Ahad, 13 Februari 2011

JIHAD MENENTANG PAS KHAWARIJ...!!!

SOBRI SUDIN

1. Apabila menang saja dan sah mempunyai majoriti mudah membentuk kerajaan Kedah, maka tanggal 10 Mac 2008, Azizan the king of lena pun mengangkat sumpah sebagai MB Kedah yang baru.

2. Bila ditanya pemberita selesai majlis angkat sumpah, 'Azizan menjawab, 'Kedah banyak sumber balak, batu kuari, pasir dan sumber alam dan kita akan gunakan sumber itu untuk perintah kedah".

3. Kini setelah tiga tahun, momentum ekonomi dan harta ghanimah sumber alam itulah yang jadi rebutan puak penyamun PAS. Justifikasi depa, hasil balak meningkat sehingga mencecah premium RM53 juta, namun yang azizan tak bagitau pada rakyat, jumlah keluasan konsesi yang diluluskan dan siapa yang dapat???? Serta berapa banyak pula komisyen yang masuk dalam poketnya setelah diurus oleh bekas menantunya???? Demikian juga AZIZAN dengan bangga menyatakan akaun kerajaan negeri yang berakhir 31 Disember 2010 mempunyai surplus atau lebihan sebanyak RM19 juta, tapi yang dia tak bagitau rakyat, tanggungan hutang kerajaan negeri dibawah pemerintahan dia bernilai RATUSAN JUTA RINGGIT MALAYSIA..!!!

4. Namun kita tak boleh harapkan untuk orang Sg Limau, Air Hitam, Bukit Pinang, Jeneri, Kuala Ketil, Kubang Rotan, Anak Bukit, Bukit Lada dan Tokai memahami dengan jelas keterangan ini. Meskipun begitu kita berdoa agar dibukakan pintu hati mereka agar dapat memahami bahawa PAS juga manusia, dan sikap penyamun PAS itu sebenarnya lebih luar biasa, cuma mereka berselindung sikap penyamun mereka disebalik watak Keislaman mereka sebagai unsur penyamaran....

5. Dan setelah 2 tahun perintah Kedah dalam satu wawancara khas dengan Utusan Malaysia, AZIZAN mengakui sendiri banyak janji manifesto PAS tidak praktikal dan baru diketahui tidak boleh dilaksanakan.


6. Inilah pendekatan lidah biawak bercabang dan spesis pemimpin Islam yang kerja mereka menanam tebu ditepi bibir, mempedaya rakyat dengan melacurkan ayat suci Al-Quran.

7. Dan ironinya sebahagian besar masyarakat di Kedah boleh terpedaya bukan setakat pak long, pak teh dan mak ngah di kampung, tapi juga golongan profesional yang kununnya merasa bertanggungjawab menyokong gerakan harakah Islamiyah.

8. Walhal PAS hanyalah parti politik. Matlamat parti politik hanyalah mencapai kuasa. Islam bagi PAS hanya alat bukan matlamat.

9. Sebab itu bila PAS berjaya perintah Kedah, aktiviti judi, kedai todi, kedai 4D, pusat urut, pusat karaoke, pusat hiburan, gejala sosial, tangkapan khalwat terus membiak.. Puncanya PAS gagal melaksanakan amal maaruf nahi mungkar..

10. Dan jangan lupa dizaman AZIZAN.. .sambutan tahun baru DIAMBANG SEJAHTERA 2011 yang menggalakkan percampuran bebas lelaki dan perempuan bukan muhrim digalakkan...Walhal dizaman bos aku jadi MB(Syed Razak) kita tak pernah buat pun sambutan ambang tahun baru.. apakah dewan pemuda PAS, tidak menjumpai kondom merata tempat selesai majlis sambutan berkenaan di SP????

11. Ditimbulkan persoalan ini bukannya apa, pada tahun 2003 apabila jom heboh TV3 pertama kali BERKUNJUNG ke KEDAH, DAN selesai majlis karnival berkenaan, puak PEMUDA PAS KEDAH melalak kununya depa pakat jumpa kondom merata di keliling stadium Darul Aman, hangpa pikiaq sendiri la lojik ka tak lojik?

12. Dan yang paling tragik, MB AZIZAN sekarang kalau dia lupa aku nak ingatkan.. tatkala bos aku jadi MB(SYED RAZAK), masa Azizan nak kena buat coronory by-pas, siapa yang tulong dia..?? Syed Razak yang cap UMNO itulah dengan murah hati meluluskan peruntukkan kerajaan negeri untuk bolehkan AZIZAN membuat pembedahan by-pas di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang.

13. Ini bukan soal mengungkit.. tapi hangpa pikiaq dan renungkanlah sendiri.. apakah boleh kita katakan puak PAS ini ibarat anjing yang tersepit, maka setiap kali tersepit, puak UMNO lah yang tulong lepaskan, lepas tu dia gigit balik tangan puak UMNO yang juga merupakan saudara islam mereka.

14. Samalah seperti belanja RM50 juta yang kerajaan pusat keluarkan untuk OPS PIRAMID,  hanya kerana nak selamatkan majoriti penyokong puak PAS khawarij.. Jangan harap puak ni nak ucap terima kasih, sebaliknya tunggulah seminggu dua lagi, akan ada putaq belit yang puak ini propagandakan..

15. Sebab itu bagi aku, pada puak penyokong PAS di Mesir patutnya jangan bawak depa balik, depa gila sangat nak demo, nak lancarkan revolusi maka awat tak join rakyat Mesir di Dataran Tahrir, kot-kot itu boleh jadi latihan pada hangpa sebelum balik Malaysia untuk join revolusi mulut kurang ajaq yang sedang digerakkan oleh MAHFUS MAMPUS...

16. Pada aku sudah sampai masanya pendekatan carrot and stick digunakan kerajaan. No more tolak ansur.. no more budi bicara.. lagi dibiaq puak kawarij PAS ini lagi tu lah depa akan tokak tangan orang yang tolong depa... Sebab jiwa dan minda mereka telah diitarbiyah, dibubuh racun sesat bahawa hanya PAS ITU ISLAM DAN ISLAM ITU PAS... Aku katakan POOOOOOODAH!  Keislaman kita tidak akan cacat atau goyah kalau pun kita tidak sertai dan sokong PAS.. Sebaliknya pegangan dan kefahaman ISLAM kita akan haru biru bila menyertai jemaah PAS.

17 Puncanya JEMAAH PAS ditarbiyah semenjak dari PASTI, SRIDU dan MAAHAD bahawa mereka tidak perlu mengucapkan terima kasih pada saudara seagama yang menolong mereka. Mereka diajar bertaklid buta. Agungkan guru, dewakan ulama pembohong depa.. jelas ajaran PAS sama sepertimana ajaran gerakan OCCULT atau relegious devian yang berkembang biak di seluruh dunia...

15. Sebaliknya musuh Islam seperti kafir harbi DAP depa jadikan kawan dan sahabat, PKR Yahudi depa jadikan teman sejati sebaliknya UMNO saudara seagama mereka yang berusaha memartabatkan keperluan ummah mereka ketepikan dan tanggapi dengan penuh prasangka buruk...

16. Umat ini perlu memikul tanggungjawab besar, bahawa PAS merupakan golongan AR-RIDDAH (Pengengkar agama dalam banyak sudut). Mereka adalah pencetus kekeliruan dikalangan umat Islam.

17. The fundamental of Islam mereka bobrokan. Persaudaraan mereka tukar jadi permusuhan. Perpaduan mereka tukar dengan kebencian.Keamanan mereka mahu tukarkan menjadi kacau bilau. Persahabatan mereka tukar menjadi konflik berpanjangan. Yang halal mereka haramkan, yang haram mereka halalkan mengikut selera politik.

18. Fatwa mereka membabi butakan, bukan beradasarkan penelitian dan kajian ke atas kajian yang telahpun dimuktamadkan oleh para Imam atau fuqaha yang hebat seperti Imam Shafie, Hambali, Maliki dan Hanafi. Sebaliknya fatwa PAS sekadar mengikut emosi bukan berlandaskan alasan syarie, kajian ilmiah dan pemahaman sebenar berhubung hukum hakam sepertimana wahyu Allah di dalam Al-quran dan Sunnah Rasullulah s.a.w

19. Maka lantaran itulah, jika mahu ummah ini sejahtera, negara ini aman, makmur dan bahagia dan pemikiran serta kehidupan umat Islam lebih harmoni, maka bangun menentang PAS khawarij pengengkar agama adalah satu jihad besar jika mahu mengelakkan negara dan umat ini terus porak peranda.

20. RAKYAT KEDAH... bangkitlah jangan dibiar minda dan akal hati anda ditipu OLEH lebai songsang, ulama palsu dan ular dalam semak yang pastinya satu hari nanti akan mematuk anda dengan bisa fitnah dan dakyah pembohongan yang boleh melumpuhkan urat saraf umat.

21. FIKIR-FIKIRKANLAH..... umat ISLAM LEBIH SEJAHTERA TANPA PAS..PIS ..PUS..PI MAMPUS!!!!

10 comments:

Tanpa Nama berkata...

bagusnya ckp..moga allah memberi hidayah kpd anda..

Tanpa Nama berkata...

PAS ni hati2 ..baru 3 tahun menang tak seberapa tapi dia punya syg kat cina tak bole citer..ugama pun dia bole celaka kan..lagi la islam yg dia dok bawak...org melayu dia tak tolong sebab bangsat..cina ada duit....semoga kecelakaan keatas nik aziz ni syaitan semoga kematian mu menjadi kecelakaan untuk keluarga mu nate

hafit berkata...

Habislah balak puak PAS kerjakan.Dulu puak UMNO dan kroninya.Aku ingat ke kerajaan PAS tak kelam kabut dengan balak macam zaman kerajaan UMNO dulu.Rupanya UMNO /PAS 2x5 juga.Nak marah pada PAS pun tak boleh juga.Aku tengok puak-puak UMNO pun hari hidup senang lenang kerana balak di kedah juga.Kalau aku londeh nanti UMNO/PAS boleh malu bersama.Sobri hang pun kaki bodek juga ....

Tanpa Nama berkata...

SAYA SOKONG TULISAN TUAN 300%.

Bumi hijau berkata...

Semua MB Kedah habiskan balak untok kepentingan mereka sejak dari dulu lagi.Depa buat rumah besak.Duit banyak.Kroni depa kaya raya.Yang susah haprak dibawah.Hang tau dak sobri.Jangan dok salah PAS sahaja.UMNO pun serupa.Aku ingat hang pun dulu ada tumpang semangkok.

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Masalah sekarang pemerintah sekarang menggunakan nama Islam. Bila berlaku caca merba mereka kaitkan dengan Islam. Parti Islam PAS bertanggungjawab dunia dan akhirat bila agama Islam tercemar. PAS telah memperalatkan Islam untuk kepentingan parti. Fikir-fikirkanlah.

Tanpa Nama berkata...

Semua cakap bela rakyat dibibir sahaja.Sebaliknya tipu rakyat terutamanya UMNO hari ini.Dulu ok alright.

Tanpa Nama berkata...

Setahu aku yang ziarah ust azizan pada tahun 2005 tu dia buat by-pass di general hospital pulau pinang, macam mana hang kata hospital swasta. Hang nak putar belit ka? Pastu sebagai ADUN, dia memang layak mendapat pembaiyaan rawatan di hospital kerajaan , hang tak tau ka?

hang kata PAS di Riddah...hang tau dak makna istilah tu... di zaman Khalifah Abu Bakar, dia memerangi golongan riddah, yakni golongan MURTAD. Hang tuduh orang PAS murtad ka?

Lepas putar belit, hang tuduh orang murtad pula...tapi hang suruh orang ikut Islam...Hang ni dari jenih mana?

Tanpa Nama berkata...

RAJA PUTAQ BELIT ADALAH PAS, PAS LAH YANG MULA-MULA MENGKAFIRKAN SESAMA ISLAM, DAN MENYATAKAN SEMBELIHAN ORANG UMNO HARAM, SOLAT BERIMAMKAN IMAM UMNO TAK SAH, DAN MENENTANG SAUDARA SEAGAMA DARI UMNO JIKA MATI ADALAH MATI SYAHID..NAK NAFI LAGI, AMANAT HAJI HADI 1982 BACA LA BALIK..MEMANG PAS GOLONGAN PENGENGKAR AGAMA..APA YANG AGAMA SURUH BUAT HANGPA TAK BUAT..YANG AGAMA TAK SURUH HANGPA BUAT..ITULAH PENGENGKAR AGAMA! KETEGAQ ULAMAK DALAM SEMAK

Tanpa Nama berkata...

Tulisan saudara menterjemahkan sifat saudara yang sebenarnya. Perangai saperti saudaralah yang menyebabkan rakyat tidak mahu menyokong UMNO/BN. Teruskanlah saudara Sobri Sudin. Sokong dan Undilah PAS dalam pilihanraya akan datang nanti.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates