Rabu, 23 Februari 2011

KALAU TAKUT PI SEMBUNYI DALAM KELAMBU...​!!!

SOBRI SUDIN

1. Sekadar meminjam kata-kata orang politik buat dijadikan tajuk entry kali ini.

2. Dalam sistem politik moden, A.Rainey sarjana sains politik antara lain berwacana syarat pertama nak masuk politik ialah: 'BERSEDIA DIKATA DAN BERSEDIA UNTUK MENGATA'(dalam erti kata lain sama ada berkata benar ataupun fitnah dan menerima fitnah).
3. Dalam sejarah perjuangan para nabi, Rasul dan para tabieen serta fuqaha dan gologan tajdid bukan sedikit kaum keluarga, isteri, dan sahabat yang ulung difitnah dan dinista dengan pelbagai rekacerita.

4. Saidina Uthman bukan sedikit difitnah dan dinista oleh Abdullah ibni Ubay. Saidinia Ali r.a, Muawiyah Abu Suffiyan semuanya para sahabat yang dijamin syurga adalah antara yang turut menjadi mangsa fitnah yang cukup bermaharajalela ketika itu.

5. Isteri Nabi, Saidatina Aishah r.a tidak terkecuali.


6. Dan bila bekas pelajar aku di sebuah universiti swasta dulu menalipon memberitahu rakan sepejabatnya yang kuat menyokong parti POKKA HIJAU HARAMJADAH memburukan dirinya dengan penyebaran surat layang dan email palsu, lantas aku memintanya bersabar.. sebab kata aku, "orang yang berbuat kepada anda sebenarnya punyai dua kelemahan". Kelemahan minda dan kelemahan hati budi. Dan saudara harus ingat sejarah cemburu mencemburi akan kebolehan dan anugerah yang dimiliki oleh orang lain telah berlaku semenjak peristiwa pergaduhan dua putera Nabi Adam a.s., HABIL DAN QABIL. Jadi istiqamahlah.. kebenaran pasti milik saudara.

7. Dan aku bersetuju dengan pandangan CCZ Sanggul Melayu bila dia ulas bab fitnah tak berhenti-henti dan cerita dalam kelambu yang dilondeh berhubung Shahanim Yusoff, Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia. Seolah-olah segala kebaikan yang dilakukan Shahanim dengan mudah dipadamkan dengan cerita yang belum tentu benar.

8. Ironinya inilah budaya feudal politik MELAYU kita. Lebih ramai si Kitol dan Pateh Karma Wijaya berbanding watak Tun Perak dan Jebat si pembela keadilan.

9. Dalam tradisi Melayu, hiburan dahulukala adalah penglipurlara, cerita mitos dan lagenda, yang ditokok tambah dan dibubuh unsur tahyul dan dipakej dengan kaedah yang cukup menarik untuk menggamit perhatian.

10. Dlm konteks PAS, individu yang boleh digelar RAJA PENGLIPUR LARA ADALAH MAHFUS OMAR kini dua anak didiknya SALEHUDIN AYUB DAN SANUSI SETPOL menurut jejak langkahnya. Betullah legasi harus diwarisi, Mahfus Omar bukannya muda lagi.. dia memerlukan waris jari hantu untuk menjayakan agenda haru biru.

11. Itu tidak apa. Kerana mereka musuh yang nyata. Namun bila kawan rakan, sahabat rapat dan rakan sekerja menjadi duri dalam daging akibat sikap jeolous tak bertempat, ini lebih merimaskan. Kerananya mereka itu dangkal ilmu, lemah fikiran dan tidak berani bertentang mata. Mereka juga adalah golongan yang gagal dalam hidup, kurang mendapat perhatian dan seringkali merasa inferior dalam kelompok masyarakatnya. Lalu kaedah mudah adalah merekacerita, menjaja cerita buruk tentang orang yang 100%nya adalah ditokok tambah dan dibubuh perisa untuk santapan telinga orang yang mendengarnya.

12. Tapi bagi aku mudah sahaja, teori Melayu mudah lupa terpakai.. Katalah apa pun orang nak kata.. Lama-lama depa letih dan lupalah dia.. Sesuai dengan sifat Melayu kurang berani, lebih banyak pengikut berbanding pejuang dan hanya berani ikut pintu belakang.. Bila berdepan lidah kelu tidak terkata.. Aku banyak berjumpa dengan orang yang macam ni.. Kita tau apa yang depa dok umpat belakang kita selama ni,(yang lebih lawak bila depa susah kita yang tolong) dan bila berdepan.. Kita nasihat secara elok.. Sudah-sudahla.. Apa masalah saudara dengan saya.. Kalau ada tolong cerita.. Dan akhirnya orang sebegitu melahirkan rasa kesal dan memohon maaf serta mengakui mereka sendiri tidak pasti dan sekadar menokok tambah cerita yang mereka dengar dari sumber yang tidak pasti.

13. Bagi aku yang penting Allah s.w.t tahu siapa kita.. Kesalahan lalu kita insafi, muhasabah diri, baiki diri.. Lakukan perubahan dari yang kurang baik pada yang lebih baik.. Itu yang penting.. Ada ka manusia biasa yang sepanjang hidupnya tak pernah buat salah dan dosa???? Lebih penting orang yang dekat dengan kita fahami kita. Kita tidak boleh harapkan orang lain untuk sukai kita dan puji kita.. Namun dalam masa yang sama ramai juga yang tidak membenci malah menyokong kita.

14. Bila ditanya rakan-rakan sampai bila politik kata mengata, selak menyelak, londeh melondeh peribadi akan jadi mainan ahli politik di Malaysia, "aku jawab selagi minda orang MELAYU tidak matang, selagi orang Melayu berfikir tentang orang berbanding usaha berfikir tentang idea dan dasar. Dan politik kata mengata sudah melekat menjadi satu sistem dan budaya dominan dan kerangka minda politik Melayu". Jika mahu mengubah sistem kita harus menunggu tiga generasi lagi sebelum transformasi ke arah politik matang berlaku di negara ini. "Lazimnya kita akan gagal mengubah sistem, sebaliknya sistem dominan yang bakal mengubah kita".

15. Dalam konteks perdebatan politik dan persaingan mendapat kuasa di negara barat yang pimpinannya adalah beragama bukan Islam, mereka lebih matang. Aku pernah menjadi audien dalam sebuah dewan di London menyaksikan debat antara Tony Blair dan John Major semasa kempen pilihanraya 1997 di Great Britain. Mereka bercakap dan menzahirkan idea tentang apa yang bakal dilakukan sekiranya menjadi Perdana Menteri. Sama sekali dalam debat tersebut mereka tidak memburukan peribadi antara satu dengan yang lain. Nampaknya dari sudut ini mereka yang kafir lebih memahami tasawur Islam dan Islamic political model berbanding kita yang beragama Islam.

16. Tapi dalam warna politik Malaysia ahli politik kita, gurkha mereka, dan pecacai serta keteloi mereka, bercakap apa kesalahan atau isu peribadi yang telah dilakukan oleh lawannya semenjak dari kecil sehingga dewasa.

17. Maka disebabkan itu aku ingin menzahirkan simpati pada bekas pelajar aku Fadzil Mat Inda yang kini merupakan Pegawai JASA yang turut menjadi mangsa komen dalam entry aku berkenaan SANUSI SETPOL PANAS PUNGKOQ. Fadzil dituduh kununnya pi DANOK dengan aku tahun lepas, minum arak berbotoi botoi. Bila disemak kembali IP (orang penting di SKMM bagitau aku setelah dia tolong check), orang yang hantar komen tanpa nama tapi dibawahnya ada boh nama palsu. Rupanya orang itu orang yang dok satu kompleks pejabat dengan FADZIL MAT INDA. Dan orang ini orang UMNO, makan gaji dengan kerajaan dan akhirnya bila dia lemah dan punyai penyakit jiwa dia bercakap benda yang tak dak kena mengena dengan apa yang kita bincangkan (terkeluar tajuk).

18. Sebenarnya ramai golongan hipokrit seperti ini di universiti, agensi kerajaan dan juga syarikat swasta serta dalam parti politik lagi la.. Ramai yang jawat jawatan tinggi, sapu peruntukan dan kemudahan macam-macam dan banyak yang bergelar ahli UMNO. Namun bila kawan rakan yang separti dengan mereka dapat naik pangkat, imbuhan atau kuat kerja maka rasa cemburu menjadi bara di dada. Tapi dengan puak pokka hijau, DAP Komunis dan PKR parti celaru depa kecut teloq sembunyi kepala dalam cengkerang macam kora-kora.

19. Justeru merekalah golongan hipokrit paling hebat abad ini, berselindung disebalik organisasi dan mereka ini golongan yang teloqnya kecut kerana pandai menyamar menjadi sesumpah berubah warna.

20. Sebab itu aku tidak takut, menulis menggunakan nama betul, SOBRI SUDIN.. Hangpa nak komen nak kata apa katalah.. Komen bab peribadi, nak londeh, londehlah, komenlah, orang UMNO orang PAS nak komen komen tak dak halangan.. Ini SOBRI SUDIN.. kalau aku takut tanggung risiko aku tak masuk politik sepenuh masa.. Baik aku selimut dalam kelambu.. Kurang kurang aku lebih mulia dari puak pokka hijau DAN PUAK PENGKHIANAT UMNO yang tutuh gaji kerajaan, makan duit kerajaan, dapat pangkat tinggi-tinggi tapi sabotaj kerajaan secara diam.. Kalau gentleman, gentlewoman, bagi notis 24 jam sebulan resign dari jawatan kerajaan, masuk politik.. Bertarung idea, dasar dan pendekatan baru boleh digelar anak jantan.

21. Yang penting aku tarak hutang hangpa.. Aku tak kacau anak bini hangpa.. Ini dunia cyber.. Aku punya tulisan.. Aku punya suka.. Tak puas hati kita boleh bertemu muka.. Tapi hari JUMAAT, SABTU DAN AHAD saja aku free.. Hari lain penuh sibuk dengan mengajar, menulis, mengaji, mentelaah, karang buku, buat kajian dan bagi ceramah.. Tak puas hati kita boleh bertukar idea dan berbahas semahunya.. Tak puas hati.. Kita siap gelanggang.. Bertumbuk.. Tapi ingat jenis aku senang saja.. Kalau SANUSI SETPOL kaki tumbuk dan penerajang orang.. Tapi style aku kalau aku jumpa aku boh tongkoi tiga tengah dua dan libas dengan parang panjang sebelum sempat nak cakap apa.. (jangan ambik hati.. aku gurau saja). Tapi kalau nak rasa dan cuba boleh jugak..

22. Apapun pada rakan-rakan yang jadi mangsa rekacerita dan fitnah nista bersabarlah kerana janji ALLAH S.W.T "Allah berserta dengan orang-orang yang sabar".

Pesan akhir, 'KALAU TAKUT TANGGUNG RISIKO PI SEMBUNYI DALAM KELAMBU'.. Nak masuk politik berhenti kerja kerajaan.. Bertarung cara anak jantan... ADA BERANI????

3 comments:

abuarif berkata...

Mengubah Budaya politik MELAYU dlm UMNO MESTILAH BERMULA SEKARANG,,,Kata TUN M langkah pertama penting,,,,,,,,Budaya dan corak Pemikiran POLITIK UMNO mesti BERSANDARKAN ASAS PERJUANGAN,,ISLAM,MELAYU,tanah AIR,,,,,,,OLIH ITU UMNO KEDAH MESTI MELETAK PEJUANG2 MELAYU YG BERKALIBER dan MEMPUNYAI SEMANGAT TINGGI,,,yg Sanggop MEMPERTAHANKAN MELAYU dlm apa keadaan SEKAIPON,,,sebagai PEMIMPIN DI BARISAN HADAPAN,,,,"Ambillah iktibar apa yg PAKLAH lakukan pada TUN M,,,MENGKHIANATI AMANAH,,,,,Mengapa Pemimpin2 Kedah lari Tidoq dlm Kelambu,,,,,malahan sanggop mengkhianati TUN M tanpa memberi sebarang alasan,,,,,hanya turut membabi buta arahan Dolah Badowi,,,,,,,,,,"jgn biar sejarah ini berulang" salam

Tanpa Nama berkata...

Perangai UMNO ni kalau tengok orang lebih sikit dia mula lah perangai barua dia kluaq. tak kira la lebih apa pun...lebih bini pun dia kacau. palat orang dia punya pasal.
orang bercakap pasal politik kena cakap politik la. cakap pasal ekonomi kena cakap ekonomi laa. Dok kata PAS tak reti tp dalam UMNO ni ramai jugak yang nangoi.
Kalau dah suka kat mat bansha jgn dok kata kat det khalid. kalau dah suka kat det khalid jgn dok kata kat mad bashah.

Biaq p kat depa Cikgu sobri ooooiiii...biaq kalau buang kat laut jadi pulau, buang kat darat jadi bukit...senang cerita "biaq terpakai la"...
good luck

Tanpa Nama berkata...

maaf cik sobri ,, kalau tgok gambaq banner wanita umno kat ataih tuu , nampak gaya banyak laa ketua bahagian , timbalan , naib2 ketua yg x layak jd calon PRU 13 nanti ,,.. nak cari yg x p dannok ni susah laa pasai banyak meeting rahsia umno kedah duuuuluuu suka buat d dannok ,,,,,.. abih meeting jaaa sambung " motongg " susu siam .. harap2 bukan smua yg lagu tuee ...
Dulu , kini n selamanya UMNO !

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates