Isnin, 21 Februari 2011

DAP, MCA dan Gerakan - Adakah PAS rasis ?

Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:

1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

Kedah Times : Bagaimana dengan Islam pula? Apakah PAS sudah lupa? Atau PAS baru sedar yang apa yang UMNO perjuangkan selaman ini BENAR? Jadi daripada membuat resolusi baru, adalah lebih baik bersama UMNO .. tinggalkan DAP dan PKR. Baru kita semua boleh percaya resolusi ini.

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

Kedah Times : Beranikah PAS umum hari ini yang Ketuanan Rakyat bukan perjuangan PAS sebaliknya Ketuanan Melayu menjadi perjuangan PAS ? Beranikah PAS umumkan yang kuota 30% kek ekonomi Melayu akan terus diperjuangkan PAS?

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

Kedah Times: Mohon PAS secara terbuka umumkan yang mereka sama sekali menentang pendirian DAP yang tidak mahu Malaysia menjadi negara Islam. Umumkan juga yang kata-kata Nizar bahawa tiada dalam perlembagaan PAS atau mana-mana memo PAS yang ingin menegakkan Negara Islam amat bercanggah dengan perjuangan PAS. Juga jangan lupa menyarankan supaya Nik Aziz dan Khalid Samad menarik balik sokongan beliau terhadap penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain. 

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

Kedah Times: Kalau macam tu, umumkan yang UMNO lakukan adalah selari dengan apa yang PAS hasratkan. Zakat, bank Islam, takaful, Mahkamah syariah, pembangunan pelajar-pelajar berteraskan ajaran Islam dan pelbagai lagi sudah dilakasanakan UMNO. Boleh ka?

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

Kedah Times : KKLW, MARA dan pelbagai agensi lagi ditubuhkan untuk tujuan itu. Cuma yang dok sabotaj adalah pencacai PAS dalam agensi-agensi ini. Eloklah jika PAS tarbiyah mereka-mereka ini dulu, lepas tu baru cakap nak perjuang untuk rakyat miskin. Walaubagaimanapun Kedah Times nak tanya, ada ka lagi rakyat miskin di Malaysia ni semenjak harga getah naik Rm8 sekilo? Kalau adapun mereka tu adalah orang yang pemalas.

6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

Kedah Times : Bertentangan dengan Resolusi no. 2. Uiks tadi kata nak jaga Sultan dan Melayu tapi yang ini tidak mahu sultan pulak? Apa dah jadi? Bukan ka dalam perlembagaan negara yang berasaskan ketuanan Melayu sudah termaktub hak-hak kaum-kaum lain? Kenapa nak buang Sultan dan raja?

7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

Kedah Times : Umumkan PAS sokong DEB. Umumkan ISA masih diperlukan. Umumkan Malaysia Negara Islam. Boleh tak?

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

Kedah Times : Kedah dan Kelantan bebas rasuah ka? Bagaimana dengan sikap-sikap panglima-panglima PAS yang sedang berebut harta rampasan sekarang ini? Bukit habis di gondol, GLC habis dikikis. Rumah besar, kereta mewah, bini muda dan kehidupan mewah menjadi buruan!

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

Kedah Times: Nizar bagi 999 tahun kepada bukan Melayu tu apa ceritanya PAS? Balak-balak di rizab Melayu habis diambil tu apa ceritanya pula. Hatta langkawi pun sudah nak dibotakkan. Melayu Pulau Pinang dah PAS bantu ka? Ini nak dikatakan apa pulak?

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

Kedah Times: Sudah tidak sebut lagi tentang Islam. Warisan Islam sudah ditingggalkan ka?

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

Kedah Times: Jadi sekolah Jenis Kebangsaan nak dibiarkan berkembang bebas juga ka?

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.

Kedah Times : Hapuskan ketagih daun Ketum dikalangan pemuda PAS dulu!


Kedah Times mengajak rakyat membaca dan fikir sejenak semua resolusi yang di sebutkan disini. Kerajaan yang ditunjangi UMNO telah dan sedang melaksanakan semua yang disebut di atas. Cuma Ketuanan rakyat dipertahankan UMNO. Sekolah Kebangsaan dan agama diperbanyakkan serta dimasukkan ke dalam pendidikan mainstream. Ekonomi serta kehidupan cara Islam diperkembangkan. Cuma semuanya ini bermula dari institusi keluarga. Kalau ahli keluarga tahi ketum, maka susahlah ... Elok la PAS hapuskan ketagihan ketum dikalangan pengikutnya.

Kedah Times : Tunggu reaksi dari DAP, GErakan atau MCA samada ini racis atau tidak!

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Admin kedahtimes ... Sdr kena baca matan dan syarahnya sekali, baru faham apa makna resolusi tu. Kalau bengap juga, baru aju soalan2 tahap budak2 sekolah yang diangkut dengan bas pi program UMNO.

Amati betol-betol...Melayu hanya bermakna bila berpaut kukuh dengan teras
islam... Bangsa apapun akan mmulia kalau berkapoh dengan Islam. Kalau tak ada Melayu setaraf saja di negara ni dengan mana- mana bangsa pun...malah lebih haprak dari depa.

Kalau berjuang atas teras bangsa, kaum lain kata kita rasist, kalau berjuang atas Islam, sapa nak kata apa, dan kita ada asas untuk bertahan, sebab kita ada quran, hadis, ijma, qias...ada kitab. Melayu tanpa dasar islam pakai kitab apa?

Semua yang saudara sebut bab bank, mahkamah, bla..bla...adalah furuk, dasarnya sekular. Di eropah pun depa buat bank islam dah la ni....

Panjang la kalau nak jawab kat puak karat merah biru ni....kalau berani siarkan lah setakat ni dulu!

Syburi Times berkata...

Tanpa nama ISNIN, FEBRUARI 21, 2011 8:13:00 PM : walhalalku .. warharammu..

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Satu Malaysia

Kepada saudara 8.13 PAS sepatutnya saudara harus sedar dan buka mata kerana selama ini PAS telah terpesong dari dasar perjuangan asal. Kita lihat Mahfus yang sudah dapat peluang seperti yang dipinta dan diperkokotkannya tetapi menafikan haknya itu dan akhirnya tiada agenda untuk memertabatkan hak melayu dan islam. Kerana kebodohan dan sentimen meraka inilah golongan Yahudi dan Komunis kini bermaharajalela dan cuba menghapuskan melayu secara terancang.

PAS tanpa segan silu mengangkat martabat DAP kepuncak dunia dan pahlawan Islam. Hakikatnya mereka kini membawa bencana dan kesusahan kepada rakyatnya sendiri sepertimana berlaku di Penang, selangor dan Perak.

Mari kita lihat dimana negarai yang PAS perintah. Kita lihat sendiri pemimpin PAS yang hebat terlibat dengan perlakukan tak senonoh dan seks dan maruah harga diri yang amat rendah serta tiada kualiti. Di Kelantan N.Aziz lebih pentingkan kuasa dan wang. Bagi mengukuhkan cengkamannya beliau sanggup melantik menantunya dan banyak berlaku penyelewengan.

Maksiat masih berluluasa dan perjudian masih tahap membimbangkan serta gejala penyeludupan, perjudiaan masih menjadi-jadi. Kita lihat banyak hasil bumi dirakus tanpa perasaan harga diri dan dengan sokongan N.Aziz maka DAP naik tongcan dan kaum melayu jadi sasarannya. Akibat daripada sokongan PAS yang membuta tuli kita lihat kesucian islam diperkotak-katikan oleh DAP malah kesucian rumah ibadah islam turut dicemar dan tercalar.

Di Perak kita lihat Nizar sanggup gadaikan harga maruah negeri kepada DAP dengan pajakan 399 tahun kepada Cina DAP kerana kuasa dan wang.

Di Selagor, keadaan melayu dan rakyat sengsara dan hari demi hari kesusahan melayu dan rakyat ditindas tanpa segan silu. malah arak diangkat kemartabat yang tinggi dan babi dikomersialkan. Khalid masih gagap serta sentiap menganguk kepala tanda setuju dengan DAP. Dasar islam ditunjangi oleh DAP dan melayu hanya boneka dan pemuas nafsu DAP.

Di Kedah hanya gah dengan slogan malah keadaan fizikal rakyat terumbang ambing dan maksiat menjadi-jadi, perjudiaan dan moral anak muda mudi bertambah teruk. Pemimpin yang tersangat lemah dan hanya Pak Turut dan Pak segala Tak Tau. Keadaan kewangan terlalu gawat sehinggakan prasarana yang ditinggalkan tak terurus bahkan jalan dibandar berlubang-lubang dan tiada terturap untuk pembaikan.

Sistem pentadbiran kerajaan tempatan amat lemah dan meniam rakyat. Rakyat ditakut dengan saman meyaman oleh badut-badut kerajaan tempatan. Keadaan ini bertambah parah hanya berligat kepada kaum melayu sahaja bahkan cina menjadi-jadi tanpa diambil tindakan.

Nayan berkata...

Persoalannya simple kpd anon di atas tu. Kenapa baru nak cakap pasal Melayu. Hari tu kan Melayu tidak perlu? Dlm perlembagaan disebut Melayu adalah Islam. So kena faham betul apabile kita cakap Melayu spt yg disebut dlm perlembagaan, ianya automatik Islam. Kalau bercakap tentang penganut Islam pula, India Muslim, cina Muslim dll akan masuk sama.

Yang jengkilnya PAS sudah terasa bahang yang mereka sangat memerlukan Melayu.

Lagi satu sebut pasai perbankan Islam, takaful dsbnya. Inilah yang dikatakan transformasi negara kepada apa yang berlandaskan kehendak Islam. Yang di Eropah tu pun mereka tiru kerana yakin dgn apa yang Islam suruh. Jadi mereka melihat sistem yg kita lakukan di sini amat sesuai dgn sifat keadilan dsb.

Cuma saya sedih anon cuma pandai mengatakan yg ini tidak betu dan yg itu tidak betul, tapi satu habuk pun tiada alternatif diberikan. Yang dok minta ialah supaya beri kuasa kpd mereka.

Di Kedah sampai apa satupun yg disuruh Islam depa tak buat; Di Kelantan hanya label atau kulit saja yg dibuat tapi pengisian kosong. Itu saja yg PAS pandai buat . . . .komplen komplen komplen

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates