Khamis, 6 Januari 2011

SERANG!!! SERANG!!! JANGAN SAMPAI TERLENTANG....

SOBRI SUDIN

1. Seiring dengan perubahan kepimpinan UMNO beberapa buah negeri yang diumum PM baru-baru ini, KJ budak Oxford yang kian merajuk dan tak mau lagi bertanding di Rembau atas alasan nak sambung mengaji turut lakukan transformasi  dengan lantik UNGKU SALLEH UNGKU KAMIL sebagai KETUA PEMUDA SELANGOR. Ketua Pemuda Serdang ini antara yang berani dan terlibat tahan Karpal Singh di Parlimen satu ketika dulu. PEMUDA memang kena berani, kalau kecut teloq jadi saja PERGERAKAN PEPONDAN UMNO.

2. KJ turut membayangkan akan ada lagi perubahan pucuk pimpinan Pemuda dibeberapa buah negeri untuk mantapkan gerakerja sebagai persediaan hadapi PRU ke-13. Bab ni aku setuju dan jangan lupa Kedah mesti jadi antara negeri yang jadi priority. Sindrom lembap, basi, longlai dan pekup teloq kena diubah. Baru kena dengan slogan GELOMBANG MERAH, BERANI BERUBAH, BANGKIT KEDAH. Satgi puak PEMUDA UMNO KEDAH salah faham pakat pi dok cari yang mulut merah pulak. KESIAN kat adik PUTERI semua.

3. Rasanya Dato Bashah dan Dato Mukhriz takkan sampai tak boleh ada suara untuk sound KJ bahawa PEMUDA UMNO Kedah perlukan nafas baru supaya henjutan lebih kuat dapat digempur terhadap PAS Kedah sesuai dengan kemahuan BASHAH yang dah istihar 2011 TAHUN GEMPUR PAKATAN.

4. Kalau ada perubahan, kali ini kita mahu pimpinan PEMUDA yang lebih lantang, agresif, berani, bijak ketengah isu, boleh berkomunikasi dan pengaruhi pengundi muda, mat kilang, budak muda yang drop out dari sekolah, budak IPTA, profesional muda, ulama, usahawan dan ilmuan muda.Pimpinan PEMUDA yang boleh jelajah dari LANGKAWI sampai ke KULIM BANDAR BARU untuk bangkitkan semangat dan momentum baru. Biaq PAS rasa gerun dengan aura, semangat dan gerakerja PEMUDA. Boleh ka tak boleh?????

5. Lebih berani kehadapan, misalnya kalau nak mintak AZIZAN UNDUR, buatlah demo depan WISMA DARUL AMAN, pasai apa yang pi buat depan pejabat SPRM. Kan tak kena tempat rasanya. Pasai aku tak tahan telinga bila rakan rakan telefon bagitau, "apa kes puak PEMUDA UMNO dan BN Kedah ni buat demo depan pejabat SPRM, kalau nak suruh AZIZAN LETAK JAWATAN pi la depan WISMA".

6. Betoi jugak... Tak pa la "mungkin depa nak kumpul ramai lagi orang kot baru berarak pi WISMA",  itulah antara jawapan balas aku untuk cover PEMUDA UMNO dan BN Kedah. Walaupun aku dimusuhi PEMUDA UMNO KEDAH tapi kita cover dan bersangka baik lagi dengan depa. Tak pa lah biaqlah.

6. Aku percaya dan yakin PEMUDA dimasa depan akan lebih bijak susun strategi biaq AZIZAN dan PAS terkedu. Bukan lagi DIBIARKAN MB Kedah serba tak tau mudah saja patahkan gerakan PEMUDA dengan kata kata kelolonya, "budak-budak pemuda, hingus pun tak kering lagi, biaq pi la kat depa nak melalak, jangan dok layan". Bukankah terguris hati dan terkedu kredibiliti anda????

7. Demikian juga kalau nak buat report tentang penyelewengan dalam projek KUIN, kenapa hanya perlu bersandarkan tulisan dua muka surat dalam blog, dulu hangpa juga kata orang tulis blog macam aku ni sapa nak baca, last-last hangpa pi print dari blog HELANG KEDAH jadikan asas buat report. Bukankah lebih baik hangpa cari orang dalam dari kedah sato atau BDB yang memang dah meluat dengan PAS Kedah ambil solid evidence,  hentam AZIZAN, AMIRUDIN betoi-betoi biaq depa terkangkang tak boleh jawab.

8. Ni esok lusa, hangpa tengok AZIZAN spin mudah saja, 'isu pemberian projek fasa kedua KUIN kepada IJM secara rundingan terus bukan satu masalah, kerana sudah dipersetujui dalam MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH BDB meskipun pada peringkat awalnya dibuka secara tender'. Azizan pasti akan sambung lagi, "BDB sebuah syarikat senarai awam di BSKL, sebarang keputusan dibuat ahli lembaga pengarahnya dilakukan penuh telus dan ikut prosedur kerana mereka(ahli lembaga pengarah BDB) bertanggungjawab pada pemegang saham".

9. AZIZAN nanti kata lagi, "Amalan menganugerahkan projek secara rundingan terus bukan satu yang asing, bukankah projek JAMBATAN KEDUA, PROJEK MRT, HIGHWAY ALOQ STAQ KE DURIAN BURUNG, PROJEK LANDASAN BERKEMBAR, dan banyak projek kerajaan persekutuan juga diberi kerja kontrak secara rundingan terus". Kenapa tidak diadukan pada SPRM??? So apa masalahnya??????? Kena lagi kat AZIZAN, HABIS PEMUDA UMNO TERKANGKANG TERUS REBAH.

9. NAAAH... KELEPAP, terSENTOT lagi BADRUL dan rakan-rakannya, tujuan yang baik tapi kaedah yang tak berapa efisien menyebabkan usaha kita nak bongkar penyelewengan akhirnya akan bebankan diri kita sendiri untuk jawab balik.

10. Tapi apapun, anggaplah semua ni sebagai satu cabaran, untuk terus baiki lagi usaha PEMUDA UMNO KA, PEMUDA BN KEDAH ka untuk serang dan gempur PAS, PKR dan DAP. Harap jangan PEMUDA UMNO DAN PEMUDA BN KEDAH PUTUS ASA. JANGAN pula hangpa mengelupur dan tak panggung kepala bila kena serang balik.

11. YA..YA..YA.. TUAN HAMBA SETUJU BILA TUAN BADRUL KATA PEMUDA KEDAH AKAN LEBIH AGRESIF JIKA AZIZAN GAGAL UNTUK JAWAB PERSOALAN YANG DIBANGKITKAN.. AGRESIF HARAP-HARAP LEPAS NI BOLEH KUMPUL 5,000 PEMUDA KITA HENJUT WISMA, BERARAK DEPAN BDB CABAR JAHUBAR SADIQ SEGARAGA TURUN DAN LETAK JAWATAN CEO BDB.. HAMBA RELA MASUK DALAM LOKAP, BOLEH MACAM TU???? Kalau rasa tak boleh habaq awai-awai ada pemuda lain yang boleh buat... Depa ni tak payah masuk UMNO pun tapi berani lebih pada PEMUDA UMNO.

12. JANGAN MARAH.. MARAH NANTI KJ TUKAQ BAGI JAWATAN KETUA PEMUDA KEDAH KAT ORANG LAIN PULAK.. Melepas kawan kita nak jadi CALON

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sobri, yang hang sakit hati sangat kat Badrulhisham pasai ambik cerita dalam blog Helang Kedah dan buat ripot kat SPRM tuuu.. pasai apaaa?.

Awat, pasai hang orang Syed Sobri yang dok bgaduh sikit dengan Badrul?. Lepas tuuuu... hang pelepaih gegham hang tembak BN kiri kanan pulak.

Oghang cakap pasai bagi perojek runding terus kata sapa pun, kena dengan cagha tak pa aihhh...
Yang Ostat Azizan MB Kedah buat tuuu... salaaaah, hang faham tak?. Bagi projek, panggil 6 syarikat, tapi bagi kapada syarikat lain (IJM) yang takdak dalam senarai 6 syarikat yang masuk. Dalam 6 syarikat tuuuu... termasuklah Kedah Sato. Yang tu lah yang Dato' Mahfuz marah yang dia letak jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato, anak syarikat Bina Darul Aman.

Kita nak korek penyelewengan ni dan kita ripot kapada SPRM. SPRM tunggu ripot jeeee... nanti depa selongkaq kerja Shatiq tuuuuu... Jika hang tulis, hang kena faham laaaa...

din kilau berkata...

Sdr Ketua Pemuda UMNO Kedah.saya nasihatkan saudara buatlah perancangan yg baik.Jangan buat kerja ikut suka hati saja.Nampak sdr ini buat kerja bila kena jolok baru nak lompat.Lompat pun kena berjag-jaga nanti masuk perangkap tak tentu pasal.Sebenarnya sdr ketua pemuda amat miskin tan tandus dengan program yg terancang dan tersusun sesuai dengan keperluan politik umno sebagai pembangkang di Kedah.Sdr ini ketua pemuda umno kedah.Kenapa aktiviti asyik tertumpu di Alor Setar sahaja.Macamana tempat lain.Adakah kubu PAS di Alor Setar sahaja ke.Tenpat lain selamat tanpa perlu turun dengan aktiviti.Setidak-tidaknya buat perjumpaan dengan seluroh tenaga pemuda di setiap pelusok negeri.Rajin lah sikit menjelajah setiap desa dan kampung di kedah.sebenarnya sebagai ketua pemuda umno kedah cukop banyak dan pelbagai program boleh di buat.Pemimpin kena menjelajah nerata-rata tenpat.Tiup semangat perjuangan.Bukan jadi katak yang selesa berada dibawah payung daun keladi.Kalau tak mampu nak jadi ketua yg terbaik dalam umno jadi pembangkang lebih baik angkat bendera puteh macam KJ yang awal-awal lagi bagi tahu tak berhasrat nak jadi calon pada pilihanraya akan datang.Zaman ketua dahulu cukop aktif d an kuat.Belajarlah dari tokoh pemuda dulu-dulu.Terimalah kritikan untok mematangkan kepimpinan diri kita.Pemuda dibahagian nampak sangat masih lesu dan pucat kesi lagi.Sdr ketua pemuda Umno kedah tak mahu lihatkah UMNO berkuasa kembvali di Kedah,Nampak macam tak mahu bagi umno berkuasa kembali.Atau dah terlalu yakin mengunong yang umno akan jadi kerajaan nanti daripada PAS.Bukan tugas pemuda sambut dan cium tangan pemimpin sahaja.Tegakan dan kibarkan bendera nerah puteh dengan keris terhunus di dalamnya.Itulah lambang umno warisan melayu.

-krisjawa lok3- berkata...

Setakat ni nampaknya gerak kerja pemuda umno negeri Kedah longlai sahaja.....tak nampak pun sesuatu yang boleh dibanggakan atau di highlight...

Tengok sahaja En. Kamal, ketua pemuda bahagian kulim bandar baharu.....entah dimana berada sekarang pun tak tahu...tak kan memanjang berada di KL sampai lupa tanggungjawab di bahagian? Orang kuatnya En.Azam pun kabarnya sibuk juga di KL...

Kalau asyik sibuk sahaja mencari peluang di KL pemilihan yang akan datang ni...tak usahlah mempertahankan jawatan yang di sandang sekarang..orang pun tak maki kat belakang dan projek pun dapat buat dengan lancar....

Tapi...
Ya lah...tak ada jawatan camner orang besar nak kenal.......

Tanpa Nama berkata...

Saudara SS, puak pemuda ni kita tegur macam mana pun depa dok macam tu jugak..Nak buat macam mana pemimpin depa semua boleh join kelab SRP dan SPM.

Tanpa Nama berkata...

Bila ditegur nak melenting, jangan la bodo sombong duhai si PEMUDA KEDAH..Tak tau tanya, belajaq dari yang tau..Ni la sikap UMNO, bila orang komen kata menentang, pasai tu dalam UMNO yang diutama budaya KAKAK TUA..YES BOS..YES BOS..Berbeza pandangan sikit hangpa kata hentam, BODO PUNYA UMNO, cerdik tak leh menumpang, bodo terus bodo dulu kini selamanya.

Tanpa Nama berkata...

KETUA PEMUDA SELANGOR DAH DITUKAR, DISUSULI DENGAN PERAK, INSYA-ALLAH LEPAS NI PENANG DAN KEDAH PULAK..SELAMAT TINGGAL BADRUL HISHAM HASHIM..Mari join kelab TOK DET

Tanpa Nama berkata...

WOI BADRUL,duit yang hang dok ambik dari toke toke Cina masa TOK DET jadi MB, hang jadi PEGAWAI KHAS dia untuk lobi projek bukan kira RASUAH jugak ka? Awat tak REPORT SPRM..Banyak isu lain lagi, isu kekurangan minyak masak, isu minyak naik, isu penjaja nak kena halau, isu penduduk rumah murah nak kena halau, isu gejala sosial kian naik dibawah PAS ni, awat hangpa tak berjuang betoi-betoi.Kalau berani bawak ribu ribu PEMUDA pi la depan WISMA

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates