Isnin, 21 Februari 2011

MACAM MACAM ADA DI KEDAH...!!!!

SOBRI SUDIN

1. Kawan-kawan pimpinan UMNO dibanyak bahagian dok bunyi tak habis lagi bila Man aziz, Li Brahim diangkat menjadi antara tenaga pengurusan penting dalam rombakan kecil UMNO Kedah yang diumum sabtu lalu.

2. Depa pakat dok suruh, "Sobri hang tulis dan komen la sikit bab rombakan tu".. Jawab aku mudah saja, yang sudah tu sudah la, semua kena ingat kuasa ka, pangkat ka, datang sebagai anugerah dan diiringi dengan tanggungjawab. Kita bagi peluang kat depa dan kita pun kena ikut serta pakat tolong buat kerja ikut kemampuan yang ada.

3. Kemudian hari ni ada rakan rakan ADUN yang talipon tanya, 'kami nak komen apa ni, press dok tanya bab rombakan UMNO Kedah? Aku jawab "YB-YB jawab ikut ayat biasa sudah la.. KAMI SOKONG.. HABIS CERITA.." Tapi depa tak puas hati dan kata balik kat aku, "UMNO KEDAH DAH LINGKUP, SYARIKAT YANG GAGAL, BAGI PULAK PADA ORANG YANG GAGAL UNTUK URUS MAKA AKAN GAGALLAH SELAMA-LAMANYA".. TU DEPA KATA, kalau aku kata nanti kena lagi dengan UMNO.. Tak pa lah, PAS bantai aku, UMNO bantai, kita terima.. LEPAS NI AKU BANTAI DEPA PULAK.. Macam kata BROTHER ANWAR IBRAHIM.. Lawan tetap lawan!!!!

4. Tapi tak salah setiap manusia diberi peluang kedua. Kita harap yang dah dibagi amanah buat kerja elok elok, salah silap yang lalu jangan diulangi, pebetoi mana yang perlu, pakat-pakat buat kerja, tak tau tanya, minta pendapat, insya-Allah kita tawan balik Kedah.. Aik lain macam tulisan Sobri Sudin kali ni, baik sangat dok jek UMNO ni, masyuk kot?

5. Itu antara spontanious reaction kalau aku tulis jek UMNO.. walhal frankly speaking, kita kena buang bidaah paling besar bahawa survival Melayu bergantung pada UMNO. Samalah bidaah paling besaq yang menyatakan hanya PAS memperjuangkan Islam.

6. Sebab tu berulang kali, karya PENDITA ZAABA, "perangai bergantung pada diri sendiri" wajib kita kena baca. Barulah maudhuk tentang apa itu erti MELAYU, APA ITU ERTI ISLAM DAN APA ITU PERJUANGAN DALAM HIDUP DAPAT KITA HAYATI...

7. Pada aku mudah saja pada PAS ka UMNO ka, kaji balik dan teliti balik serta buat kajian empirikal, APA ITU MELAYU, APA ITU ISLAM, APA ITU UMNO DAN APA ITU PAS.. Hanya dengan ilmu kebenaran boleh dicungkil.

8. Nak tegur UMNO, dah jenuh menulis bab UMNO, dakwat pun sampai kering.. nak kritik dan komentar tentang PAS, dah puas dan berterusan aku akan kritik PAS.

9. Namun satu perkara yang membanggakan aku sebagai rakyat jati negeri Kedah, macam-macam warna warni ada dalam politik jelapang padi.. seronok bukan tak seronok.. politik ni ibarat benci tapi rindu, macam ketagih rokok la jugak.

10. Nak tengok MB kaki lena disini ada.. Nak tengok program politik kitar semula pun ada.. nak tengok bekas, tapak rumah dua orang perdana menteri malaysia pun ada.

11. Nak tengok pokka hijau merempit depan pekan rabu lepas perhimpunan malam geng hijau pun ada.

12. Nak tengok badut sarkas yang dok melalak di parlimen tapi tempat dia sendiri tak terjaga pun ada.

13. Nak tengok kaki ceramah, putar belit serata kampung hangpa pakat mai la ke kedah setiap malam jumaat.

14. Nak tengok golongan merak buih, yang tak sedaq kediri di kedah memang ada.

15. Dan paling unik di Kedah ni kita boleh tengok dua kelakuan songsang dua puak berbeza.. Yang jadi kerajaan dok buat perangai macam pembangkang, sementara yang dah jadi pembangkang dok merasa masih jadi kerajaan..

16. Itulah warna warni politik Kedah.. maka bolehlah dibuat kempen JOM PI KEDAH.. untuk tarik pelancong luar melihat rupanya MACAM-MACAM ADA DI KEDAH.. Boleh juga menambahkan pendapatan rakyat, melakukan homestay dan melariskan MEE ABU serta NASIK LEMAK ALI....

Ingatan untuk PAS DAN UMNO DI KEDAH.. Nak buat kerja buat kerja ikut ajaran Islam!!!!!..

10 comments:

titi panjang berkata...

Pada ADUN/YB UMNO.Kalau nak sepenggal lagi jangan lawan toke.Yes sahaja laa.Ada pahammmmm.

Tanpa Nama berkata...

mana tak mengamuk puak ketua-ketua bahagian di kedah , ada ka patut jawatan 'eksekutif' di BPUNK tiga orang mai daripada jerlun...awat nak memerintah negeri ni dok harap 'jerk' mukriz saja ka baru boleh menang , kami yang dok di sebelah kedah selatan ni 'dajjai' sangat ka kami ni...nak susun 'organisasi BPUNK' guna akai jangan guna otak saja...kalu setakat nak guna 'otak', lembu pun ada 'otak' tapi dia takdak 'akai'...bangang betui la....

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Bagi memenuhi semua selera dan kehendak semua orang amatlah mustahil. Ini kerana kehendak manusia sentiasa selalu membuak-buak dan tidak pernah mencapai klimaknya. Hakikatnya selagi bernama manusia semuanya tiada perfect 100% dan mempunyai kelemahan sendiri. Justeru itu kita harus bagi mereka peluang untuk memperbetulkan dan membaiki kelemahan yang telah dilalui mereka. Ini kerana islam sentiasa menghulurkan salam kemaafan.

Kita hari imbau dan ambil iktibar perjalanan retetan sirah keagungan islam. Kita lihat panglima2 gagah islam juga pada awalnya melakukan kesalahan dan musuh islam seperti Khalifah Umar AlKhattab, Khalid Al Walid, Abu Suffian dan akhirnya setelah mendapat hidayah dan keinsafan diri maka mereka inilah menjadi tunjang kekuatan islam dewasa itu bahkan menjadi khalifah islam yang terunggul seperti Syadina Umar Al-Khatab dan Panglima Islam terkemuka Khalid Al-Walid.

Justeru itu kita lihat dan memantau perubahan ini dan berikan mereka peluang dan ruang untuk angin perubahan dan menambah baikan. Hasilnya tak akan datang sekelip mata dan perlukan pengorbanan. Apa yang penting jangan mengeruhkan suasana keadaan dan berikan mereka ruang dan peluang. Sekiranya bahtera yang mereka susun atur ini menyimpang dan menongkah arus maka kita harus menentang dan melakukan perubahan.

Sebagai rakyat Padang Terap kami juga tidak berpuashati tentang Dato' Dir ini kerana beliau double standard seperti yang saya dedah terdahulu. Tetapi oleh kerana beliau mahukan perubahan dan mahukan meneruskan agenda perjuangan setelah sedar maka kita harus berikan beliau ruang dan peluang bagi terakhir sebelum salam perpisahan diucap sebagai penawar rindunya sebelum perjuangannya belum berakhir.

Alfonso berkata...

Islam UMNO dan PAS hanya dibibir sahaja.Kalau tidak masakan UMNO pun kecoh sesama sendiri.PAS pun jual Islam.Kemudian yg paling hudoh bila UMNO dan PAS tak boleh dudok sebilik.Hebatnya PKR melalui Anwar Berahim jadi jambatan pada himpunan kaum dalam satu parti.Apa pun rakyat yang jadi hakim pada pru 13 nanti.Perlu diingat ada rakyat yang terlebih dulu makan garam gula kopi beras siam dari pemimpin.

Pakteh berkata...

Jangan pelik jika SS melebihkan UMNO. Blog pakteh juga sudah begitu. Harapan pakteh juga, seperti saranan Kedah Times, kini masa untuk blogger menghentam habis habisan pokka hijau.

Aik...UMNO xsalah kaa?...ada kelemahannya tapi pakteh tanggung dalam hati dan biarkan sehingga PRU13 berlalu. Sehingga sebelum PRU13, Pakteh lebih gemarrrr meranapkan dan mempersoalkan kelemahan PAS.

Jenuh la nak tanggung dalam hati, PRU13 lambat lagi....hui hui hui...SIGNAL dah terang sangatdahh.....buat kerja ja skang ni...

Yang puak2 dok peleceh kawan dalam parti, hentikan segera kerana paluan gendang perang sudah TERLALU KUAT. Hentikan sengketa sesama ahli....tumpukan kepada MUSUH UTAMA di KEDAH. Selepas PRU13...nak mula pelekoh pala kawan pun...ikut suka hangpa la..dah memang spesis lagu tu.

Ekeng A/L Etong berkata...

Nak bagi semua orang puas hati dengan kita, nak bagi semua kena dengan orang, sampai kiamat pun tak boleh. Bini kita sendiri (yang tidur sekelambu dan bergelumiang siang malam dengan kita) pun ada yang rasa tak kena dengan kita.
Cubalah terima kenyataan!

Tanpa Nama berkata...

dah agak dah...
dok bunyi dah pun...
tak puaih hati pulak dah..
kata sampai 3 dok dalam PBUNK dari satu bahagian la pulak..
mula dah....belum buat kerja ada yang ghasa tak puaih ati.
ni la ceghita sebenarq dalam umno.
awat kalu tak ada jawatan tak bolih buat kegheja ka.
nak ada jawatan baru bolih dapat habuan aku pecaya la..
takat nak bekerja...tak perlu jawatan apa2..
pi ambik pisau dan parang menebaih..
jom ikut aku masuk kampong.
jumpa oghang kampong kita tolong menebaih kebun depa.
dalam dok menebaih tu kita bisik pelan2 kat telinga depa suruh pangkah bn dalam PRU13 NI.
bila masuk waktu solat,kita pi surau atau mesjid ramai2.
kita dok dengan jemaah...kita tunjuk kelaku kita yang elok.
banyak peluang dok ada...
yang bujang ada peluang dapat bini..
paling leceh pun dapat makan free.
nak bagi oghang suka dan sayang,kita kena buat peghangai elok.
pi sembang,pujuk,bisik2 dan bantu orang2 kampong.
kalu payah sangat atau segan...jumpa pakteh kat sik tu..
nak buat kegheja nak ada jawatan...peghangai pelarq tak habis2 hangpa ni..
perjuangan kearah kebaikan tak perlu jawatan aih..
berapa ghamai pengundi yang dok di kampong2...depa bukan laparq sangat duit ghinggit ni.
sekerap mahai la..incom depa pun lagi besarq dari gaji cikgu.
belajarq mana yang baik dari pas tu..bukan sughuh balajarq lilit segheban atau mohong..
kita tengok lagu mana depa punya mufakat..
lagu mana depa dok cuci otak tok wan tok nek kita sokong depa.
oghang pas tak mau kutuk,caci,londeh keburukan pemimpin depa.
bukan depa tu baik sangat.
kita ni lain...dalam rumah-tangga,laki bini,kurap celah kangkang bini pun kita gamak ceghita dan heboh bila dah tak bekenan.
sampai la ni...aku dok dengarq..orang kampong kata pemimpin dan ketua2 umno ni terlampau meninggi dighi.
pesan aku...pada oghang2 ataih dalam umno ni...bila2 hangpa berjumpa dengan rakyat,tak kira bersalam la dengan ikhlas..bukan lakonan.
senyuman dibibir tu biar sampai dalam hati pun semyum.
la ni bukan zaman kain batik/kain pelikat dah.






paklongchin..sedim

Tanpa Nama berkata...

Pat teh cakap apa ni..Tapi ada ketua bahagian dok tebas sesama sendiri.Ketuk kepala depa dulu.Rumput di bawah mati tak pe.laa pakteh.Jaga jangn bumi jadi gersang.Pesan pada ketua bahagian yg tak sedar diri.

anak sg kob berkata...

Paklong Chin sedim: yg dok pelingkop ini bukan orang bawah.Puak atas nooo .ada yg jadi ketua bahagian.dulu pilihanraya depa sabotaj cukop habat.nasihat depa duluuuuuu.

Tanpa Nama berkata...

biaq tebakaq rumah ketua bahagian tu jgn tebakaq satu bagahian...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates