Selasa, 8 Februari 2011

Gobala : Kemanakah Beliau selepas ini?

Padang Serai, Kedah adalah kawasan Parlimen yang agak 'hot' di Kedah. Dulu sentiasa dimenangi BN tapi pada PRU12 Padang Serai di rampas oleh PKR dengan calon sensasinya Gobalakrisnan. Calon pelbagai aksi lakonan samada di atas pentas, jalan atau dimana saja, beliau mrupakan pelakon terbaik PKR.

Dulu Anwar Ibrahim adalah idola beliau dan beliau sanggup melakukan apa saja untuk Anwar hatta tidur dihadapan kereta kebal demi mempertahankan Reformasi Anwar.


Kini semua sudah berakhir. Beliau sudah keluar dari PKR dan tanpa parti. Beliau sekarang ini merupakan penyokong kuat Zaid Ibrahim yang menerajui KITA. Apakah beliau bakal diterima ke dalam KITA? Kita tunggu dan lihat.

Tetapi jika menurut kehendak pengundi Gobala pada PRU12 yang lalu yang rata-ratanya penyokong PAS, beliau perlu meletak jawatan sebagai MP Padang Serai

Satu demo telah dianjurkan oleh PAS di depan pejabat beliau menuntut beliau mengosongkan kerusi Padang Serai supaya MP dapat dipilih semula. Kalau dulu Gobala lah paling ke hadapan jika  berdemo, apa kata beliau kali ini? Baling bila ke tembok, lantun hantam kepada sendiri agaknya . . .
Kedah Times setuju dengan pengikut PAS supaya Gobala letak jawatan. Dulu Gobala ada landasan perjuangan, tapi kita beliau sudah tiada apa-apa. Mungkin tidak lama lagi jawatan ahli Lembaga Pengarah KTPC bakal ditarik balik oleh kerajaan PR Kedah.

Jika Gobala membuat keputusan untuk berundur, apakah UMNO Padang Serai yang dikatakan bergolak bersedia mengemudi BN untuk menawan kembali Padang Serai? 

Walaubagaimanapun, Malaysia akan kehilangan seorang pelakon ala MGR yang hebat jika beliau berundur dari menjadi MP Padang Serai. Pelakon jalanan yang bakal membuatkan seri politik jalanan akan lenyap. Meninggalkan Anwar seorang diri ....

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

UMNO Padang Serai pun sedang cukop panas hari ini dengan pelbagai cerita kepimpinan UMNo nya dan cukop serabut.Aku nampak tak ada harapan untok BN nak tawan Parlimen Padang Serai kalau kepimpinan UMNo,MCA,MIC dan komponen yang ada.Cerita UMNO Padang Serai sahaja pun dah cukop terok.Gobala punya cerita hanyalah macam kacang puteh sahaja.Padng Serai dah jadi padang pasir.

PU3 Sg Badak berkata...

Dengar cerita terbaru dah ramai ahli dan ketua cawangan beralih memberi sokongan pada halim bas kerana mereka dah hilang kehormatan pada Rahman Ketua bahagian.Gobala dah lama berkawan dgn halim bas.Parliem Pdng Serai jaweap dia susah dan gelap.UMNO padang serai bergaduh bagi puas.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates