Ahad, 16 Januari 2011

Talqin untuk UMNO.. SELAMAT TINGGAL FUCKATAN RAKYAT!!!!!

SOBRI SUDIN.

1. Ramai yang bertanya bolehkah Bashah dan Mukriz pulihkan UMNO Kedah yang selama 3 tahun lalu demam tak kebah-kebah. Aku katakan, soalan itu lebih baik ditanyakan pada lebih 1.2 juta pengundi di Kedah.

2. Namun berikut dipaparkan sebahagian dari lebih 1,400 sms yang aku terima, ada positif dan negatif berhubung dua tokoh berkenan. Komen dari pelbagai lapisan masyarakat.

a) "Bashah terlalu play safe, idea dia tak dak, harap MUKRIZ sorang lama-lama dengan dia pun kena temberang" -Imam Masjid di Yan

b) "Lantik sapa pun kalau yang lain tak berubah tak guna jugak" -AJK PEMUDA UMNO Bahagian Jerlun

c) "Nampak sama saja - yang penting apa dia program induk UMNO Kedah yang nak dilaksanakan di seluruh negeri ?" - Dato????, bekas Ketua UMNO Bahagian

d) "Saya malas dah nak komen, kalau depa mai minta nasihat saya saya bagi, tapi biaq la depa buat, dalam UMNO mana ada istilah jasamu dikenang, cuma saya tengok PAS makin steady" - Mantan MB Kedah

e) "Nak kena pi mengampu dan jek Bashah dan Mukriz la lepas ni, kalau tidak melepas jadi calon, hutang banyak lagi nak settle, jadi calon boleh jugak duit cash buat bayar hutang" - salah seorang KETUA UMNO BAHAGIAN di Kedah

f) "Sapa naik pun sama saja, depa akan kira kawan, kroni, dan puak, bukan nak peduli bab rakyat dan ahli"- VETERAN UMNO KEDAH.

Komen yang lain-lain aku rasa hangpa boleh agak la kot....

2. Secara quick-review amati beberapa analisis berikut:
a) UMNO Kedah tetap tidak berubah kerana jika mahu berubah perlukan perubahan total.

b) UMNO Kedah belum siapsaga secara hakikatnya untuk menawan kembali Kedah... Sikap lena terlalu lama menyebabkan UMNO Kedah perlukan miracle kalau benar mahu menawan Kedah... Cukup la setakat itu.. yang lain-lain anda boleh bahaskan sendiri..

3. Ramai yang terus bertanya berbaloikah blogger berterusan menegur UMNO Kedah dan kenapa tidak dilakukan serangan bertalu-talu pada PAS?

4. Aku katakan memang tidak berbaloi, namun tanggungjawab harus dilaksanakan. Tujuan menegur supaya UMNO kuat dan gagah dari sudut dalaman dan tidak sekadar mengharapkan kelemahan PAS untuk menawan Kedah. Kalau PAS lemah sekalipun, namun UMNO tak menyerang harap blogger buat kerja untuk UMNO maka apa kejadahnya.. Puak UMNO boleh elaun, gaji sebagai SUK, SU PERHUBUNGAN, dll, projek puluhan, ratusan, jutaan ringgit, puak blogger hanya beroleh maki dengan sumpah seranah. Tapi ada kami kesah.. BERJUANG TETAP TERUS BERJUANG...

5. Rasionalnya jelas, rakyat sudah bijak, matang menilai, mereka tahu PAS lemah dalam mentadbir, kurang pengalaman, namun apa pula kelebihan yang mampu UMNO tampilkan untuk yakinkan rakyat bahawa jika diberi peluang kembali mentadbir?

6. Adakah perangai lama seperti menyombong, penaik harga projek sampai melambung tinggi, suka tindas rakyat, salahguna kuasa, rasuah, samun harta rakyat, utama kroni dan rakan, naik jet pergi melancong dan sapu projek untuk agih pada sanak saudara tidak akan berulang kembali???? Jawab sat puak UMNO Kedah.. hangpa boleh jamin ka benda macam ni takan berlaku lagi?????

7. Ramai juga yang bertanya, sudah ada gelombang jelas dibeberapa buah negeri seperti Selangor, Penang, Perak, Perlis dan kini turut melanda KEDAH akan gelombang kuasa ketiga.. Ramai bertanya, apakah golongan ini akan menjadi penentu siapa yang bakal membentuk kerajaan selepas PRU ke-13 nanti?

8. Jawapannya.. ya.. situasi memang sedang bergerak ke arah itu.. Rakyat memang meluat dengan PAS, pkr dan DAP dan cemuih dengan perangai UMNO, lalu mereka akan menjuruskan pilihan mereka sebahagiannya untuk menghantar calon bebas tetapi punyai kualiti untuk mewakili mereka nanti..

9. Persoalannya apakah kaukus bebas ini akhirnya akan memihak pada UMNO/BN atau bersetuju bersekutu dengan Pakatan Rakyat dalam usaha mencari solusi untuk menubuhkan kerajaan di beberapa buah negeri selepas PRU nanti.
9. Apa pun jua secara duluan kita boleh ucapkan kata-kata ini, 'TALQIN UNTUK UMNO, SELAMAT TINGGAL PAS, PKR DAN DAP.

10. Yang lain-lain LU PIKIRLAH SENDIRI!!!!!

15 comments:

Tanpa Nama berkata...

dua dua mampus

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 malaysia

Pada hakikatnya gandingan antara Dato Bashah dan Dato Mukriz mempunyai kelebihan yang tertentu. Sebenarnya komitmen dan kerjasama antara semua pihak harus selari dan mempunyai hati yang terbuka dan keikhlasan yang telus dalam perjuangkan kestabilan serta keutuhan agama, bangsa dan negara. Justeru itu, sebagai pimpinan tertinggi harus rasional dan peranan utama ialah untuk menyatukan perpaduan dan menghapuskan serta mengikiskan perasaan hasad dengki dan pentingkan diri melebihi kehendak dan perjuangan parti.

Sehubungan dengan itu semua pihak harus mengamalkan gaya pemikran terbuka dan positif kearah kebaikan. Puak-puak dan team-team harus diketepikan dan dibuang jauh dalam Tasik Pedu bagi Daerah Padang Terap, Di Kubang Pasu di buang dalam Lautan Jerlun, Sik dalam ampangan Beris bersama Baling dan begitulah seterusnya bagi daerah2 lain. Buangkan yang keruh ambil yang jernih.

Justeru itu berilah peluang kepada kepada pelapis menerajui pimpinan bagi kawasan yang mana rakyat tidak bersetuju dengan pimpinan sekarang sebagai calon. Pelapis harus mempunyai ilmu pendidikan tinggi biarlah berijazah atau diploma dalam pertandingan akan datang atau YB2 yang sudah menunjukkan kebolehan dan berkeliber dan bukannya YB yang mempunyai talibarut bawahan dan kaki pengapu dan banyak kelentong contoh nyata DUN Pedu iaitu balaci Mat Yob, Badrulhisam Mohd Rejab, Abdul Lateh Mohd Saman, Kamil Abdul Munin, Cikgu Non,Cikgu Mat Lateh, Jafri Mustaffa banyak memecah belahkan golongan pemuda disamping mengadu domba bahkan seorang Ahli PAS (kini berlakon ahli UMNO) yang banyak memporak peranda penduduk dan banyak menjatuh maruah Dato Dir dibelakang serta menikam Bos Badrulhisham Hashim, dan banyak lagi. Paling hebat peranan Mat Yob yang melaksana perintah pecah belah. Kalau nak senaraikan terlalu banyak biarlah ketua2 masam sahaja dicoretkan.

Biarkan kisah lama dijadikan limpatan sejarah dan jadikan tauladan dan pembakar menyuntik semangat untuk meningkat lagi mutu dan kualiti untuk menjadikan UMNO gah di mata dunia. Bagi Padang Terap apa yang perlu diberi perhatian ialah seorang Pemuda yang bernama Kamrulazman yang banyak kaliber, berwawasan tinggi, mempunyai ilmu serta berkebolehan untuk menarik lebih ramai golongan muda mendekati dan berjinak dengan perjuangan UMNO.

Amat rugi kiranya pihak atasan UMNO terlepas pandang dan menjadi mainan pihak yang sebenar2 irihati untuk melihat kejatuhan UMNO Daerah Padang Terap. Begitu juga pengorbanan dan pengaruh YB Dato' Syed Sobri yang telah berjaya menarik minat dan menaruh keyakinan rakyat terhadapnya harus dibantu oleh pihak pimpinan atasan yang selama ini cuba dipermainkan dan menjatuhkan beliau oleh pimpinan tertinggi Daerah Padang Terap. Amat malang bagi YB Dato' Syed Sobri yang terpaksa bertarung bertungkus lumus bersendirian membantu rakyat dikala pihak lain cuba membantu sesama sendiri.

Terlalu amat rugi jika kedua-dua pimpinan ini cuba dihapuskan atau dinyahkan bagi Daerah Padang Terap kerana mereka ini telah mendapat kepercayaan rakyat bawahan yang jitu. Seandainya kedua-dua tokoh ini dibuang maka pertanda Daerah Padang Terap akan mengelami musim muram dan sedang meniti arus kejatuhan. Pengaruh YB Dato Syed Sobri amat besar dan Saudara Kamarulazman seolah-olah batu permata yang sedang bersinar serta mula menerangi UMNO untuk menggerakkan kejayaan dan mengembali keagungan UMNO dikagumi dan dihormati.

Ini kerana Saudara Kamarulazaman sebuah bahtera yang belum tercemar dan belum tercalar serta mempunyai wawasan dan pandangan yang jauh. Sementara YB Dato' Syed Sobri untuk tentera pertahanan dan barisan hadapan yang sentiasa merobek jentera musuh dan menghapuskan secara aman.

titi panjang berkata...

Episd saudara Sobri Sudin memang tepat sekali dan sedang pun berlaku Di UMNO Padang Serai saat ini.Kedatangan Dato Mukhriz dan Dato Bashah pada 14.01.2011 baru ini langsung tidak memberi makna untok kekuatan dan sokongan parti.Agaknya kedua tokoh sudah ditemberangkan oleh Abd Rahman.Atau pun mereka berdua tahu tapi buat=buat tak tahu.Menekan dan menindas lagi hebat dilaksanakan.Aku saksi sendiri semasa dalam dewan serbaguna kilang lama.Mana pergi Timbalan Ketua Bahagian serta AJK yg lain.Khabarnya jemputan dihalang atau dipancung oleh A Rahman sendiri.Begitu juga aku tak nampak tokoh-tokoh lama sorang pun tak ada.Apakah mereka tidak berguna lagi pada undi PRU nanti.Aku yakin UMNO akan musnah,Dan memang pun dah musnah.

mem tua berkata...

Dato Bashah ada pengalaman saja lah.Tapi dari pembacaan amat kurang.Nak pimpin negeri Kedah oooi.Aku dia pun kena tiada kan cerita lawak dan kartun.

soid tunjang berkata...

Talqin untok umno-selamat tinggal Pas/PKr/Dap.Maknanya umno pun hanyut Pas/pkr/Dap sama-sama hanyut.Elok lah kita tuboh parti baru yg lebih dinamik dan progressif.Bebas dari segala wang politik.Bebas dari kroni.

HHalem berkata...

Tuan,

Article yg sangat baik.

Sila lihat email tuan.

frm HHalem

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Sudah menjadi lumrah kejadian alam dan satu percubaan dan pengorbanan yang amat tinggi dan semangat juang yang jitu untuk menengakkan kebenaran. Kita imbau kembali sejarah silam perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menengak syiar islam yang dituduh befrmacam-macam dan penuh pancaroba sehingga isteri Abu Lahap tak terhenti melakukan perkara yang cuba menyakitkan hati dan memudarat Nabi dengan menanam duri dan sebagainya begitu juga dengan orang kafir lain.

Kita lihat satu pengorbanan besar yang dilakukan oleh Syadina Umar AlKhatab ketas Panglima Perang Syadina Khalid AlWalid yang dilucut jawatannya dan digantikan dengan ketua baru. Kita lihat bagaimana Panglima Perang Khalid bin Alwalid menerima dengan hati terbuka dan tenang serta meneruskan perjuangan menentang kaum kafir dalam peperangan. Dalam konteks ini pengorbanan dan pencintaan terhadap negara dan islam harus didahului daripada kepentingan diri dan kebesaran hidup.

Dalam perjuangan harus ada pengorbanan samada secara kemahuan atau paksaan. Demi untuk keutuhan UMNO dan BN haruslah, kerana dalam Al-Quran telahpun Tuhan berfirman" Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubahnya". Dialam maya ini tiada yang kekal dan semuanya akan musnah. Ketamakan harus dikikiskan serta keegoaan dan kebesaran diri harus dibuang jauh-jauh. Percayalah dengan berkat doa dan kebesaran Maha Pencipta dan usaha gigih daripada pucuk pimpinan tertinggi tak mustahil PRU 13 akan berubah kembali ketangan BN. Apapun kita hulurkan tangan salam ukhwan dan jadikan perpaduan antara kaum dimana perbahan berlaku dimana ketua2 kaum berlumba-lumba siapa yang berhak meletakkan batu Hajurun Aswad ketempatnya. Disebabkan kebijaksanaan Rasullah SAW berberapanan akhirnya semuanya sama-sama berganding bahu dan seia sekata melaksanakan tugas tersebut.

Tak kira samaada Dato' Bashah berganding bahu dengan Saudara Dato Mukriz asalkan nawaitunya hanya kejalan perpanduan dan keutuhan UMNO dan berjuang demi negara dan islam insyaallah akan mendapat pertolongan daripada Allah. Justeru itu kita seharusnya memberi peluang dan kerjasama untuk memacukan perpanduan dan jalan kearahkan kekuatan UMNO dan BN. Sebagai jalan penyelesaian orang tengah yang tidak memihak mana-mana team amat diperlukan dijadikan sebagai ketua. Dengan itu akan menghindari perasaan buruk sangka dan irihati.

Ingatlah jika UMNO tumbang maka kita lihat apa yang berlaku di Penang dan apa yang berlaku dengan keaadaan Kedah dimana hampir keseluruhan syarikat GLC nyawa-nyawa ikan dan semua pelabur dalam Kulim Hitech mengangkat kaki untuk lari. Rakyat yang rugi dan Negara jadi lemah serta kuncar kancir bahkan agama dikocak kancir angkara untuk memuaskan nafsu masing-masing yang haloba, dengki, tidak puashati, kianat serta ego diri.

Benar seperti kata Saudara Sobri Sudin, kami cuma dapat beri pendapat dan sokongan moral bahkan pihak blogger bekerja hanya sukarela dan naiwaitunya Kerana Allah SWT dan Agama Islam Amnya. Ingatlah seperti mana kata seniman P.Ramli Hendak hidup pun susah dan hendak mati pun susah. BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, KUAT MANUSIA KERANA PERPANDUANNYA, KUKUH UMNO KERANA PERMUAFAKAN AHLI DAN JATUH UMNO KEDAH PADA PRU 12 KERANA HASAD DENGKI DAN ADUDOMBA AHLINYA. Buang yang keruh ambil yang jernih, baru kukuh kekuantan parti UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Macam mana dok tegoq orang, orang tak pakai. Macam tu jika kita tegoq keluarga dan anak-anak, tapi anak-anak tak pakai.

Dari segi Islam nak tegoq orang lain, diri kita misti di degani orang, baru boleh tegoq orang lain bagi jadi elok.

Sana oarang tak pakai, sini orang tak pakai, akhir-akhir ini dok jadi balaci orang yang dok haghu UMNO, tuuuu lah yang jadi, bila tegoq orang, orang dok tengok, orang yang dok tegoq orang niii... boleh pakai ka dia tuuuu....?

Lepas tu dok mengamok meghata-ghata kata orang tak mau ikut teguran dia. Macanm manaaaa..?

anti pkr berkata...

Sdr Sobri Sudin: Nak habak Padang Serai dah sah 3-0.Kalau dia jadi calon lagi awai terjun.

Tanpa Nama berkata...

Anti PKR ....saper yg calon tu ekkkk... tp aku dah agak sape...sebagai anak jati padang serai dan salah sorang warga pendidik di padang serai mampos aku tak pangkah kalau mamat tu jadi calon. Jenih x kenang budi..pecah belah masyarakat..belagak nak mampos..

Tanpa Nama berkata...

punah

Syburi Times berkata...

Anon Januari 16, 2011 1:58:00 PM
Tulisan sangat menarik. Jika sudi submit artikel untuk kita siarkan.

Thanks

Tanpa Nama berkata...

Awat hang cakap macam tu .Hangpa kena berubah la sikit wahai orang Kedah oi .Hang perasan dak UMNO Kedah mengalami krisis pemimpin .Dari dulu lagi tak nampak langsung yang berkarisma dan berkelibar untuk jadi MB . Jika dibandingkan kelulusan akedemik dengan ADUN PAS Kedah jauh lebih rendah ADUN UMNO dari segi memiliki izajah .Cuba tengok betoi-betoi.
Kalau sapa jadi Ketua UMNO Kedah cubalah terima kalau hangpa syang pada UMNO. Aku sedih tengok UMNO Kedah ni . Orang Kedah pun ibarat pandai cakap saja kerja tak reti buat. Sembang saja orang Kedah kata .
Pakat-pakatlah bagi elok.

Tanpa Nama berkata...

Tak kira sapa kalau nak jadi MB Kedah dari UMNO mesti mau manis muka .Kita tak mau yang payah senyum .Orang Kedah ni pantang tengok muka boom masam . Kalau boleh yang ada kelulusan ijazah la . tengok puak PAS banyak yang ada Ijazah dan Dr berbanding dengan UMNO .Lekeh betul .La ni zaman melinium ,tak kan ADUN yang lulus SRP SPM lagi . Pendek kata bagi lah peluang pada orang muda-muda pula . UMNO Kedah kalau tengok dari dulu lagi tak ada yang berkarisma kecuali Tun Mahathir. Mana depa pi habis . UMNO kena buka mata la. Tengok kawan kita kata Kulim Hitec pun dah malap dah .PAS tak boleh merintah pasai dia kira akhirat saja . Dunia dia kata mampus pi. Tak duit juai tanah-tanah mana yang ada ,perelas balak-balak besar gantang ,cuci habis .
Lagi satu orang UMNO kalau marah pun janganlah pangkah PAS . Nasib baik PAS tu orang Melayu .Pi mai pi Melayu juga ,tapi dok tang tu jugak ,kata pandai pun tak macam mana jugak.Gebang saja . Kalau jadi macam Perak P.Pinang ,Selangor apa macam Melayu sama Melayu bertingkih sapa yang kenyang ,DAP la yang kenyang . Kedah tak pa la Melayu boleh bertahan . Saya pun asal Kedah juga tapi dah 30 thn tinggal kampong dekat Jitra .Apa yang saya nampak UMNO Kedah sampai masa ni belum lagi mantap . Masih lagi dok amal politik kampong tak mau cari pembaharuan . Saya sedih biar Kedah jadi macam ni . Pada hal banyak cerdik pandai Kedah boleh berjaya diluar .

Pakat-pakat la cari pemimpin yang boleh majukan Kedah .Carilah yang otak-otak sains sikit macam Tun tu .Bukan tak ada ,carilah mesti ada punya. Apa kah Kedah tak boleh bagi peluang pada yang bukan golongan bangsawan Kedah saja .

Mat Kedah yang merantau

seroja berkata...

Kap Kun Kap...Episod menarik di Padang Terap yang dah terterap kercungap-cungap.
Alkisahnya Pdg Terap ni memang best. Politik kerat mengerat makin menjadi-jadi dalam episod malang pasca tsunami politik 2008. Kata Bashah `UMNO Kedah akan memilih calon yang boleh menang...syoknya di sini semua calon2 dok rasa depa boleh menang. Kita mulakan analisis sapa calon paling boleh menang di Padang terap yang malang. 1. Tok Det, mantan MB yang lani dok lelah mencari dahan tempat bergantung. Nak harap Pak Lah baik tak payah. Tok Det ada ijazah tapi selalu mengalah. Kedah Gemilang dah takdak arah. Lani baru terasa susah dan payah. Pendekar dan hulubalang banyak beralih arah. Dok congak antara DUN dengan Parlimen mana satu depa nak letak. Silap haribulan dua-dua takdak. 2. Tok Li kalah dilambung tsunami. 2 DUN menang dia gigit jari. Nasib baik Bashah diangkat jadi Pengerusi. Bolehlah harap untuk kembali. La ni sakan dok tabur budi. Wartawan ambik gambaq setiap hari. Rumah kenduri rumah orang mati. Kelibat Tok Li jadi penyeri. Penasihat PM sapa berani. Putrajaya pun dia dok atoq apalagi UMNO negeri. Sahlah Tok Li akan kembali. Menang Parlimen bolehla jadi Menteri. Kalau bertanding DUN dah sah MB. Marila pakat kita sokong Tok Li. Kalau tak Menteri kita dapat MB. Zul Panjang dengan Hambali mesti senyum tak kering gusi. Baru hampa tau sapa kami. Calon pilihan boleh menang kembali. 3. Perihal pula Ketua Pemuda. Dok geli juga nak jadi ADUN. Jangan risau duit bertimbun. Banyak projek dia dok pulun. Bayangkan bila bercakap didalam DUN. haha...mesti menang punya.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates