Jumaat, 25 Februari 2011

I Have a dream - Selingan

Mengungkap kata-kata Martin Luther King yang diungkapkan oleh Sobri Sudin disini ... I have a dream. 

Jadi Kedah Times has a dream ... semalam pun dok termimpi-mimpi. Apakah benar dan bakal menjadi kenyataan? Hanya Allah yang Maha Berkuasa dan Mengetahui.


Kedah Times mimpi yang Datuk Noh Omar jadi Menteri Dalam Negeri kerana beliau nampaknya lebih tegas dalam menjalankan sesuatu kerja. Lagipun beliau seorang peguam yang biasa dengan undang-undang negara. Mungkin Kedah Times mimpi sebegini kerana terlalu kecewa dengan sikap Menteri KDN sekarang. Menteri KDN sekarang bukannya melakukan kerja-kerja sebagai menteri KDN sebaliknya lebih kepada menteri penerangan ... lebih banyak Amaran dari tindakan.

Dan dalam mimpi juga Menteri KDN yang asyik memberi amaran ditukar kepada Menteri Pertahanan kerana sifatnya yang lebih bertahan. Tindakan tiada sebaliknya asyik dok buat statement defensive. Elok sangat kalau jadi Defense Minister.

Tak terkecuali juga seorang Timbalan Menteri yang menyeru seluruh rakyat Malaysia menjadi Berani Berubah dinaikkan pangkat menjadi Menteri penuh. Betul ka ni? Baguslah kalau beliau dinaikkan pangkat kerana beliau amat berjaya melakukan kerjanya sebagai Timbalan Menteri. Sepatutnya seseorang yang berwibawa dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh. Kenapa takut untuk naikkan pangkat beliau jika beliau perform dengan baik . .  XO lagi.

Tiba-tiba bertemu Menteri KDN dan dia terus ketuk kepala aku kerana kata kat dia Menteri Amaran. Puuuuh terkejut ... rupa-rupanya anak baling seluar dalam ke atas kepada aku yang sedang tidur. Terjaga aku dari lena dan mimpi.

Terfikir, benar ka mimpi aku ni. heheh

2 comments:

abuarif berkata...

Alhamdulillah semoga mimipi menjadi kenyataan,,,,MENTERI KDN sangat2 meresahkan orang melayu dan telah memberi negetif impak pada UMNO kerana sangat Lemah dan Takut,,,,,,,,Dato seri Najib cepat2 tukar atau suruh dia rehat macam JJ,,,,,,selama jadi MENTERI ,,,,,,tak ada yg membanggakan,,,,",Minta maaf Cium KRIS" adalah satu petunjuk,,,yg ianya tak berkeupayaan jadi PEMINPIN MELAYU masa depan,,,,,,salam.

jalak lenteng berkata...

Memang benar tu,mimpi penulis mmg kenyataan pun.Selama ini memang Dato Hisham nampak sangat pengecut,tak berani bersuara,play save.
Ada ka pulak,Hindraf yang dah di haramkan bole berani bersuara nak berdemonntrasi,suara menteri Dalam Negeri tak dengar lansung,apa dah jadi ni..
Dulu masa Tan Sri Musa Hasan baru pencen dia ada cakap,ada orang dok kacau dia menjalankan tugas..sapa lagi?...
Klu nak playsave pun,klu ada angan2 nak jadi PM jangan la sampai melayu akan hilang bisa di tanah sendiri.
Bangsa lain hina negara dan bangsa buat dunno saja,,org melayu cakap pekara benar kena tindakan dan warning,sbb di lebel racis...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates