Rabu, 16 Februari 2011

INFO : Rombakan Kabinet: Awang Adek & Palanivel Diangkat Menteri Penuh?



PETANG INI ROMBAKAN KABINET ???


PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein dan Presiden MIC, Senator Datuk G. Palanivel disebut-sebut akan dilantik sebagai menteri penuh dalam rombakan kecil kabinet yang khabarnya bakal diumumkan lewat petang ini.

Palanivel adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan pada 6 Disember tahun lalu diangkat sebagai presiden MIC menggantikan Datuk Seri S. Samy Vellu yang mengundurkan diri selepas 31 tahun menerajui parti itu.

Seorang lagi yang disebut-sebut bakal dilantik ke jawatan menteri penuh ialah Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz baru sahaja dilantik sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

MStar Online difahamkan, sekiranya rombakan tersebut berlaku, pejabat Perdana Menteri akan mengeluarkan satu kenyataan penuh menjelang lewat petang ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kini sedang mempengerusikan mesyuarat mingguan Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana, Jabatan Perdana Menteri.

Sehingga berita ini ditulis, adalah tidak diketahui siapakah yang akan digugurkan dari senarai kabinet Najib jika rombakan kabinet mengambil tempat.

Juga tidak diketahui apakah dengan pelantikan Palanivel, Datuk Dr S. Subramaniam yang buat masa ini menyandang jawatan Menteri Sumber Manusia akan terus kekal dalam kabinet Najib.

Subramaniam adalah satu-satunya wakil MIC dalam kabinet kerajaan persekutuan. Beliau kini adalah timbalan presiden MIC.

Khabar mengenai rombalan kabinet telah berulang kali disebut tetapi tidak menjadi kenyataan.

MStar Online
Oleh ROZAID A. RAHMAN

8 comments:

Pakteh berkata...

Bagaimana dengan menteri yang memulakan isu INTERLOK?

Syburi Times berkata...

entah la ... KedahTimes masih lagi menantikan kebenaran sama ada akan berlaku rombakan petang ini atau tidak ... maklumat yang KT dapat sekrang ni berpusu-pusu masuk ... ada yang kata itu, ini dan macam-macam ... kita tunggu dan lihat.

abuarif berkata...

Dato seri Najib Singkirkan MURUGAYAH,,,,,ini Pa,,,a tarak guna,,,,,,jgn simpan duri dlm daging.

mahawangsa berkata...

Aku tak jadi menteri pun tak pe.Pengerusi JKKKK dah cukop/Elaun RM800.00 sebulan.Itu pun kena bodek Ketua Bahagian.Yes sir selalu.

Tanpa Nama berkata...

mahawangsa...
bersyukor lah...
ada juga rm800.00.
anak sendiri pun kalau nak minta duit dari mak bapak kena tunjuk perangai yang baik.
nak minta bini kangkang pun kena pujuk elok2.
tak salah membodek asalkan tak menyusahkan orang lain.

anak ttbaru berkata...

singkirkan juga menteri belia dan sukan. program dan peruntukan kat belia hampir tak ada...asyik dok pi luar negara tengok sukan je....

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Slam 1 Malaysia

Yang patut singkirkan ialah LGE, Khalid Gagap, Nizar Tedung, Azizan Razak, N.Aziz, Mahfuz dan seluruh gengnya baru aman dan juga PKRnya serta saudara terdekatnya lain DAP dan sakat PAS jommmmmm

melayu lunas berkata...

Tanpa nama 8.36\
Betoi tu.Kangkang tak pa.Jangan tunggin

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates