Khamis, 13 Januari 2011

SLC Sabotaj

Inilah sikap sebenar pengikut Brother Anwar Bin Ibrahim.

Mereka tidak pernah melakukan kesalahan, tiada kelemahan, bersih, bijak dan segala mak neka perkataan yang baik-baik adalah milik mereka. Yang tidak baik adalah hanya untuk UMNO.

Kegagalan mereka memacu SLC (GLC) untuk menyemarakkan ekonomi dan pendapatan negeri diletakkan di atas kesalahan UMNO dengan mengatakan yang UMNO sudah meletakkan penyokong-penyokong UMNO dalam SLC. 

Dituduh bahawa pengurus-pengurus SLC ini melakukan sabotaj bagi menggagalkan perancangan mereka. Secara ringkasnya pengurus-pengurus SLC ini tidak Professional dan suka sabotaj.

Ahli lembaga pengarah bukan diletakkan di SLC hanya untuk makan elaun, tetapi sebagai wakil shareholders untuk menentukan SLC berjalan dengan baik dan mengikut asas-asas yang ditentukan oleh Pengarah. 

Jika mereka dilantik hanya untuk mendapatkan jawatan dan elaun tanpa meletakkan landasan (misi dan visi), maka macamana pihak bawahan (operasi) nak membawa SLC ke satu tahap yang boleh menjana ekonomi untuk rakyat dan negeri?

Inilah masalah jika pengarah-pengarah syarikat hanya diletak untuk makan elaun dan diberi jawatan sebagai memenuhi kehendak parti dsbnya.


Rujukan Sinar Harian...............................................

Ada unsur boikot, sabotaj dalam kepimpinan GLC


ALOR SETAR - Terdapat unsur boikot dan tidak puas hati dengan polisi diperkenalkan Kerajaan Negeri dalam kalangan kepimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Kedah sehingga membantutkan keputusan yang dipersetujui lembaga pengarah syarikat terbabit. 

Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Kedah Berhad (PKB), Ahmad Kassim berkata, rasa tidak puas hati itu timbul memandangkan kebanyakan pengurus GLC itu merupakan muka lama yang masih dikekalkan berdasarkan faktor perundangan dan mempunyai sentimen kepartian yang menebal. 

Menurutnya, di sebalik wujud polemik boikot dan kronisme dalam kalangan pengurus beberapa GLC, Kerajaan Negeri terpaksa mengambil sikap bertolak ansur bagi menjaga hubungan jangka masa panjang dengan kakitangan syarikat terbabit di samping tidak mahu tergopoh-gapah dalam membuat sesuatu keputusan. 

“Selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri daripada Barisan Nasional (BN), satu perubahan dengan menukar pengerusi, ahli lembaga pengarah dan pengurus besar serta ketua pegawai eksekutif (CEO) setiap GLC milik anak negeri dibuat untuk melancarkan lagi urusan. 

“Bagaimanapun, terdapat sebahagian CEO dari rejim lama yang tidak boleh digugurkan atas faktor perundangan dan mereka inilah yang sering membuat kacau dan mengingkari keputusan yang dibuat lembaga pengarah atas sebab perbezaan fahaman politik,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian, semalam.  

Ahmad yang juga Pengerusi PKR negeri berkata, perubahan yang dilakukan Kerajaan Negeri di peringkat lembaga sejak dua tahun lalu hanya menyentuh aspek ketelusan dalam pentadbiran GLC bagi membanteras sebarang bentuk amalan kronisme dan korupsi oleh segelintir pemimpin tertentu. 

Bagaimanapun, pendekatan Kerajaan Negeri itu tidak disenangi kebanyakan pengurus syarikat GLC di negeri ini sehingga kadang-kala timbul unsur sabotaj yang berniat menjatuhkan imej Kerajaan Negeri. 

“Kita menghormati pengekalan beberapa muka lama sebagai pemimpin syarikat GLC bagi mengelakkan wujudnya krisis dalaman yang merosakkan masa depan syarikat itu sendiri. 

“Bagaimanapun, saya agak kecewa dengan tindakan segelintir mereka yang seolah-olah cuba mensabotaj imej Kerajaan Negeri dan sengaja tidak melaksanakan perancangan diputuskan lembaga pengarah dengan jayanya,” katanya. 

Sehubungan itu, Ahmad menggesa pentadbiran Kerajaan Negeri berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dalaman membabitkan beberapa syarikat GLC di negeri ini bagi mengelakkan lebih banyak kerugian dialami. 

“Saya percaya masalah dalaman ini wujud disebabkan segelintir pengurus GLC masih tidak mengiktiraf pentadbiran Kerajaan Negeri dan memandang rendah kepada mereka. 

“Justeru, satu mekanisme penyelesaian terbaik perlu dibuat bagi memastikan semua GLC di Kedah berjalan lancar dan membantu memacu pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Faktanya ialah satu Malaysia sudah pun tahu bahawa selepas 3 tahun pemerintahan kerajaan PAS, hampur semua SLC telah diterajui oleh 'political appointment' oleh PAS, ambil contoh saja di Kulim Hi-Tech Park, kini diterajui Hj Sobri, Hj Awang dan Hj Annuar. Kontrak dari kecil hingga besar semua dibolot oleh geng PAS/PKR. Begitu juga semua SLC di Alor Setar. Memang telah menjadi dasar PKR menjadikan UMNO sebagai 'bogey man'. Kalau ada tak kena mesti kerja UMNO dan Kerajaan Pusat. Nasihat saya hentikan tuduhan dan mula kerja, jangan dok saja. Tak tau buat kerja, letak jawatan saja dan mengaku bahawa kami puak PAS ni hanya tau ceramah saja, tapi bila mai kena buat kerja tadbir kerajaan kami tak berapa nak tau

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates