Selasa, 1 Februari 2011

MELAYU TOLAK ISLAM LEBIH TERUK DRP KUAN YEU

Datuk Nik Aziz ketika menjawab soalan wartawan berkaitan dengan tajuk itu berkata

"MELAYU MALAYSIA YANG MENOLAK ISLAM DAN MENGAMBIL PENDEKATAN NASIONAL LEBIH TERUK DARIPADA MENTERI MENTOR SINGAPURA, LEE KUAN YEU".

Tambahnya lagi "KUAN YEU HANYA MEMINTA UMAT ISLAM DI REPUBLIK ITU TIDAK TERLALU KUAT KEPADA AJARAN ISLAM BERBANDING SEGELINTIR ORANG MELAYU DI NEGARA INI YANG MEMBUANG SAMASEKALI ISLAM DAN MENGAMBIL PENDEKATAN NASIONALISME".

Menurut Nik Aziz lagi yang nampak setuju dengan kenyataan Lee Kuan Yeu "ORANG MELAYU SINI PUN TOLAK ISLAM, TOLAK ISLAM AMBIL KEBANGSAAN. BELIAU CAKAP JANGAN PEGANG (ISLAM) KUAT SANGAT, ORANG INI KATA BUANG ISLAM AMBIL KEBANGSAAN, LEBIH TERUK DARIPADA KUAN YEU"

Disebabkan Lee Kuan Yeu pernah melawat Kelantan serta banyak pelaburan Singapura di Kelantan, Nik Aziz bersetuju dengan pendirian LKY yang memang tidak mahu umat Islam Singapura berpegang terlalu kuat akan amalan dan prinsip Islam itu di Singapura. Sebaliknya atau maknanya, jika pegangan mereka terhadap Islam longgar, tidak kukuh seperti sesetengah bangsa menjadi penganut ugama lain ada-ada tidak sahaja, orang Melayu Islam senang dikuasai. Ini yang LKY mahu.

Nik Aziz bersetuju dengan LKY yang berhendakkan penganut Islam Singapura jadi begitu. Apa maknanya ini semua?. Ulamak Islam apakah Nik Aziz ini?. Begitu sekali LKY memesongkan fikiran umat Islam di negaranya, supaya jangan terlalu kuat berpegang kapada Islam, Nik Aziz memperakuinya. Memang betul, LKY dengan umat Islam di negaranya, kenapa Nik Aziz yang kononnya pemimpin Islam di Malaysia bersetuju dengan pendirian LKY itu?. Kita mahu, di mana saja umat Islam berada, pegangan mereka terhadap Islam mesti kuat, samada dari beribadat, berekonomi, berpelajaran atau berkebudayaan, berkonsepkan Islamlah menjadi ugama yang wajib kita pegang, amal dan pertahan dengan sekuat-kuatnya.

Nik Aziz, sebaliknya menggunakan saranan LKY itu (yang dipersetujuinya) supaya Melayu Malaysia buang Islam dan memperkuatkan fahaman nasionalis. Ini cakapan politik Nik Aziz. Siapa Melayu di Malaysia sebenarnya nak buang Islam? Jika kelompok Melayu itu adalah yang dalam PKR dan DAP memang lojik yang mana mereka sedang bergerak nak buang Islam dan tiada kesungguhan nak meninggikan syi'ar Islam. 

Mereka setuju dengan apa yang Karpal Sing kata "jika nak perintah negara ini secara Islam langkah mayatnya dahulu". Bila Karpal kata begitu, ada juga sekor tokoh PAS, iaitu MP Kota Bharu "langkah mayatnya dahulu jika nak buang Karpal Singh". Inilah muka-muka yang sedang bergerak secara sendiri dengan tidak sedar yang mereka itulah sabenarnya sedang melemahkan semangat Islam. Sama dengan kehendak LKY yang di sokong oleh Nik Aziz.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Tak payah lah PAS selama ini laungkan slogan demi slogan, Islam is the way of life, lebih baik jadikan lee kuan yeu the way of life for PAS Islam. Serambi mekah dah jadi Hub atau pusat beer dan tak lama lagi mungkin little nicky akan halalkan semua penganut agama PAS makan babi kot?

SMVAG 93 - 94 berkata...

ngko lebih islam ke dari org lain?

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Untuk pengetahuan semua dan N.Aziz, orang melayu/islam Malaysia yang menyokong UMNO adalah beragama Islam dan mengamalkan ajaran Islam. Orang melayu Malaysia tak tolak Islam tetapi menolak parti PAS yang memperalatkan Islam untuk kepentingan parti. Memang patut semua orang melayu/Islam mempunyai perasaan marah dan tidak menyokong PAS. Kerana PAS sekarang dah menyimpang dari perjuangan asal penubuhan. Parti PAS telah memperalatkan Islam untuk kepentingan parti PAS. PAS telah tidak menjaga kesucian Agama Islam sebagai agama ALLAH dengan baik. Selemah-lemah iman adalah mereka yang mempunyai perasaan benci terhadap kemungkaran. Memang tidak dinafikan dalam parti PAS mempunyai ramai cerdik pandai agama (mungkin setengahnya tertipu dengan slogan Islam PAS) tetapi mereka terlalu taksub dengan parti politik PAS. Sehingga perjuangan politik mengatasi perjuangan untuk Ukhuwah Islamiah. Kerjasama PAS dengan DAP dan PKR menyebabkan Islam telah dipermainkan oleh kafir. Mereka telah mengambil kesempatan atas kerakusan PAS untuk mendapatkan undi Cina dan India. Setiap orang Islam yang beriman mesti mempunyai azam untuk menjaga kesucian agama Islam sehingga menggeletar seluruh tubuh apabila mendengar nama ALLAH. Fikir-fikirkanlah.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates