Selasa, 1 Februari 2011

MENCARI WINABLE CANDIDATE!!!!

SOBRI SUDIN

1. Kayu ukur bagi pencapaian sebuah parti politik adalah nenang dalam pilihanraya

2. Tanda aras atau KPI seorang wakil rakyat adalah khidmatnya. Meskipun mustahil memuaskan hati semua orang, namun andai terpilih berulang kali dan menang secara konsisten apabila dicalonkan dalam pilihanraya yang disertai, maka itu sudah membuktikan khidmatnya diterima majoriti pengundi.

3.Ramai yang akur dan bersetuju di antara faktor penting bagi UMNO dan BN menawan kembali Kedah, satu keputusan berani perlu dibuat untuk meletakakan winable candidate(calon yang pasti boleh menang).

4. Istilah winable candidate diulang acapkali oleh PM dalam banyak majlis yang beliau hadiri.

5. Isunya mampukan UMNO/BN Kedah memahami apa itu winable candidate? Terbukakah hati pemimpin UMNO/BN Kedah untuk ketepikan sentimen peribadi, kawan dan kroni semata-mata untuk melaksanakan impian dan maksud PM bagi meletakkan winable candidate di 15 kawasan Parlimen dan 36 DUN di Kedah.

6. Berapa ramai winable candidate yang telah dikenalpasti oleh UMNO/BN Kedah mengikut ukuran paling objektif tanpa prejudis?.

7. Jika telah dikenalpasti, sudahkah dikerah winable candidate ini untuk masuk kawasan berkampung bersama pengundi?

8. Persoalan lainnya apakah UMNO/BN Kedah memahami makna winable candidate dan apakah mereka mempunyai 'political will' untuk melaksanakan apa yang dihajatkan oleh PM.

9.Apa pula ciri-ciri dominan yang perlu ada pada seorang winable candidate?

10.Siapakah ikon atau model bagi seseorang winable candidate untuk beliau jadikan rujukan? Rasullullah s.a.w kah? Saidinia Umar al Khatab kah? Saidina Abu Bakar kah? Saidina Ali Abi Talib kah? Salahuddin Al-Ayubi ka? (bukan DIN dari PAS) ATAU Sultan Muhammad Al Fateh kah?

11. Ataupun winable candidate dalam makna dan pengertian politik Kedah cukup sekadar boleh mereplikasikan(meniru atau mempunyai) sikap dan ciri seperti Azizan Razak (kuat lena), Mahfuz Omar(badut sarkas), Amiruddin Hamzah(mat proposal), Dr Hamdan (adun TUMPANG enter FRAME) ataupun ukurannya seperti Tajuddin Abdullah(Belantik), Syed Sobri(Kuala Nerang), Zaini Jaafar(Bukit Kayu Hitam) dan Ku Rahman Ku Ismail(Guar Cemppedak).

12. Jika winable candidate dalam ukuran politik Kedah merujuk kepada calon yang pandai bercakap tetapi lengai bekerja, kuat mengampu dan pakar menipu, atau yang banyak merancang tapi kerja tak jalan, ataupun pandai bersyarah, baca doa tetapi nasib rakyat dok tang tu jugak.. pandai berjanji gagal ditepati, sibuk memanjang dan sekali sekala saja nampak muka di kawasan, menyombong mengalahkan merak buih.... hidup kaya raya hasil duit rasuah, komsiyen projek, walhal rakyat di kawasan dibiar miskin kedana.... bermakna pengundi di Kedah majoritinya masih lagi bersalutkan fahaman unwinable voters..

13.Maka siapa yang rugi? Tentulah pengundi, keluarga mereka dan nasib masa depan anak cucu mereka...

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum an Salam 1 malaysia

Saya amat setuju dengan saranan PM dan renacana tuan dan sebagai ahli biasa yang tiada ada mana-mana kepentingan hanya mahukan BN memerintah Kedah kerana mengenangkan jasa BN yang memperjuangkan rakyat dan pembangunan kami sehingga mampu berdiri sama gagah dengan rakyat dibandar dan mengubah senario kehidupan Daerah Padang Terap. Kalau kawasan Padang Terap saya dapati calon yang paling sesuai aalah YB. Dato Syed Sobri kerana apa yang saya tinjau daripada kawasan Kuala Nerang, Pedu dan Naka semuanya memuji beliau dan berpuashati dengan peranan dan amanah beliau laksanakan sebelum dan selepas dipilih sebagai calon. Banyak rugutan daripada kalangan ketua cawangan mahukan Dato' Syed Sobri dicalonkan ke PARLIMEN Padang Terap dan bukannya ADUN kawasan. Kta mereka ini kerana apa yang beliau lakukannya kinipun beliau membantu semua penduduk Daerah Padang Terap tak kira rakyat kawasannya atau DUN Pedu yang meminta pertolongan.

Ramai pemimpin PAS di Bahagian Pedu, Naka dan Kuala Nerang berpendapat kiranya Dato' Syed Sobri ambil Perlimen PAS akan katoi awal-awal lagi.

Ini kita lihat pemimpin PAS Kedah iaitu Nasir Zakaria yang gagal menjalankan amanah dan mentadbirkan Daerah Padang Terap yang sudah sedia dibangunkan oleh Kerajaan BN sebelum mereka ambil alih. Bukan sahaja beliau gagal dalam perpanduan ummah tetapi beliau gagal mentadbir dan menyelenggarakan kemudahan yang tersedia megah dibiarkan mengelami kerosakan tanpa tindakan segera untuk penyelenggaraan.

Pertama kemudahan asal seperti jalanraya yang gagal diselenggarakan menyebabkan tar yang sediada hilang terus dan setengahnya penuh dengan lopakan besar dan dalam. Jalanraya menjadi tinggi rendah beralun disebabkan penggunaan lori-lori mengangkut kayu balak. Banyak kemalangan dialami oleh pembonceng motosikal dan kerosakan harta benda dan kecederaan terutamanya motosikal.

Kedua Kemudahan Asas Bekalan Air bersih. Paling malang Padang Terap gah dengan Ampangan Pedu tetapi rakyat persekitarannya dinafikan mendapat kemudahan berterusan teruatamanya kaum suku sakat Nasir Zakaria sendiri. Paling menyedihkan apabila bulan puasa dan musim perayaan kerana bekalan air terputus ketika waktu berbuka puasa dan waktu tengahai untuk mengambil wuduk solat. Ini bertambah teruk kerana air tiada waktu puncak dihari Raya dan menyebabkan rakyat terpaksa mengambil air sembahyang mengikut ala kadar dan cantuan dan paling menyedihkan untuk kegunaan membasuh peralatan Hari raya.

Ketiga, Kemudahan asas seperti tandas yang disediakan oleh Kerajaan BN gagal diselenggarakan dan amat memalukan kerana ianya tidak dapat digunakan. Sedangkan dalam islam menitik berat soal kebersihan kerana ianya separuh daripada iman.

Keempat, Rumah ibadah terpaksa UMNO memainkan peranan dalam membaiki dan menyelenggarakan sedangkan kerajaan PAS megah dengan amalan Takzirah ceramah mengutu dan mengata UMNO.

Kelima, Khazanah seperti sumber kayu kayan dan flora fauna banyak dimusnahkan secara rakus tanpa belas ehsan dan banyak kawasan tadahan air dihapuskan menyebabkan kemusnahan ketara dan banjir lumpur.

Sambung

Tanpa Nama berkata...

sambung

Keenam, Pendidikan, PAS gagal dalam memberi mutu pendidikan kepada rakyat Padang Terap. Kita lihat Sekolah yang memberi didikan awal Nasir Zakaria beliau gagal memberi sumbangan dan sokongan moral bahkan ADUN UMNO yang tiada ada kepentingan membantu menaikkan Sek. Keb. Belukar Luas, Naka dengan memberi semangat moral dan bantuan kewangan bagi menaikkan imej dan mutu pendidikan.

Ketujuh, Kerajaan PAS yang dipimpin oleh Nasir Zakaria gagal dalam menyediakan perasarana kemudahan asas seperti komputer kerana UMNO/BN bermurah hati memberi komputer dan membina perpustakaan kepada rakyat Padang Terap.

Kelapan, Ehsan yang dijanjikan untuk kebajikan golongan emas dan ibu tunggal gagal ditunaikan bahkan UMNO yang memberi bantuan dan membantu seadanya dan memberi rumah PPRT kepada yang memerlukannya.

Kesembilan, Tiada Ehsan dan simpati terhadap rakyat yang menimpa musibah sepertimana yang telah diwar-warkan mangsa ribut di KEDA Bendang Tok Teri, Naka dimana YB Nasir Zakaria menghilang diri ke Kuala Lumpur.

Kesepuluh, Pemimpin PAS seperti Nasir zakaria ini terlalu ego dan dan syok sendiri sehingga belanjawan yang dibentangkan oleh PM dipersendakan walaupun ianya telah memberi komitmen yang positif dan menjana ekonomi bahkan dakui oleh Negara lain bahkan dicemburui oleh Negara pimpinan sahabat baik Nasir Zakaria iaitu Lee Kuan Yew.

Maaf kerana kalau nak senaraikan terlalu banyak dan tuan-tuan lihat sendiri perkembangan Kuala Nerang yang begitu lembab dewasa ini dan kalau adapun hanya pembangunan daripada BN sahaja. Tak dinafikan kerja Nasir Zakaria hanya gah membina markaz PAS sahaja sedangkan untuk rakyat dinafikan. Apakah ini pemimpin yang mempunyai ciri2 islam sedangkan perpanduan UMMAH ahlinya sendiri cacamerba. Inilah dia pemimpin yang cakap tak serupa bikin dan tiada pimpinan untuk kesejahteraan rakyat hanya gah gambar menunjukkan keegoaan dan kesombongan sahaja. Tak Percaya lihatlah webnya.

sungguhka berkata...

Aku setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Sobri.

Sepanjang penjelajahan aku sekitar Kedah, kesimpulannya apa yang dapat aku simpulkan adalah UMNO Kedah masih lagi lena dan selesa.

Rata-rata aku tengok, KB masih lagi dok berlumba melobi agar terpilih menjadi calon PRU13. Di akar umbi terutamanya bukan ahli UMNO kebanyakkannya menafikan khidmat KB mahupun YB turun padang. Banyak program-program yang dibuat atas dasar kepentingan peribadi dan mencari pengaruh. Langau-langau yang ada di sekeliling dok pulun mengampu. Mereka yang turun padang ni hanya tumpu pada kawasan mereka rasa mahu bertanding. Contoh terbaru di mana KB Padang Serai Rahman banyak membuat program di DUN Merbau Pulas. Lunas mampus pi kerana bukannya kawasan UMNO. Termasuklah seperti yang kau sebut tu YB Tajuddin Belantik, Syed Sobri Kuala Nerang, Zaini Bk Kayu Hitam dan Ku Rahman Guar Chempedak.

Aku hairan sampai hari ni aku tak nampak apa tindakan yang telah diambil oleh Dato' Paduka Bashah. Dok takok lama juga macammana Dato' Sepei Bedal pegang dulu.

Tok Najib sampai pecah anak tekak minta tranformasi dilakukan. Hakikatnya ibarat anjing menyalak bukit.

Aku berani jamin kalau la Tok Najib buat spot check di Kedah ni nak jumpa semua KB di Pejabat UMNO Alor Setar wajib tak cukup korum punya. Di pejabat UMNO tu sendiri pun lengang; yang ada pun nongoi-nongoi macam Tok Bakri, Tok Man dan Tok Zubir.

Program-program yang dibuat aku tak nampak langsung memberi impak kepada rakyat. Banyak program berpusar sekitar ahli UMNO saja. Habis tu macam mana rakyat nak respek pemimpin UMNO.

Kebanyakkan rakyat sayangkan UMNO tu, tidak orang yang memimpin. Kalau la transformasi dilengahkan aku pasti PRU13 jangan harap BN nak ambil Kedah. Ingat ka PAS ambil alih pemimpin UMNO nak berubah....... Hancusssssss.......

s.u berkata...

bercakap pasal winable candidate ni kalau diperhatikan dgn mata kasar, sorang pun tadaq lagi di kalangan ketua bhgn umno kedah ni. yg ada potensi sorang 2 timbalan&naib. lebih baik pemimpin umno ni cuma bekerja utk parti.calon ni diangkat di kalangan penduduk/ahli umno yg disukai ramai dikawasan masing2. bukahkah umno pejuang bangsa?pemimpin diangkat bukan mengangkat diri. baru2 ini saya berkesempatan menghadiri 1 taklimat oleh umno kedah. kehadiran katanya diklgn semua ketua2 sayap&su bhgn,suk. saya pun pi.mungkin ada agenda penting. ni bukan nk dedah pekung didada@kurap di badan.yg bg taklimat tu su negeri, tok nawi dan nasir,pegawai umno negeri. apa yg diperhatikan dalam tu, lebih byk teorinya drp praktikal kerja yg perlu dibuat. mmg ada sumber ptg yg dikongsi(tk perlu kongsi sini),baguslah.cuma saya tak puas hati pasai perkara yg ditaklimatkan masih terkapai-kapai tanpa matlamat dan tujuan yg jelas. sbb apa buat ini, sbb apa buat itu? lebih2 lagi, sblm ini saya perhatikan, s.u ni jenis pelupa. dia lupa apa yg dia pernah suruh bhgn2 buat. masa taklimat pun jadi 'blank'. nampak sgt tadaq idea sendiri. semua dibuat spt last minit. mcmni smpai bila pun umno kedah takkan bangkit. mgkn dt bashah kena pikiq balik,lantik s.u yg lbh berkaliber dan berani mengemukakan idea baru dan agresif dr segi kerja dan tau apa kerja dia sbg seorang setiausaha bkn setiaduksaja. golongan pelaksana spt suk juga perlu diberi perhatian. ini bkn pasukan bola dato. ini umno, libatkan psikologi sukarelawan,bkn yg dibayar gaji. dato bashah kena berani, tk perlu kompromi atas kapasiti dia sbg org kuat tok pie sblm ini. ingat, ahli2 duk perati.
saya brcakap disini pasai dh byk kali mesyuarat,bincang,sembang nk bkerja mcmana. tp hasil mesyuarat sblm ini tak dpt diterjemahkan.

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Fadzil Hanafi winable candidate untuk DUN alor mengkudu dalam Parlimen Alor Setar.Beliau tidak dicalon PRU12 dan digantikan nama baru.ternyata calon baru tersebut(calon pilihan kj) tidak diterima di DUN alor mengkudu dan kalah teruk kepada calon PAS DR. Ismail Salleh.MIntak cadangan dicalonkan semula Ustaz Fadzil Hanafi sebagai calon DUN Alor Mengkudu PRU13 bagi menjamin kemenangan UMNO merampas kembali Kedah.BERANI BERUBAH!calon penentu kemenangan..dan calon yang diterima MENANG dimata rakyat wajar dicalon kan.SOKONG IDEOLOGI DS NAJIB 100%!-pengundialormengkudu-

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates