Isnin, 14 Februari 2011

Hang Undi UMNO, Kita Bukan Suami Isteri Lagi..

Pada hari ini memang ramai ahli-ahli PAS yang tidak begitu aktif dan yang sekadar suka-suka menyertainya sudah mula berasa jemu dengan PAS. Bagi yang pernah menjadi ahli tegar, perubahan perjuangan yang sedang besar-besaran berlaku bilamana PAS hari ini membenarkan berkongsi kuasa dengan orang kafir telah mula membuat mereka tidak dapat mematah hujah parti Melayu yang lain. Lebih parah bilamana PKR yang terang nyata membawa Anwar yang satu ketika dahulu dibenci juga menjadi salah satu faktor menyebabkan PAS sudah hilang sokongan.

Ramai ahli-ahlinya yang dulunya menyebelahi parti ini sudah mula kembali menyokong UMNO. Namun agak menyedihkan bilamana mereka secara sulit telah bertemu dengan ramai cerdik pandai untuk bertanyakan tentang sesuatu perkara yang sangat membelengu mereka. Apatah perkara-perkara ini berkait dnegan hukum agama. Dan sekiranya bertanya maka akan rugilah agama, bangsa dan negara pada PRU13 yang akan datang.

Kita semua sedia maklum bahawa undi kaum Cina sudah tidak akan berpatah kepada BN. Jika ini berlaku maka tidak mustahil, Melayu bukan lagi dapat memerintah negara ini yang dulunya bergelar Tanah Melayu.

Dan apakah yang membelengu mereka?

Bai'ah.

1) Undi UMNO jadi kafir
2) Undi UMNO Jatuh Talak 3

Maka di sini, apakah yang mampu kita lakukan demi menyelesaikan kemelut pertimbangan mereka? Jangan kita berkata ianya perkara biasa kerana undi mereka juga sangat penting. Undi tersebut bukan untuk suka-suka tetapi undi tersebut adalah yang bakal menentukan masa depan agama, bangsa dan negara.

Saya berpendapat, wajar di adakan satu penerangan khas secara besar-besaran untuk mendedahkan isu ini supaya ianya sampai kepada seluruh masyarakat Islam terutamanya luar bandar.
Perkara bai'ah yang dilakukan atas nama politik ini amat-amat berbahaya kepada masyarakat sejagat.

Ramai di luar sana memerlukan pertolongan dalam mencari penyelesaian ke atas isu ini.

Pertama, adakah akan keluar menjadi kafir sekiranya mengundi orang melayu yang partinya UMNO?

Kedua, undi yang dilakukan adalah rahsia diri kita sendiri. Belenggu ini akan terus bermain dalam diri mereka.

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Itulah bidalan orang-orang tua terlajak perahu boleh diundur tetapi bila terlajak kata-kata akan rosaklah segala. Allah maha adil dan pengampun. Berjanji untuk melakukan kebaikan akan diberikan pahala. Tetapi jika berjanji untuk kejahatan tidak dikirakan dosa sehinggalah kejahatan tersebut dilakukan. Baiah untuk kebaikan diizinkan tetapi baiah untuk putuskan silatulrahim sesama Islam adalah kejam dan zalim. Elok ditinggalkan semoga mendapat keampunan. Biarlah dosanya ditanggong oleh orang yang menyuruh membuat kejam dan zalim tersebut. Selemah-lemah iman adalah mereka yang mempunyai perasaan benci pada kejahatan. Jika berkuasa gunakanlah tangan, penyokong dan pengundi mempunyai kuasa tunjukkanlah kuasa anda semasa mengundi nanti. Fikir-fikirkanlah.

Melayu Lunas berkata...

Lagi pun PAS sudah tidak membangun bersama Islam.PAS membangun bersama DAP.Depa ingat DAP nak sokong negara Islam PAS.Itulah maknanya PAS jual dan lelong agama.

Tanpa Nama berkata...

Salam

Marilah perbanyakkan selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan Keluarga Baginda serta Sahabat baginda.

Islam itu indah dan bukanya barangan jualan seperti PAS dan menjadi seperti satu barangan pelaris dan pemikat kepada rakyat jahil dan pekaian islam sebagai sendiwara. Jadikanlah Islam itu sebenar-benar ikutan yang sebenarnya-benarnya dan amat malanglah PAS menjadikan pakaian cara islam secara fizikal dan bukannya pakaian sebagai perisai maka banyaklah golongan bertudung ditangkap berkhalwat mengikut fahaman PAS.

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera

Saya bersimpati atas nasib menimpa sebuah cawangan JKKKP di DUN Pedu. Mereka mengadakan mesyuarat sepertimana yang dimaklumkan oleh Pegawai Kemajuan Wilayah Kedah KEDA yang memberi ceramah kepada wanita dan ditemani pegawai KEDA Zon 2 Padang Terap. katanya buatlah mesyuarat dan minit mesyuarat ikut kepandaiaan masing2.

Yang menjadi tandatanya minit mesyuarat yang dihantar kepada KEDA Zon 2 Kuala Nerang diabaikan dan tidak dihantar kepada Ibu Pejabat KEDA Alor Setar. Anehnya Kampung yang berdekatan membuat minit mesyuarat mengikut formatnya yang sama sudah dihantar ke Alor Setar dan diambil tindakan. Justeru itu setelah AJK ambil tindakan menyiasat dan menelefon kepada KEDA Kuala Nerang mengatakan ianya sudah dihantar ke Alor Setar. Setelah diselidik di Alor Setar akhirnya mendapati bahawa Minit mesyuarat tersebut terperat di KEDA Zon 2 Kuala Nerang.

Persoalanya menagapa ianya jadi begini ?. Sedangkan rakyat telah melaksanakan tanggungjawabnya dan amanah yang terdapat dalam minit mesyuarat tersebut tiada kesampaian akibat tidak amanah dan kejujuran Pegawai KEDA di Zon 2 Kuala Nerang. Hakikat inilah double standard dan kerenah birokrasi yang harus dikikiskan dan diambil tindakan yang serius keatas pegawai yag tidak menjalankan amanah rakyat ini.

Justeru itu KETUA UMNO BAHAGIAN PADANG TERAP HARUS pandang berat hal ini dan PIHAK PENGURUSAN KEDA harus ambil tindakan dan jangan pandang sebelah mata kerana ini melibatkan maruah, harga diri, pegorbanan rakyat serta rakyat dipermainkan dan diperbodohkan oleh pegawai yang tidak bertolorensi dan menjalankan amanah yang dijanjikan.

Inilah padanya jika Kerajaan mempunyai penjawat Awam yang suka kianat dan belot serta menyalahgunakan kuasa. Paling mengecewakan dan mencemarkan kesucian islam bahawa Pegawai yang diamanahkan itu bergelar Haji. Persoalanya "APAKAH GAJI YANG DIBERIKAN KEPADANYA UNTUK TANGGUNGJWAB ITU DILAKSANAKAN SEBAIK-BAIKNYA MENGIKUT FAIL MEJA YANG DITETAPKAN"

PERSOALAN KEDUA " APAKAH HAJI INI TELAH MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEPERTI IKRAR DALAM AKU JANJI YANG DISUMPAHKAN DIHADAPAN PEGAWAI ATASAN DILAKSANAKAN".

Inilah dia yang menjadikan BN atau UMNO dimarahi dan akhirnya pimpinan UMNO dan BN yang menjadi sasaran akibat kebiadapan dan ketidakcekapan pegawai tersebut.

Tanpa Nama berkata...

TUAN. KATA SAJA KAT DEPA. TAKKAN JADI KAFIR KALAU SETIAP HARI KITA BERSOLAT. SEBAB SETIAP SOLAT KITA BERSYAHADAH. YANG AKAN JADI KAFIR ADALAH SIPENUDUH ITU JIKA MEREKA KEKAL BERKATA BAHAWA ORANG YANG DITUDUH ITU KAFIR SEDANGKAN ORANG YANG DITUDUH BERSOLAT DAN BERSYAHADAH SETIAP HARI. JADI SIAPA SEBENARNYA KAFIR TANPA SEDAR. SEBAB TU RAMAI PUAK NI YANG BERPERANGAI DAN BERAKHLAK BURUK DAN HODOH WALAUPUN MEREKA BERKOPIAH PUTIH DAN BERJUBAH (TOK-TOK ARAB TENGOK BOLA PUN PAKAI JUBAH). SEDANGKAN RASULLULLAH DAH BAGI TAU BAHAWA ORANG BERIMAN ITU AKAN BERAKHLAK MULIA. SINARAN IMAN ITU SEBENARNYA TERPANCAR PADA AKHLAK MULIA. KATA KAT DEPA BERAPA RAMAI PEMIMPIN UMNO YANG DIJEMPUT ALLAH PADA HARI MULIA JUMAAT. BUKANKAH ITU LAMBANG KEMULIAAN. KATA KAT DEPA KALAU UNDI UMNO ITU KAFIR (SEDANGKAN ORANG UMNO BERSOLAT JUGAK SEPERTI ORANG PAS) APA HALNYA ORANG PAS YANG PANGKAH ORANG DAP DAN PKR TERTENTU YANG TERANG-TERANG TAK PERNAH SOLAT? APAKAH MEREKA BERANI MENGATAKAN ORANG PAS YANG PANGKAH GOLONGAN INI JUGA AKAN KAFIR KERANA MEMANGKAH ORANG YANG TAK PERNAH BERSYAHADAH PUN? INILAH HUJJAH MUDAH SAYA SETIAP KALI BERCAKAP DENGAN PUAK HIJAU INI. MEREKA AKAN MARAH MERAH MUKA TAPI TAK MAMPU NAK BALAS. SUSAH NAK UBAH PEMIKIRAN MEREKA KERANA MEREKA TELAH DIASUH SEJAK KECIL UNTUK MEMBENCI UMNO. UMNO JAHAT WALAUPUN SEKELILING MEREKA DAN SEGALA NIKMAT YANG MEREKA TERIMA DAN GUNA SETIAP HARI ADALAH DIUSAHAKAN UMNO DENGAN KEIZINAN ALLAH. SEBAB ITU SEBAHAGIAN MEREKA SANGGUP KATA KALAU SESUATU ITU UMNO BUAT MEREKA KALIH KATA ITU REZEKI ALLAH TAPI KALAU PAS BAGI MAKA DIJAJALAH KATA PAS BAGI DAN LUPA PULAK NAK KATA ITU JUGAK ALLAH YANG BAGI. ITULAH MINDA YANG TELAH DIASUH. UMNO BINA MASJID DIKATA JAHAT TAPI PAS BUAT SIKIT BUMBUNG TEMPAT LETAK KERETA DIPUJA-PUJA BUKAN MAIN. ITULAH AJARAN MEREKA. TAPI HARUS INGAT DENGAN KEHENDAK ALLAH JUA RAMAI JUGA KELOMPOK INI TELAH DIUBAH DAN BERUBAH. KITA HARUS PERCAYA BAHAWA HATI MANUSIA HANYA ALLAH YANG TAHU DAN HANYA ALLAH BOLEH MEMBERI PETUNJUK DAN HIDAYAH. UMNO JANGAN GUSAR. YANG PENTING BUATLAH KEBAIKAN. BALASLAH KEJAHATAN MEREKA DENGAN KEBAIKAN. INSYALLAH ALLAH AKAN BANTU. CONTOH AMALAN INI SEDANG DITUNJUKKAN OLEH YAB PM SENDIRI. WALAUPUN DIA TAHU MESIR ITULAH LUBUK LAHIRNYA PEMIMPIN PAS YANG AKAN MENENTANG UMNO SUATU HARI NANTI TAPI DENGAN PENUH LUHUR DITOLONG JUGAK MEREKA ITU. BUKANKAH ITU MENDOKONG SUNNAH RASULULLAH. SEKIAN.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates