Khamis, 20 Januari 2011

SAR dapat berapa?


20 Januari 2011 - Hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman kepada 3 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Persendirian). Setiap sekolah menerima RM60,000.00. Sumbangan disampaikan oleh YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di Sri Mentaloon.


Ini petikan penulisan yang menjadi kebanggaan Dr Hj Hamdan Mohamed Khalid, ADUN Tanjung Dawai. Beliau berbangga kerana dapat hadir ke majlis ini dan siap dengan gambar disiarkan dalam blognya.

Kita tertanya apa terjadi kepada SAR? Dulu hantam UMNO dan BN kerana memberhentikan bantuan SAR kerana SAR telah menjadi sarang kader-kader PAS dalam menyebarkan propaganda politik mereka. SAR dijadikan pusat belajar politik, bukannya belajar agama.

UMNO dituduh menjahanamkan SAR dan menyekat pembelajaran agama. Hakikat sebenarnya ialah SAR dipelawa masuk 'main stream' dan terus menerima bantuan kerajaan, tetapi PAS merasakan mereka terancam kerana bakal kehilangan kawalan ke atas sekolah politik, maka mereka menuduh kerajaan ingin menutup SAR.

lalu kempen 'Selamatkan SAR' dilancarkan. Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada UMNO dan kerajaan.

Tetapi kenapa kini SAR masih daif walaupun mereka menjadi pemerintah? SAR tidak dipedulikan. Jadi siapakah sebenarnya yang membunuh SAR?

PAS lah pembunuh SAR kerana menyeleweng matlamat sebenarnya SAR ditubuhkan. Seterusya membawa SAR ke kancah politik dengan menjadi SAR sebagai pusat pembelajaran politik PAS.

Kini setelah memerintahpun SAR dibiarkan dhaif. PAS lah yang membunuh SAR!

Anak sendirikan dibiarkan, Kera dihutan PAS susukan. Anak mati kelaparan, orang lain PAS tuding jari mencari kesalahan!

3 comments:

Melayu Lunas berkata...

SAR ialah tempat kursus ideologi Parti PAS.Sekarang PASTI tempat sarang penetasan ideolagi PAS dengan menanam unsor benci UMNO.Orang semua tak betul.PAS sahaja yang bertul.

AnaQarbana berkata...

Hebat YB/Dr....tahniah di atas kesungguhan YB/Dr berkhidmat untuk rakyat sebagai Wakil Rakyat..semoga Allah swt memberkati usaha dan khidmat YB/DR...tapi bagaimana hubungan YB/Dr dengan masyarakat Islam di tempat tinggal YB/Dr di Taman Ria Indah..nampaknya hubungan YB/Dr dengan masyarakat di tempat kediaman YB/Dr terputus...malah surau di hadapan rumah YB/Dr tidak lagi YB/Dr kunjungi...apakah Dr akan kembali bermasyarakat dengan masyarakat di situ selepas tiada lagi label/title YB....Alhamdulillah.....jangan sampai jadi macam ni....YB/Dr mungkin ada sikit ilmu Islam dalam bab hukum fiqh mengenai kejiranan..kenapa di abaikan...apakah itu bukan tanggungjawab Dr sebagai YB, mungkin kerana YB ada kawasan khidmat khusus...maka tidak perlu konsep klejiranan yang di anjurkan oleh Islam... bagus YB/DR....adalah di harapkan supaya YB/Dr dapat menjalinkan semula silaturrahim YB/Dr dengan masyarakat Islam di tempat tinggal YB/Dr....hanya yang kami nampak adalah kelibat anak-anak kecil YB/DR yang sering berjemaah di surau Al-Muthmainnah depan rumah YB/DR yang jaraknya lebih kurang 20 langkah. Pemimpin ataupun ketua bukan sekadar dalam keluarga ataupun dalam rumah ataupun dalam sesuatu kawasan yang ditetapkan. malah lebih dari itu......yang mempunyai tanggung jawab sosial dalam kawasannya bermastautin tetap.......apakah YB/Dr akan kembali dalam masyarakat apabila tiba musim pilihan raya sedikit masa lagi...atau tidak kerana YB/Dr kecewa di sebabkan kegagalan jentera pilihanraya YB/Dr menjadi/mengambil-alih surau Al-Muthmainnah sebagai markas PAS semasa PRU ke-12 lalu....kami dah lupa dan ada yang tak tahu cerita tu....adakah YB/Dr akan usaha untuk menjadi surau itu sebagai markas PAS sekali dalam PRU ke-13 nanti....kami sokong.......

Tanpa Nama berkata...

berprasangka baik la..kawan sibuk..sibuk melayan kawasan kampung2 yang susah2..jiran dia semua senang2..tak semestinya dia kena berjamaah di surau tu saja..singgah masjid mana2 pon boleh jamaah..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates