Selasa, 4 Januari 2011

TAIK KAMBING MENJADI UBAT...!!!!!!!

SOBRI SUDIN

1. Salah satu profesion yang masih lagi dijawat oleh bangsa Melayu adalah menjadi penjual ubat di kaki lima.

2. Pergi saja ke jalan Masjid India, pekan-pekan nat di seluruh Kedah malah menganjur hingga ke Perlis, maka golongan ini pasti ada. Menjadi pemeriah acara dengan aksi, lontaran gaya cakap yang mempesona selain mampu menarik perhatian audien yang pelbagai.

3. Aku masih ingat tatkala disekolah rendah dan menengah dulu, ruang legar Pekan Rabu tempat tumpuan. Macam-macam jenis ubat dijual, ubat kuat, ubat urut, ubat sakit gigi, dan lain-lain jenis ubat lagi.

4. Tradisi penjual ubat jalanan ini kian berkurangan kerana bercambahnya farmasi diserata pekan. Namun banyak skil dan pengajaran yang boleh kita pelajari dari golongan penjual ubat kaki lima ini, khususnya aspek pidato awam, keupayaan menarik perhatian ramai yang sewajarnya dijadikan ilmu tidak formal pada penceramah pemuda, wanita dan puteri UMNO.

5. Percaya atau tidak dalam konteks UMNO Kedah kita kekurangan dan ketandusan penceramah berbakat lagi hebat. Dulu kita ada USTAZ KAMAL SAIDIN, tetapi entah kenapa, beliau kini berkelana menjadi PEGAWAI KHAS PENERANGAN MB TRENGGANU. Dulu aura DATO OTHMAN ABDUL juga tidak kurang hebatnya, DATO BADARUDIN pula diketahui tukang buat lawak bagi menghilangkan rasa mengantuk perwakilan dalam setiap kali PERHIMPUNAN AGONG UMNO.




6. Basori dari PEMUDA JERAI boleh tahan, KETUA PEMUDA MERBOK boleh digilap, tokoh dari PERGERAKAN WANITA kita tak nampak pun sapa yang boleh ketengah, harapkan DATO MAZNAH dia mungkin sesuai hanya untuk sesi motivasi tertentu. Dari PUTERI pula belum menjelma tokoh yang boleh bangkitkan motivasi dan jadi aura momentum kepada ahli sendiri. Mungkin mereka ini masih tersipu malu tapi mahu... entahlah.

7. Melakukan 'political speech' yang hebat ada banyak latihan dan proses yang perlu dilalui. Barangkali paparan visual kehebatan SUKARNO, MAHATMHA GANDI, NEHRU, NKRUMAH, HITLER, MUSSOLINI, VLADIMIR LENIN, HARUN IDRIS, SYED JAAFAR ALBAR, ANUAR MUSA, IBRAHIM ALI, FADZIL NOR, ANWAR IBRAHIM boleh dijadikan panduan pada penceramah muda UMNO.

8. Malah jika dilihat dalam konteks Hadis sahih RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM diperlihatkan kepada kita bagaimana hebatnya RASULLULAH S.A.W BERPIDATO, dengan mata yang merah menyala, suara yang nyaring, keras, kelihatan gagah, bersungguh, seolah-olah mengingatkan para sahabat bahawa MUSUH SEDANG MARA MENYERANG dari BELAKANG, selain gaya bahasa BADAN Rasullulah S.A.W yang sungguh mempersonakan.
8. Selain bakat semulajadi, penguasaan bahasa, kepetahan, keyakinan diri, komunikasi dengan khalayak, gaya bahasa badan, kemahiran neuro-linguistik, intonasi suara, substance bahan atau isu yang diperkatakan, keupayaan memahami kehendak dan naluri audience.. semuanya menjadi faktor yang menyumbang kejayaan kepada penceramah untuk pastikan ceramahnya berjaya menarik perhatian ramai. Dan akhirnya apa yang diceramahkan itu berjaya meresap kedalam jiwa pendengar bagi menimbulkan pemikiran kedua.

7. Biar teknologi ICT berkembang, biarpun blog, twitter, fb jadi trend namun percaya atau tidak kaedah konvensional seperti ceramah, tazkirah, dialog, khutbah jumaat, forum, diskusi, gebang dikedai kopi, cakap provokasi bila terjumpa rakan-rakan dipasar masih signifikan dalam membina kepercayaan dan pendirian pendapat dikalangan pengundi

8. Kelebihan PAS terletak dari sudut ini. Mereka mampu menguasai surau, masjid dan program bersadurkan agama lantas dizahirkanlah ideologi politik mereka.

9. Watak-watak penceramah seperti Mahfuz, MAT SAPU.. OPS MAT SABU, Amirudin Mat Bunga Anak Bukit, Pahrolrozi misalnya mampu menggoreng percakapan sehingga boleh menjadikan taik kambing akhirnya dipercayai sebagai ubat. Ustaz Azizan pula dengan keletahnya dan gaya percakapan bersahaja mampu mengendurkan apa jua amarah rakyat pada PAS. Sifat kelolo yang menjadi antara tipikal sifat orang Kedah nampaknya setakat ini berkesan dalam tindakan dan percakapan beliau.

10. Lantas apa penyelesaiannya? Mampukah UMNO Kedah lahirkan 50 penceramah hebat anak Kedah untuk bergerak serata daerah, bahagian dan cawangan bagi memahamkan rakyat tentang kelemahan PAS, kelebihan UMNO dan kenapa UMNO wajib diberi mandat semula memerintah?

11. Berupayakan UMNO Kedah dengan sokongan setiap Bahagian dan SAYAP PEMUDA, PUTERI SERTA WANITA mewujudkan skuad gebang kedai kopi, kalau boleh dihantar ke kedai kopi milik orang PAS dan port tempat puak PAS berhimpun, contohnya, kedai kopi HIJAU Pekan Langgar untuk membetulkan apa jua sembang pembohong dan fakta salah yang cuba dibualkan oleh pendokong PAS sambil minum kopi? Beranikah UMNO? Jika ada siapakah gerombolan dan ahli skuad itu?

12. Biarpun persoalan ini nampak lekeh dan laih, tapi hakikatnya politik Kedah sebahagian besar rungutan rakyat dizahir di Kedai kopi, warung dan penjaja tepi jalan. Sebahagian besar persepsi dan pendirian pendapat rakyat dan pengundi dibina peringkat awalnya di warung-warung kopi, medan selera, coffe-house dan kopitiam.

13. Paling mutakhir jentera propaganda PAS, yang diketuai oleh URUSUSETIA PENERANGAN NEGERI KEDAH, kini sudahpun siap menyusun isu-isu melibatkan barisan pimpinan UMNO tertentu. Selain isu yang bakal dibakar dan dimainkan menjelang pilihanraya umum menerusi pelbagai medium.

14. Dalam erti kata lain jika calon UMNO bernama si A, naik jadi calon di Alor Mengkudu sebagai contoh, maka sudah tersenarai deretan isu, termasuklah isu peribadi, isu dalam kelambu dan yang bakal dilancarkan menerusi kaedah yang rencam UNTUK serang kredibiliti dan goyahkan pemikiran pengundi agar tidak memilih calon berkenaan.

15. Jika ada calon tertentu yang PAS rasakan apa jua isu tak jalan, maka mereka akan biarkan saja calon UMNO itu menang, dan senarai calon UMNO yang mereka berasa gusar dan tak sanggup untuk menyerang dan mereka yakin calon UMNO itu bakal menang juga ada dalam senarai dan perhatian mereka.

16. Apa jua pun dalam konteks sosio-budaya politik MELAYU, sememangnya agenda utama adalah 'pembunuhan peribadi'. Puncanya kerana memang jadi kegemaran bangsa Melayu mendengar isu peribadi dan satu lagi tabiat MELAYU adalah suka makan free.

17. Jadi bola sudahpun dikaki, kini berputar ligat. Terpulanglah pada UMNO Kedah yang kita percaya ada pakar strategi yang gah lagi hebat di Tingkat 6, dan pakar propaganda untuk bangkitkan apa jua isu bagi menyerang pimpinan Pas DAN meyakinkan rakyat serta pengundi di Kedah, ubat yang dijual oleh UMNO Kedah sebenarnya lebih mujarab dari ubat yang dijual oleh PAS.

18. Persoalannya terletak kepada kemampuan penjual ubat dari UMNO Kedah untuk meyakinkan pengundi dan rakyat agar percaya dan komited untuk membeli ubat jualan mereka. UBAT OH UBAT.. MARI BELI UBAT.. Kalau terlambat tak dapat (kita ulang rangkap lagu P.RAMLEE, TOMPEL, DAN IBRAHIM DIN dalam filem DO RE MI).

Sepatah ungkapan Menteri PROPAGANDA REGIM NAZI di JERMAN, GOETHLER, "Pembohongan yang dilakukan berulang kali dengan teknik yang cukup meyakinkan akan menjadikan pembohongan itu akhirnya dilihat sebagai satu kebenaran".

RENUNG-RENUNGKANlah... 'ANDA BUAT ANDA DAPAT'.

13 comments:

Tanpa Nama berkata...

sobri sudin woi..hang tok sah la dok harap wujudnya penceramah hebat dari UMNO Kedah..puak ni dah la malas membaca, lepas tu malas pulak nak belajaq skil pidato, setengahnya cakap pun gagap-gagap, terketaq-ketaq(contoh KETUA UMNO BAHAGIAN hang sendiri, Mat Lebai Sudin), habis nak p berhujah dengan puak PAS macam mana. Aku rasa barangkali pasai dlm UMNO puak ni dulu, kini selamanya diajaq budaya angguk, kakak tua. budaya bercakap, memberi pandangan, berfikiran kritis. tak digalakkan, semuanya main SETUJUUUUUUUUU!!!, PASAI tu la kot skil penceramah UMNO agak layu..

Tanpa Nama berkata...

betoi jugak komen yang diberi..kadangkala bila aku hadiri ceramah UMNO, lebih banyak orang yang menguap dari mendegar, lebih banyak yang pejam mata mungkin terlalu kusyuk kot..jadi aku rasa kursus intensif kena bagi kat pemuda, puteri dan wanita. setengah penceramah pula dia cakap menatang apa langsung rakyat tak faham dan tak kena dengan suasana majlis dan orang yang hadir..kadang tu bahasa tinggi sangat..last-last jadi ceramah syok sendiri..tapi rasanya DATO ARIFFIN MAN, antara tokoh yang boleh diketengah sebagai penceramah

Tanpa Nama berkata...

YB TUAN MEJAR JENERAL(B) JAMIL KHIR SELAKU KETUA PENERANGAN UMNO KEDAH..Tolong ambik perhatian berhubung komentar yang diberikan..Bila la penerangan UMNO Kedah nak buat ceramah gerak gempur ni, serang PAS, PKR dan DAP Kedah habis-habisan..Atau tengah susun strategi tak habis lagi, dah dekat 3 tahun dah, satgi strategi jadi basi kot..Cuba ambil pendekatan macam mana yang dibuat UMNO Selangor..Jangan la dok tunggu lagi, lama-lama mikrofon penerangan UMNO Kedah berkarat tinggai besi..

Tanpa Nama berkata...

Payah sangat panggil KARAM SINGH WALIA dengan PUSPAWATY RAMALOO, JADI PENCERAMAH JEMPUTAN UMNO KEDAH..Baru ada akai kot

Tanpa Nama berkata...

Tenaga Sanusi Junid dengan ayahanda TUN DR MAHATHIR masih boleh digunakan apa..Depa kalau bagi ceramah for sure boleh tarik audien di Kedah..Sanusi pandai bercerita(kerja tak berapa pandai la), Tun pula kalau berceramah walau bersahaja tapi penuh isi dan mudah difahami..Harap UMNO Kedah boleh pertimbang dua nama ni

trompet berkata...

Setuju sdr sobri.Mana ada penveramah dalam umno di kedah.Kalau ada pun ketua bahagian dia kerat dulu supaya jgn jadi popular drp dia.Inilah yg terjadi dibahagian aku diselatan kedah.Kena rujuk kat dia dulu.Habis ,macamana umno nak jadi hebat dan kuat.Bukan setakat jual ubat.Jual apa benda pun dah tak boleh.Yang boleh pun cerita pasal projek itu dan ini.Bagiamana nak dapat dan orang lain tak dapat.Nak ceramah alamat sunyilah umno kini.Amboi jentera penerangan UMNO pun lena elok sunggoh.Baguihlah UMNO kedah sunyi sepi.Yang umno hebatpun pasai bagi bantuan beras,kain batik,kain pelikat.Kemudian yang cukop hebat ialah penyampaian elaun JKKKKKP.Makan ramai ketua cawangan berduyun hadzir ambil elaun.Itulah program terbesar UMNO dan disitu ceramah pula.Kemudian ketua cawangan balik lena lagi.Maka sarang UMNO jadi sarang PAS atau PKR.Aku sokong tulisan budak sobri sudin ini.Dia berani.Tapi masa depan aku tak tahulah.Bila dapat jawatan besar nanti mungkin dia pun jadi senyap.Ibarat bayi menangis lapar suru.Disumbat dengan botoi susu maka diamlah dia.Sekian terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

APA KATA PANGGIL AZEEEZ MAMAK DENGAN TAJUDIN BELANTIK BAGI CERAMAH..PASTI PULUHAN RIBU ORANG AKAN HADIR..hidup DATO AZEEZ, HIDUP TAJUDIN BELANTEK

-krisjawa lok3- berkata...

Dulu kat Bahagian Kulim Bandar Baharu adalah kelibat seorang anak muda yang cara pidatonya bagus dan boleh menarik perhatian pendengar..tapi syg seribu kali syg kerana dah kena cincang lumat oleh mantan ketua bahagian dan pecacainya tu.Akhirnya anak muda ini hilang tanpa diketahui untung nasibnya...mati tak bernisan...

Inilah penyakit ketua2 bahagian yang mementingkan kedudukan sendiri hingga takut pada bayang2 dan akhirnya merugikan UMNO seluruhnya...

Tanpa Nama berkata...

dalam umno...kalau la ada orang muda yang pandai bercakap..bijak memberi idea bernas...awai2 lagi dah kena pancung.
kalau ada yang cuba ketengahkan diri dalam sesuatu hal,cepat2 ditendang keluar dari duduk dalam ajk parti.
perangai busuk hati dan dengki tak bolih dikikis.

Tanpa Nama berkata...

macam mana nak ada penceramah UMNO yang hebat2 dah. Kalau ada yang teror sikit semua kena cantaih. Last last tinggai la posmen, kerani, ketua kampung yang SPM pon tarak jadi ketua bahagian, exco dan pemimpin tertinggi.
Tapi aku rasa bukan masalah penceramah tak baguih orang tak suka kat UMNO tapi sebab orang dah meluat kat hampa yang dok perjuangkan temolok hampa, sanak saudara dan pengyu. Sampai lupa pada rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Kalau hangpa pergi dengar ceramah UMNO yg terdiri drp AJK bahagian macam lori burok enjin rosak.Kalau ada yg bagus Ketua Bahagian pancung awal lagi.Beginilah yang sedang berlaku di umno padang serai.Tak percaya semak senarai penceramah yg dibenarkan.

beribesaq berkata...

Penceramah UMNO ataupun ceramah UMNO mana ada Ummph....semuanya ceroi-ceroi belaka.....contohnya di Bhg Pdg Serai, mana ada yang berkebolihan, berkelayakan sama ada dari Bhg, Wanita, Pemuda dan P3. Macam tu jgak dengan Bhg Merbok dan Sungai Petani, Baling, Kulim/Bandar Baharu. Pdg Serai ada pun macam Cop Pasar Malam, Salbiah P3, Zainudin Bakrin, ceramah tak ada point/fakta, daya tarikan dan keterampilan juga macam dok pi bendang je....penceramah umno tak ada home work, minda bawah tempurung, ceramah macam burung kaak tua....yang berceramah tu pun tak tahu apa tu 1Malaysia, pi dok mohong kat kampung macam kerja JASA/JHEK, mengabehkan boreh je....pikiaqlah umno oi...cam na nak buat.....takkanlah nak di kaldaikan ustaz kamal je, mampuihlah orang tua tu.....mungkin orang umno tak suka dengan ceramah kot, macam kaum cina depa lebh suka majlis makan malam, melayu umno kot mungkin boleh ubah strategi, buat kenduri arwah, tahlil dan majlis baca yasin, buat jamuan/kenduri, kot-kot ramai yang hadir....lepas tu bagi kain pelikat sorang selai.....boleh kot...ketua Bhg duit banyak.....

zuberkongkang berkata...

Oi lagu tu ka UMNO Bhg Pdg Serai, jadi sapa yang dok buat ceramah, takkanlah Ketua Bhg sorang yang dok buat ceramah. SU Bhg Pdg Serai Drslah dari Indon pak, takkanlah dia tak boleh berpidato ala sukarno, jangan-jangan kena kerat kot. Patutlah dalam UMNO Pdg Serai semua Ketua Cawangan, AJK Bhg kebanyakannya muka dah berkedot mcam keriang aceh.....berapa umoq depa agak-agaknya. Kalau lagu ni, amlamat UMNO Pdg Serai akan tinggal nama atas batu sajalah, tak ada orang muda yang berkebolihan, kerana orang tua macam ketua Bhg takut kalah dalam pemilihan...kah...kah....kah....kah...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates