Rabu, 23 Februari 2011

Kedah Times juga di bayar untuk berblog

Pembaca semua nak tahu berapa Kedah Times dibayar? Ada ENAM Kosong semuanya. Tinggi tu. Untuk pengetahuan semua ramai yang berada dibelakang Kedah Times. 10 orang lebih. Maka 10 kali 6 KOSONG, maka jadi tujuh atau lapan KOSONG lah yang dibayar oleh Jabatan di bawah PM.

Seperti kata MPP, kesemua blogger Kedah Times sekarang ini memandu Vellfire dan BMW 5 Series. Semuanya duit hasil berblog . Kalau nak tengok kereta-kereta mereka, boleh datang melawat di hadapan Pusat Kesihatan Alor Setar (Hospital Lama), bersebelahan traffic light, bersebelahan stor lama JKR. Datanglah beramai-ramai untuk melihat kereta Vellfire dan BMW milik blogger-blogger Kedah Times. Nak test drive pun boleh!

Untuk makluman semua, Blogger-blogger Kedah Times adalah full time. Tak buat kerja lain dah. 24x365 asyik menulis dalam Kedah Times saja. Tiada kerja lain selain mencari maklumat untuk menghantam pihak PR. Kami bukan macam seorang pekerja di Utusan tu yang makan gaji tapi dok hantam pembayar gaji nya. Kami dibayar 6 KOSONG, maka kami kena ikutlah apa yang disuruh.

Rumah semuanya hebat belaka. Macam istana. Semuanya Bungalo yang mempunyai kolam renang di atasnya (bukan tanaman padi). Nak masuk kena melalui security guard yang mengawal 24 jam. Hebat ..

Begitulah mewahnya blogger Kedah Times yang dibayar dengan RM000,000 sebulan. Hebat kan ... Kalau 10 orang maka jabatan tersebut kena bayar sebulan RM0,000,000 sebulan. Banyak kosong tuuu.

Kedah Times tak tahulah jika Sobri Sudin dapat lebih lagi. Lagipun Kedah Times tak kenai siapa Sobri Sudin ni. Muka pun tak pernah tengok.  Yang Kedah Times tahu, dia rajin menulis dalam Kedah Times. Mungkin dia dapat banyak lagi laa kot. Mungkin SEPULUH KOSONG. haha . .

Anwyway, Kedah Times bersyukur apa yang ada. Jika doa-doa yang sering disebut pihak yang tak suka kerajaan tu dimakbulkan Allah, Alhamdulillah, Kedah Times terima dengan hati terbuka.

Perjuangan Kedah Times ialah ALIFF BAA TAA.

11 comments:

Tanpa Nama berkata...

mARAH NAMPAK BANG....
MEMANG MACAM TU DAH ADAT MANUSIA...
BANYAK BENO DUIT UMNO YER....
APA PUN BUKAN AMBIK DUIT MAK BAPAK DEPA...
GOOD LUCK

abuarif berkata...

KEDAH TIMES usah pedulikan benda2 yg remeh temeh tu? KUMPULAN u perah otak dan bekerja ,berjuang dgn cara u sendiri,,,,apa yg u dapat adalah hasil titik peluh sendiri,,Bukannya Rasuah dan korap sepertimana beberapa PEMIMPIN,,yg masih Bangga dgn dosa2 dilakukan,,,,,,,,"SAYA HARAP KT berjuang bersihkan UMNO Kedah dari Pemimpin2 yg Korap ,rasuah dan Pengampu demi mengembalikan KEYAKINAN rakyat pada UMNO,,,rata2 rakyat sayangkan umno,,,,salam.

HHalem berkata...

hehhehehehe
Hoii...sebelah tempat jual keta tu rumah dah hangus terbakaq.

Situ ka umah Kedah Times.
Yang aku tau umah tu Speaker TS Zahir punya.

Hidupppp Kedah Times.

Frm HHalem

Pakteh berkata...

Pakteh lagi untung..
Dari kedah times pakteh kapoi 6 angka....dari blog pakteh..depa up dari 5K ke 50K....

makteh dok pening takut pakteh tiru kepala2 pas yang menikah banyak...maklumla...duit tengah jenuh...

pokok2 buluh pun dah makin semak...pakteh dah tak tebang buluh dah...chemuih...miang...gatai...huii...takmau la pakteh kalau nak suruh tebang buluh...masuk tak lebat...

jadi blogger upahan BN lagi lebat....

CCZ berkata...

Heheehehe..bos! Kat CCZ bagi lebih sikit tau sebab tak pernah sumbang apa-apa kat Kedahtimes...Hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

kalau dah tak dapat pa2 itu keja bodoh dan bangang namanya....zaman sekarang masuk public toilet pun kena bayaq...5 kupang plk tu...sb tu Ahmad Maslan kata blogger2 ni semuanya globlok!!!hampa tak reti2 lagi!!!silap2 dapat plk dosa kering sb buat fitnah...

bila umno menang dapt perintah negeri...yang kaya pemimpin2 yang akan naik dan konco2nya... rakyat kedah p mai p mai dok mcm tu juga...bila Bashah jd MB nanti boleh la dia sewa khas jet eksekutif untuk round negeri mcm Tok Det buat dulu...rakyat kedah p mai p mai dok macam tu juga...buat rumah 3 tingkat, kereta bersusun2 tambah plk dgn skandal dengan bini org..mcm Tok Det buat dulu jg...rakyat kedah p mai p mai dok macam tu juga...Sobri sudin boleh la kot tumpang tui sama sb dia penah jd setiausaha akhbar MB masa zaman Tok Syed..sb tu dia pun pulun nak bagi PR jatuh d kedah..

naik la sapa pun, tukaq la berapa banyak kerajaan pun...rakyat kedah dok macam tuuuu jg...perjuangan skrng untuk kepentingan perut dan konco masing2..mana ada untuk kepentingan agama bangsa dan negara..RAKYAT PLK MASUK GERAKAN...TAK KAIH TAK MAKAN...

Mat Kiram

Nayan berkata...

tepi jln tu LX-Mode dah ambil utk dijadikan tempat jualan kereta mewah. Sapa nak mai test drive boleh la

Tanpa Nama berkata...

byk nye kosong..
tp angka kosong jea..
xder angka/nombor yg lain..hehe

dolah doleng berkata...

Kedah Times..dulu kedah orang buat bendang zaman tak ada jentera..ada cerita bodo...masa bajak bendang yang terok si kerbau jemur tengah panas hari.makanan dia rumput sahaja.Bila padi masak jadi beras kemudian jadi nasi.Yang sedap kucing didapur.Tak pernah turun bendang pun.Selut pun tak kena.Kalau macam tu sama lah nasib blogger yg bergantung hidup gas oksigen free dari Allah SWT.Yang lain kena charge.Orang lain dapat hasil.Ini kes naya dan tidak adil.Ramai yg jadi kerbau dan ramai yg jadi kucing.

AloQStaQ berkata...

tahniah Kedah Times kerana berani mengaku dapat banyak RM 000,000.00 dari Dato Najib!

Aku harap dalam masa terdekat, dapatlah aku menuntut ilmu dari Kedah Times (yang haram langsung aku tak tau sapa yang buat ni !) ...

Tulong ajaqkan aku dan kawan2 blogger kedah yang lain agar kami sama-sama dapat mencapai tahap pendapatan lumayan RM 000,000.00 bahkan lebih banyak kosong lagi ... dan lagi !

supaya kami semua dapat hidup selesa dengan hanya berblog ! ... hidup blog untuk kemewahan!

Psssstttt! ... Bayaq bil Streamyx dengan Beruk Ben pun kadang-kadang dua bulan tunggak! pala hotak la mewah!!!

Majulah Kedah Times untuk '0' (kosong) !

... berjuang hanya sanya demi kerana ; Alif, Baa & Taa ...


AloQStaQ

Nayan berkata...

Kahkahkahkah cerita hang menarik la dolah doleng. Aku dah pernah jadi kerbau .... yang celakanya kucing kurap juga dapat makan nasi sedap. dejeyyy

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates