Rabu, 5 Januari 2011

Surat Gobala 45 Halaman Dah Siap..

Serangan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan bertubi-tubi nyata mendatangkan hasil, bukan sedikit tetapi 45 mukasurat.. itulah jumlah halaman surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Saifudin Nasution kepada Gobala. 
45 mukasurat bukanlah sedikit bagi satu surat tunjuk sebab, apatah lagi parti tersebut masih sehingga kini  masih belum mampu menjawab satu pun dari ratusan laporan tentang penyelewengan pemilihan parti yang lalu. Isu kerusi terbang, tumbuk terajang, demonstrasi dan bermacam-macam kekecohan lagi yang berlaku masih tidak dijawab walaupun satu muka surat kepada chegubard, mustafa kamil ayob, malah Zaid Ibrahim pun belum mendapat jawapan bertulis sehingga kini beliau sudah berada dalam parti lain, jawapan tetap tidak sempat dikeluarkan oleh PKR.
Namun, penangan Gobala...45 mukasurat boleh pula dikeluarkan.

Nilaikanlah priority atau keutamaan PKR? Adakah keadilan (menjawab isu pemilihan) atau halangan bersuara (cubaan menutup mulut gobala) yang diutamakan?

Simpati sahajalah mampu kita hulurkan kepada ahli-ahli yang telah dianiaya semasa pemilihan lalu kerana sudah pasti suara mereka tidak dipedulikan oleh Anwar mahupun Saifudin sekalipun.

5 comments:

pak hitam berkata...

Gobala.sebelum ditolak lebih baik terjun awal sikit.Dulu kata Samy Vellu tak betul.Hari ini Anwar pula tak betul.Yang betol Gobala sahaja.Yang lain semua bengkok.Yang paling bahlul dan bodoh ialah orang Melayu yang undi dia dulu.

pelantaqhujah berkata...

Gobala kena balas balik 90 m/surat. Baru ummphh!!!

white man berkata...

Dalam parlimen padang serai pengundi melayu nombor satu.Nombor 2 pengundi cina.nombor 3 pengundi india. Nombor 4 lain-lain kaum..Macamana Si Gobala ini boleh jadi MP padang serai.Tolong cerita mai sat.Apa dah dia buat.Nak bagi undi kat Gobala lagi pada PRU 13 nanti.Dia nak tanding atas tiket parti apa pula ?.Apakah tokoh yang kita nak cari untok PRU 13 nanti di Padang Serai.Say no to Gobala.

1 Melayu berkata...

Kedah Times boleh cadang kepada Malaysian Guiness Book of record untuk anugerah surat tunjuk sebab terpanjang didalam Dunia.

Parti yang dipenuhi dengan ahli kaki botol ,kaki buntut,kaki judi, kaki tipu,kaki kelentong,kaki betina,kaki jantan jambu dan banyak lagi kaki ada didalamnya hanya menunggu hari akan diterlingkup macam negeri SADAM N GOMOROH,ALLAH MAHA MENGETAHUI !

melayu lunas berkata...

Macamnan la tak jadi panjang surat tu.Saifudin Nasution terpaksa terjemah pula dalam bahasa sankskrit.Kalau tidak Si Gobala ini tak paham.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates