Rabu, 16 Februari 2011

INFO : Ahmad Bashah Sahkan Rombakan Kecil Badan Perhubungan Umno Kedah

ALOR SETAR: Badan Perhubungan Umno Kedah akan dirombak bagi mengukuh dan memantapkan lagi badan itu berikutan pelantikan Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi yang baru.

Ketika mengesahkan rombakan kecil itu, Ahmad Bashah berkata Mukhriz akan melepaskan jawatan bendahari Umno Kedah pada mesyuarat kali kedua badan itu disini Sabtu ini.

Jawatan Ketua Penerangan yang disandang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan jawatan Datuk Othman Aziz sebagai setiausaha kerja dijangka tidak berubah.

Bagaimanapun setiausaha Datuk Ir Nawawi Ahmad dijangka dilantik sebagai bendahari yang baru menggantikan tempat Mukhriz dan tempatnya dijangka diisi oleh muka baru.

Ahmad Bashah dilantik menggantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal manakala Mukhriz mengambil tempat Ahmad Bashah berkuatkuasa 1 Januari lepas.

"Saya telah membincangkan perubahan itu dengan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa perjumpaan dengan ketua-ketua Umno bahagian seluruh negara di Kuala Lumpur Sabtu lepas.

"Kita mengambil pandangan Presiden. Saya fikir semua ketua-ketua bahagian telah faham kehendak beliau...tunggulah Saya akan umum perubahan tersebut Sabtu ini," kata Ahmad Bashah.

Katanya mesyuarat Sabtu ini juga akan membincangkan secara mendalam pesanan Presiden Umno yang antaranya membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan mengemaskan jentera parti.
Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang, beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu meraih majoriti lebih besar berdasarkan sikap pengundi sejak Najib menerajui kerajaan.

"Kepercayaan rakyat terhadap Najib juga boleh dilihat dengan sokongan rakyat terhadap Umno dan BN secara umum dan khususnya di Kedah. Kepercayaan rakyat inidapat dilihat melalui ucapan pemimpin-pemimpin pelbagai kaum selain mereka lebihrapat dengan BN masa kini," katanya. - BERNAMA

5 comments:

Sungguhka berkata...

Sepatutnya rombakan ini berlaku lebih awal lagi supaya gerakerja UMNO dapat bergerak dgn lebih pantas...

Untuk menyelamatkan Kedah, aku rasa rombakan yang paling ketara perlu dilakukan adalah pada tingkat 6.

Jamil Khair patut disingkir dari Ketua Penerangan kerana sepanjang beliau pegang, tak nampak apa-apa pun yang dia buat. Lagi pun masanya lebih banyak di Kuala Lumpur.

Tok Man tempat yang layak adalah Setiausaha UMNO bukannya Setiausaha Kerja. Sifat aggrasif beliau amat bersesuaian.

Tempat Bendahari tu agak pening sikit.....

Si Tanggang berkata...

Betoi la tu.Kepercayaan pada Dato Najib ada peningkatan.Yang masaalahnya rakya6 semakin meluat pada Ketua Bahagian sejak akhlir ini.Mereka bukan buat kerja.Kerja cantas sana sini.Jaga kroni.Double standard.Akhlak burok.Janji bohong.UMNO Kedah nak rombak lagi.Bagi tau sama Pemuda Kedah jangan dok lena Kerja tak buat.Hambat projek sahaja.Pada wanita pun serupa/Mak-mak ketua wanita pun lembab.Yang dko nampak majlis sesama mereka sahaja.Syok sendiri.PU3 entahlah.Lebih baik drp tak ada drp ada.Ketua Bahagain dok tunggu projek akan turun.Program tawan kuku pembangkang belum nampak.Yang ada program tawan kubu sendiri.Gah ramai-ramai berhimpun sesama sendiri.Kemudian syok sendiri.Banyak lagi sasaran umno yang tinggal dan tak peduli.UMNO Kedah dan bahagian dikedah ibarat juara liga bola sepak kampung sendiri.Sampai bilakah program bari bantuan gula kopi ,RM 50 ni nak buat.UMNO abaikan golongan cerdik pandai,profesional,pesara kerajaan.Orang lain dah laju kedepan.UMNO dikedah baru nak start enjin.Kalau begini UMNO Kedah masih mimpi lumba kuda diatas katil lagi nampaknya.Masa pun sudah tipis.Eloklah UMNO Kedah banyakkan taklimat dan mesyuarat daripada tawan kubu pembangkang.

Putera Gunong Jerai berkata...

Macamnan Dato Bashah.Lepas rombak ini boleh berubah kedepan ke atau berobah kebelakng juga.Aku sampai saat ini nampak gelap dengan pimpinan UMNO Kedah serta bahagian.Lebih teruk lagi UMNO Cawangan.Pimpinan Bahagain serta sayap tidak bergerak sepatutnya.Sobri Sudin kata LENA.Kalau Dato Bashah dudok dikedai kopi.restoran,cofee house,rumh kenduri orang komen negatif terhadap pemimpin UMNO.Mereka ini pengundi.Siapakah yg harus dipertanggung jawabkan untuk membetul minda mereka.Cukop kah Utusan Msia.Berita harian,RTM.Dato Basha kena turun sendiri jumpa rakyat.Dato Bashah bakal MB Kedah kalau UMNO/BN berkuasa nanti.Masa makin nak gelap Dato Bashah.Sekarang sedang berada di wakltu petang.Sempat kah lagi Dato........?

sungguhka berkata...

Kalau BN boleh ambil balik Kedah.......? Kirim salam la sikit. Macam ni punya gelagat UMNO Kedah jangan harap la nak menang....... kalah teruk lagi ada laaa.

Bagi aku, rombakan sepatutnya bukan sahaja di peringkat Perhubungan Negeri tetapi di Bahagia-bahagian harus diambil kira. Banyak bahagia-bahagian yang tunggang langgang, berpuak-puak, LENA, malas, segan, pahat, mengampu, mencari kesalahan, ugut mengugut, megadu domba, lebih tepat MACAM HAPRAK.

Kebelakang ni pula setelah WINABLE candidate Tenang menjadi pilihan Tok Najib, mula la Ketua Bahagian... bakal yang teringin jadi calon... perasan nama dicalonkan... bekas-bekas calon mula mengorak langkah turun padang mencari pengaruh. Nak tunjuk kata depa ni mesra rakyat la konon macam lipas kudung. Hakikatnya sebelum ini berpeluk tubuh dengan lagak sombong beranggapan aku ni dalam jawatankuasa bahagian mesti dipilih jadi calon.

Mampukah Tok Bashah merealisikan TRANSFORMASI yang dilaung-laungkan oleh Tok Najib.......? Sanggupkan beliau menghadapi tekanan, kekangan, sabotaj, desakan, pakatan dari golongan-golongan yang kecewa ini apabila nama-nama mereka tidak dicalonkan. Apa yang aku pasti, tiada siapa di belakang Tok Bashah....... terkapar-kapar menebas jalan. Mungkin kerana sifat rendah diri, atau takut atau kurang tegas atau risau atau...atau...atau.... Kalau ini la sifat yang Tok Bashah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah sebagai PEMIMPIN, lupakan saja la nak ambil Kedah balik. Sepatutnya Tok Bashah pi ambil nasihat Tun. Tak dapat kanan Tun, dapat hujung kuku Tun pun jadilah.......

Untuk menjadi MB Kedah, bagi aku Tok Bashah masih belum mampu memegangnya. Kepada mereka yang menyokong Tok Bashah jangan marah. Ini hakikat sebenarnya. So rajin-rajin la turun padang membantu bukan mengampu.......

anak ttbaru berkata...

aku nak tunggu komen sobri sudin mengenai 'winable candidate' untuk SU dan SUK UMNO Kedah.

amacam? boleh ke sobri?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates