Selasa, 22 Februari 2011

JUST DO IT..!!!

SOBRI SUDIN

1. Just Do It atau dalam terjemahan langsung yang bermaksud LAKUKAN SAJA merupakan tagline atau motto bagi jenama sukan terkenal keluaran US, NIKE..

2. Dizaman persekolahan menengah di SULTAN ABDUL HAMID COLLEGE, kasuk high cut NIKE adalah kegilaan.. tapi apa kan daya, keluarga orang susah, dapat beli kasut cap pallas saja untuk pakai dengan jeans ketat dan t-shirt rock.. zaman kami memang era kegemilangan rock.. rock CAR PARK..

3. Ok.. kita lupakan bab nike, cumanya bila diamati tagline tersebut dan nak dikaitkan dengan kemandulan pentadbiran PAS di Kedah, maka selayaknya kita sinonimkan dia dengan 'TIDUR SAJA' atau 'BAGI ALASAN SAJA'.

4. Ini merupakan pandangan umum rakyat, baik di Parlimen Pokok Ceri, Pulut Udang, Nasi Lemak Ali, Nasi Zam Zam, AMINRES (BELAKANG kilang ais sebelah rumah TUN MAHATHIR), MEE KAMAL, MEDAN SELERA PKNK, OLD TOWN, mahupun NORHA TOMYAM.

5. Namun persepsi umum golongan non-partisan, atau lebai pokka hijau dan para simpati UMNO turut berpandangan, 'UMNO STILL LEFT BEHIND'. "Masih banyak ruang atau improvement yang diperlukan". The momentum is already there, however UMNO Kedah need a strong & high impact political activities.

6. Memang benar politik dibina berasaskan persepsi dan pandangan umum masyarakat, dari persepsi terbinalah realiti dan realiti inilah yang akhirnya boleh menjadi suatu yang memeritkan.

7. Dari persepsilah pandangan umum, dan kesetujuan masyarakat terbentuk.. Lantas dikuatkan lagi melalui pemerhatian dan penelitian mereka. That's why dalam era kini we cannot fool all the people all the time.

8. Era itu sudah berlalu, to much information berkeliaran disana-sini.

9. But how we go about to change the perception among peoples.. What sort of strategy do we need? How to execute?

10. Dalam perkiraan blue ocean strategy secara jelas menggariskan.. 'kita kena membuktikan dan menunjukkan bahawa kita adalah signifikan bagi berupaya mencapai kemenangan'. In other word kekuatan sesuatu organisasi tidak mungkin akan terbina dan tercapai akibat kelemahan pasukan yang lain.. Dalam rumusan yang mudah rujuk balik ayat Al-Quran, surah Ar-Ra'ad ayat 11, "ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN KAUM ITU SENDIRI YANG MENGUBAHNYA".

11. Ini antara petikan dan wahyu azimat yang seringkali menghuni teks ucapan TUN DR MAHATHIR dari dulu sehingga sekarang.

12. Dan bila TUN DAIM yang merupakan antara pakar strategis, dan mempunyai bisa kata yang mendalam bersuara bahawa, 'RATING PM MEMANG BAIK TETAPI RATING UMNO DIKALANGAN RAKYAT MASIH KURANG BAIK' maka apa isyaratnya?

13. Maknanya masih banyak lagi kerja dan perubahan serta tindakan yang perlu UMNO lakukan. Fully utilise semua resources yang ada.. PERUNTUKAN UMNO MALAYSIA untuk setiap bahagian UMNO pecahannya seperti berikut:

a. Belanja pengurusan RM10,000 sebulan
b. Belanja untuk aktiviti program juara rakyat RM15,000 sebulan

JUMLAH BESAR SETIAP BULAN YANG DITERIMA UMNO BAHAGIAN RM25,000 sebulan

Jumlah ini tak termasuk sumbangan UMNO Negeri dan sumbangan dari sumber yang lain.

Takkan dari jumlah itu satu bulan satu aktiviti yang mempunyai impak politik yang tinggi dan bersifat inklusif tak boleh dijayakan oleh setiap UMNO Bahagian? Terbukti duit bukan satu masalah, tapi kreativiti, idea, dan muafakat serta kesungguhan untuk menjayakan program yang kurang.. Kata orang tua-tua, dimana ada kemahuan disitu ada jalan.. Kalau malu bertanya sesat jalan....

14. Seperti tulisan yang lalu dan sekali lagi kita ingatkan, 'THE FORMULA IS ALREADY THERE'... kemahuan bersungguh, keikhlasan hati dan gabungan muafakat semua pihak menjadi syarat untuk menjayakan agenda..

15. UMNO perlu gabung apa jua kemahiran yang ada.. PERANGAI LAMA, cantas mencantas, berdengki sesama sendiri, puak tu puak ni, sabotaj, tikam belakang, wa ampu sana wa ampu sini eloklah disimpan di muzium KEDAH.. Sudah sudahlah. WE SHOULD COMPLEMENT EACH OTHER NOT TO COMPETE ONE TO ANOTHER..

16. Memang tren terkini menunjukkan bagi 1 YANG MASUK PAS, 20 lagi akan masuk UMNO. Memang betul tren dan pola terkini menunjukkan pengundi Melayu menjauhi PAS, dan PKR.. Mereka berasa insecure untuk mengundi PAS dan PKR lagi.

17. Namun dalam masa yang sama apa langkah berterusan UMNO/BN untuk melakukan political engagement dengan golongan yang mula menjauhi PAS dan PKR ini?

18. Menambah pengundi memang satu kerja yang baik namun menjaga hati pengundi dan memastikan mereka komited untuk mengundi UMNO dan BN adalah usaha dan kerja yang menuntut gerakerja berlipat kali ganda.

19. BERADON DAN menjaga hati pengundi bukan sekadar terhadap pengundi yang baru daftar pengundi dan yang baru masuk UMNO dan BN. Tetapi meliputi usaha menjaga veteran parti, puak yang kecewa, membara dendam jiwa mereka akibat dipijak oleh puak yang berkuasa dulu dan yang merajuk, kecik hati dan sebagainya..

20. Dalam sistem kiraan pilihanraya di Malaysia, satu undi pun boleh menentukan kalah menang.. Ini wajib menjadi prioriti.

21. Sebab itulah bila puak pokka hijau berterusan bermusuh dengan aku, mereka lupa, bukan sekadar mereka bermusuh dari sudut ideologi, peribadi dan dasar serta pendekatan dengan aku. Namun mereka turut bermusuh dengan aku sebagai pengundi.. Dan mereka juga lupa sumber di bawah kawalan aku seperti adik beradik aku, tok kadi, lepasan KUIN, AL-AZHAR, saudara mara aku, kawan-kawan aku yang ramai juga adalah pengundi.. Dan mereka lupa bahawa aku adalah pemimpin pendapat, yang boleh mempengaruhi dan menentukan keputusan undian yang bakal dibuat oleh bini aku, sanak saudara aku, anak-anak buah aku, penyokong aku, adik beradik aku, ipar duai aku dan kawan rakan aku..

22. Lantaran itu revolusi mulut ke mulut sepertimana yang disarankan oleh MAMPUS MAHFUS kita sambut.. DAN KALI INI SERUAN AKU PADA semua adik beradik aku, kawan rakan, para penyokong, ipar duai, adik beradik sanak saudara jauh dan dekat sama ada yang jadi ahli PAS, PKR hatta UMNO sekalipun, mesej aku cukup jelas, 'PILIHANRAYA KALI NI KITA KEMBALIKAN PERANAN PAS, PKR DAN DAP SEBAGAI PEMBANGKANG DIKEDAH'. Cukuplah takat tu.... Makin lama biaq depa jadi pemerintah makin cempera dan celaru jadinya.. ENUFF IS ENUF... Sapa yang tak paham-paham lagi.. ALAMAT....!!!!!!!!!

SO SELURUH PIMPINAN DAN AHLI BAHAGIAN, PEMUDA, PUTERI, WANITA UMNO, MCA, GERAKAN, MIC, KIMA, PPP NEGERI KEDAH.. APA TUNGGU LAGI... LETS DO IT...!!!!!

JANGAN TIDUR LAGI!!!!!!!!

5 comments:

tok dam berkata...

setelah 4 kali mengundi.. PRU yg lalu undi aku pertama kali bagi kat pas.. PRU yg akan datang pun aku rasa undi aku akan bagi kat pas lagi dengan syarat pas bersedia untuk memutuskan kerjasama dengan pkr dan dap! kalau tidak samada pas atau umno dua2 aku x undi..

pas sekarang kalau mahu, mempunyai peluang yg cerah untuk menjadi parti alternatif kepada orang melayu.. setelah umno sudah menjadi menopaus! sampai tidak lagi berupaya melahirkan kepimpinan baru yg segar lagi bersemangat perjuangan demi agama,bangsa dan tanahairnya..

aku x nak undi umno bukan sebab parti umno x bagus, tapi kepimpinan umno kedah yg masih x berubah.. aku yakin yg MB kedah sekarang walau seburuk mana digambar sekali pun adalah empat atau lima kali lebih aku percaya dari det khalid, mat bashah, man aziz, li berahim, ali yahya,tajul urus,rozai,mat lebai sudin,
aziz rempit, aziz adik kadiaq, johari baharom, atau mana2 nama terkecuali mukhriz (aku agak la).. tapi kalau benar pun mukhriz ni bagus orangnya, apa yg boleh dia buat sangat.. seorang orang dari berbelas2 mangkuk hayun.. memang hampeh!

pengundi kali ke 3 berkata...

SS aku senang sahaja.Aku akan undi BN kalau calon yg diletakan nanti bersih,qualiti dan bukan haprak.Aku pun ramai juga pengikut macam sdr juga seluroh kedah dan msia.Begitu juga orang lain.Calon nombor satu parti nombor dua..Semoga BN tampilkan calon yang bagus dan qualiti.

abuarif berkata...

UMNO KEDAH MESTI BERANI BUAT "PERUBAHAN",,,,turun dengar apa yg rakyat cakap perihal Ketua Umno dan kelaku2 mereka,,,kita mesti selamatkan KEDAH,,bukan nak jaga hati Ketua2 bahagian,,,,,,,

melayu lunas berkata...

Aku ingat mana -mana yg pernah kencing umno masa pru 12 dulu jangan beri muka laa kot.Mereka lah pelingkop umno.Faham sendiri laa kot.

Tanpa Nama berkata...

SS tak habih2 dok suruh UMNO berubah, tapi hang tu tak berubah2 jugak. Hang serang PAS@PR cukuplah, yang dok libas kiri kanan hantam pemimpin kita buat apa.. itu bukan nak menyatukan UMNO nak pecahbelah lagi ada. harap2 SS insaflah...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates