Ahad, 23 Januari 2011

Sapa Sebenar pemecah belah UMNO Merbok?

Lawatan YAB Perdana Menteri ke Sg Petani hari kamis lepas telah memberi semangat baru kepada penyokong-penyokong UMNO dan BN Kedah. Semangat untuk bersatu dan merampas kembali Kedah dari Pakatan Rakyat Cakap kosong.

Ketua UMNO Merbok
Kedah Times berharap agar ada sedikit sentuhan juga di hati pemimpin-pemimpin UMNO Kedah untuk bersatu, membuang perkara remeh-temeh dan kepentingan diri sendiri. Ini juga menjadi harapan semua penyokong UMNO Kedah.

Gelora dan Gelombang merah untuk merampas kembali Kedah dari PR sedang membuak-buak. Jangan ada pemimpin UMNO yang menganggap ini sebagai hangat-hangat tahi ayam atau cuba menonjolkan diri dengan merosakkan semangat perpaduan yang bakal di bentuk.

Apa yang sering dirisaukan sedang berlaku. Terkini difahamkan Ketua UMNO Merbok sudah memecat Ketua Penerangan Merbok. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang!

Datuk Tajul Urus telah dikatakan memecat ketua Penerangan UMNO merbok Datuk Zubir selepas sahaja PM kembali ke Kuala Lumpur selepas melawat Sg Petani pada hari Kamis lalu.

Inilah perangai ketua yang sering disebut-sebut oleh penyokong UMNO sebagai yang suka menimbulkan rasa kebencian rakyat kepada UMNO dan juga perangai yang sering memporakporandakan UMNO Kedah. Tindakan beliau bakal menambahkan lagi rasa kebencian penduduk kepada UMNO terutama pengundi Merbok.

Atas apa sebab pemecatan ini dilakukan, hanya Ketua Bahagian Merbok saja yang tahu.

Kedah Times dan mungkin ramai lagi merasakan Datuk Tajul Urus tidak sepatutnya melakukan perkara sebegini di waktu UMNO Kedah dalam usaha untuk menyatupadukan seluruh penyokong dan rakyat untuk kembali kepada UMNO.

Jika ini menjadi permainan Tajul Urus, maka beliau tidak layak untuk memimpin sebuah organisasi. Mungkin beliau layak menjadi Pengarah Syarikat Singapura tetapi tidak layak untuk menyatupadukan dan menjadi pemimpin rakyat.

Pertanyaan Kedah Times, sampai bila pemimpin UMNO nak buat perangai sebegini? Rayuan dan saranan Presiden UMNO pun mereka bangkul sampahkan!

52 comments:

CCZ berkata...

Dah pemimpin saja reti mencantas, rakyat tak...

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan DS Najib tentang calun yang kalah juga sekira mendapat sokongan akar umbi masing berpeluang untuk dipilih menjadi calun. Satu kenyataan yang telah menfapat riaksi ramai dari kalangan orang politik. Sebagai Perdana Menteri DS Najib mesti membuka ruang kepada semua untuk memperkukuhkan parti supaya tidak ada yang berkecil hati. Tapi da;lam yang sama kesedaran dan pengorbanan perlu dilakukan oleh pemimpin di peringkat Bahagian. Buktikan lah bahawa Pemimpin UMNO diperingkat Bahagian sanggup berkorban apa saja untuk mempastikan kemenangan Parti dalam PRU 13. Kalau pemimpin tersebut pernah diberi peluang bertanding dan tidak menang buktikan keiklasan kita dalam perjuangan dengan memberikan peluang kepada orang lain untuk jadicalun pula dan kita menjadi penyokong yang setia bagi mempastikan kemenangan yang dipilih tersebut. Sekarang adalah masa terbaik untuk para pemimpin ini mengeluarkan kenyataan bersedia untuk tidak dipilih dan akan bekerja sepenoh hati supaya calun yang dipilih menang. Saya yakin kalau ramai dari kalangan pemimpin bahagian bersikap begini Insya Allah peluang untuk merampas Kedah cukup tinggi. Faktur ini lah yang menjadi topik utama perbincangan diseluruh Kedah.
Sekarang semua pemimpin UMNO Kedah sedang memperkuatkan diri bukan memperkuatkan parti. Setiap program yang dijalankan oleh pemimpin tertentu untuk memdapat pengaruh peribadi dan rakan-rakan yang akan mengadakan program lain untuk memperkuatkan dirinya. Geng pemimpin A akan mengutuk program pemimpin B begitu jg sebaliknya.Semua mereka ini jaguh2 belaka kerana dalam parti dah lebih dari 40 tahun berpengalamn bagai mana nak cantas kawan.sebab 2 x hairanlah kalau kalah pun...dan x payah nak salahkan siapa kerana semua sama.
Kalau benar iklas nak bagi BN menang kita minta supaya pemimpin-peminpin UMNO diperingkat Negeri dan Bahagian ini keluarkan kenyataan tersebut. Mulakan dengan pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan di ikuti oleh semua ketua2 UMNO Bahagian yang lain. Kalau mereka x dipilih dan berkerja kuat untuk mempastikan kemenangan dan merampas balik Kedah PM dan MB Kedah yang baru perlu tengik lah apa yang patut kepada mereka. Kalau ini dapat dilakukan sebahagian besar masalah diKedah selesai.....

Sungai Merbok berkata...

Banyak sms yang Kedah Times terima berkenaan perangai buruk,hasat dengki ,manipulasi ,tipu helah,kes rasuah dan SKANDAL Ketua UMNO Bahagian Merbok,Dato Tajul Urus Mat Zain.Semuanya akan kami dedah kepada Rakyat untuk mereka nilai siapa sebenarnya Ketua UMNO Bahagian Merbok.

Tunggu dan jangan kemana mana kami akan Release satu persatu.

Jeybon berkata...

Serupalah juga dengan kami di UMNO Padang Serai.A.Rahman kerja dia cantas dan double standard dalam pentadbirab dia.Habis rosak UMNO.Termasuk Setuasaha bahagian sekali.

titi panjang berkata...

Dedah Kedah Times.Kami nak dengar burong hantu merayau malam punya cerita.Bukan dia sorang perangai macam serigala.Ada lagi Ketua Bahagian yang jadi pelingkop UMNO.Dato Bashah tak akan nak tunggu laporan lagi kot.Dato Mukhriz kena bantu dato Bashah.UMNO Merbok dan jadi burong merbok berak tahi kapor bercampur air.Merbok dah jadi serbok.

AnaQarbana berkata...

Kebanyakan cloan UMNO/BN yang kalah dalam PRU ke-12 lalu bukan kerana masalah calon ataupun pembangkang kuat, tetapi kerana masalah dalaman UMNO sendiri berpunca dari pemilihan calon dan pihak yang tidak dipilih kononnya orang KJ yang membuat onak. Mereka inilah yang mensabotaj calon UMNO/BN dalam PRU lalu dan sekarang terdapat beberapa orang dari kalangan mereka yang bertanggungjawab mengepalai geng sabotaj menjadi Ketua bahagian antaranya, Rahman Pdg Serai, Tajul Urus Merbok, Ali Yahya Sg Petani. Puak ni kalau tidak dicalon lagi dalam PRU ke-13 ni akan mencetuskan masalah..kalau mereka di calon akan ada juga masalah dari puak yang pernah menjadi mangsa......Najib mesti bijak......pastikan calon yang kalah dicalon semula mestilah berkualiti, berkredibiliti yang masih boleh diterima pengundi/ahli UMNO. Jangan pula pilih Marlia Latiff walaupun dia ni exco PW Malaysia untuk DUN M/Pulas. Pilihlah bekas calon PRU ke-12 yang masih segar, kuat pengaruh, ikhlas.....masih mampu memberi khidmat dan masih boleh memberi kemenangan kepada UMNO....

anak buah tok azmi janggut berkata...

Laaa kena pecat lagi.Tu dia baru padan muka hangpa semua UMNO Merbok.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Dato Tajul demi UMNO.he he he he he

Pari-pari SP berkata...

Gelombang Merah telah bermula di UMNO Merbok dengan pemecatan Ketua Penerangan.Nampaknya Ostat Azizan tidur lena lagi sepenggal.Eloklah Tajul ini berehatlah dulu.Kalau dia jadi calon pun kalah dah.Syok sendiri sahaja kerana jadi ketua bahagian dapat projek.Dengar kata ini dah turun pula berjuta-juta.Sebab tu depa pulun jadi ketua bahagian.Kalah pilihantaya pun tak apa.Poket depa lebat seperti biasa.

Sungai Merbok berkata...

Sebelum Ketua Penerangan Merbok dipecat ,bulan Disember 2010 Dato Tajul telah memecat Pengerusi PERKASA Kedah ,Syed Osman Syed Mansor dari Jawatankuasa UMNO Bahagian Merbok.Difahamkan ada lagi yang akan dipecat ? tunggu dan lihat.

Yang akan tinggal sebagai Jawtankuasa Bahagian ialah PENJILAT PENJILAT TELOR,KAKI AMPU dan tukang angguk saja.UMNO MERBOK SUDAH POCHIK DAN BOLEH DIKAPAN PADA BILA BILA MASA.

AnaQarbaa berkata...

Datok Tajul kecewa denga format Najib sebab tulah dia pecat Ketua Penerangan dia awal-awal lagi....takut lawan tokehhhhh......nampak gayanya Datok Tajul pun tak ada peluang nak jadi calon kalau macam ni punya gayanya......kesian kat umno...baru nak bernafas...dah semput.....apa tandanya ni...... kena jumpa nujum pak belang untuk tafsir mimpi...jangan-jangan Tok Tajul terkesan Ketua Penerangan dia dok baik-baik dengan bekas calon Tg dawai yang kalah tu kot....lepas ni sapa pulak yang nak kena cantas....tunggulah...lihatlah......apa habaq din JJ..tulislah sikit...apa komen cekgu Hassan.....orang lama....

beribesaq berkata...

hai Jebon.....dengaq habaqnya UMNO BHG Pdg Serai di bawah Rahman, zuber dan halim bas depa kata bagiuh...mantap....best...dah buat banyak perubahan....dari kawasan ternakan burung walit ke bangunan yang sangat hebat di Kulim Hi-Tech....P3 kata...Umno Pdg Serai di bawah Rahman bersedia menghadapi PRU ke-13 bila-bila masa saja...dan dia yakin akan dipilih sebagai calon Merbau Pulas...betoi kaaaa...dengar habaqnya cot bai juga dok pebetoi nak bagi wati bini dia jadi calon DUN Merbau Pulas...nak lawan dengan Malia kitar semula....harap-harap betoilah apa yang depa kata. Rahman telah melakukan banyak perubahan dalam UMNO Bhg Pdg Serai....Dengaq juga Rahman telah melakukan perubahan drastik melalui operasi pemutihan di peringkat Cawangan..banyak ketua cawangan di pangku oleh orang Rahman tulen untuk menguatkan jentera pemilihan Bhg....bukan pilihanraya ke-13....betoi kaaaaaaaaa.Maklumlah dia penyelia DUN M/Pulas banyak duit masuk poket.........kalah dalam p/raya pun no problem.....dengaq habaq jugak, Rahman nak tolak bangunan lama UMNO di Pekan kulim Jalan Asaad kepada UMNO Kulim/Bandar Baharu...pasai hutang dengan penyewa bangunan terlampau banyak...itulah perubahan ketara yang dilakukan oleh Rahman dan konco-konconya....habeh harta UMNO bhg Pdg Serai..apa kata cot uban, Rahman Bt 8......

warga emas berkata...

Itulah gelombang merah dan gerakan pemutihan oleh Ketua UMNO Bahagian Merbok.Dato Nijib telah buat pelbagai tranfomasi dan perubahan polisi untok rakyat.Di Kedah ini cuma ada satu lagi yang mungkin BN akan hilang undi dari ahli UMNO sendiri.Tsunami dalaman UMNO sendiri.Karenah dan sikap Ketua Bahagian dibahagian-bahagian yang akan mengakibatkan BN akan kehilangan terus beberapa kerusi.Lebih-lebih lagi kalau Ketua Bahagian itu sendiri jadi calon.Ketua Bahagian UMNO yang ada di Kedah hari ini hampir kesemuanya tidak popular sesama sendiri.Malahan orang luar UMNO agaknya bagaimana.Kecuali kaki pembodek dan penjilat yang ibarat serigala yang diberi upah makan daging.Contoh terbaiknya ialah UMNO Bahagian Mebok seperti yang Kedah Times laporkan.Pada Dato Bashah/Dato Mukhriz apakah sekadar pasang telinga sahaja kah.Atau sedang menunggu laporan kehancuran UMNO Merbok dan Kedah.Atau pun Dato Bashah/Dato Mukhriz hendak membiarkan Dato Tajul nak terus bermaharaja lela dengan jawatan nya itu.Ramai tidak tahu apakah dosa Dato Zuber terhadap UMNO.Apakah alasan dato Tajul pula singkir Ketua Penerangannya.Secara rambangnya semua nya kerana politik.Bukan Merbok sahaja.Bahagian lain ada juga cerita yang sama.Dato Bashah/Dato Mukhriz jangan pandang ringan perkara ini.Apa lah ertinya hari ini beri bantuan pelbagai.Esok gaduh-gaduh.Hari ini lulus projek esok bergomoi.Hari ini PM turun .Esok berperang sesama sendiri.Itu kah UMNO hari ini.

abuarif berkata...

dato zuber ni mai dari mana?dengar kata det khalid hantar dia dok dgn tajul utk jaga det khalid masa jadi MB dulu,,,,pastikan merbok 100% sokong det khalid,,,,,,,Berapa lama dia jadi ahli umna merbok??? khabarnya dulu dari parti,,,,,????? dah sedar dan insaff ok,,baguz,,,,,,,,

MUMMY ROKIAH berkata...

Salam rakan Bloggers Kedah Times,
MR baru sahaja pulang KL selepas 4 hari ronda-ronda Kedah sempena lawatan DS Najib tempoh hari.

Tidak pula terdengar berita sesirius itu, tetapi MR banyak juga kumpul maklumat-maklumat dari kerja inteligensia di bawah.

Semua ini masih dalam penapisan dan menunggu pengesahan dari inteligent dalaman untuk disiarkan.

Macam-macam cerita ada tetapi biarlah ianya dari sumber yang sahih, benar dan tepat.

Yang MR dapat feedback rata-rata ialah Ketua Bahagian ini tidak competence serta gagal membawa penyatuan kepada masyarakat @ telalu banyak perbalahan dalaman.

TQ

Tanpa Nama berkata...

Kalau lah tak silap aku yg dah tua ni....tajul arus ni sidekick det khalid.....dan det khalid ni proxy kpd bang dollah badawi untuk kekang DSMM bergiat kat kedah setelah abg dollah naik jd PM...

Dua pencacai itulah yg dengan lantang memburukkan DSMM dalam perhimpunan UMNO peringkat negeri dan kebangsaan. Mana2 blogger yg mampu dapatkan klip ucapan 2 pencacai ni...tolonglah upload kat Kedah Times ni buat ahli2 umno kedah mengenal siapa mereka...

angkatan 46 berkata...

Beri besaq kalu berckap siang kena pandang-pandang,kalau bercakap malam dengaq-dengaq.Hang tau balun saja ,fakta tak dak pun.Orang yang mcm hanglah yg dok buat umno hancoq.Bungkan sikit perasaan dendam hang.Letakkan kepentingan parti di depan.Aku selalu pi kat pejabat umno Padang Serai.Keadaan memang berubah.UMNO padang serai di bawah Rahman meang berubah.Menteri selalu mai.Program banyak.rakyat mendapat pembelaan.Jangan nafikan kerjabuat rahman.Dia memang rajin dan hebat.Hidup Rahman Mahmud anda memang hebat.Ada masalah telipon lima minit dah sampai.Macam ni la baru buat kerja namanya.

Tanpa Nama berkata...

Beribesaq awat hang kelentong sangat.

Syburi Times berkata...

Bro MR: Inilah yang Kedah Times selalu mengingatkan penyokong UMNO Kedah. Untuk mengambil kembali Kedah dari PR, Ketua-ketua bahagian yg hanya fikir diri sendiri patut di sidelined kan oleh Pihak tertinggi. Biar mereka merasa yang jawatan ketua2 bahagian bukan tiket utk jadi YB atau org Kaya

Syburi Times berkata...

Kita bukan menafikan kuasa Ketua Bahagian, dan kita juga bukan memihak kepd Dato Zubir, tetapi tindakan Ketua Bahagian Merbok tidak kena pada masanya.

Awang selamat berkata...

...Khabar mengatakan staff Umno Merbok yang dipecat oleh Tajul angkara staff terse but keluar dgn girl friend Tajul yang juga adalah bini org.

zahari berkata...

setju sangat semua ketua bahagian di kedah punca umno lingkup.

Tanpa Nama berkata...

Awang selamat:he he he he he.memang betoi tercabar lah.Girl friend kawan.tak pa lagi .JANGAN SAMA JANTAN SUDAH LAH.

ulaqayaq berkata...

Raman the best.....ada chance jadi calon MP dalam PRU akan datang kalau betoi macam angkatan 46 dan tanpa nama 6:11 kata..........beribesaq ni orang kuat raman awat dia dengki sangat dengan raman...makan tak cukup kot.....orang upahan kot...

Kak said h berkata...

Tajul sedang menggali kubornya sendiri.

Mudim sahak berkata...

Harap dedahkan semua skandal Dan kesalahan Si Tajul ketot itu semasa dia jadi Ketua Bhgn.Dialah Manusia durjana merosak Umno Merbok.

mat peot berkata...

Kedahtimes jangan tunggu lama2..... Dedah saja semua skandal terutama dengan bini org yg jadi kegemarannya.

Anak Pantai Merdeka berkata...

Setelah saya risik kawan-kawan dari Merbok dan Sungai Petani, maklumat yang mengatakan Dato' Tajul pecat Dato' Zubir adalah TIDAK BENAR.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak cakap..Gunalah akai dengan baik..bukan cakap dengan perasaan busuk hati,dendam kesumat,iri hati tak tentu pasai..Kalau ia pun,Datuk Tajul pecat Datuk Zubir sebagai Ketua Penerangan.Apa yang jadi masaalahnya..Kalaulah Datuk Tajul memang pecat Datuk Zubir..apa yang kita jadi kalut..dan kalut ni berpunca dari mana..Kalau tak dari Datuk Zubir sendiri..Apa dia buat selama Datuk Zubir menjadi Ketua Penerangan Merbok..Habag mai..Aku tak masuk mana mana pehak..Kita perlu guna akai kalau nak tulis komen2..Negeri kedah di perintah pembangkang..Bolihkah Negeri Kedah di ambil balik kalau yang dok ada jadi Ketua Penerangan macam Datuk Zubir di seluruh Bahagian di kedah..Nak jadi wakil rakyat kena buat kerja,bukan cuma dok angan2 saja..Apa lagi kalau masuk cawangan buat taik..macam2 janji di buat..

Datuk Zubir kena buat kerja kuat,dia perlu tunjuk kepada rakyat..Bahawa dia bukan orang Pas atau PKR..Dulu ia lah..tapi sekarang dia dah orang Umno..Dia dah lama berjuang dalam pembangkang,tapi aneh juga lah..tak pernah jadi calun..Dok bolih kat orang lain,walaupun pembangkang ketandusan calun waktu itu..

Kita kena terima hakikat sebenarnya,muhasabah diri..Apakah kita benar2 buat kerja untuk parti atau semata mata mencari peluang untuk nak jadi kaya raya..Fikir2lah wahai rakan FB.

jakajk berkata...

Yang saya tahu kerja-kerja peneranagn di negeri Kedah ini dilaksanakan oleh Dato Zubir walau pun dlm serba kekurangan bajet hanya program peneranagn sajalah yang berjalan yang lain-lain tu belum nampak lagi.Ianya dikenali sebagai org yang kuat bekerja dan tidak berkira tenaga dan juga wang ringgit.Program Pemimpin Negeri turun ke bahagian yang sedang berjalan sekarang ini adalah juga atas daya usaha penerangn negeri dan beliau turun hampir ke semua bahagian.Lapuran dari pemimpin negeri juga menagatakan beliau rajin bekerja, gigih dan senang bergaul dan mudah mesra dan tak sombong macam setengah-setengah ketua bahagian lain.

hj lah curut berkata...

Betul.. tu Dato zubir baguihh, tak sombong , ikhlas dan rajin.Tanyalah pada pemimpin negeri dan ajensi pelapur yang lain jika untuk mendapat keputusan yang tepat dan betul.

lah dungu berkata...

Merbok dah hancur, jangan berlakun lagi, rakyat dah muak dgn Ramli mamak boroi, razak ajk pengampu tak bermoral.hancukkkkkkkkk kali ini..

Tanpa Nama berkata...

Datuk Zubir memang baguih,tak sombong..Tapi dalam baguih2 dan tak sombong pun..Semasa Datuk Zubir bergiat aktif dalam pembangkang..Dia tak pernah diberi peluang jadi calun..Pasai apa,aku pun tak tau..Kalau nak di ambil kira yang layak..Datuk Zubir yang layak,Tentu ada sebab kot...Mula bergiat Pas,Lepas tu PKR,Lepas PKR..Umno..Selepas ni masuk Perkasa pula kot..Masuk Umno pasai Datuk Det jadi MB Kedah..Ada pasai juga lah tu..

Ada manusia,selagi tak bolih kat dia..Dia tak berpuashati..Semua orang di katakan tak betui..Ketua Bahagian yang dok buat kerja siang malam pun..dok kata tak betui..Jadi yang betui..sapa..Yang aku tau..Orang yang suka komplain semuanya tak betul,sebenarnya dia lagi tak betui..Orang2 ini kita sudah kenai..Ahli2 Umno merbok dah tau siapa mereka..Di Bahagian Sg.Petani pun ada orang2 seperti ini..

Tanpa Nama berkata...

Puak2 busuk hati ni dengar berita dari mana yang mengatakan Datuk Tajul pecat Datuk Zubir sebagai Ketua Penerangan Umno Bahagian Merbok..Orang yang bawa berita tak tepat atau sengaja adakan cerita..Orang itu bolih di anggap munafik..Yang dok reka cerita2 macam ni jadi lagu mana..Kalau hati dah busuk tu,biarlah berpada..Datuk Zubir kenalah kuat semangat,kalau dah berangan2 nak jadi calun..Dr,Ismail Daut dan Man Bolih tak kalut pun..Depa pun lebih berpotensi lagi untuk nak jadi calun..Tapi depa tak jadi serabut..Datuk Zubir jangan mudah percaya dan dengar cerita2 yang karut karut..Kadang2 orang yang busuk hati sentiasa mencari ruang untuk mengeruhkan suasana..Orang2 seperti ini sudah semestinya tidak merasa tenteram kalau keadaan di sesuatu Bahagian itu aman..Di mana mana Bahagian pun orang2 seperti ini memang ada..Di Bahagian Sungai Petani pun lagi hebat..Yang dok kacau daun di Sungai Petani,kita pun tau siapa orang nya..

Inilah sikap dan perangai segelintir orang2 Umno sebenarnya..Kalau macam ni lah keadaan yang dok ada..Kedah akan bertambah Sejahtera di tangan Pembangkang..Patutlah pehak pembangkang mengatakan puak2 Umno ni jahil..kadang2 tohmahan puak pembangkang,ada kalanya memang betul..Tepuk dada,tanyalah diri sendiri..

Tanpa Nama berkata...

tuuu dia Razak Raman taman Peruda kroni KB, mengamuk dah hantam sama hangpa yg dok komen tak elok pasai KB Merbok , padan muka hangpa...Pengerusi JKKKP Air Mendidih yang baru lah katakan.........heheheh

Bgn UMNO Kdh. berkata...

Hanya Prof Ismail Daut, Dato Bashah dan Dato Jamil khir tahu segala-galanya.Maklumat yang bole dipercayai datang dari sini kabarnya kerana Ketua bahagian telah memaklumkan hasratnya pada mereka.Kami dari UMNO negeri telah ketahui lebih awal kerana hasratnya itu itu disuarakan secara lantang dan angkuh sekali.

Hashim sham berkata...

Peengampu sikit-sikit tu tak pa jangan dok asyik HOT DANGDUT sudahlah..hehehehehee

Pak Belalang berkata...

Orang Yang pecah belah Umno Bahagian Merbok terdiri daripa orang yang kecewa..akibat daripada rasa kecewa itulah..maka dianya menjadi duri dalam daging..Orang2 seperti ini memang ada di mana mana Bahagian di Seluruh Malaysia..Ahli ahli parti dah kenal siapa mereka..

Tanpa Nama berkata...

baru aku tau bahawa umno masih dok kalut dari dulu kini dan selamanya.
aku dok cari punca macam mana pakatan bolih menang 3-0 di merbok,pasai aku bukan jenis ambik tau sangat,cuma sikit sikit tu adalah.
nak kata pas atau pkr kuat,tak juga.ahli,alehhh bolih kira dengan jari.tapi depa bolih menang.
puncanya pengundi meluat dengan umno dari atas sampai bawah.dulu dalam umno pun gaduh macm ni juga,tapi apa pasai bolih menang.?.
aku ada jawapan,pengundi meluat dengan apa yang bn buat.
hampa berkelahi macam mana pun,kalau tak lebih lebih sapu dok buat harta,rakyat akan undi bn.
tapi kalau hampa sapu semua,tunggulah,bukan setakat kedah,malaysia pun bolih bn hilang.
rosmah mansur apa khabar,pm masa kini?.
dari satu masaalah timbul masaalah baru

Tanpa Nama berkata...

Rampas kekayaan semasa Tok Det secara paksa dan ugutan utk kepuasan diri sendiri belum puas lagikah?Pengajaran harus diambil selepas letak jawatan sebagai senator Dan kalah bertanding PRU12.? ................sedarlah di atas apa yg telah berlaku .........jadilah org yang beriman di akhir2 umur ini.

kalam berkata...

Kepada pemimpin UMNO Merbok usahlah bercakaran sesama sendiri biarlah pimpinan pilih calun yang sesuai dan kita sokong sajalah.Pemimpin kita mempunyai lapuran dan rekod yang cukup teliti dan tak usahlah kita menonjol seseorang atau menidak seseorang dgn percaturan yg tidak adil .Allah akan menggerakkan hati pemimpin kita memilih calun yang paling sesuai jika sekiranya kita sentiasa beriman dan berdoa dgnnya.

meah berkata...

razak raman org kenal awak jgn jadi pengampu yg langsung tidak berakhlak dan moral rendah.Org tau yg dia ni dibenci dicawangn selalu bawa hand phone dok tenguk hot dangdut.........

Tanpa Nama berkata...

Wahai rakyat Merbok hukumlah UMNO,depa dah bercelaru sgt dok berebut sesama sendiri.Masing-masing perasan lebih.Man boleh yang terkenal SIKAP PEMBOHONGNYA nak jadi calun juga serta Dato zubir pun baru sgt sertai UMNO gila nak jadi calun juga.Prof Ismail Kangkang jugak teringin nak jadi calun.Mai kita ramai-ramai ajar mereka dlm PRU 13 nanti.Biar padan muka depa.!

Tanpa Nama berkata...

Tapi yang paling tak layak sekali ialah Man bole pakar putar alam , putar belit dan semua ada kat dia..alamat hancuq UMNO kali ini.

beribesaq berkata...

angkatan46, awatlah hang mohong sangat....5 minit sampai bila tel.......lalat, langau lagi awai....nampak sangat hang kami ampu bodek, penjilat raman, hang kata hari-hari p pejabat UMNO, pasai hang kerja kat situ.....ada bayaran.....porahhhhhhhhh.....umno Bhg Pdg serai...mampuihlah dalam PRU ke-13 ni...

Tanpa Nama berkata...

Yang aku tau,Razak Rahman jadi Ketua Cawangan Umno Taman Peruda dah lebih 20 tahun..Ketua Cawangan di Taman Perumahan pula tu..Jadi AJK Bahagian pun lama juga..Jadi tak kan lah dia cabuk kot .Yang hangpa dok berdengki kat dia tu pasai apa..Pasai Datuk Tajul berkawan dengan dia,itu soal lain..Pasai apa hangpa dok merah biji mata ..Orang yang cabuk,aku tau..Orang2 ini lah yang jadi duri dalam daging..Jawatan pun tak ada dalam Umno.. kerja nya..Jadi penghasut dan irihati saja lah..

Tanpa Nama berkata...

Umno Merbok harus dihukum... Biar padan mulka depa.Bongkak, sombong dah belagak macam Umno tu hak depa sendiri

Tanpa Nama berkata...

Celaru lagi Merbok tak habis habis ya itulah sebabnya dipimpin oleh org yang tidalk berakhlak serta disertai pengampu2 yg sam a waktu dgnnya. heheheheheh. Pilihan hangpa juga noh... PADAM MUKA HANGPA YG BODOH !

shot berkata...

bibit perpecahan dah mula nampak,alamat kalahlah kali ini uMNO Merbok dlm PRU 13.Nak pulihkan senang saja pilih muka baru disemua bhg di negeri Kedah termasuk di Merbok.Plihan muka baru di Tenang dgn mudah saja dpt tewaskan PAS.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak muka baru jadi calun dalam PRU 13 nanti..Aku memang bersetuju sangat..DUN Tanjong Dawai,bagi Lee Jerung jadi calun..Parliman Merbok,JJ jadi calun..Keduanya muka baru..Pasti menang punya...

Tanpa Nama berkata...

aku dengar perkara yang paling li jerung takut bilamana nama dia diumumkan sebagai calon pru-13, berbeza daripada perkara yg dato' tajul paling takut bilamana nama dia tidak dicalonkan sebagai calon pada pru-13 nanti...itulah bezanya li jerung dengan orang lain yang gila kebuloq sangat nak jadi calon...wallah hu a'lam...

Tanpa Nama berkata...

Semua sama saja,masa permilihan Bhg,boleh duduk satu rakit,xpandai jaga...tentu ada yang nak cari jalan supaya dpt apa yang diharapkan,camana boleh menang semasa permilihan Bhg.....?lain hal AJK Bhg,yang dilantik.Baik pecat pengerusi tetap....xlah nak kecohx sangat.Hemmmm....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates