Ahad, 20 Februari 2011

Masa untuk berubah!!



Program Gelombang merah berlangsung selama dua hari di sekitar Sik bersama Dato' Mukhriz berakhir pada Sabtu lalu, 19 Feb 2011. InsyaAllah, ianya mungkin bakal disambut oleh bahagian-bahagian UMNO lain di Kedah. Itu harapan Kedah Times dan Rakyat Kedah. Bahang BERUBAH sedang dirasa. Teruskan.

Dalam masa yang sama satu perhimpunan 30K berlangsung di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut yang membawa thema 'Masa untuk Berubah'. Maka wajarlah semua hadirin pada hari tersebut menerima hakikat yang mereka perlu berubah kepada sesuatu yang lebih baik untuk mereka.

Jika di fikir dan dikaji, keadaan di Kedah sekarang amat tidak selesa atau tidak sejahtera. Dan mereka perlu segera berubah. Ini adalah saranan PAS sendiri.

Dan Gelombang baru sudah bermula iaitu gelombang merah yang membawa maksud satu hasrat untuk berubah menjadi lebih baik. Maka untuk menjadi lebih baik maka amat perlu mereka berubah menyertai Gelombang merah terutama yang memuja dan memuji kerajaan ketidasejahteraan sekarang.

Amat tepat sekali masa untuk pengikut PAS berubah kepada Gelombang merah. Mari kita sama semarakkan gelombang merah. Masa untuk berubah dari PAS yang tidak pernah berubah kepada gelombang merah yang sentiasa berubah kepada yang lebih baik.

1 comments:

TARANTULA berkata...

TAHNIAH DATO, ROUND SATU KEDAH,JANGAN SEKERAT2 PULA. SEKEH KEPALA DEPA YANG DOK LENA TU.

JANGAN LUPA BOH TERAJANG DET KHALID & JOHARI, DEPA NI PELINGKUP KEDAH

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates