Jumaat, 11 Februari 2011

Jutaan Penghargaan Kecuali Kepada Kerajaan Malaysia

Petikan dari: harakahdaily
Pelajar ucap jutaan terima kasih
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, dengan ini saya  dan rakan-rakan adalah antara pelajar yang terlibat dalam proses pemindahan pelajar Mesir ke Malaysia ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada:

1. Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)
2. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
3. Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM)
4. Lembaga Zakat Selangor (LZS)
5. Pesawat Penerbangan AirAsia (Mesir-Jeddah)
6. Saudi Arabian Airlines (SV838) Jeddah-Riyadh-Singapura
7. Staff Madinatul Hujjaj, Tabung Haji Malaysia, Jeddah, Arab Saudi

Serta semua rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam operasi ini. Sesungguhnya berkat doa dan usaha kalianlah yang mempermudahkan perjalanan kami. Hanya Allah sahaja yang layak melimpahkan rahmat-Nya kepada kalian.

Akhir kata, bumi Mesir terlalu dekat di hati kami, doakan agar kami dapat meneruskan permusafiran ilmu di bumi barakah itu, kepada azhari/ah,doktor/ah, jadikan peluang ini untuk menabur khidmat kepada masyarakat kita atas nama Islam.

Semoga Malaysia akan menjadi negara yang menepati "baldatun tayyibaton, wa rabbun ghafur" amin.

Penuntut ilmu yang tidak tahu,
Arfah Mawaddah Amir Hamzah,
Gombak, Selangor.

Kedahtimes: Pada pesawat pun mereka ucapkan terima kasih, tetapi tidak kerajaan Malaysia dan PM Najib. Inilah caranya pelajar-pelajar hasil tarbiah PAS di Mesir berterima kasih, jika perkara asas seperti berterimakasih pun ditunjukkan sebegini, apatah lagi soal-soal lain. Agaknya inilah species "Haramjadah" yang di kata Saudara  SOBRI SUDIN.


13 comments:

CucuTokJasin berkata...

penyataan yang sesuai bg Arfah Mawaddah ialah... buta perut tadak akai.. ptuihhhh..

Rizal berkata...

Kalau berterima kasih dan bersyukur pun tak reti, macam mana nak wujudkan negara yang menepati "baldatun tayyibaton, wa rabbun ghafur"???

Tanpa Nama berkata...

Serupa menolong anjing tersepit aje bunyinya!!!!

Syburi Times berkata...

Ops Piramid memang kerja gila...mesintaipburuk
GILA! Dalam tempoh lima hari saja semua rakyat Malaysia berjumlah lebih 10,000 dapat dipindahkan dari Mesir. Ini memang kerja gila. Tak pernah dibuat oleh mana-mana negara memindahkan rakyat dan pelajarnya dari mana-mana negara asing yang begitu jauh dalam tempoh begitu singkat. Malaysia memang betul-betul boleh!

Tiada siapa pun boleh menyangkal kejayaan besar kerajaan di bawah pimpinan Najib Razak menerusi Ops Piramid ini. Aku percaya kalau Barack Obama tahu apa yang dibuat Najib, pastinya dia pun respek gila. Maklum AS sendiri nak pindah rakyat mereka tak adalah sederas itu dan tak adalah sampai begitu besar "operasinya". Lainlah kalau nak hantar tentera serang negara Islam. Malang Ops Piramid tak dapat liputan CNN, BBC atau Al-Jazeera. Kalau tidak satu dunia boleh terkujat beruk.

Bayangkan dalam tempoh tak sampai 24 jam selepas PM buat keputusan untuk pindah semua pelajar dan rakyat Malaysia dari Mesir melalui laut dan udara, berbondong-bondong kapal TLDM, kapal terbang TUDM bergerak menuju Timur Tengah manakala MAS dan AirAsia buat pertama kalinya "berganding bahu" menghantar pesawat-pesawat komersial terbesar masing-masing untuk mengangkut ribuan pelajar itu.

Dan yang paling menakjubkan ada pulak negara lain yang sudi menerima kehadiran ribuan orang asing transit di negara mereka. Ini hebatnya Malaysia dan inilah hikmahnya bersahabat dengan negara asing. Kalau bukan kerana hubungan erat antara kedua negara, tak adalah Arab Saudi nak bagi puluhan ribu orang Malaysia transit di negara mereka. Bayangkan lebih 10,000 tanpa sebarang visa, melainkan hanya jaminan dari Najib semata-mata.

Pada masa yang sama, Mesir yang sedang bergolak itupun boleh menerima kehadiran kapal dan kapal terbang tentera Malaysia mendarat di negara mereka sedangkan perkara itu biasanya amat mustahil dapat dilakukan melainkan atas pelawaan negara terbabit. Tetapi itu semua dapat dilakukan dan dalam tempoh beberapa hari, semuanya beres.

Tapi malang dalam keadaan sedemikian ada juga segelintir manusia di muka bumi Malaysia ini yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan sebaliknya mereka lebih suka mahu mempolitikkan semua perkara. Sampaikan nak selamatkan anak-anak mereka sendiripun mereka nak politik. Peliknya bila anak-anak mereka dah selamat sampai kat tanah air, awal-awal pagi lagi dah menunggu kat airport. Dan bila nampak kelibat anak, mulalah meraung melalak dan berpeluk cium.

Lambat sikit nak buat proses pemindahan dipolitikkan kata kerajaan tak prihatin. Bila kerajaan dah hantar gerakan besar-besaran untuk memindahkan pelajar pun dipolitikkan dan bila anak-anak mereka dah selamat sampai kat Malaysia pun mereka nak politikkan kata tak perlu berterima kasih kerana memang itu tugas mana-mana kerajaan.

Apa-apa pun aku bersama jutaan rakyat Malaysia yang lain (walaupun tak ada anak atau saudara-mara di Mesir) mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan menteri yang terlibat, TUDM, TLDM, Tabung Haji dan semua yang terlibat dalam Ops Piramid ini.

Aku percaya walau menjadi tugas kerajaan menyelamatkan rakyat mereka, tetapi tidak ada negara yang buat kerja gila seperti ini melainkan kerajaan Malaysia! Gila... memang gila!

anak ttbaru berkata...

ini adalah perbualan aku dengan spesis hijau pekat pada petang 3.2.2011...

aku: macamana keadaan anak abg **** kat mesir tu?

hijau pekat: tak tahulah macamana keadaan dia hari ni. dah dua hari tak dapat berhubung dengan dia.

aku: dua hari lepas macamana?

hijau pekat: dua hari lepas dia masih ok tapi agak takut sikit...makan pun susah nak dapat...itulah KERAJAAN MALAYSIA INI LEMBAP...LAMBAT BERTINDAK...INDONESIA DAH HABIS BAWAK BALIK PELAJAR DEPA.

aku: (terus blah tanpa mahu dengar lebih lanjut)

....bagi aku inilah sikap spesis hijau pekat yang bodoh, bangang lagi bengap. depa tau nak bercakap dan mengata saja tapi kerja langsung tak boleh buat. prosedur penggunaan ruang udara oleh pesawat bukan komersial depa tak tau...hak untuk mendarat pun depa tak tau...proses visa ke arab saudi pun depa tak tau tapi depa nak bercakap...bercakap...dan terus bercakap. terfikir jugak aku bila INDONESIA bawak balik pelajar mereka??? kalau depa rasa INDONESIA lebih hebat dari kita apa susahnya...mohon saja untuk jadi warga indon pak!!!

tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima...paham-paham la sikit.

Tanpa Nama berkata...

dengan orang2 pas kita tak perlu ambik kisah..
biarkan saja...tak guna kita kata apa pun...

aku telah berjanji pada diri aku...puak2 pas ini tak akan aku benarkan memijak kawasan rumah aku...
bukan aku benci sesama islam..tetapi aku benci pas...
mereka munafik..

sejak bulan september lepas aku telah berhentikan satu keluarga ahli pas dari menoreh getah dikebun ayah aku.
puak2 ini tak harus dibuat baik...
begitu banyak pertolongan kita beri,tapi mereka tetap memaki hamun kita.
pandai2lah mereka nak hidup.

Tanpa Nama berkata...

Tak sangka hampa kemarok sangat nak suruh org timakasih kat hampa ka? ish..ish...kesian.

mai sini aku nak ucapkan...
1. tima kasih PM
2. tima kasih TPM
3. tima kasih BN
4. tima kasih UMNO

ada lagi dak? bagi tau kot2 tertingai. sat gi kecik ati plak.

err..kat rosmah nak ucap gak ka?

heheh...so typical

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

dengan orang2 pas kita tak perlu ambik kisah..
biarkan saja...tak guna kita kata apa pun...

aku telah berjanji pada diri aku...puak2 pas ini tak akan aku benarkan memijak kawasan rumah aku...
bukan aku benci sesama islam..tetapi aku benci pas...
mereka munafik..

sejak bulan september lepas aku telah berhentikan satu keluarga ahli pas dari menoreh getah dikebun ayah aku.
puak2 ini tak harus dibuat baik...
begitu banyak pertolongan kita beri,tapi mereka tetap memaki hamun kita.
pandai2lah mereka nak hidup.
Jumaat, Februari 11, 2011 7:38:00 PM
================================================

WA CAYA SAMA LU BRO/SIS, INIII LAH CIRI CIRI & SIFAT SIFAT YG PERLU ADA DALAM DIRI KITA PEJUANG PEJUANG UMNO BN 1 MELAYU 1 MLEYSIA YG TULEN & SEJATI.

HIDUPPPP GERAKAN
HIDUPPPP MCA
HIDUPPPP MIC
HIDUPPPP UMNO

CucuTokJasin berkata...

to Tanpa Nama JUMAAT, FEBRUARI 11, 2011 10:21:00 PM .... aku ghasa dalam silibus pengajian masa kat PASTI dulu apabila lepas orang membantu atau tulong kita yang dalam kesusahan kita tak perlu ucap terima kasih kot ?

Tanpa Nama berkata...

bguslah tu..biar rakyat tahu spesis2 ni mcm mana.betambah org menyampah ngan puak2 PR.ni adalah salah seorang..minta dia gunting ic malaysia tu.jadi warganegara mesir lagi baik.x la menyusahkan orang lain..

Mohd berkata...

PAS ni ingat bila dia tidak tahu berterima kasih pd Kerajaan Malaysia, dia dapat keuntungan politik!
Tetapi sebaliknya, orang2 Melayu Islam yg menjadi majoriti pengundi di Malaysia menjadi meluat dgn tindak-tanduk PAS ini.
Lihatlah nanti di PRK Merlimau dan PRU13 nanti!
PAS ni bodoh sombong!

keris berkata...

pas anak beranak ni:
susah sgt ke nk ucap terima kasih kt kerajaan?
dosa ke ucap terima kasih kat PM?
ini ke ajaran tgna?

tapi aku rasa najib ikhlas menolong bukannya utk terima ucapan terima kasih drpada mereka ni.

yg penting Allah tahu niat PM yg mulia tu, hanya Allah yg membalasnya kelak.

Tanpa Nama berkata...

Biaqpilah dia tak nak ucap terima kasih kat PM atau kerajaan tapi ana pasti dia tau siapa yg hantaq dia balik dgn percuma.......kalau ada yg kata kerajaan malaysia lambat membantu...memang depa tak faham masalah sebenar...jangan marah kat depa ...depa tak berapa pandai bab bab peraturan air clearance dan sebagainya.......pelajar pelajar aliran agama kat mesir majoritinya pula di bawah Persekutuan Melayu republik Arab mesir (PMRAM) memang berperangai macam tuuuu. depa dari mula sampai di Mesir dah di indotrinate kan ...dah di hijaukan. So, jangan marah kat depa.........jangan marah nanti kena jual....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates