Selasa, 8 Februari 2011

LIDAH BIAWAK TERUS BERCABANG DAN KADUK PUN NAIK JUNJUNG...​!!!!

SOBRI SUDIN.

1. Fakta sejarah membuktikan PAS tidak pernah punyai semangat cintakan tanahair yang tulen, meskipun mereka memahami satu hadis sahih, 'cintakan tanahair adalah sebahagian dari iman'.

2. Lantas konsep kebangsaan, patriotisme, cintakan tanahair mereka putarbelitkan dan kaitkan dengan fahaman sekular atau taksub assobiyah. Walhal pengertian assobiyah itu PAS dan ahli monyoknya gagal difahami secara tasawur makna, falsafah dan ciri pentingnya.. biarkanlah, jika kita hujahkan pun membuang masa sahaja bercakap dengan golongan yang hati mereka sudah buta dan mati ini.

3. Amati peristiwa berikut yang membuktikan PAS adalah pengkhianat negara:

a. PAS tidak bersetuju dengan gagasan Merdeka 1957 yang diperjuangkan oleh Perikatan, walhal konsep mahu merdeka yang dioperasikan oleh Perikatan dalam keadaan dharurah, wujud unsur keringanan dan memerlukan pada ketika itu kaedah 'runding-runding', namun yang penting lima prinsip penting yang memelihara hak anak watan, bangsa Melayu dan Islam mampu dipertahankan, antaranya Agama Islam sebagai agama Persekutuan(Fasal 3), Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan(152), kedaulatan Raja-Raja Melayu, Hak Istimewa Melayu(153) dan identifikasi Melayu serta kaitannya dengan Islam(Perkara 160).

b. PAS menyokong tindakan INDONESIA dalam aksi kempen GANYANG Malaysia bila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 september 1963. Bukti PAS bersekongkol dengan kuasa luar untuk jahanamkan bangsa sendiri dan menggalakkan peperangan antara agama, kerana majoriti rakyat Indonesia juga beragama Islam.

c. PAS menyokong penuh Revolusi Islam Iran dan mahu mengaplikasikan konsep yang sama di Malaysia selepas 1979, maka lahirlah golongan radikal agama dalam PAS yang menyebabkan akhirnya AMANAT HADI AWANG dikeluarkan pada tahun 1982. Menjadi inspirasi kepada Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya di Memali. Lalu berlakulah peperangan sesama sendiri antara umat islam di MALAYSIA dalam tragedi Memali 18 November 1985 yang mengorbankan 14 pengikut Ibrahim Libya dan 4 orang anggota polis yang kesemuanya beragama Islam. Namun apa jasa PAS kepada mangsa, balu, anak yatim yang ibu dan bapa mereka berkorban sekadar mahu menangkan PAS. Dan tidakkah PAS berasa berdosa terhadap balu, anak-anak anggota Polis yang meninggal dunia kerana menjaga keselamatan negara semasa peristiwa Memali tersebut? Apakah hukumnya orang Islam memerangi kerajaan Islam yang sedia wujud di negara sendiri hanya kerana taksub pada ideologi dan fahaman mengikut acuan mereka?

d. PAS sentiasa diinspirasikan oleh gerakan Ikhwanul Muslimin, Jamiat al-Islami dan banyak lagi gerakan radikal lain walhal suasana dan persekitaran sosio-budaya dan politik di Malaysia berlainan sama sekali.  Namun kini akibat dipulas telinga oleh kafir harbi berideologi komunis, DAP yang pernah beriktikad menyatakan, 'LANGKAH MAYAT SAYA DULU KALAU MAHU TUBUHKAN NEGARA ISLAM' (KARPAL SINGH, SINGH IS KING),  lantas cita-cita PAS mewujudkan 'Islamic STATE ala PAS' dan Al-Quranic society mengikut tafsiran ulama terompah mereka tersungkur rebah jatuh kebumi.

3. Baiklah kita tinggalkan fakta dan huraian serta analisis sejarah tentang dungu dan pembohongnya PAS serta sikap pengkhianatan mereka terhadap keamanan negara untuk jadi renungan ahli PAS yang masih mahu duduk dalam kejahilan, sekarang kita berbalik kepada tajuk entri di atas.

4. Bila dikatakan biawak lidah bercabang, maksudnya segerombolan pimpinan PAS khusus dalam Kedah yang sudah terbiasa menjadi spesis binatang tersebut. Terbaru MAHFUZ MAMPUS mengadakan mini road show disekitar kawasan Parlimen Pokok Sena sambil mengadakan sesi bertemu rakyat kununnya mengadakan sesi fitnah dan ceramah bohongnya. Nak buat road show besar-besaran, dah tak dapat sambutan, sebabnya rakyat Kedah dah cerdik, depa kata, 'PAS dah jadi kerajaan, kuasa dah dibagi buat la kerja dok ceramah maki orang buat apa lagi' ceramah penyebab rakyat tidak sejahtera (kata orang ramai yang aku jumpa).

5. Dalam setiap sesi diedarkan risalah kejayaan 10 janji PAKATAN RAKYAT Di Kedah. Hairan bin ajaib, dalam intipati kandungan manifesto KEDAH SEJAHTERA ADA 57 Perkara, ikut lidah biawak lagi pembohong USTAZ GHANI,  EXCO DAN USTAZAH AISHAH YANG sudahpun kematian suami(takziah) manifesto sudah 80% dilaksanakan (kenyataan tahun lepas, tahuh ni nanti depa akan bagitau dah 250% dilaksanakan). Kenapa tiba-tiba Mahfus mampus boleh katakan dan edarkan risalah baru 10 berjaya dilaksanakan. Totally the PAS leaders are confranting one to another. Their statement absolutely inconsistent each other (speaking london sikit, hentam saja labu). Dan yang lebih takjub 10 kejayaan tersebut memperihalkan kejayaan kerajaan negeri meningkatkan hasil pendapatan negeri, lonjakan pelaburan yang nilainya menjangkau RM867 juta, tahun lepas pun angka tu, 2008 pun angka tu, 2010 pun angka tu (sebab bila aku semak dalam hansard Sidang DUN, rupanya angka yang sama dok diulang tiga tahun berturut-turut).

6. Lojiknya usaha pelaburan memakan proses dan masa selama 2 atau tiga tahun barulah pelaburan sebenar dalam bentuk didirikan kilang atau industri boleh terlaksana, nampak gaya PAS Kedah buat magic, hari ni pelabur mai, esok boleh terus buat kilang, satu sistem yang membuktikan PAS pembohong nombor wahid. Lebih lawak dan magic, MAHFUS menyatakan hasil GLC juga meningkat. Meningkatkan sampai tiada pelaburan di KHTP, KCE di tutup, BDB bermasalah, PKB tinggal nyawa ikan, STDC dok balun duit yang BN tinggal dulu.. apa yang meningkat? (kos, liabiliti, untung atau aset?)

7. Tanpa sebarang projek baru, bagaimana keuntungan boleh dibuat, BDB nak buat KUIN pun kena subkon pada IJM, untung kepala bapak hangpa!!!!! Kalau untung pasai apa dah 3 tahun staf  BDB tak dapat bonus duit raya, dizaman BN tiap-tiap tahun dapat, kalau untung apa faedah yang GLC Kedah dah alirkan untuk kebajikan rakyat, apa projek sosial (dibawah program CSR-Corporate Social Responsibility) yang GLC dah lakukan di SIK, PENDANG, PADANG TERAP, KODIANG bantu orang miskin, anak yatim, bina kemudahan asas dan bagi dana pendidikan.. ada rekod ka, kalau ada sila bagi bukti sat???

8. Sebab tu dulu bila aku cabar Mahfus MAMPUS debat untuk buktikan apa yang dia dah buat bagi manfaat pengundi di Parlimen Pokok Sena (sebab aku pengundi dalam parlimen ni, dulu dalam parlimen aloq staq, sempadan dipinda Lorong Titi Siam, Jalan Teluk Wanjah depan Pacific termasuk dalam Pokok Sena tempat paling berhantu sebab UMNO bahagian tak pernah aman). Mahfus dengan nada sombong, kaduk naik junjung berkata,  'AKU NAIB PRESIDEN PAS, Sobri Sudin hanya ketua penerangan pemuda bahagian saja (masa tu la) apa taraf aku (mahfus) nak debat dengan dia.

9. La aku nak jawab balik, Mahfus lulus SRP ATAUPUN PALING TINGGI MENGGAJI TAKAT SPM saja, apa ada kelas, kalau nak debat dengan aku paling minima dia kena ada M.A dulu (tapi MA bukan dari IPTA tapi sekurang-kurangnya dari salah sebuah universiti yang top ten di United Kingdom) baru boleh debat dengan aku. Untuk makluman penyokong PAS, bukan aku nak menyombong, tapi aku nak pulang balik paku buah keras pada pemimpin hangpa yang memang BODOH DAN SOMBONG!!!!!

 10. Bercerita bab bodoh sombong atau kaduk naik junjung ataupun merak jatuh dalam ayaq acaq ataupun sikudung dapat cincin aku menyaksi dengan kepala mata aku sendiri. Sama macam admin KEDAH TIMES, sepanjang cuti raya Cina memang banyak jemputan kenduri. 5/2 hari Sabtu yang lalu aku menghadiri satu kenduri kawin di KAMPUNG TANJUNG, dalam Kuala Nerang, rumah orang PAS, dah dia jemput, kita pi, kenduri kendara, sakit demam, mati tak boleh kira parti. Memang sempoi kenduri kawin rumah orang PAS la ni siap ada live band, kumpulan tempatan depa jemput, D'ARAS. Penyanyi dia ada yang laki dan pompuan, depa boh lagu dangdut, dia punya gelek mak oooi.. tengah dok melalak menyanyi.. kereta camry KCT4000 dengan nyalaan lampu datang.. wow EXCO PAS Kedah.. DR HAMDAN KHALIB,  ADUN PANTAI MERDEKA datang sebagai VIP, diiringi MP PADANG TERAP NASIR ZAKARIA (USTAZ AZIZAN KATA DIA NI TAK BERAPA CERDIK DAN BERINGUS LAGI.. USTAZ AZIZAN KATA BUKAN AKU KATA).

11. Turun saja si exco dan MP depa salam dengan puak pokka baju hijau saja, ada la kot dua meja lepas tu pi dok meja VIP tak peduli orang lain dah.. sambil kaki dok goyang.. nu sedap denganq lagu. Live band, penyanyi pompuan dedah aurat.. hentam saja la labu.. al haram bagimu al HALAL BAGI PAS KU.. PUIH TUIH.

12. Aku pun tengah dok layan makan nasik dengan gulai daging boh pisang tau-tau dikejutkan dengan terkaman MP Nasir Zakaria, ingat menatang apa.. ooh dia kalut dok kuit kawan aku, katanya, 'WOI HANG PI HABAQ KA DJ SAT UMUM KATA EXCO PAS DATO DR HAMDAN MOHD KHALIB MAI"... WOW, kalau tak kerana orang ramai, aku lompat meja dah dan sound.. WOI PI HABAQ SENDIRI LA..

13. HANGPA NI GILA GLAMOUR KOT NAK UMUM UMUM APA, NI BUKAN MAJLIS RASMI, NI KENDURI, NAK BAGI ORANG TAU KATA EXCO KA, BAPA EXCO KA MAI, MANGKIT PI SALAM DENGAN ORANG RAMAI LA sampai ke GEDEHOQ NU.. BODOH PUNYAI MP. Kawan aku yang dok sebelah dan diarah sebegitu rupa dia buat dono saja , aku kata bagus.. ajaq sikit puak KADUK NAK JUNJUNG NI depa ingat depa hebat dan besaq sangat ka.. nak beradon, nak umum menatang kejadah apa.. demikianlah lumrah dunia, sebelum dapat kuasa, boleh la hangpa kata macam macam.. dah dapat kuasa lebih pada apa lagi.. KADUK NAIK JUNJUNG, MERAK BUIH, PUIH TUIH... Tu pun puak PAS bawahan mati hidup balik akan kata pemimpin depa semuanya ahli syurga. Nak mai kenduri pun naik kereta rasmi exco.. salahguna kemudahan, mai kenduri bukan tugasan rasmi.. bodo punya EXCO siap ada escort lagi.. EXCO dengan ketua EXCO SAMA SAJA (MB Azizan la).. MENGKALA NAK PI KENDURI KALAU TAK DAK ESCORT TAK MAU PI).. pi raah..

14. Jadi kesimpulannya memang benarlah spesis PAS ini berada dalam dua kelompok utama, yakni BIAWAK LIDAH BERCABANG DAN AKAN TERUS BERCABANG serta kelompok satu lagi spesis KADUN NAIK JUNJUNG.

*Maaf Entri kali ini agak panjang. Namun ada gabungan antara penulisan yang sedikit ilmiah dan penulisan ORANG BIASA..Meskipun begitu segala penceritaan di atas adalah hasil pengalaman benar yang dilalui oleh penulis dan bukannya rekaan semata-mata. Penulis bertanggungawab sepenuhnya di atas apa yang ditulis, kalau tak puas hati boleh SAMAN.. KE MAHKAMAH MANA SEKALIPUN PENULIS AKAN PERGI..

****MELAWAN PUAK PAS BERLIDAH BIAWAK DAN KADUK NAIK JUNJUNG SERTA GOLONGAN YANG SUKA MELAKUKAN PENIPUAN MENGGUNAKAN AGAMA ADALAH SATU JIHAD!!!!!! Ini anak jantan, anak jati ALOQ STAQ.. di mana saja aku sanggup berdepan dengan lebai monyok PAS.. SILA NYATAKAN MASA DAN TEMPAT... MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH.. SAMA-SAMA BERMANDI DARAH!!!!!

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah kebenaran semakin menunjukkan diri...

AnaQarbana berkata...

Hebat YB/Dr....tahniah di atas kesungguhan YB/Dr berkhidmat untuk rakyat sebagai Wakil Rakyat..semoga Allah swt memberkati usaha dan khidmat YB/DR...tapi bagaimana hubungan YB/Dr dengan masyarakat Islam di tempat tinggal YB/Dr di Taman Ria Indah..nampaknya hubungan YB/Dr dengan masyarakat di tempat kediaman YB/Dr terputus...malah surau di hadapan rumah YB/Dr tidak lagi YB/Dr kunjungi...apakah Dr akan kembali bermasyarakat dengan masyarakat di situ selepas tiada lagi label/title YB....Alhamdulillah.....jangan sampai jadi macam ni....YB/Dr mungkin ada sikit ilmu Islam dalam bab hukum fiqh mengenai kejiranan..kenapa di abaikan...apakah itu bukan tanggungjawab Dr sebagai YB, mungkin kerana YB ada kawasan khidmat khusus...maka tidak perlu konsep klejiranan yang di anjurkan oleh Islam... bagus YB/DR....adalah di harapkan supaya YB/Dr dapat menjalinkan semula silaturrahim YB/Dr dengan masyarakat Islam di tempat tinggal YB/Dr....hanya yang kami nampak adalah kelibat anak-anak kecil YB/DR yang sering berjemaah di surau Al-Muthmainnah depan rumah YB/DR yang jaraknya lebih kurang 20 langkah. Pemimpin ataupun ketua bukan sekadar dalam keluarga ataupun dalam rumah ataupun dalam sesuatu kawasan yang ditetapkan. malah lebih dari itu......yang mempunyai tanggung jawab sosial dalam kawasannya bermastautin tetap.......apakah YB/Dr akan kembali dalam masyarakat apabila tiba musim pilihan raya sedikit masa lagi...atau tidak kerana YB/Dr kecewa di sebabkan kegagalan jentera pilihanraya YB/Dr menjadi/mengambil-alih surau Al-Muthmainnah sebagai markas PAS semasa PRU ke-12 lalu....kami dah lupa dan ada yang tak tahu cerita tu....adakah YB/Dr akan usaha untuk menjadi surau itu sebagai markas PAS sekali dalam PRU ke-13 nanti....kami sokong.......Rumah depan surau...sejak jadi YB taka pernah berjemaah bersama masyarakat setempat

Tanpa Nama berkata...

I loike!..sila dedah lagi tuan sobri sudin

Aku,Pasbuih Dan Siamang berkata...

Syabas !! Syabas !! Syabas !!

Sobri Sudin..!! walaupun panjang Sobri{Bkn Sobri Othman] Cucu menantu Azizan Razak yang banyak skandal tu..] Maksud GMC Sobri Sudin penulis artikal ini...!!

Elok Sobri !! londeh jgn tak londeh !!

Syabas Sobri...Izin GMC cedok sikit cerita puak2 lidah bewak ni untuk kita buka mata puak kayu mampuih yang dok kata pemimpin depa ahli syurga Nik Aziz..

Kah..kah..kahhhh

Aku,Pasbuih Dan Siamang berkata...

.....salam Kedah Time] izinkan GMC kutib serba sikit luahan Sobri dr Blog Sdr..wassallam

Syburi Times berkata...

GMC, tiada masalah

man desa berkata...

Aku sikit pun tak heran bila sdr sobri tulis cerita macam tu.Biasalah sapa pun bila jadi orang besak dia jadi perasan lebih.Aku harap puak umno ambillah iktibar perangai hudoh EXCO PAS ini.Sebelum dapat jawatan hari-hari cakap Islam.Orang lain tak betoi.PAS sahaja yg betoi.Bila dapat jawatan itulsh jadinya.Kawan aku jadi Ketua Bahagaian pun dah naik tocang.Belum jadi YB atau EXCO lagi.Serupalah sapa naik pun.Sebab itulah Dato Najib sudah gariskan calon PRU 13 nanti hendaklah wineable candidate.Kalau perangai macam sdr Sobri cerita dalam UMNO pun berlunggok juga.Eloklah PAS hanyut nanti.Cuma aku harap dalam UMNO jangan ada yg naik tocang,merak bueh,[perasan lebih,dan dsb.Apa yg ada dalam PAS dalam UMNO pun ada.Sebab itu pengundi nak tengok sapa calon nanti.Berdebar rasanya menanti PRU 13 nanti nak tengok calon PAS/UMNO bertanding.Kalau tak senonoh ...selamat jalan laaa.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates