Khamis, 24 Februari 2011

Maybank - Nak boikot ka atau Tidak?

Pada mulanya Kedah Times tidak ambil kisah sangat tentang isu CEO Maybank Investment Bank Sdn Bhd yang  mengeluarkan kenyataan berkenaan perlantikan TS Isa Samad sebagai pengerusi Felda. Tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk menulis isu ini setelah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang meminta beliau di 'sack' sebagai CEO syarikat milik Maybank tersebut.

1. Kedah Times setuju dengan saranan Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang tersebut. Jika tidak setuju dengan BOS yang melantik kita, maka eloklah kita cari makan di tempat lain.

2. TS Isa Samad tidak didapati bersalah oleh SPRM tetapi oleh JK Disiplin UMNO sahaja. Kes beliau tiada di mahkamah pun. Jadi ianya hanya isu dalaman UMNO.

3. Yang lantik TS Samad ialah Perdana Menteri atas kapasiti beliau sebagai Presiden UMNO, Pengerusi BN dan perdana Menteri Malaysia; sudah tentu Perdana Menteri sudah mendapat nasihat dan memikir baik buruknya perlantikan tersebut. Sudah tentu keputusannya ialah perlantikan tersebut adalah yang terbaik.

 4. Bila CEO Maybank Group kata yang apa yang dikata oleh CEO Maybank Investment itu adalah pendapat peribadi beliau. Soalan kita ialah
  • Beliau dijemput atas kapasiti apa? Sebagai CEO Maybank Investment ka atau sebab beliau anak Tengku?
  • Jika itu pendapat peribadi, beliau patut simpan dalam dirinya saja. Tak perlu luahkan dalam seminar yang dihadiri ramai orang.
  • Adakah ini bermaksud beliau tidak bersetuju dengan Perdana Menteri?

     
5. Difahamkan beliau sudah menghantar surat memohon maaf kepada TS Isa Samad. Adakah ini mencukupi? Jika ini sudah cukup, maka tidak hairanlah esok kalau kita dengan CEO-CEO GLC lain secara terbuka mengkritik apa saja tindakan kerajaan kerana tidak setuju atau mempengaruhi untung rugi syarikat pimpinan mereka, tetapi selepas dikecam rakyat mereka memohon maaf dan tiada apa-apa tindakan susulan dibuat. Dan CEO-CEO sebegini masih dok enjoy gaji berpuluh-puluh/ratus  ribu sebulan.

6. Begitulah baiknya kerajaan BN pimpinan UMNO. Sehingga kepala pun sudah dipijak-pijak tetapi tiada apa yang diperlakukan.


7. Jadi Kedah Times nak sarankan setelah dikaji dengan teliti hasila bacaan blog-blog yang memaparkan isu ini iaitu wahai pembaca sekelian kita BOIKOT MAYBANK. Orang-orang FELDA yang ada akaun Maybank tu bolehlah pilih bank lain spt CIMB, Muamalat dan BIMB. Bantu bank-bank ini. Kenapa masih memilih bank yang diketuai oleh mereka-mereka yang hipokrit. Perangai macam anjing menggigit tangan tuan yang memberi makan.
8. BOIKOT MAYBANK. Sorry la PNB sebab kita tahu ASNB ada saham dalam Maybank tetapi rakyat tidak boleh menerima hakikat yang Anjing gigit tangan tuan mengepalai syarikat ini.

4 comments:

Hang Nadim berkata...

mana boleh nak boikot maybank. gaji masuk maybank tu.. kalau boikot maybank, beku gaji kat situ..

Tanpa Nama berkata...

aku tak ada akaum maybank pun..
pernah ke cawangan maybank untuk buka akaun di cawangan taman maluri...
dah diisi borang di suruh ke cawangan yang berdekatan dengan alamat rumah..
buka nak buka akaun sebab majikan yang suruh kerana urusan gaji.
nak buka akaun simpanan kena ada deposit rm250.00
pada hal mengikut arahan bank negara kita cuma perlu rm20 saja untuk buka BASIC SAVING AKAUN.
AKAUN TANPA BUKU(dikenali juga dengan stateman akaun)..HANYA DIBERI KAD ATM.
maybank ni berlagak sebab mereka bank terbesar.
akhirnya aku ke bank CIMB pusat bandar damansara.
tak ada masaalah..ambil masa 20minit akaun siap dan deposit rm20.
dapat atm kad dan bolih mengeluarkan wang di kaunter tanpa charge apa2 sebanyak 8 kali sebulan.
lebih baru dicharge 50sen setiap transaksi.
setiap bulan dapat penyata percuma..
aku pun bukan jutawan...paling banyak 5kali sebulan guna atm..
untuk ambil wang gaji jer.
staff customer service pun cun giler.....siap ajar camna nak daftar cimb clicks lagi...dapat lak hadiah..
walau hadiah tak mahal...tapi service tu yang penting..

Pakteh berkata...

Hang Nadim...
Kalau camtu...print gambaq BOYCOT MAYBANK tu...laminate elok2...semat kat baju bila masuk ke maybank utk cash duit. Atau jika ada urusan di kaunter maybank...print yang ada gambaq mangkuk tu skali......
semat kat baju macam depa dok semat macam2 tagline tu....sure menarik...

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Saya sangat bersetuju dengan Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang. Pendirian Zafrul sebbenar pendirian Maybank kerana Zafrul seorang kakitangan eksekutif dan terpengaruh. Sepatutnya beliau bersyukur atas rezeki yang beliau nikmati hasil perjuangan BN dan beliau tah ada hakpun sekupang untuk pertikai malah cermin diri dulu. Amat malang komen CEO MAYBANK mengata itu pendirian peribadi. Seperti Wahid juga patut cermin diri kerana sama-sama bersubahat dalam penipuan pinjaman ASB kepada pelabur. Sebagai CEO beliau harus bertanggungjawab dan amanah yang dipegangkan olehnya merupakan kepercayaan rakyat dan akan dipersoalkan kelak.

Wajib tindakan diambil dan jangan pilih bulu. Apakah hak mereka mempertikai kuasa perlantikan Isa Samad sedangkan beliau banyak berjasa pada Negara. Jika dibandingkan jasa Wahid dan Zafrul ke atas negara ibarat semuat dengan gajah bahkan mereka ini Wahid dan Zafrul pejuang bersama menindas kaum bumiputera. Tidak menjadi satu kejutan jika MAYBANK berjaya memperolehi keuntungan berlipat ganda kerana banyak penipuan dilakukan dan sangat licin. Sebagai hamba ALLah saya amat bersimpati kepada peminjam ASB yang ditipu hidup-hidup seperti memikul biawak hidup. Cakap mereka seumpama lidah bercabang dan pentingkan duniawi hingga lupakan kepentingan negara dan agama.

Inilah rupa manusia lupa daratan seperti tangan yang diberi makan mereka gigit dan memotong. Sebenarnya golongan ini sentiasa mengintai peluang untuk membolot disamping menerjah majikan mereka sendiri. Persoalannya Apakah jasa Zafrul dan Wahid kepada Negara cuma habis beras dan fikirkan jalan untuk membuli rakyat demi mengaut keuntungan semata-mata.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates