Rabu, 23 Februari 2011

Buat gheja ikut la cara Islam - camni ka?

Pakteh ingat bulih la rehat-rehat petang ni tanpa perlu pikiaq pasai pokka hijau. Ghupa-ghupanya masih kena pikiaq lagi.

Esok 24.02.2011 TS Mahyudin akan ada di Changlun Kedah untuk beberapa urusan kerja. Mengikut perancangannya, antara tempat akan disinggahi ialah Kolej Matrikulasi Kedah. Biaq pi la yang tu... tu gheja dia sebagai pemimpin nombot dua negara...

Apa yang pakteh musykil ialah tiba-tiba ramai penduduk sekitar Changlun/Bukit Kayu Hitam terima surat dari ADUN Pas....

Surat apa?.... jemputan ke program penyerahan wang banjir di HOSBA (dekat sangat dengan tempat program TS Mahyuddin) pada 24.02.2011

hehehe... Skang ni orang dok sebut bantuan banjir untuk mangsa di JOHOR... hangpa puak-puak pokka hijau baru dok melatah nak bagi time ni untuk mangsa banjir di KEDAH.... Ini bukan lagi kes lembab dan sembab serta lambat tapi dah jadi kes Khianat dan busuk hati serta dengki dengan program orang. Kalau tak malu pun pada manusia... malu la sikit pada kambing-kambing tepi jalan tu.

Kalaulah mak janda anak lima perlukan bantuan dari puak pokka hijau ni kerana BANJIR dulu...bayangkan berapa deritanya nak tunggu bantuan....kategori lembab tahap siput babi..erm...ehhHH...siput babi lagi cepat dari depa ni. Mengikut kawan yang terima surat tersebut, Beliau hanya terima bantuan dari kerajaan pusat ja sebelum ni dan ini adalah pertama kali puak pokka hijau jemput pi terima bantuan banjir.

p/s: Bantuan banjir di Australia pun UMNO dah pi bagi...hangpa dok nganga baru nak serah bantuan di KEDAH...bukan kerana nak kacau program TS Mahyuddin kaa??..

8 comments:

Tanpa Nama berkata...

puak puak pas mmg kaki pedengki..depa rasa depa lebih isle dari isle..!

Tanpa Nama berkata...

Akum

Nampaknya Seri Temin Development yang begitu gah semasa CEOnya diterajui oleh Dato' Syed Sobri kini diambil alih oleh Hj. Radzuan b. Alias merupakan seorang ahli perniagaan di Sungai Petani sebagai CEO baru. Persoalannya mengapa Hj Radzuan dipilih sedangkan beliau mempunyai perniagaan sendiri?. Apakah ini tidak menggangu perjalanan perniagaan dan lebih pentingkan Seri Temin Development?

Setelah berjaya menguasai Seri Temin Development Hj. Radzuan mengorak langkah memasuki keluarga menerajui GLC ini. Tak sampai setahun jagong menerajui beliau berjaya memiliki sebuah kereta mewah BMW. Bagaimana dengan perniagaan Hj Radzuan sendiri sedangkan kita lihat Seri Temin Development kini sedang menghadapi krisis sedangkan perniagaan Hj. Radzuan kian berkembang?. Desas desus khabar angin bertiup kencang menyatakan Hj. Radzuan telah mempergunakan Seri Temin Development bagi kepentingan perniagaannya.

Mengapa keadaan harus begitu sedangkan Seri Temin sebuah perniagaan gergasi diwaktu BN memerintah. Kini ianya berada dalam keadaan gawat. Sedangkan CEOnya penuh bergaya dan mendapat limpah ruah hasil daripada Seri Temin termasuk beradiknya. Apakah ianya merupakah sebuah perniagaan keluarga seperti diamalkan oleh Nik Aziz di Kelantan?

Amatl rugilah jika sebuah Syarikat yang utuh semasa BN dahulu kini menjadi kalut serta bertambah runcing. Kini tiada ada lagi harga seorang bergelar haji kerana ianya akan gelap mata apabila berhadapan dengan wang dan mempunyai kuasa. Amat kecewa kerana Hj.Radzuan mengambil ipar turut serta menerajui kuasa utama dalam Seri Temin. Apakah ini tidak bercanggah dengan prinsip sebuah Syarikat Perniagaan GLC milik rakyat Kedah. Sepatutnya beliau harus terbuka kerana ianya bukan hak Kerajaan PAS dan Hakmilik Haji Radzuan kerana itu adalah amanah dan hak rakyat Kedah.

Iniulah akibat jika MB Kedah selalu lena dan cukup mudah mengendalikan amanah rakyat dengan tidak mengambil peduli dan jika ditanya jawapannya mudan TAK TAU... mungkin kini beliau berkuasa dan bermaharalela tetapi ingat semua itu akan dipersoalkan dan ditentukan oleh Allah SWT nanti.

Tanpa Nama berkata...

aku dah cap puak pas ni munafik..sampai bila2.
kemaghau sakan di kedah lani...
la bukan oghang dok kisah pasai bah dikedah..
oghang dok kigha pasai kemaghau...lagu mana nak buat ni...pokok2 moktan yang nak mula keluarq bunga tu mula kunin daun.
pokok dukong tu ada yg nak mampuih..
depa baghu nak hulorq bantuan ayiarq bah...
puak2 munafik oiii.....buat kegheja tu biarq la ikut chagha islam...
haghi ahad kemaghin pi pekan nat kat NAMI..ghega cabai melaka kampong sepighin 3 ghinggit..
mampoih aih..depa habarq sekeghap mahai...cabai pun mahai..
apa kena mengena cabai dengan sekeghap?.

paklongchin

Pakteh berkata...

Paklongchin

Cara nak atasi harga cabai cukup mudah. Kalau dikampung lagi mudah. Kalu kot NAMI tu...belakang rumah pun tanah kosong tebiaq belambak. Cabai spesis yang mudah hidup. Pakteh tanam dalam plastik nugget 1kg pun dah tak perlu beli lagi cabai.
Apa lagi kalau ada tanah tepi tangga, tepi jamban, tepi dinding rumah...tanam ja cabai..cabai melaka lagi mudah idup. Sepokok bulih makan berbulan...tanam la 5 pokok...jiran bulih tumpang.

Harga getah akan semakin naik sejajar dengan kenaikan harga minyak dunia.

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Puak ni guna nama Islam untuk kepentingan diri dan parti. Kita memang benci dengan gejala ini. Cukuplah setakat benci dan tak mau pangkah PAS lagi.

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Saya amat sedih apabila Syarikat GLC Seri Temin mengelami masalah dan sedang gawat akibat ketamakan CEOnya yang gila kuasa dan wang. Kesedihan paling ketara apabila Seri Temin pada asalnya hanya pada nama dan telah dibangunkan oleh BN iaitu CEO pada masa itu Dato' Syed Sobri Syed Hashim sehingga gah dimata dunia.

Ketika itu berbagai tohmahan PAS leparkan dan bermacam fragam cacian serta maki seranah mereka lemparkan kepada CEO Seri Temin. tetapi ianya Gah dan hebat. Seperti sedia maklum Hj Radzuan bin Alias seorang peniaga dan mempunyai perniagaan sendiri dan merupakan seorang yang dipuja oleh PAS. Saya amat setuju dengan saudara di atas iaitu berkaiatan Hj.Radzuan dipilih menerajui CEO Seri Temin.

Seri temin yang diserahkan oleh BN amat kukuh dan teguh berdiri dengan bekalan kewangan yang amat selesa dan berprofil tinggi. Daripada tidak dikenali bahkan dinaikkan sebagai Syarikat gergasi ulung. Tak sampai 3 bulan Haji Radzuan jadi CEO Seri Temin dia mula mengorak langkah dengan berjaya memiliki kereta berjenama mewah BMW. Beliau juga membawa masuk adik ipar sebagai ketua dan diberi peranan penting dalam Seri Temin.

Kini Seri Temin agak gawat sedangkan syarikat beliau bertambah kukuh dan bertambah besar. Persoalannya macammana dia boleh uruskan 2 perniagaan dalam satu peranan dan tugas. Mengapa Seri Temin yang gagah dan perkara boleh merundum dan syarikat perniagaan yang lemah menjadi gagah dan perkasa?. Desas desus serta tiupan angin mmbisikkan bahawa beliau telah memulakan langkah dengan mengeksploitasi Seri Temin mengalir kedalam syarikat perniagaannya.

Dimana ikrar dan janji PAS selama ini berpandu pada Quran dan Al-Hadis. Adakah ianya sendiawara dan mainan manis mendapat habuan. Beliau tidak harus lupa bahawa Seri Temin adalah hakmilik serta amanah rakyat Kedah dan bukannya hak mereka untuk beroleh kesenangan dan mengecapi kemewahan serta kesoronakan duniawi. Nampaknya golongan PAS kini bertambah tamak dan mabuk dun duniawi serta hilang pertimbangan hargai diri.

Ingatlah laknat Allah amat dasyat dan amat trajis sekali. Malangnya kita lihat profil Pengerusi Seri Temin diterajui oleh MB yang serba kekurangan dan amat dhoih sekali ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan dan ilmu pentadbiran. Beliau mendapat puluhan ribu ringgit daripada elaun Seri temin. Oleh itu jika tanya beliau akan jawab TAK TAU.... menagapa TAK Tau sebab dia sentiasa tidur sebab itu mudah CEOnya menjalankan peranan. Apa yang Pengerusi tahu iaitu perempuan?.

Manusia cakap tak serupa bikin dulu semuanya haram bila dapat kepada mereka semuanya halal dan barakah. Apakah ini layak dipamggil pemerintah islam? jawapannya sama dengan LGE keturunan Yahudi dan Komunis.

Tanpa Nama berkata...

Penulis yang menamakan diri pakteh,

kalau nak tulis dalam blog pun jgn la bagi nampak yang kita ni bodoh piang..ADUN pas ka di Bukit Kayu Hitam tu...hang tak tau pa2 hang dok diam sudah la...ni la org tua2 dok kata "bodoh tapi belagak pandai"..

yang bawa keluaq surat panggil terima bantuan tu MKN melalui Umno Bahagian...majlis penyerahan oleh Dato Johari Baharom...Umno Bahagian mmg rancang time tu(22 & 23 Feb utk DUN Jitra, 24 Feb utk DUn Bukit Kayu Hitam)...majlis sebelah pagi ...muhyiddin mai sebelah petang..apa yang tak betui!!!buat hari tu sb kebetulan Datok Jo balik kawasan sempena lawatan Muhyiddin..

bodoh punya penulis ni...cakap ikut sedap mulut...hang tu la buat gheja tak ikut islam pasai buat fitnah...BODOH!!!

Mat Kiram Junior

Tanpa Nama berkata...

Di dalam Al Qur’an surat Al Baqoroh (2) ayat 191 tercantum kalimat “Wal fitnatu asyaddu minal qotli….” yang artinya “Dan fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan..”. Imam Ibnu Katsir menjelaskan, bahwa Imam Abul ‘Aliyah, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah, Al Hasan, Qotadah, Ad Dhohak, dan Rabi’ ibn Anas mengartikan “Fitnah” ini dengan makna “Syirik”. Jadi Syirik itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan.

Ayat tersebut turun berkaitan dengan haramnya membunuh di Masjidil Haram, namun hal tersebut diijinkan bagi Rasulullah saw manakala beliau memerangi kemusyrikan yang ada di sana. Sebagaimana diketahui, di Baitullah saat Rasulullah saw diutus terdapat ratusan berhala besar dan kecil. Rasulullah diutus untuk menghancurkan semuanya itu. Puncaknya adalah saat Fathu Makkah, dimana Rasulullah saw mengerahkan seluruh pasukan muslimin untuk memerangi orang-orang musyrik yang ada di Makkah.

Kemudian juga di surat Al Baqoroh (2) ayat 217, disebutkan “Wal fitnatu akbaru minal qotli…” yang artinya “Fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan..”. Ayat ini turun ketika ada seorang musyrik yang dibunuh oleh muslimin di bulan haram, yakni Rajab. Muslimin menyangka saat itu masih bulan Jumadil Akhir. Sebagaimana diketahui, adalah haram atau dilarang seseorang itu membunuh dan berperang di bulan haram, yakni bulan Rajab, Dzulqo’dah, Dzulhijjah dan Muharram.

Melihat salah seorang kawan mereka dibunuh, kaum musyrikin memprotes dan mendakwakan bahwa Muhammad telah menodai bulan haram. Maka turunlah ayat yang menjelaskan bahwa kemusyrikan dan kekafiran penduduk Makkah yang menyebabkan mereka mengusir muslimin dan menghalangi muslimin untuk beribadah di Baitullah itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan yang dilakukan oleh orang-orang beriman.
Ps/: renung2kan lah. tak perlu menjaja 1 dunia, apa yg benar & yg salah akn diketahui jika bkan di dnia, insyallah di akhirat. tuhan itu maha adil. allahuakbar :)

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates