti sakit kalau ada doktor sakit yang sanggup subhat. Tapi nanti tanggonglah. Jawablah soalan pendakwa raya di Mahkamah dan jawablah soalan yang lagi berat di Mahkamah Al Mahshar kelak.

Tanpa Nama berkata...

Akum Dan Salam 1 Malaysia

Apakah ini layak digelar guru sebenar-benar guru atau guru munafik yang mengajar anak-anak murid dalam ilmu menipu. Amatlah rugi kerana kemudahan yang disediakan telah disalah gunakan oleh orang yang bergelar guru sepatutnya harus dihormati dan disanjung tinggi. Apakah norma-norma seorang guru sebegini harus dijadikan ikutan. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan ia sendiri menyosong arus.

Dimana kepercayaan yang diberikan oleh pemerintah kepada beliau seperti ikrar taat setia dan tidak akan melalukan kesalahan dan penipuan. Sepatutnya sebagai guru harus jadikan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak murid dan bukannya seperti penyagak mengajar murid menyamun. Tidak tanduknya itu telah menodai semua orang yang terlibat serta menipu kerajaan yang memberi upah kepadannya. Apakah ianya halalal toyibbah sepertimana yang PAS selalu laungkan rupanya seperti mereka yang menyondol selama ini.

Inilah padanya orang sebegini dan akan menjadi satu contoh kepada bukan beragama islam sebagai bukti bertapa jijik islam yang selalu mempermainkan undang-undang dan hukum karma. Sepatut jika beliau seorang yang beriman dan berpegang pada tauhid Allah akan memohon cuti tanpa gaji untuk laksanakan tugas beliau. Apakah ini satu ciri-ciri pemimpin yang harus diberi peluang untuk menjadi pemimpin rakyat. Jika amanah kerajaan dan murid-murid beliau sanggup lacurkan apakan tidak bila menjadi ADUN akan dikianat apabila melihat wang peruntukkan pembangunan kawasan yang banyak, tidak mustahil akan diselewengkan.

Ingatlah amanah Allah itu amat berat., apatah lagi sebagai pemimpin atasan yang terpaksa menanggung beban dan tanggungjwab yang berat harus dipikul dan bukannya satu jawatan keseronokan atau dengan mudah mendapat kesenangan duniawi.

Tak mustahil ianya akan memesongkan pemahaman murid-murid yang masih segar dan meracuni pemikiran murid-murid yang masih mentah. Diharapkan pihak berwajib menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya supaya tidak akan berlaku lagi penyalahgunaan kuasa dan penipuan dimana pelakunya penuh kepura-puraan. Tak mustahil PAS akan dikuburkan dan penjarah ini akan dihukum setimpalnya.

Tanpa Nama berkata...

Laki Cik Gu Mala niii.. Cik Gu Marop yang dirasok iblis dan syaitak yang bernama PAS sahingga dia sanggup meninggalkan tanggung jawabnya sebagai saorang guru dengan menipu dan membohong klinik kErajaan. Dapat MC cuti sakit tapi dok berjalan/mengahayau meghata-ghata ikut bini kempen.

Apa punya cik gu niiii.... macam barua.

Tanpa Nama berkata...

ada pakatan antara laki baru gikgu mala ni dengan doktor yang mengeluarkan sijil cuti sakit tersebut.
kemungkinan besar doktor atau MA yang keluarkannya adalah ahli pas.
orang2 pas ni bukan bagus sangat...
kopiah saja putih atas kepala..
hati mereka hitam dan dipenuhi dengan sifat bingkak,takbur dan sentiasa berniat menipu.

kat mulut sebut takbir.. dalam hati takebeer....

MERBOK TIMES berkata...

Kedah Times,
Just for your updates : Please remove your link Merbok Times because that was clone url and names.

The actual is www.merboktimes.blogspot.com

Thank You.
Team MT.

Syburi Times berkata...

ok .. sudah diedit dan dipautkan blog tuan..

anti aljuburi taman sena berkata...

Suami dia memang.Sejak jadi suami calon.Dia jadi buaser secara tiba-tiba.

Tanpa Nama berkata...

Salam Buat Semua
Pemimpin berjiwa besar sentiasa menyeru pengikutnya membuat kebaikan dan menunjukkan budi pekerti yang baik. Dan biasanya, merekalah yang akan menjadi contoh terbaik buat pengikutnya. Pemimpin adalah `rule model' kepada rakyat manakala guru menjadi rule model kepada anak didiknya. Kalau pelajar melihat menilai dan mengikut apa kata gurunya kerana sangka baik maka tak hairan pula guru akan mengikut apa yang dilakukan oleh pepimpinnya atas sifat-sifat terpuji sebagai 'rule model' tadi. Malasla nak ulas, pendek cerita nak bagi hampa paham...di Kedah satu DUN masih tergantung...SPR pun pening gara-gara MC. ADUN tu kata sakit, bagi MC last-last dia ada di prasmian majlis lain waktu DUN bersidang. Kes kantoi tipu MC la ni..kononnya sakit. Itulah rule model yang sedang ditiru oleh semua rakyat yang setia kepada perjuangan UMNO BN. Jadi tak heran la kalau cikgu tu MC tapi berjalan rata teman bini dia. Dia tiru pelakuan ADUN kita....hahaha

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates