Khamis, 10 Februari 2011

Desak Letak jawatan atau minta bangun dari Lena?

Demo yang diadakan di depan Pejabat UMNO Kedah pada tahun lepas adalah bertujuan mendesak agar UMNO Negeri Kedah bangun dari tidur Lena mereka. Banyak isu-isu kepincangan kerajaan negeri pimpinan PAS yang perlu diberitahu kepada rakyat.

Kumpulan ini menggelarkan diri mereka sebagai 'Badan Bertindak Selamatkan Kedah'. Tujuan sebenar mereka ialah untuk mengajak UMNO kedah menyelamatkan Kedah yang sudah hampir menjadi Kedah Sdn Bhd yang diketua oleh DS Azizan Razak. 

Tetapi seorang ketua sayap kanan telah terasa pedasnya sehingga terpaksa membuat statement dalam media perdana. Jika kerja elok dan baik kenapa perlu terasa? JIka tidak lagi mampu menerajui Pemuda UMNO Kedah, kenapa tidak letak jawatan? Jika Kedah sangat penting unutuk UMNO, kenapa terhegeh-hegeh bersama Azeez ke Australia? 

Memang benarlah apa yang dikatakan Badan Bertindak tersebut yang Ketua Pemuda Kedah amat GAGAL dalam melaksanakan tugas beliau sebagai Ketua Pemuda. Pemuda perlu memperkukuhkan barisan mereka dahulu sebelum menjuarai apa-apa isu luar Kedah.

Kedah Times berpesan kepada BadrulHisham agar jangan hanya menjadi pak turut, sebaliknya jadilah ketua dalam menjuarai sesuatu isu. Jangan hanya menumpang program orang sebaliknya buatlah program sendiri. 
UMNO hanya boleh terbang dengan gagah kalau kedua-dua sayapnya berfungsi dengan baik. Jika sayap kanan longlai, bagaimana nak terbang?

Kedah Times menyeru Pemuda supaya bangun dengan gagah membuktikan yang mereka kuat dan dapat menyumbang kepada UMNO. Bangunlah Pemuda .... harapan UMNO.

Ketua Pemuda Umno Kedah Badrolhisham Hashim hari ini meluahkan rasa terkilan serta terkejut dengan tindakan sekumpulan individu, yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Badan Bertindak Selamatkan Kedah’, mendesaknya meletakkan jawatan baru-baru ini.

Badrolhisham berkata, walaupun beliau sangat terbuka dalam menerima teguran serta kritikan, namun tindakan yang dilakukan kumpulan itu menunjukkan seolah-olah mereka parti pembangkang, dan beliau tidak akan berdiam diri.

“Dalam politik, tidak semua orang akan menyukai kita, tindakan yang dibuat oleh mereka tidak melemahkan saya kerana saya mendapat sokongan di semua bahagian.

“Tetapi saya berharap agar kumpulan individu itu jangan cuba mengucar-ngacirkan apa yang telah kita ada, kita tidak mahu parti bermasalah disebabkan orang-orang seperti ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Umno Kedah di Alor Setar.

Beliau berkata perkara itu akan dibangkitkan pada mesyuarat pengurusan parti agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

Khamis lepas, kumpulan itu, yang diketuai pengerusinya Sobri Sudin, telah menghantar satu memorandum kepada Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kedah Tahir Md Zain, bagi mendesak Badrolhisham melepaskan jawatan.

Desakan itu dibuat kerana mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan Badrolhisham yang didakwa gagal mengemudi pergerakan Pemuda Umno Kedah dengan berkesan. -bernama

2 comments:

hisham berkata...

ini dia penyakit umno kedah.
lepas ni mulalah lobi sana sini...
pijak sana sini..
aku ahli biasa umno...
aku nak tengok dan cabar pemuda umno kedah buat kerja.
toksah berlagak dapat sokongan sana sini.
buatlah perancangan...mulakan gerak kerja...
masuk kampong pendalaman,dekati masyarakat..bantu dan cuba selesaikan atau dengar segala masaalah mereka.
takat buat program syok sendiri antara pemuda tak ada faedah.
pengundi2 di kampong tak minat dengan program yang tak mendatangkan faedah pada mereka.

orang2 kampong nak lihat budi yang dicurahkan bukan janji2 kosong.

anak sg kob berkata...

Sdr Sobri.Macamana pemuda nak hebat dan perkasa kalau pemuda umno dah makin pupus dari sehari ke sehari.Mesyuarat pemuda pun macam mesyuarat kacang puteh.Pemuda cawangan pula sampai mesyuarat kat kedau kopi,belakang jubok kereta,dalam gelap di kebun kelapa sawit.Pemuda tak berani berhujah secara dua hala.Mesyuarat perwakilan di halangan dari bercakap dan memberi pendapat.Jurucakap sudah di susun supaya bercakap bodek dan ampu.Segala nanah dan anai-anai disorok.Agar jangan pecah.Inikah pemuda berani atau pengecut.Budaya kerja dah lembek dalam pemuda.Demokrasi dan mati.Jangan harap orang akan hormati pemuda.Kalau bersikap begini.Peojek dan perut senriri diutamakan dari asas perjuangan umno.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates