Selasa, 8 Februari 2011

Mesir ooo Mesir!

1. Mesir bergolak hebat selepas kejatuhan Presiden Tunisia Ben Ali. Yaman juga menghadapi krisis yang sama.

2. Inilah akibat jika semua kuasa terkumpul kepada hanya seorang iaitu Presiden. Ini yang Anwar Ibrahim mahukan. Jika beliau berjaya ke Putrajaya, maka Ketuanan Rakyat akan ditegakkan. Apakah maknanya? Malaysia akan mendapat Presiden Pertama. Dan semua kuasa akan berpusat kepada Presiden.

3. Jika semua kuasa sudah berpusat kepada Presiden, maka jadilah macam Mesir, Tunisia dan Yemen. Anak-anak Presiden sudah diasuh untuk mewarisi takhta Presiden. Rakyat hanya alat untuk mereka mendapatkan takhta Presiden.

4. MB Kedah menghantar ramai 4 staf ke Mesir hanya untuk mencari 113 Pelajar tajaan Yayasan Islam Kedah yang dikatakan masih belum ditemui. Difahamkan terdapat 1000 lebih pelajar tajaan yayasan Islam dan lain-lain dari Kedah. Persoalannya, apa yang boleh 4 orang ini lakukan? Hanya pergi periksa rekod di Kedutaan atau di bilik gerakan?  Atau hanya bertanya khabar di pusat pemindahan di Jeddah?

Tentu meroyan PAS dan PKR
Melihat pelajar dgn banner 'terima kasih PM'
MAS, Tabung Haji dan lain-lain'
5. Sumbangan RM100,000 amat dialu-alukan tetapi tak perlulah hebah seolah-olah orang lain tidak memberi sumbangan. Disini dan Disini

6. Sepatutnya pihak kerajaan negeri serahkan urusan membawa balik pelajar-pelajar tersebut kepada pihak Persekutuan, dan mereka hanya perlu memikir bagaimana untuk menguruskan kesinambungan pembelajaran pelajar-pelajar Kedah ini.

7. Harapan kita agar pelajar-pelajar yang datang dari keluarga hardcore pembangkang atau sentiasa berfikiran negatif terhadap Kerajaan Persekutuan memberi sedikit kredit atau ruang untuk berterimakasih kepada kerajaan persekutuan. Bayangkan jika kerajaan persekutuan menyerahkan semua urusan pemindahan kepada negeri atau sponsor masing-masing?


Lihatlah anakku, betapa amannya
Malaysia
8. Terfikir apakah peranan Nik Aziz atau Hadi Awang yang dikatan amat tinggi Islam mereka. Apakah mereka tiada pengaruh atau perhubungan baik dengan mana-mana Ketua negara Arab (Islam) yang boleh diminta untuk bantuan? Sebaliknya Raja Saudi yang dulunya memberi beberapa juta kepada DS Rosmah menawarkan dua kapalterbang komersial kepada kerajaan Melaysia untuk penghantaran pelajar-pelajar pulang Ke Malaysia.

9. Nampaknya DS Rosmah lebih hebat dari pembesar-pembesar PAS yang hanya jaguh di kampung, diluar mereka ibarat kucing takutkan anjing ... tiada telur. Mungkin Nik Aziz hebat di Singapura sahaja!

10. Walauapapun, syukur kita kepada Allah kerana hampir semua pelajar Malaysia sudah selamat. Mungkin yang tinggal hanya mereka yang ingin terus berada disana atau yang pergi secara persendirian tanpa memberi maklumat terperinci mereka kepada MSD atau Kedutaan. 

11. Berterima kasihlah kepada Kerajaan Malaysia yang berjaya melakukan tugas dengan baik dan percuma. Bak seperti kata seorang ibu kepada anaknya yang baru tiba di KLIA 'lihatlah anakku, betapa amannya negara kita' sambil menangis.

12. Kita berdoa semoga Anwar Ibrahim, PAS serta konco-konco mereka mendengar kata-kata ibu tersebut. InsyaAllah. 

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates