Khamis, 27 Januari 2011

Sudah ditongsampah kah Hudud PAS?

Kedah Times telah begitu lama menyentuh tentang janji hudud yang jika mendapat kuasa sebelum ayam berkokok ianya akan dilaksanakan oleh PAS.

Rupanya ini semua hanya gula-gula pemimpin PAS untuk mendapat kuasa dan jawatan. Kita lihat di Kedah sekarang selepas PAS ambil alih pemerintahan, Islam dan hudud sudah tidak disebutkan lagi. Tiada lagi negeri Islam, tiada lagi hudud. Kemana pergi semua itu?

Jika ditanya kenapa tak laksana hukum Islam, jawapan mudah mereka ialah ini adalah pemerintahan Pakatan Rakyat, bukannya pemerintahan PAS.

Dulu di kampung semua berkaitan agama adalah PAS, tetapi kini semua berkaitan kuasa, duit, jawatan dan sebagainya adalah PAS. Projek KUIN dan KUIN, KTPC, BDB, Seri Temin, KCE, KTMSB, KIT, K-Keli, Kedah Agro dan sebagainya menjadi keutamaan PAS. Mana pergi negeri Islam, mana pergi hudud, mana pergi Islam matlamat kami?

Nampaknya penyokong tegar PAS di kampung-kampung dan tidak ketinggalan di pekan-pekan ditipu PAS. Jika dulu undang-undang Islam (terutama hudud) dan negara Islam menjadi asas perjuangan mereka, kini apa lagi asas yang tingggal? Adakah anada hanya berjuang kerana kebencian kepada UMNO? Atau perjuangan untuk mendapat kuasa?

Kepada penyokong PAS, anda semua sudah tiada apa lagi bersama PAS. Asas perjuangan sudah tiada, seolah-olah berperang tanpa tujuan. Jika mati pun hanya mati katak.  Kenapa perlu lagi bersama PAS? Hukum Islam, negera Islam sudah tiada lagi dalam agenda PAS dan Pakatannya.  Keluarlah. Marilah kita bersama menegakkan ALIFF, BAA TAA.

Hudud bukan ‘perkara pertama’ PAS jika kuasai majoriti Parlimen

Oleh Syed Mu’az Syed Putra January 26, 2011

LABIS, 26 Jan — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) menegaskan hukum hudud dan negara Islam yang diperjuangkan parti itu bukan agenda utama dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Malah kata beliau PAS juga tidak akan menjadikannya sebagai “perkara pertama” jika ia menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen.

Beliau berkata sekiranya PAS mendapat kuasa mutlak untuk memerintah negara hukum hudud dan negara Islam bukan agenda utama yang dicapai bersama dalam Pakatan Rakyat.

PAS menegaskan pendirian ini ketika MCA, komponen Barisan Nasional, membangkitkan isu dasar negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang di sini.

“Hudud bukan agenda bersama Pakatan Rakyat, mana-mana negara nak laksanakan hukum hudud kena ikut prasyarat... kalau tidak, tidak boleh (laksanakan).

 “Antara prasyarat adalah keadilan ekonomi, gaji minumum, kalau mencuri sebab miskin tidak boleh laksanakan (hukum hudud), pemerintah yang perlu dipersalahkan.

“Hudud tak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat, kalau PAS mempunyai kuasa mutlak... dapat dua pertiga majoriti dalam Parlimen, perkara pertama yang akan dilakukan PAS bukan hudud,” katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata demikian mengulas pendirian Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mahu menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

Dr Chua berkata akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.

“Jika Pakatan (Rakyat) menang di peringkat persekutuan, yang saya rasa tidak mungkin, PAS akan menjadi ketua, selaku parti yang ada lebih banyak sumber berbanding DAP dan (Parti) Keadilan (Rakyat),” katanya.

Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa calon PAS Normala Sudirman enggan bersalaman dengan pengundi-pengundi lelaki.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala Sudirman, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.

Tambah Mustafa, BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak akan terus memainkan isu-isu perkauman bagi menimbulkan rasa kebencian pengundi kepada Pakatan Rakyat.

“Bila pergi tempat Cina, mereka akan kata DAP ikut telunjuk PAS, bila pergi ke kawasan Melayu, mereka akan kata PAS pula jadi tunggangan DAP.

“Ini politik perkauman, sehingga Soi Lek (Dr Chua) kata DAP akan turut serta apa yang akan PAS akan buat iaitu hudud, terus terang saya cakap Islam adalah dasar PAS dan tidak berganjak sejak dulu.

“Islam adalah dasar PAS, ia mesti diterima oleh semua baik PAS atau Umno...tapi kalau Umno nak guna separuh separuh, ikut dialah,” katanya.

Justeru, beliau meminta supaya BN menghentikan politik perkauman dibawa ketika berkempen kerana ia boleh memberikan suasana yang kurang senang dalam masyarakat berbilang kaum.

“BN patut hentikan politik perkauman ini, yang dibawa BN ini politik kebencian bukan politik sayang,” katanya.

Semalam Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng mendakwa tindakan MCA yang mahu membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang kerana mahu menghalang orang bukan Islam daripada mengenali Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Beliau berkata tindakan Dr Chua yang mahu menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa “ketakutan” kepada pengundi bukan Melayu di DUN Tenang terutamanya orang Cina.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Telah lama dah mereka nie mencanang hudud untuk kepentingan parti PAS. Sebenarnya mereka hanya menipu aje untuk mendapat simpati rakyat yang bodoh kerana jika dilakukan agenda mengenai Islam semua rakyat tak berani membantah kerana takutkan hukuman N.Aziz daripada Allah. Begitu hebatnya umat islam jika mereka ditipu mengenai islam semuanya bersetuju bahkan jika isteri laku dijual demi pengorban PART PAS mereka sanggup jual asalkan atas nama PAS. Itulah hebatnya tindakan N.Aziz yang telah meracun pemikiran orang-orang PAS.

N.Aziz sudah mendapat ilham daripada perjuangan pemimpin Yahudi kerana sebut saja pasal islam umat islam tak akan berkompromi sama ianya benar atau tidak asalkan Tok guru janji kerana islam sahaja. Justeru pemimpin yahudi ujudkan budaya kuning agar dapat memesong akhidah umat islam. Atas firasat itu juga N.Aziz mendapat ilham bahawa manusia yang bodoh akan melakukan apa saja asalkan disebut atas nama islam walaupun agenda sebenarnya untuk kepentingan diri, kuasa dan wang. Perbuatan ini telahpun disahkan oleh Nasaruddin Mat Isa meminta ahli PAS jangan berbohong lagi kerana masa sudah berlalu dan tembelang sudah pecah. Hakikat semua yang pemimpin PAS lakukan adalah pendustaan dan penipuan semata-mata demi untuk mendapat sokongan padu daripada rakyat.

Amat malang kepada agama islam kerana ketamakan duniawi agama islam dipermainkan dan melayu dikotak katik serta diporak peranda oleh golongan cerdik pandai PAS yang selama ini boneka semata-mata. Ini ditambahi bukti Lim Guan Eng yang diberi anugerah seunpama Khalifah Umar Aziz yang menjelaskan PAS perosak islam.

Justeru ayuh umat Islam bangunlah dari mimpi dan terkena jampi N.Aziz daripada diperbodohkan kerana rupa-rupa kamu telah ditipudaya dan dipermainkan atas nama Tok Guru penipu.

Tanpa Nama berkata...

Kesian aku tengok orang UMNO ni. Yang depa dok nampak Pas dok kerjasama dengan DAP. Yang UMNO dok kerjasama dengan MCA/Gerakan/MIC dan lain-lain parti komponen yg bukan Islam tak pa plak. La ni yang dok tibai Islam ialah parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan. Soi Lek yang terang2 keluaq video sex depa tak kisah pon. La ni dia dok boh Islam semua senyap macam batu.

Macam mana Pas nak tubuh kerajaan Islam kalau Umno sendiri dok sabotaj kerja-kerja Pas. Pas baru perintah beberapa negeri 2 3 tahun ja depa dok pertikai kenapa tak buat kerajaan Islam. Tapi Umno yang dah perintah Malaysia 50 tahun dah tak buat apa2 pon. Aku yakin kalau Pas buat udang-undang Islam sekali pon hampa semua akan tentang.

Baru2 ni Soi Lek dok kritik pasai pa Cikgu Mala dok salam dengan orang lelaki pakai sarung tangan. Ada sapa2 dari Umno pi terjah Soi Lek kata hukum Islam perempuan tak boleh bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim. Hukumnya Haram. Ada sapa2 dari Umno ka Perkasa ka pi bagi penampaq kat Soi Lek? Kalau hukum2 asas ni pon hampa tak boleh nak pertahan, tok sah dok cerita la pasai hampa nak pertahan kerajaan Islam. Mohong semua tu.

Kalau orang2 Umno betoi2 ikhlas nak wujudkan kerajaan Islam dah lama dah depa boleh buat. Islam ni melangkawi parti dan bangsa.

Bila Pas keluarkan deraf tentang hukum hudud hampa kata tu hudud Pas. Tak leh pakai. Kalau macam tu mana dia hudud Umno? Buat la satu.

Hampa dok hentam isu Pas/Dap, Nik Aziz, kerajaan Islam dan lain2 tu hanya alasan saja. Sebenaqnya tujuan Umno hanyalah untuk mengekalkan KUASA. Itu saja. Hipokrit semua.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates