Isnin, 7 Februari 2011

Cakap Hebat tapi tindakan Yelllleek.

Kedah Times memohon maaf kerana sudah beberapa hari tidak update blog ini. Nasib baik saudara Sobri Sudin ada menghantar beberapa entri menghantam PAS. Di nota kaki beliau minta maaf kerana entri nya tidak berilmiah. Walaubagaimanapun Kedah Times mengucapkan berbanyak terimakasih kepada beliau kerana sudi menghantar entri yang berjaya menghidupkan Kedah Times.

Kepada pelawat-pelawat jangan terus lupa kepada Kedah Times kerana banyak lagi yang bakal ditulis. Cuma masa yang agak terhad membuatkan Kedah Times kurang berposting. InsyaAllah, Kedah Times akan sedaya upaya update blog ini selagi mampu.

Hari Sabtu, penulis menghadiri kenduri guru agama penulis. Guru yang sekian minggu mengajar penulis feqah/tauhid/usuludin. Jadi penulis bertekad untuk berada disana beberapa hari untuk membantu. Sempat penulis berjumpa PelantaqHujah dan YB Tajudin disana.

Apa yang menarik perhatian penulis ialah kehadiran ADUN Jeneri, Cikgu YA. Beliau seolah-olah tidak dikenali oleh kebanyakan rakyat sekitar DUN Jeneri. 

Penulis hanya menyedari kehadiran beliau apabila melihat beliau sedang makan di khemah memasak yang mana dikawal rapi oleh pokka-pokka hijau pekat PAS. Beliau hanya datang bersalam dengan kumpulan kami setelah suara-suara sumbang mengatakan yang beliau tidak berjiwa rakyat, datang kenduri terus makan sebelum sempat bertanya kepada pekerja-pekerja samada mereka sudah makan atau belum.

Begitulah ADUN pilihan PAS yang hanya makan kenduri dan melawat orang mati kerjanya. Elaun ADUN disapu tapi sumbangan amat tidak nampak.

Next day pula ada kebakaran rumah warga emas yang tinggal berseorangan bersebelahan dengan rumah kenduri. Penulis kesana beberapa kali tetapi tak nampak muka ADUN Jeneri. 

Apakah kerana warga emas tak diketahui pendirian partinya, maka tiada usaha-usaha untuk membawa beliau datang melawat? Mungkin takut kena kerja lebih atau keluar duit poket untuk sumbangan peribadi?

Yang menariknya Ketua Bahagian UMNO Sik bersama Ketua Puteri Kedah sempat meluang masa untuk melawat dan melakukan sesuatu untuk melegakan warga emas dan waris-warisnya.

Jika inilah gaya pemimpin-pemimpin UMNO yang sanggup berubah, Kedah boleh diambil kembali.

Untuk ADUN Jeneri, adioss. Penulis mempunyai ramai kenalan di Jeneri serta rangkaian adik beradik yang agak besar, jika khidmat yang diberi hanya setakat makan kenduri atau melawat orang mati. Maka anda adalah sangat GAGAL dalam menunaikan tanggungjawab anda. Begitu juga dengan Ahli Parlimen Sik. Kemanakah anda?

Wahai penduduk Jeneri dan Sik, buanglah PAS pada PRU13 nanti. Tiada apa yang mereka lakukan kecuali bercakap besar dan derassssssssss.

Kepada UMNO SIk, ayuh kita gerakkan Gelombang Merah Berani berubah. Ubah ... ubah... mari kita ubah.

Ingatan kepada Pemuda dan Puteri .... Jangan asyik tidur bangkit sayupp. Nanti ketinggalan keretapi .. 

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

Memang benar sekali apa yang tuan katakan. mereka hanya pandai cakap dan berceramah serta merosakkan kesatuan ummah. Islam hanya dimulut dan dikopiah mereka bukannya amalan indah sebagai seorang Islam. kawasan saya pun PAS punya. YB dia tu pun ada sangkut dengan saya. tapi batang hidungpun tak pernah nampak. yang banyak poster ceramah dan banner dia. hanya dengar cerita bila balik ceramah saja.

non ulu sik berkata...

Cerita UMNO Sik cantik nampak diatas permukaan air sahaja.Bawah permukaan air lain ceritanya pula.he he he he jangan tersentoh hati noo.

Syburi Times berkata...

Sdra Non ulu Sik, penulis cukup matang dan faham keaddan politik Sik. Mungkin kita biarkan Pak Teh komen dlm blog beliau BETOIKA.

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Kepada saudara Sobri Sudin tahniah diucapkan. Jika beginilah alamatnya UMNO akan kembali meneraju Kedah. Diatas signifikan yang dimainkan oleh saudara banyak maklumat dan fakta samada ianya auta atau fakta haruslah kematangan kerana ianya tidak akan selalunya selari dengan kehendak sanubari dan naluri seseorang itu. Tetapi ianya boleh dijadikan satu kayu pengukur untuk mendapatkan respon bagi menambahbaiknya.

Hakikatnya selagi bernama manusia yang kerdil ianya tidak akan dapat lari daripada mengikut hawa nafsu dan kehendak hati dan hanya boleh diimbangi dengan keikhlsan hati dan ketakwaan iman. Secara logiknya ianya banyak memberi manafaat dan sebagai pedoman untuk melicinkan perjalanan wadah perjuangan yang belum selesai dan tiada noktah titik pengkhiran selagi ianya belum kiamat selagi itulah perjuangan UMNO harus diteruskan samada ianya paling disukai, disukai, terpaksa disukai hakikatnya UMNO harus diperjuangan untuk memertabatkan bangsa, negara dan agama.

Secara totalnya untuk memenuhi semua kehendak ahlinya adalah mustahil untuk dihajati sedangkan gigi dan lidah lagi tergigit inikan pula manusia yang mempunyai berbagai hala tuju dan gtujuan agenda masing-masing. Secara terus terang bila saya berkunung ke daerah padang Terap satu kejutan dimanakan kemuafakan telah tercapai secara fizikalnya dimana Dato Dir, dato Syed dan Dato Li boleh satukan team ini menandakan satu penanda aras dimana UMNO akan kembali menjadi kuat.

Tetapi haruslah mereka bertunjangkan permuafakatan ini dengan hati yang syumul dan tanpa kerelaan dan terbit dari hati naluri demi perjuangan bangsa, agama dan negara hendaknya. Paling efisien sekiranya terjemahan ini seperti yang dikata dan dikota maka tak mustahil PRU 13 Daerah Padang Terap semuanya kembali kepada UMNO.

Sebagai manusia yang kerdil tidak dapat lari daripada hawa nafsu dan sifat cemburu dan hasad dengki. Justeru itu ianya harus imbangkan dengan Iman, Islam dan Ehsan agar ianya akan disemadikan dalam jasad dan jiwa serta dicucuri cahaya pentujuk hidayah Allah SWT dan dimenterikan dengan penuh tawaduk.

Apapun UMNO untuk semua.

Tanpa Nama berkata...

5hb sabtu lepas di padang sanai...keluarga aku buat kenuri kawen gak...
TOK LI mai hari khamis pagi minta maaf tak dapat hadzir pada 5hb kerana ada urusan di suatu tempat..
mai juga dia walau pun sat.
hari kenuri pulak...TOK DET dan beberapa orang kuat bumno pun mai.
sebelah petang SYED SOBRI juga mai..
nasib SYED SOBRI agak malang pasai ramai dok tunggu dia habih makan..
macam2 orang kampong cakap,dah macam kempen pru pula petang tu.
ok juga lagu tu...sekurangnya dia sedia jumpa dan dengar masaalah orang kampong.
satu persoalan....pasai pa ahli parlimen padang terap tak mai..
istimewa sangat ka orang2 pas ni.

Tanpa Nama berkata...

Ari tu, 5/2/11, Tok Det sampai juga di rumah kenduri AJK bhg SP. Bagus la jugak pakat-pakat pi kenduri...sambil menyelam, minum ayaq

Tanpa Nama berkata...

Walaupon saya orang Kedah tapi dah hampir 25 tahun tinggal di KL dan kini tinggal di luar negara. Namun begitu saya masih mengambil berat tentang keadaan di Kedah dan sangat kecewa apabila Kedah ditakluk PAS pada PRU lepas. Baru2 ni saya tanya pendapat adik saya tentang pemerintahan PAS di Kedah dan dia kata PAS lbh baik dari Umno dulu. BN kalah di Kedah sebab UMNO tak buat kerja, makan duit raykat dan punca utama rakyat Kedah tolak UMNO ialah kerana x-MB ada affair dgn isteri org. Betulka cerita ni? UMNO masih ada masa utk bekerja keras sbg persiapan utk PRU13. Dengar la rintihan & rungutan dari rakyat, mana yg tak kena, cuba perbetulkan kesilapan dulu. Di bawah Datuk Bashah & Dato' Mukhriz, saya doakan agar UMNO dapat ambek balik Kedah dari PAS.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates