Selasa, 25 Januari 2011

Tenang sedang bergolak!

Kita lupa sekejap tentang politik Kedah. Kisah kegagalan pengurusan kanan KTPC yang baru timbul selepas PAS memerintah negeri Kedah. Kita lupa sekejap kisah Pokka bertukar yang sering bertukar warna yang sekarang telah dilantik menjadi VP di KTPC. Kalau nak baca lebih detail, sila rujuk Onar di Kedah.

Kita bagi rakyat Kedah yang memangkah PR pada PRU lepas berfikir sekejap. Apakah mereka sudah membuat satu kesilapan atau peduli apa dengan pemilihan mereka pada PRU yang lalu? Kedah nampak sejahtera tetapi pergolakkan politik dalaman amat dahsyat, bermula dari jawatan nombor satu sehinggalah kepada sekecil-kecil jawatan Pengurus di KTPC. Hebat pemerintahan terkini.

 Di Tenang, mesin fitnah dan propaganda PAS dan PR bekerja 24 Jam sehari. Tidak tidur memikirkan bagaimana nak mempengaruhi rakyat supaya mengundi calon mereka. Calon yang comel lotee nampaknya sudah menjadi seperti patung barbie. Nak jawab soalan pemberita pun tidak boleh, dikawal rapi. Nak buat PC pun terpaksa menghafal skrip yang diberi.

Inilah PAS atau Parti Aslam Semalaysia. Letak kopiah putih diatas kepala, tapi dalam kepada penuh dengan jentera-jentera yang bekerja kuat untuk menghasilkan fitnah.

Propaganda politik mereka sudah tiada batasan lagi. Ia sudah menjangkau dari hal barang naik sehingga kepada yang dah masuk kubur, semuanya dijadikan isu sensasi. Itulah PAS, tidak akan ada PAS jika tiada isu. PAS ibarat mayat hidup jika tidak ada isu yang dikeluarkan.

Dalam PAS sedang hebat menghancurkan kesatuan orang Melayu, sahabat baiknya PKR semakin hancur.  Ramai ahli PKR Labis keturunan Cina ambil keputusan memasuki MCA. Itu belum kita ambil kira Melayu yang secara senyap-senyap keluar dari PKR. Sebab itulah agaknya PAS melarang Anwar pergi berkempen kerana mereka tahu di sana sudah tiada penyokong atau ahli PKR.

Kedah Times juga agak hairan kenapa suami kepada calon PAS ke sana sini tanpa risau yang beliau mempunyai tanggungjawab sebagai pendidik. Tidak rasa bersalahkah beliau meninggalkan anak murid selama seminggu tanpa mencurah ilmu kepada mereka. Dalam masa seminggu, ilmu yang boleh dicurahkan tidak terkira banyaknya dan bakal membentuk generasi baru yang berilmu, sebaliknya beliau memilih untuk meninggalkan mereka dan bersama dengan mesin-mesin fitnah PAS. Tidakkah beliau rasa BERDOSA walau sedetik pun?
Bagaimana pulak dengan pengikut-pengikut PAS yang tanpa segan dan silu membawa bendera roket yang terangan menolak Islam? Tidak rasa berdosakah mereka?

Kenapa Cikgu Mala  memilih perjuangan yang kotor ini? Walhal beliau sudah memilih satu perjuangan suci sebelum ini dengan mendidik anak bangsa menjadi orang yang berilmu dan baik. Ingatlah cikgu, ilmu yang cikgu curahkan itu kan sentiasa menghasilakan ganjaran pahala untuk cikgu jika ada anak murid yang mempraktiknya dengan ikhlas dan baik. Tapi nampaknya Cikgu Mala memilih jalan yang kotor untuk berjuang. Selamat berjuang ... selalunya jika berjuang secara kotor tidak akan berjaya!

'Character Assassination' dan 'Politik menghalalkan cara' menjadi pilihan utama mesin-mesin propaganda PAS ini. Tetapi yang peliknya mereka sudah tidak mahu menerima bantuan PKR yang lebih advance dalam hal ini. Apakah PAS sudah tamat berguru dengan PKR? Atau PAS merasakan mereka sudah boleh menjadi mandiri dalam mempraktik cara politik sebegini? Kalau ini realitinya, Kedah Times dapat merasakan yang pakatan rakyat bakal menjadi pakatan rebah menjelang PRU 13 nanti. InsyaAllah, UMNO hanya perlu kosisten dalam memberi penerangan dan servis kepada rakyat.
Tenang hanya akan tenang jika PAS, PKR dan DAP tiada disana. Ayuh pengundi Tenang, tendang mereka keluar dari Tenang. Baru hidup anda semua Tenang. Dan bertenanglah dalam memilih wakil anda. Tenang dalam menanti hari mengundi. Pilih yang terbaik, jangan pilih kerana kesian. Cikgu Mala yang mengharapkan kasihan saja dari anda semua!

5 comments:

Gelombang BN berkata...

SETIAKAWAN!!!!!!! HIDUP KJ!!!!

Wake UP! berkata...

Dulu PAS lah yang pertama menuduh Anwar Ibrahim tu Al Juburi.

Kenapa sekarang ambik peliwat jadi pemimpin?

raman juburi berkata...

Insya Allah Tenang adalah milik BN.Tingkatkan majoriti BN.Calon BN memang dah bergaya berbanding dengan Calon PAS.Harap jangan ada sabotaj sahaja.Hidup BNNNNNNN.

Tanpa Nama berkata...

Apa nak buat, kalau di Kedah rakyat SENGSARA, bukan sejahtera, maka negeri jiran iaitu Pulau Pinang pun apa kurangnya. Satu bukti yang PAS tidak langsung mempunyai kuasa untuk menasihati hal berkaitan dengan Islam boleh diperolehi di http://www.halalpenang.com/pihh_structure.php, jika di baca Penang Halal Task Force tu Advisor atau Penasihat ialah YAB Tuan Lim Guan Eng (LGE). Di manakah kuasa PAS yang sepatutnya menerajui bab Halal di Pulau Pinang. Lagi satu dia ni LGE bising pasai ketuanan Melayu, tapi nama dia pun letak jugak Tuan kat depan (semua gambar dia kat P.Pinang memang ada title Tuan). Yang aku tau kalau BN, ADUN yang tak ada title pun letak Encik saja. Puak PAS lu fikirlah sendiri, siapa yang gila guna keTuanan ni. Amacam KedahTimes, kita cabar Tuan LGE ni drop title Tuan kat depan ganti saja dengan Encik

Tanpa Nama berkata...

Sapa-sapa pun Aj Jubri tak layak jadi calon dan pemimpin.Allah laknat.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates