Isnin, 28 Februari 2011

MENUJU PUTRAJAYA LALU TERSUNGKUR DI PINTU NERAKA..!!​!!!

SOBRI SUDIN

1. Panas terik mentari sehingga suhu mencecah 40 darjah Celcius di Kedah merupakan satu lagi ujian Allah s.w.t kepada penduduk Jelapang Padi. Setelah diuji dengan 'bah besar', kini musim kemarau melanda negeri penuh bertuah ini. Demikianlah antara bait-bait ayat penceramah ahli syurga PAS Darul Pembohong.

2. Jika ditoleh dalam kempen PRU-2008 lalu, dan sebelumnya apa jua musibbah, bencana alam yang berlaku di Kedah akan dikaitkan oleh Al-ustaz AlTarbusi PAS, bahawa lihatlah 'bencana Allah sudah turun ke negeri Kedah kerana diperintah oleh Barisan Nasional'.

3. Malangnya consensus pandangan ini dikongsi oleh jumhur para jemaah LEBAI MONYOK PAS. Sebab itulah tidak menghairankan bahawa BOB LOKMAN antara lain berkata, 'penyertaannya dalam PAS, kerana usianya yang sudah tua dan dia mahukan usia tuanya kalau boleh dijamin pasti ke syurga bila meninggal nanti'.

4. Demikianlah tafsiran Islam kesan tarbiyah PAS, maka kita berharapkan ahli-ahli PAS bila sudah meninggalkan alam fana nanti, tatkala Mungkar dan Nangkir datang bersoal jawab soalan kubur dan bila ditanya 'Siapa SAUDARA KAMU', maka mudah-mudahan ahli PAS dengan lidah fasih lagi lancar akan menjawab, 'KARPAL SINGH, LIM KIT SIANG DAN LIM GUAN ENG SAUDARAKU'....

5. Sudah banyak lencongan agama, fitnah peribadi, elemen politik hingusan dijana dan digerakan oleh PAS.. Apa yang mereka cari dan perjuangkan bukanlah sangat DAULAH ISLAMIYAH ataupun mewujudkan 'THE AL-QURANIC SOCIETY'. Namun sepertimana fungsi parti politik yang lain, 'KUASA ADALAH MATLAMAT, PEMBOHONGAN MENJADI ALAT, TIPU DAYA DAN MANIPULASI AGAMA berterusan digunakan sebagai MUSLIHAT'.

6. Islam adalah deen yang paling lojik lagi rsional, sama ada melibatkan urusan tauhid syiar, syariat mahupun muamalat.

7. Persoalan besar yang harus diteliti disini:

  • Apakah syurga atau neraka ditentukan melalui keahlian dalam parti politik tertentu?
  • Apakah jaminan berada dalam parti politik tertentu dosa seseorang boleh terhapus dengan sendiri, jika demikian maknanya pengikut PAS sudah mengikuti jejak langkah penganut Kristian ortodoks, dimana dosa pengikut boleh dihapuskan secara sekaligus melalui  'confesion' yang dibuat kepada Paderi atau sang penguasa agama mereka.
  • Di mana amalan dan turutan sunnah dikalangan pengikut dan pimpinan PAS, bila mana apa yang Rasullululah s.a.w suruh mereka tinggalkan, yang dilarang mereka laksanakan?
8. Cukuplah kita berbahas isu fundamental ataupun persoalan asas di sini, tidak perlu merumitkan persoalan dengan perbahasan yang lebih pokok ataupun teras.

9. Apa yang lebih penting, adakah PAS berbangga dapat menipu rakyat, berbohong melalui manipulasi ayat-ayat suci Al-Quran?  Berterusan memerah keringat pengikut melalui infak derma tabung jihad dalam setiap kali ceramah, walhal wang tersebut digunakan untuk tujuan pilihanraya menjatuhkan sebuah kerajaan yang dikuasai oleh sudara se agama mereka. Apakah PAS berbangga dengan tarbiyah mereka mewujudkan sekelompok pengikut yang taksub, sukakan kacau bilau, diserap dengan elemen revolusi untuk melakukan kacau ganggu sehingga menyusahkan orang lain dan menggangu ketenteraman awam? Dalam perspektif Islam apa yang lebih dianjurkan, ketenteraman awam, atau kacau ganggu awam?

10. Pastinya, itulah tujuan mereka, kini setelah Kedah, Kelantan, PUTRAJAYA menjadi impian mereka. Bukankah itu citra politik namanya?  Mana yang disebut sebagai usaha dan gerakan dakwah.

11. Lebih pelik dan jelek, jika Kedah dan Kelantan dalam isu bekalan air, pengurusan sampah, pertumbuhan ekonomi, kebajikan rakyat, prospek pelaburan, peluang pekerjaan, menangani pengganguran masih belum terungkai, apakah jaminan keupayaan PAS menangani kemaslahathan dan keperluan ummah jika PAS berjaya ke PUTRAJAYA. Tentu mereka akan berkata, 'Cuba beri kami peluang'. Isu penting disini, mentadbir dan mengurus negara dan rakyat bukan soal experiment atau ujikaji yang boleh dicuba-cuba. Hanya pengalaman, kepakaran, kesiapsagaan melalui pelbagai ujian dan cabaran yang memungkinkan 'good governance and good government' dijelmakan. PAS memang banyak pengalaman kita akui. Namun biarlah pengalaman mereka sekadar dikhaskan sebagai pembangkang, kumpulan pendesak dan pesaing kepada UMNO dari sudut usaha memperkasakan Islam. Namun peranan itulah yang seakan terlupa dan kini telah lupus dan kian terhakis dari diperjuangkan PAS. Maka tidaklah menghairankan kenapa umat MELAYU beragama Islam kian beransur meninggalkan PAS, sama ada melalui bentuk silent protest, ataupun tidak lagi bersungguh untuk bersama dalam arus perjuangan yang dibawa PAS.

11. Seperkara lagi apa jaminan pimpinan PAS akan diberi peluang memegang jawatan penting dalam kabinet caca marba yang disusun oleh SHEIKH ANWAR AL-JUBURI. Jika dalam keadaan sekarang pun mereka hanyalah tukang angguk dan menjadi talibarut pada DAP dan PKR, apatah lagi setelah Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA.

12. Ironinya, jika pun PAS berjaya ke Putrajaya (Kita berdoa agar perkara ini tidak menjadi kenyataan) bersama PKR dan DAP, namun kita pasti PAS akan akhirnya tersungkur di PINTU NERAKA.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates