Khamis, 6 Januari 2011

NAK NGANGA SAMPAI BILA???

Tulisan: Tok Cha

Orang banyak berkata pasti UMNO Kedah berubah bila kepimpinan berubah, tapi persoalan asas yang Tok Cha nak tanya selaju mana kah perubahan itu? BUKANKAH ramai sang penguasa dan strategis yang menghuni Tingkat 6 dan 7 masih lagi muka lama yang berideakan idea lama yang PAS pun dah hafal strategi depa???

Orang berkata Bashah dan Mukhriz mampu membawa kelainan pada gerakan UMNO, tapi Tok Cha nak tanya takan hanya dengan sentuhan 2 individu semuanya boleh berubah dengan sekelip mata? Apakah dua orang itu ada kuasa MAGIC dan simpan LAMPU AJAIB ALADIN???

Macam mana dengan peranan 15 KETUA BAHAGIAN??? 15 KETUA PEMUDA, PUTERI DAN WANITA BAHAGIAN??? APA PULA PERANAN AJK BAHAGIAN DAN AJK 4 SAYAP UMNO BAHAGIAN???  Bagaimana pula peranan 3,000 Ketua Cawangan, PEMUDA, PUTERI DAN WANITA? Tidur lagikah mereka.. Kalau tidur lagi Tok Cha nak talipon si SOBRI SUDIN suruh buat demo sekali lagi depan bangunan UMNO tiap-tiap Bahagian untuk gerak depa bangkit.

Orang berkata PAS Kedah makin banyak isu, tapi Tok Cha nak tanya setakat mana UMNO Kedah dah berjaya ketengah isu kelemahan PAS untuk tatapan dan ajak sokongan rakyat Kedah?

Orang berkata, UMNO Kedah makin kuat, tapi TOK CHA nak tanya kuat tang mana? Terungkaikah kemelut UMNO Bahagian Pokok Sena, Padang Serai, Sg Petani, Baling, Kulim, Kuala Kedah, Padang Terap dan Aloq Staq.

Ramai yang berkata, UMNO boleh tawan balik KEDAH dalam PRU ke-13. Persoalan yang Tok Cha nak tanya apa usaha besar-besaran yang sedang dan telah UMNO lakukan untuk capai hasrat itu?

Orang berkata, UMNO Kedah dah siap sedia nak hadapi PRU ke-13, persoalan Tok Cha, PAS Kedah dah lama bersedia, depa pun dah ada sumber duit, kawalan media, kelengkapan lojistik, jentera propaganda, jentera kerajaan negeri dan calon pelapis.

6 comments:

nenek kebayan berkata...

Kalau di hulu sungai keroh.Maka dikuala sungai pun kerohlah juga.Nak berubah macamana.Bashag dan Muhkris tahu ke tidak yang punca keroh ini.Selesai dulu kes air keroh di hulu sungai.

Tanpa Nama berkata...

masa mukhriz mai kola nerang hari tu..sapa yang dok peghilang dighi..
sapa yang mai takat pintu pagarq..sapa yang awai2 kata kat mukhriz yang oghang muda tak kan pi ghamai2.
sapa ketua2 bahagian yang buat tak peduli...
had tu lah yang jadi pelarq dok pelingkop parti.
had tu lah oghang yang akan jadi hantu ghaya ghasok sana sini.
la ni pun dah nampak...
sepatutnya ketua2 bahagian 3 tahun dulu dah buat kereja.
takat bawak ketua cawangan dan pecacai2 depa pi rombongan ke cina belum terjamin umno akan dapat rampaih kedah dari pkr.
sudah la tok det oiiii...
hati busuk hang ghamai tau..

zuberkongkang berkata...

Ikan rosak kerana busuk dari kepala.........

beribesaq berkata...

Baguih Tok Cha, baguih...umno kedah dah berubah...berubah ke belakang, lagi satu, umno kedah dah berubah kerana di masukkan Mukhriz, itu saja yang berubah. Tok Bashah jadi Pengerusi, macam tak berubah, di takok lama. Banyak perlu di ubah dan dan kena di ubah untuk umno Kedah. Pertamanya di puak-puak yang ada di tingkat 6 dan 7. Kalau sapa kenal budak Nasir yang tersangat cerdik dana tersangat tolol tu, dia ni orang yang pertama kena diubah keluar, tiorinya makan diri umno. Di peringkat bahagian juga sebenarnya telah banyak berubah, telah diubah, banyak juga muka baru jadi Ketua Bahagian dan ketua cawangan serta AJK Bhg. Ada juga Bahagian ayang berubah Pejabat, dari memiliki bangunan sendiri menyewa bangunan orang. Semasa PRU ke-12 lalu bersekongkong dengan pembangkang, la ni dok pakat belaga sessama sendiri. Ada Ketua Bhg dok belaga dengan Timbalan Ketua, ada SU Bhg nak jadi Ketua Bhg. Ada SU Kerja Bhg lebih camca dari buboq.....itulah perubahan ketara dalam UMNO Kedah. UMNO kata nak tawan kedah dalam PRU ke-13 ni,,,,hai depa ni mimpi tengah dok bawa kereta kot.....depani mabok ka......kalau dok percaya laporan JASA/JHEK, Kemas, mampoihlah UMNO. UMNO sebenaqnya kuat...kuat mohong, kuat syok sendiri, kuat sesama sendiri, bukan ada kekuatan nak lawan parti pembangkang, kalau tak percaya tanya Ketua Bhg Pdg Serai, dia ni banyak idea sampai bangunan UMNO dia pun dia jual kononnya nak beli bangunan baru di Hi-Tech Park...Usaha besar-besaran yang di buat oleh UMNO Kedah ialah mencantas sesama ahli yang tak mencalonkan geng-geng ketua Bhg yang dok ada lani melalui gerakan pemutihan menyebabkan ramai ahli umno dah tak jadi ahli lagi......Projek besar UMNO sebagai persiapan PRU ke-13 ialah tidoq nyenyak, angan-angan menang, buta program dalam kelompok kroni saja.......

Tanpa Nama berkata...

Ketusnsn melayu.UMNO sewa kedai cina.Ada yg sendiri usaha orang lama depa jual kat taman mehsuri.Kalau jaga negeri pun depa jual.

karipole berkata...

NAK NGANGA SAMPAI BILA???........best punya statement....best punya tajuk....sampai bila...selagi tak kenyang, selagi tak puas, selagi tak sedaq. Tahniah kepada Ketua UMNO Bhg Merbok Tok Tajul kerana beri bantuan kereta sorong pada selasa 10/01/2011 kepada ahli yang memerlukan utuk menjana pendatapan hari. Khabarnya harga kereta sorong tu pun mahal juga. Baguihlah tu, pelaburan masa hadapan untuk PRU k3-13, insyaallah semoga berhasil dan diberkati Allah swt hendaknya usaha itu. Tapi...janganlah ada pula puak-puak yang nak jadi beruk, yang cuba nak ronyeh usaha baik ini, tolong bantu dia, beri kerjasama meningkatkan keyakinan ahli UMNO dan pengundi supaya Parlimen Merbok, dun Bukit Selambau dan Tanjung dawai kembali diwakili oleh UMNO/BN. Ketua Bhg lain dalam kedah patut kena buat macam ni, jangan terlalu mengharapkan ejen-ejen sahaja, kerana ejen-ejen ni pun mempunyai agenda tersendiri dan tersembunyi.....Sepetutnyalah, Ketua UMNO Bhg Pdg Serai ataupun UMNO Bhg Pdg Serai menteladni usaha Ketua Bhg Merbok dengan mengetepikan masalah peribada semasa kempen pemilihan Bhg lalu. Lupuskan penyakit PHD, berubatlah dengan roh Islam supaya tidak wujud sifat dendam, jangan terlalu mempercayai ejen-ejen yang mencari kepentingan peribadi. Walaupun semasa persidangan Cawangan semasa pemilihan lalu, ada cawangan yang tdak mencalonkan anda sebagai calon Ketua Bahagian, tetapi anda menang jawatan tersebut, anda janganlah mendendami cawangan-cawangan tersebut dengan beranggapan cawangan tersebut seperti tidak wujud, ataupun cawangan bermasalah ataupun cawangan perlu diganti dengan pentadbira baru. Anda jangan rosakan elemen penting dalam Bahagian, tanpa cawangan tidak wujud Bahagian. Anda sebagai Ketua Bhg, anda kena selesai masalah ataupun kemelut dalaman hasil dari kempen pemilihan yang kadang kalanya lebih hebat dari kempen pilihan raya. Anda Ketua Bhg mestilah mencari jalan ataupun kaedah Win-Win supaya perpaduan dalam UMNO Bhg terus utuh supaya UMNO terus kuat serta stabil. Sebenarnya anda tidak berbuat demikian, sebaliknya anda menambah terukkan lagi masalah dalam UMNO anda. Walaupun anda dan konco-konco anda puas hati dengan tindakan yang anda lakukan, tapi anda sebenarnya rugi dan merugikan parti anda. Menang sorak UMNO/Melayu tergadai. Usahalah ke arah kebaikan yangbberlandaskan Islam, bukan berlandas pemikiran yang berat sebelah....Ingat dalam keputusan pilihan raya tidak ada yang seri, kena menang walaupun satu undi. Jangan anda sebagai Ketua Bhg mengambil contoh keputusan perlawanan bola sepak AFF yang di menangi oleh Malaysia kerana kelebihan jaringan Malaysia di Malaysia mengatas Indonesia walaupun Indonesia menang dengan jaringan 2-0 semasa di jakarta. Format ini tak pakai dalam pilihan raya, kena menang semua...ingatlah undi setiap ahli/penyokong UMNO sangat penting, pastikan tidak ada satupun undi ahli/penyokong UMNO pergi kepada calon pembangkang. Kalau terjadi...anda Ketua Bhg yang sudah tentunya bertanggungjawab dalam kekalahan calon UMNO....bukan kekuatan pembangkang.....insaflah.....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates