Rabu, 19 Januari 2011

TAHNIAH DAN TAKZIAH BUAT UMNO KEDAH!!!!!!

SOBRI SUDIN

1. Amati kenyataan dibawah:

2. UMNO Kedah AKAN.... AKAN.. AKAN.. menggerakkan jentera pilihanrayanya mulai bulan depan untuk hadapi PRUke-13.

3. Program Gelombang Merah... AKAN.. AKAN.. dikerah mulai bulan depan disetiap bahagian UMNO di Kedah.

4. Kita(UMNO Kedah)... AKAN.. AKAN.. wujudkan bilik perang di 627 daerah mengundi.

5. Bilik perang ini juga... AKAN.. AKAN.. diadakan di setiap UMNO Bahagian dan di UMNO negeri pun ada..

sambung lagi..AKAN..AKAN

6. Persediaan menghadapi PRU ke-13 juga.. AKAN.. AKAN.. diselaraskan dengan parti komponen BN yang lain.

7. UMNO Kedah belum merancang untuk membuat rombakan jawatan dalam perhubungan negeri dan... AKAN.. AKAN.. hanya berbuat demikian setelah berjumpa Presiden UMNO.

8. Jika perlu buat perubahan.. UMNO Kedah... AKAN.. AKAN.. adakan satu lagi mesyuarat

8. UMNO Kedah juga... BERSEDIA.. BERSEDIA.. merampas kembali Kedah dalam PRU ke-13

9. UMNO Kedah juga.. BERSEDIA.. BERSEDIA.. memberi peluang kedua kepada calon yang kalah dalam PRU-2008 lalu jika mereka dilihat punyai peluang yang baik untuk menang dalam PRU ke-13.

*****. Semua kenyataan di atas diambil dari PC yang diberikan oleh Pengerusi UMNO Kedah sepertimana yang tersiar dalam tabloid Sinar Harian, Rabu 19 Januari m/s U6.

***. Analisis mudah:

a) Rupanya selama 3 tahun sebelum ini UMNO Kedah dok mengeram rupanya, la baru nak berperang.. bagus la satu perubahan positif. Tapi ingat perubahan bukan sekadar dengan kata-kata tetapi wajib dibukti dengan tindakan.

b) Diharapkan bila dah ada bilik perang jangan la pula tembak musuh dengan pistol air, pistol karat, senapang lama. Jangan pula tembak musuh sampai tak bunyi, dan bila tembak lawan tak dak kesan. Peluru dan senjata diguna biaq la canggih dan paling sofistikated selain gunakanlah pelbagai jenis senjata untuk lumpuhkan lawan. Jangan semua pakat tunggu Presiden UMNO nak turun ke Kedah untuk hantar mai BEKALAN senjata pulak. Dalam pada nak tembak musuh, kaji sama senjata pihak lawan, dan tengok serta check sistem dan mekanisme pertahanan UMNO Kedah.. kebal, berkesan atau tidak?? Takut nanti sekali puak PAS tembak balik habis semua pakat lari lintang pukang.. terbongkang.. kelepap jatuh terkangkang....!!!

c) Bila dah ada bilik perang jangan la pula dok asyik mengeram sampai berteluq dalam bilik perang pulak.. lepas habis rancang strategi.. pi la keluaq cari musuh.. kasi hentam depa punya kepala..

d) Bilik dah ada bilik perang, jangan la pula dok atur strategi, siapa nak jadi calon, siapa nak lawan ketua bahagian, timbalan, ketua pemuda, ketua wanita, ketua puteri.. atur strategi macam mana nak bagi kalah azizan, pahrolrozi, amirudin, mahfuz, taulan rasul, dr hamdan, ustaz taib azamudin dan sekutu mereka.

e) Buangkanlah perangai.. AKAN.. AKAN.. AKAN.. sebabnya akan membawa maksud uncertainty.. belum tentu jadi.. politik adalah satu aktiviti yang mesti real, nampak, nyata.. bukan setakat bersembang dan berlenggong pungkok dok keliting di tingkat 6 dan Tingkat 7 Bangunan Tunku.

d) Bagi kenyataan no. 9, maka jika ini menjadi kenyataan memang aku nak ucapkan tahniah dan takziah.

Tahniah untuk :

Dato Othman Aziz
Dato Ahmad Lebai Sudin
Dato Md Rozai Safian
Dato Ghazali Ibrahim
Dato Tajul Urus
Dato Jamil Idrus
Dato Aziz Sheikh Fadzir
Dato Hashim Yahaya
Lan Lawyer
Dato Paduka Rahman Ibrahim

dan yang sewaktu dengannya.. sebabnya ada can la lagi hangpa nak jadi calon..

PAPER LAMA.. PAPER LAMA.... BESI BULUK.. BESI BULUK... TV ROSAK.. TV ROSAK... SAPA ALA HATI MAU KASI BELI... LAGI PAPER LAMA SAPA MAU KASI UNDI.. CEPAT.. CEPAT.. HALERGA KILA HALERGA BOLONG!!!!!!!!!

Dan Ucapan takziah aku untuk.. UMNO Kedah.. UMNO Kedah.. UMNO Kedah.. wajarlah UMNO Kedah ditalqinkan.

Rupanya UMNO Kedah memang pun berubah... tapi berubah nak menuju rebah... Dunia.. dunia.. inilah dunia akhir zaman.

9 comments:

Tanpa Nama berkata...

Biasa la UMNO Kedah, depa ingat mudah nak ambik balik Kedah..aku sokong calon bebas dalam PRU akan datang..No more UMNO , say no also to PAS, PKR and DAP..Aku takan undi geng kelab SRP, SPM..aku mahu calon yang berpelajaran tinggi, banyak pengalaman pentadbiran, mampu berfikir menggunakan kebijaksanaan minda bukan guna kepala lutut macam puak ketua bahagian, kuat bekerja, ada intelektual capacity, mudah didekati, sanggup menjadi pendengar yang baik, ada asas agama yang kukuh, tidak rasuah, tidak menyombong, ringan tulang dan tidak belagak.

Tanpa Nama berkata...

Berdosa Sangatkah Orang Lama...
Orang lama sering dilabelkan sebagai surat khabar lama, besi buruk dan seumpamnya. Soalnya, apakah surat khabar lama lansung tidak bernilai. Sekurang-kurangnya dapat juga dijadikan pembalut nasi lemak. Orang makan nasi sambil tengok-tengok berita lama. Mana tahu surat khabar yang dibalutnya itu ada keputusan 4D. Telek-telek nombor itu sangkut dengan yang dia ambil. Ha..masa tu terlompat terlolong la orang yang tengok surat khabar lama tadi. Besi buruk juga ada harganya. Malah kerana orang curi besi buruk ramai juga yang terkorban jiwa akibat terjatuh longkang. Itulah penangannya barang lama.
Dalam senario politik semasa, jangan dibuang orang lama yang banyak jasanya. Misalnya, di Padang Terap. Sumbangan dan jasa Tok Li memang besar malah besar lagi dari rumah agamnya di Batu 19. Pemimpin paling lama bergelar ADUN kemudiannya bertanding Parlimen, pernah dua kali kalah tapi tetap gagah. Sekarang nipun jika nak dibandingkan Tok Li dengan ADUN BN yang menang di Pdg Terap, lagi banyak sumbangan Tok Li. Lembu korban, beras untuk mangsa banjir dan banyak lagi bantuan untuk orang miskin dan susah. Tok Li tak guna peruntukan ADUN atau Parlimen tapi keluar duit pokek sendiri. Berapa sangat gaji sebagai Pegawai Tugas Khas Perdana Menteri bertaraf JUSA C. Tapi sebagai pemimpin Tok Li tak lokek menghulur bantuan biarpun terpaksa bergolok bergadai. Tak caya, tanya Datin Pah, berapa banyak barang kemas dah tergadai di Poh Hong Pajak Gadai. Sekarang masanya untuk Tok Li dipilih kembali. Marilah kita bersama memberi sokongan kembali kepada Tok Li. Kalau jadi calon Parlimen, sah kita dapat sorang lagi Menteri. Itu janji PM kata Tok Li. Orang Padang Terap mana pernah jadi Menteri. Masa inilah kita kena pakat-pakat sokong Tok Li. Hidup Tok Li. Kedah Menang Kali Ni Tok Li Senang Hati.

Tanpa Nama berkata...

tajul urus keh...keh.......
nak jaga negeri konon...
meniaga pun lingkup...
kedai dia kat taman bandar baru sg.petani jadi burong merpati....
kalu sarang butong walit bolih jga harap2 dapat hasil.
sebaiknya.....mukhriz serah saja kembali jawatan timbalan kepada najib.

buang masa kamu saja mukhriz oii..
pi jaga kementerian kamu di kolumpo tu.
rajin2 balik kawasan...beri perhatian pada kawasan kamu sebaik mungkin.
had lain tu biar bewak2 tu tanggung sendiri.
jenih bewak makan bangkai berkenjah dalam umno kedah.

Anak Sg kob berkata...

Sdr Sobri Sudin.UMNO Padang Serai makin terok.Rahman akan terus somong dan egonya menindas seterunya.Tahniah dan takziah juga padanya.Halim Baa akan jadi mansa rakus Rahman.Bungkus UMNO Padang Serai.

azli mazlan berkata...

Calon BN di Tenang ok.Hebat ada Ijazah pula tu.Kalau SPM juga lecelah umno.Jom pi tolong di Tenang.Guna duit sendiri.

Anti KPR berkata...

Jangan lah dok kondem orang lama.Orang lama pun ada pengaruh juga.Apa yg aku nampak hari ini orang baru cuma ada tenaga je.Dari segi pengaruh dah luput.walau apa pun nak bagi elok dan kuat gabungan orang lama dan baru mesti wujudkan.Kalau tidak umnno diseluruh kedah akan mampuih busuk jadi bangkai.Selesaii dulu perangai burok pemimpin umno bagahian.Banyak bahagian masaalah.Seperti Baling yg tenat.Pergeseran antara YB Azmi Che Husin dgn Aziz Rahim mamak dan lin-lain lagi.Di Padang Serai pun terok juga.Antara Abdul Rahman dengan Halim Hasaan dan ketua cawangan.Dia terlalu nampak sombong.Amalan maki katanya cukop pemurah.Kulim Bandar Baru pula nampak sahaja tenang.Sebenarnya dibawah tidak lah tenang.Lagi bahaya.Ibarat tanah tebing yg sedang menunggu masa gelincir sahaja.Husin rahman masih berlagak perangai lama juga.Lupa kata langit dah nak runtoh,Sungai Petani pun kelam kabut.Dimana sahaj kalau singgah kedai kopi atau warung atau restoran cerita Ali Yahaya,Md Khir.Yusop dan Bakar rongak serta Shahnim panas macam tahi lembu baru berak.Itulah cerita UMNO diselatan.Kalau umno tolak pula lagi orang lama.Maka tinggal lah orang baru yg sedang berperang sesama sendiri.Semua mereka dalam keadaan luka parah.Betoi lah macam SOBRI SUDIN kata Akan...akan... akan,,,,, akan....(lingkup).Inilah 4 kawasan Parlimen yg jadi seram panas dan umno kerja luar biasa bukan macam biasa.Setakat hari .Maaf cakap kalau diukur dengan sistem kerja UMNO. 40/100 sahaja.Belum Lulus

abuarif berkata...

hari ini kita perlukan PEMIMPIN yg Menjadi wakil UMNO bukan sekadar mewakili UMNO,,tetapi PEMIMPIN YG BERANI PERTAHAN HAK MELAYU,TEGAS,dan faham apa yg berlaku disekeliling kita.Hari ini melayu menjadi LEMAH kerana UMNO melantik PEMIMPIN YG LEMAH PEMIKIRAN dan SANGAT TAKUT PERTAHANKAN MELAYU ,,,,,sebab itulah kaum lain melampau,,,,,,,,,JADI MENTERI TAKUT,,,,,,,,AHLI UMNO TAK BOLIH LAGI "SINDROM" memilih PEMIMPIN ,,mesti orang lama,bagi beras,kain pelikat,berapa banyak lembu korban,,,,,,,,,YG PI MAKAN KENDURI 15 RUMAH satu hari,,,,,,,,,,,,ini memanglah penting jaga adat budaya melayu,,,,,YANG ORANG MELAYU NAK IALAH PEMIMPIN YG MEMPUNYAI "KAPASITI" berani,tegas,ada ilmu,tak rasuah,akhlak baik dan mempunyai pendedahan yg luas tentang kehidupan sebenar,,,,,LAMA DLM UMNO belum tentu MENJADI PEMIMPIN yg BAIK,,,"AMBILAH PENGAJARAN PERLANTIKAN PAKLAH BADWI sebagai PM,,,,sangat lama dlm UMNO,warak KONON,,,apa dah jadi LINGKUP UMNO dan MELAYU LEMAH sehingga hari ini,,,,,,,KESIMPULANNYA,,,,,PEMIMPIN KEDAH YG MENJADI PAK TURUT DAN BALACI PAKLAH tidak LAYAK MEMIMPIN KEDAH,,,kerana bukan jaga MELAYU KEDAH tapi JAGA PAKLAH dan KJ,,,,,,,hingga jatuh umno.ketua2 bahagian dikedah semua rakyat dah tahu,,,,,,malas nak cerita,,,,,,,,,"KEDAH PERLUKAN "NEW DIMENSI' terlalu ramai ahli UMNO kedah yg mempunyai semangat MELAYU TINGGI ,sayangkan bangsa dan MEMPUNYAI KAPASITI KEPIMPINAN yg BAIK,,,,,,salam.

Sungai Merbok berkata...

Merbok lagi teruk,Al Tajul yang tak terurus makin mengganas,semua ketua ketua cawangan yang dilihat tidak menyokongnya dicantas dan diganti dengan orang orang dia dari Cawangan lain yang tiada apa apa kaitan dengan cawaangan dan buta dengan masaalah kampung berkenaan.

Dia pechah habis habisan siapa saja yang menentangnya,rancangan dia mudah dibaca,aku mesti kekal sabagai KETUA BAHAGIAN apabila musim pemilihan UMNO nanti.Kalah menang dalam PRU tidak penting yang penting aku mesti menang dalam pemilihan UMNO,kalah dalam PRU ada untungnya sebab sebagai Ketua Bahagian dia akan dilantik sebagai Penyelaras Parlimen dan diberi gaji sebanyak RM 7,000 sebulan + projek berjumlah jutaan ringgit.Jadi lebih baik kalah dalam PRU.Ini lah wajah busuk Pemimpin UMNO Bahagian Merbok.

Tanpa Nama berkata...

Kedah telah lama ketandusan pemimpin Muda. Bukanlah bermakna tidak ada pemimpin Pemuda dari Kedah yang berbakat besar dalam Politik Malaysia Tetap budaya politik UMNO Kedah telah menguburkan ramai pemimpin muda.Ramai tokoh muda kedah yang telah berjaya menonjolkan diri di peringkat Nasional seperti YB.Dato' Saad Man(setelah tidak mempunyai apa2 jawatan dalam parti baru jadi calun)pernah menyadang jawatan EXCO Pemuda UMNO Malaysia dengan undi tertinggi.Dato' Aziz Sheikh Fadzir- Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Dato' Azimi Daim- Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia. Mohzani Tun Mahadzir- Bendahari Pemuda UMNO Malaysia. Ramai lg bekas2 EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang hilang ditelan arus. Saya lihat foktor utama mereka ini tidak dapat naik ialah kerana tokoh2 lama yang mengguna apa saja cara untuk menyekat pergerakan mereka ini kerana bimbang mereka ini akan menjadi saingan kepada mereka.Ini antara punca UMNO Kedah semakin merosot. Orang lama kalau boleh mereka akan jadi pemimpin sampai mati. Berbeza dengan Negeri Johor. Pemimpin veteran diJohor sanggup memberi laluan kepada pemimpin muda.
Sakarang walaupun Dato'Mukriz telah dilantik jadi Timbalan Pengerusi Perhubungan tapi suara-suara sumbang dari kalangan kawan2 pengerusi perhubungan telah mula kedengaran.
Harap Dato' Seri Najib jgn dengar dari kawan2nya saja tentang UMNO Kedah ini. Tolong dapatkan maklumat juga dari orang bawah tentang kawan2 Dato'Seri itu sendiri.... saya takut Kedah akan kalah lagi....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates